July 19, 2020
Post baru di blog baru
Jemput dan tinggal komen, mungkin ada rezeki di sana Post baru
July 16, 2020
July 14, 2020
July 13, 2020
Oren zest
Semangat yang meninggi, tiba menurun bila nak kisar kulit buah oren jadikan zest tenggendala bila mesin kisar tak jalan.
Memanglah mesin lama, dengan cara betul masih berguna. Teruskan juga bagai ada solusi, cuba mesin yang jarang guna tak berjaya.
Macam tenang tapi kalut naik bot juga, kejar masa, tak menyabar nak selesaikan langkah-langkah biasa. Inilah akibat selalu beli prabancuh atau kek siap kat kedai, duduk nikmati ja. Duduk, baca doa panjang, potong dengan garfu kecil, buka mulut, kunyah acah, telan mmm nyumm. Apapun kulit ada phytonutrient elok diambil sesekali.
Aktiviti tanam pokok
Jadi sesambil mengurus tu sampaikan mesej pada insan2 tersayang, apa, di mana, bila, pasaipa patut buat untuk semua makhluk. Mcm senang no tunjuk ajaq di umah. الله أكبر
Sebenarqnya jenuh jugak...tapi penting insan2 sekeliling kita ni
Sabtu adalah hari untuk buat sesuatu, tertanamlah pokok english ivy dalam pasu.
Sepi kerana hati berbisik-bisik doa kepadaNya
Buah fig banyak biji ?
Minta ahli keluarga review kek lobak campur fig. Belum apa2 terus terdengar aduan buah tin ada betibu-ribuan biji. Saat tu mama terfikir apa yang patut adik makan sebab tiada snek makan petang hari tu. Fokus tentang mengisi perut adik dulu. Beberapa jam kemudian baru cakap tentang buah tin makanan sunnah, naklah kita semua gemari.
Minta review Kek oren dicampur buah apricot kering bagi naik warna oren, kats adik masam, kisaran carrot ditabur di atas adunan kek, tekan sedikit biar tergelam agar tak hagus. Resepi disimpan, ulasan untuk memastikan rasa kek itu untuk masa depan, harap bukanlah iklan. InshaAllah masak lauk pauk lah nanti.
Hutan di bandar
Bersyukur bunyi kicauan burung dipagi hari. Solat di waktu subuh memberi kesegaran dan doa-doa diakhirnya melancarkan urusan. .
.
Buka bidai tingkap dengan terharunya betapa cantik permandangan cahaya semakin menerang sangat menakjubkan. Kadang terfikir biar perrmandangan sama untuk masa yang lama. Biasa ada langsir, lawa bila diikat ditepi, bergerak terbang bila ditiup angin. Lain untuk bidai bila ditiup angin terbunyi kepaq kepaq :) .
Tak lama mama toleh kebelakang ke katil berselerak. Meninggal permandangan tenang, kelam kabutlah memulakan penyelengaraan kekeluargaan di mana, INI juga sangat disyukuri. Mungkin ini takuk ni, takuk ni juga menjadi idaman ramai, juga suatu ketika dulu harapan dan
doa kita. Bersyukur dan inshaAllah akan ditambahkan nikmatNya. InshaAllah. Bila hari sekolah, bertungkus lumus menyelesaikan hal ehwal hantar menghatar, melambai memesan agar berzikir di sekolah. Alhamdulillah memudahkan urusan. Ketja sekolah juga habis cepat, sempurna atau tidak masih memerlukan permantauan.
Apapun.. bangun2 semua....
Ok wake up wake up wherever you are. 🙆
Salam pagi yang indah. Pic taman di putrajaya.
July 12, 2020
Ikan untuk kawan
Memang jelas, penambahan dalam pemerhatian dan pangalaman yang pasti, kita ada rezeki yang ditetapkan untuk menyediakan persekitaran yang baik dan menarik untuk keluarga.
Diantara, semangat memberi bila ada yang meminta, biasa adik terdedah kpd pemberian hari raya buat jiran2, selain duit sedekah adhoc, kali ini menyediakan sepasang ikan guppy utk diserahkan kepada seorang sahabat yang dikasihi, si adik memerhati dan sukahati serta menanya tentang kawan di tempat mrngaji atau yang lain. Mama memberi ikan2 ini kepada kawan sekolah mama.
Dari memberi, dapat berjumpa sekian lama beragak ingin bertemu, sudah ditadir bersemuka waktu tengahari, tak sampai petang kawan lain pula membuat temujanji. Rezeki sillaturahim.
Sedikit usaha, masa, memesrakan tali persahabatan dari seorang kepada seorang lagi... Alhamdulillahirabbil alameen.
Rindu pula kepada slippery creature ni. Catch em if ya can :) bekas transit je. .
Salam ceria semua..
Durian di tepi pantai
Teruja juga serta memahami, bersama mata celik dengan benda tanpa terjangka sebelum ini, makan durian di atas pantai lebih enak, berdepan dengan laut yang luas, ramai mengambil usaha, bangun dari sofa, katil, membawa keluarga menikmati alam ciptaanNya yang semua berkongsi.
Nak duduk atas pasir dilapik kanvas pun bukan senang, sebab itu, orang barat buat senam regangan, dari berdiri, berbongkok kedepan, bertelentang ke belakang, regang kaki berdiri, posisi duduk hanya untuk duduk bersila (lotus pose) kerana terlalu bergantung kepada perabot, hingga duduk di bawah, susah.
Jika makan di restoran arab, bahagian duduk di bawah tetap ada, kenduri kendara kita pun dah kurang duduk di tepi dinding bersimpuh. .
Bila rasa kesukaran, berbaliklah ke asal usul dulu, bertikar. Syukur kita pengguna sejadah (prayer mat), sikit sebanyak rasa mudah. Bukan apa bangga hanya dekat dengan bumi :)
July 11, 2020
Mengaji di rumah
Merata-rata meletak status mencari rezeki, samalah mama sendiri memikirkan tentang rezeki dan tindakkan didahului dengan berdoa setakat ini, bersedia menerima rezeki, ingin juga memberi manfaat.
Selain berdoa, bertekap membaca Surah Yasin, Waqiah kadang terbabas. Berbanyak berdoalah. Apapun mama mula bersyukur dengan ada Ustaz dikirim oleh hambaNya untuk mengajar online. Ada institusi menawarkan pengajaran online percuma. Iaitu Taalim. Atas keikhlasan sendiri utk bayaran infaq. .
Ringan rasa minda bila berusaha mengajak anak2 mendekatiNya dengan berzikir, baca Al Quran inshaAllah ada rahmatNya. Sejak usaha ajar anak hafazan sendiri, Allah hantar ustaz lepasan Madinah, mashaAllah, Alhamdulillah.
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Taha 20:132) .
Mama letak video itik berenang di rumah di youtube babYpose
Itik berenang di rumah
Salam barakah,
July 10, 2020
kongsi Tv
.
Ada yang menyatakan kehadiran anak-anak seolah hantaran syurga dunia. Tugasan ibubapa mendidik mereka taat kepada Pencipta. .
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. .
Salam
KL -makan2
Untuk yang ingin ke Asia atau yang dari selatan tak kira utara, sila singgah di sini di sentral. Bandar kegemaran, setiap kali masuk, setiap itulah teruja. Kay yell.
Pokok hutan hujan tropika tetap tegap berada di tepi jalan menyerlahkan suasana, jika dikepulan awan ada garisan perak, ditepi jalan sesak kesibukkan ada, garisan warna bumi.
Anugerah dapat pergi dan sampai, mengenangkan tentang komuniti global melalui tindakkan dan sikap pelawat atau pelancung. Bila membawa minda kehairanan ke tempat dilawati, secara sengaja atau tidak pandangan menjadi luas dan memperkaya kemampuan mengaitkan dgn penduduk disitu dlm konteks jauh dikeluarkan dari kedudukkan kita.
Contoh di bandar permakanan berlainan, anak-anak perlu menerima atau membuat menyelarasan selera. Tiada pilih-memilih. Makan apa yang disaji, walau ada rancangan nak buat resepi mudah bila menjelajah. Resepi bila travel, inshaAllah buat video atau tulis2 sini ja.
°
Salam ❤ semua.
cara tegur anak
Ikut cara bapa lion king memarahi anaknya simba. Hanya berdua tiada pihak ketiga. Classy
Memarahi, menegur dengan cara lembut, man to man talk, slow talk, lady and gentlemen talk, mata bertentang mata, bersemuka, confrontation, hand in hand talk dan berbagai.
Berhenti dan memarahi, bukan berleret-leret memarahi sambil memasak, mengemas, memandu. pilihan tempat, di dalam bilik, keluar bersiar, bukan di depan adiknya atau orang lain.
Membina penghubung percakapan
Mempaut dalam pertukaran vokal dan peranan memberi laluan dua hala komunikasi serta ambil giliran.
Mengikat pertalian dalam persembangan, strategi perbincangan.
Bermula dengan niat dan visi pengakhiran.
Sesuaikan (Adjusts speech).
Bertanya tentang perfahaman, tahap penjelasan dalam mesej diberi.
Berterus terang, bercakap dengan jelas yang hendak dicapai.
(Sambil menyampaikan lihat reaksi si anak ). Sedikit points yang mama senaraikan. Membantu bila rasa yang berlaku tidak sama yang dijangka (not meet our expectations). Jika berlaku, fikir empathy (memahami bagi pihak anak)
Jemput ke youtube tapi belum kerap post babY pose youtube
social referencing /memerhati emosi
Slow and steady, melangkah perlahan berhenti perhati iatitu rujukkan sosial (social referencing) bergantung kepada reaksi emosi manusia lain memberi penilaian situasi yang tak pasti. Check out face - pic di bawah.
Kami yang jauh memberi emosi berjangkit (emotional contagion) manakala si meow memerlukan persediaan melalui berkondisi operandi contoh senyuman memberi kesenangan, keselamatan manakala marah memberi tidak keselesaan atau ketakutan. Di sini kami tidak bergerak memberi hanya comfort belum friendly lagi kepadanya.
Itulah kami mengharapkan respon positive, si meow liar ini selesa mengisi perut kerana ini akan menghalang ia mengganggu unggas2 dan mamalia arnab yang ada di sini.
Menjinakkan mahkluk lain ( tamed wild sesambil diri kita atau mama menyesuaikan adjusting dengan kebaharuan. Sebelum ini melihat the game dalam rumah, ini lebih dekat di luar. tips to mykids jugak fokus solusi solution focused kerana nakkan pets, belajar dari jauh dulu.
Posted by
babYpose
at
7:49 AM
Labels:
keibubapaan,
kucing di tingkap,
parenting,
petslife,
rukun negara
July 9, 2020
restorative / senam baikpulih
Senam baikpulih lebih baik.
Banyak berjalan luas pandangan, servis keadaan anggota tubuh yang luruh mesti dikembali pulihkan dgn senam restoratif.
Kaki mama terdampar di permukaan rata memberi nikmat lega terhingga. Kembali asal bentuknya selepas dikurung didalam sepatu berjam-jam. Jika di rumah kasut malas di pakai menghindar kesejukkan lantai batu juga ada hadnya.
Berkaki ayam semasa solat itu paling bebas jemari mencengkam atau tidak. Oleh kerana acuan kasut ada had kemasukkan udara, bila tidak berkasut lebih mendekati diri ke alam( tanah).Tiada duniawi lagi menghadap Ilahi. Kasut mahal atau murah dilepaskan dliluar dengan tawakkal.
Membaikpulihlah dengan buat regangan kaki pointing sedikit dan flex ke atas. Pelurusan (alignment) sendi dibetulkan.
Beri masa untuk angkota lain,tubuh membongkok membawa beg,menunduk melayan anak2 patut bersenam restoratif mengembalikan kedudukkan tubuh. Berdiri lurus dada sedikit kedepan bahu sedikit ke belakang, perut kempis sedikit kedalam, punggung tidak menonggek agar tulang belakang lurus. Bernafas biasa sambil meneruskan apa2 urusan :)
°
Posted by
babYpose
at
9:26 AM
Labels:
restorative exercise,
senam fisio,
senam restoratif,
sugu pavithra
July 8, 2020
Pokok penapis air
Biasa tertarik kepada tanaman air kerana kehijauannya. Tidak menternak tetapi bercambah dengan sekelip mata, daun berkelopak seperti bunga berubah menjadi bunga yang leper. Makin nipis dimakan air, relai akhirnya berganti pokok kecil-kecil.
Juga menarik perhatian makhluk yang berterbangan singgah untuk membiak pula. Si perenang di dalam kolam menjadi penghalang, mini sistem eko yang senang diterangkan untuk anak-anak. Masa si adik abang kecil menunjuk simpati, jika anak ikan dibawa balik tanpa ibu, minta cari ibu ikan la. bila makhluk lain tak dapat menumpang buat rumah (serangga belang hitam putih), mereka sedih. Comel bila ingat.
Berbalik kepada sekolam kehidupan - sejuk permandangan dengan setimba atau sekole berisi ikan-ikan guppy dan ikan sword.
Airnya sangat jernih dengan adanya dua pokok keladi bunting. Nasib pokok-pokok ini tidak mengeringkan air. Sebelum ini bila balik raya, air hampir kering dengan pokok teratai di dalamnya. Algae juga menjelma.
❤
membina tabiat
Pembelajaran dalam gelanggang. Penyelidik memodalkan peluang secara rawak dengan set semulajadi 'natural setting", jadi meja, kerusi, kertas-kertas, buku-buku menjadikan persekitaran yang kondusif.
Alhamdulillah terduduk jugak di meja untuk belajar sikit sangat, harap lama-lama jadi bukit. InshaAllah
Menekankan pentingnya perancangan teliti dalam pembelanjaran / membina diri, /riadah / rehlah.
Adik berminat dengan jadual, plans (rancang-merancang) jadi masih memikirkan cara / strategi mengendali kerja (tugas) sesuatu perkara. Tetapan yang bersesuaian belajar meletak matlamat, garis penamat, berapa lama, kiraan hari untuk menghafal, membuat latihan dan jangkamasa yang perlu untuk melaksanakan dan menghabiskan, serta presentation (persembahan).
So, jom buat jadual, susunatur, bahan kajian, bahan bacaan untuk anak-anak, juga untuk ibu-ibu jugak.. untuk kembali ke sekolah, tabiat yang lebih meriah, ceria, berkesan, cekap, dengan jayanya. InshaAllah.
July 7, 2020
Bandar / Skylines
KebesaranNya memberi inspirasi kepada manusia membina bangunan2 tinggi terlalu menakjubkan. Memang megah dam meriah tetapi sudah tiada gah lagi sebab merata-rata bumi banyak mempunyai mercutanda begini. Bukannya masa untuk ini "akupunya dan yang ini # kaupunya.
Macamanapun, nanti2 kita ke tempat kehijauan pula eg Hutan Lipur Bukit Nanas di bawah.
Its amazing that man had given # inspiration by Him to build # concrete jungle. Indeed, lively and proud but its gone are the days regards this skylines been our pride as most continents on earth has the same. In the # modern era like this is not the time to compete # thisismine and # thisisyours or this is my time !
Bukan saja macam best tapi pasti best. MashaAllah.
Night2 🌹
Rabbit dan kangkung
Arnab berlari di tepi pokok kangkung.
Pokok kangkung tumpang sekaki tanam di dalam bekas ikan, Alhamdulillah menjadi. Masih halus,mnakala harapan membesar dapat beri si bulus gebu makan.
Tumbuhan main letak-letak tempat matahari berakses sahaja. Matlamat kehijauan ja yang ingin nikmati.
Makin tahu beredit video asyik nak berposting, ada di https://m.youtube.com/channel/UCY3EAaUJ-Z0YvSKHQ6uB1Mg yhttps://m.youtube.com/channel/UCY3EAaUJ-Z0YvSKHQ6uB1Mg yang penting catitan ini meringankan minda yang disarat dengan pokok kangkung dah cuba tanam, pokok limau, sepasu 3 serangkai dah cuba tanam ada dalam pos lepas.
Berhobi, bersiar, bersenam, bercucuk tanam antara cara mengenal diri, menjaga diri, memyukuri diri baik kesihatan, emosi, bahagi masa dan tenaga dengar penafasan diri, tapak tangan di dada rasa degupan jantung, rentak penuh makna dan fungsi. MashaAllah.
Dalam menaip ni,,dapat rezeki tak disangka-sangka syukur kepada Allah swt, Alhamdulillah. Jazzakallah with full loves.
sarapan dan lunch
Persediaan dalam semua situasi termasuk penyediaan makanan. Ready inshaAllah steady.
Fikir hijau dalam permilihan bahan-bahan, bagi tujuan pula, pasti untuk lebih ringan badan, kenyang agar tenang dan memberi tenaga.
Sesekali ada tolak ansur, cincai juga makan roti mentega kaya kerana kononnya semua bergantung kepada ketetapan minda ni, rasa sihat, sihatlah tetapi tak sesegar rasa. Didik diri semula, Bangun, mula lain. Capai hijau, potong potong pagi pagi baru Warna warni sarapan hari ni. InshaAllah
Sarapan apa yall arini😊
InshaAllah waktu tengahari pun cuba2 lah
menikmati hijau segar dengan pandangan dan dlm hidangan. Sarat dengan serat.
Pilihan mama, sayur yg diutamakan. Sumber vitamin C, asid folic. Dalam sayur atau buah dikonsum oleh individu yg memerlukan, hanya mencari vit c dan potassium. keraplah mengamalkan fruit n fiber ni.
Biar rasa asal dari sedap yang ditokok tambah. (Masih mendidik citarasa kearah itu). Moga mama beristiqomah, adik tahu mama makan lebih vege sebelum, tapi baru2 ni dah terbabas, bangkit perbetui balik prinsip. More green sekurangnya letak satu keputusankan agar jadi kegemaran. Babitkan anak-anak juga.
Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah 2:172)
Luahan hati
Singgah simpan gambar permandangan hijau kegemaran kejap. Ada keyboard ni terasa nak tulis keluar apa dari dlm minda yang berlegar moga matlamat masih tetap di dalam ramadhan menemui syawal baru ni dan melalui bulan2 seterusnya inshaAllah. .
Ayat di bawah dalam bahasa inggeris tu, ada perkataan tekad atau azam tu mama terjatuh cinta, dalam menikmati, kemungkinan ada yang tergendala, ada solusi disuruh buka Quran untuk penyelesaian mashaAllah, tiada lagi peringatan mengecapi cita-cita, harapan masa depan yang terbaik untuk diri dan anak-anak.
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
An-Nisaa' 4:59
Obey Allah, and obey the Messenger, and those charged with authority among you. If ye differ in anything among yourselves, refer it to Allah and His Messenger, if ye do believe in Allah and the Last Day: That is best, and most suitable for final determination.
An-Nisaa' 4:59
Simpan dalam minda hati dan jiwa. Selamat pagi yang indah.
Ok. Dah cantaih daun pokok nyiok buat ketupat nasik :) . Nanti la mama ceta lagi.
Salam sejahtera dan bahagia.
July 6, 2020
berharmoni dengan alam
Mama berhenti memerhati, tengok2 tak leh gerak ke atas lagi kerana rindu untuk menikmati ruang tamu. Petik lampu snap pic, tak dapat labuhkan punggung pun.
Memperbesarkan kebanyakkan elemen digabung untuk dekorasi ruang tamu. Tak kira pokok hidup atau plastik, akan memberi ton warna dan kehidupan. Begitu jugak lukisan, menambahkan seri sudut yang berhias cermin kayu jati di sebelah kirinya. Terlalu coklat kayu berkerawang sudah ditemani lukisan berwarna-warni. Lampu tanglong dibeli dari ikea mencerahkan biasa ala suasana relaxing bukan untuk mentelaah.
Untuk info adik abang, lukisan kadang bole menggantikan tingkap, ala ala ada elemen menonjol di bucu malap ni.
By the way, dalam pemilihan pokok perlu dibuat dengan pertimbangan ke atas kecukupan cahaya di dalam bilik. Pokok dalam rumah ada berbagai jenis, mengeluarkan udara segar di waktu malam lebih elok dari waktu siang. Waktu malam, kita berada di dlm rumah lebih lama. Waktu tidur, pernafasan lebih mendalam, eloklah pilih pokok lidah mertua, pokok duit-duit. Kerana pokok mengikut persekitaran, bila tanam dlm pasu kecil, pokok membesar setakat besar akarnya. Pasu kecil, pokok pun kecil. Jadi mengeluar karbon oksida tidak ketara.
Selamat malam ❤
strategi minat membaca
Menyediakan sudut membaca mini buat anak-anak, ruang terhad, budget dikira di minda, sampai juga hajat. Moga anak-anak menikmati dan mendapat manfaat.
Berkurun membayangkan rak buku seluruh dinding, sebegini pun sangat bersyukur.. Apa persediaan atau strategi kawan-kawan untuk anak-anak menambah dan meluaskan ilmu? Kongsilah ☺ Letak sebakul buku atas meja memadai, inshaAllah. Contoh macam gambar di bawah.
Ada buku mestilah baca dan tanam minat dengan penuh galakkan. Memberi sokongan kpd anak-anak untuk berfikir sendiri. Cuba masukkan anak-anak dalam perbincangan tentang semua perkara dari buku, hal-ehwal rumah, makan minum hingga berita dunia.
Berusaha membaca sekurangannya sejam sehari, lebih pada hujung minggu, tidak terhad kepada buku, tetapi surat khabar semasa menunggu majalah bila ada. Ini memberi informasi lebih luas, terkini dan penting.
Pada permulaan anak-anak mama membaca buku / komik pilihan sendiri. Baru ni ja mula baca readers digest. Ok nanti buat book review na.
Pokok tomato
Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.
Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)
Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid, bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur, ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))
Makanan sihat
Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar. Kopi pun kosong. tanpa gula. Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.
Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.
Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.
Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5
https://baby-pose.blogspot.com
taman rahsia /secret garden
Rahsia ada taman atau taman rahsia, bagaimana rasanya jika ada taman, menanam juga berseni, hanya penjagaan rapi dapat kecapi. Apa matlamat bercucuk tanam, secara ringkas? asal hijau, kalau boleh cottage garden, terdengarlah di telinga di sahut dengan perkataan hebat! (macam terlalu berangan)..
.
Bila ada tanah, lebih ke ulam-ulaman, herba, tomato cili ada jangka hayatnya, patah tubuh berganti? Betul, jatuh biji cili, kering jadi biji benih. Yang induk, mengering terus hilang.
Pernah tak da tanah, tanam tepi tingkap pokok penapis udara, tetap menguntungkan, ilmu ditimba juga, penemuan spesis, cabut anak pokok, cucuk ja di dlm tanah, bercambah. Pokok lidah biawak atau mentua, pokok duit pun tanda kasih sayang terhadap alam.
Langkah pertama, pilih matlamat taman atau kehidupan sudut atau dalam pasu. Kedua pulih sudut mudah di lihat. Jenis2 pokok ialah langkah yang ketiga kerana penjagaan berbeza, terdedah kepada matahari berapa lama.
Cuba sepasu, pasti tertunggu. Separuh tahun sudah berlalu, bersedia dengan pengalaman, pengakas for another 2nd half beneficial year. Armed with doas and equipped with experiences. InshaAllah.
Itupun ada yang cakap tentang jebon # mongoose . kerana pernah masuk sini. Satu isu utk diuruskan jugak. phew!
Salam pagi yang ceria, nyaman dan tenang.
Posted by
babYpose
at
7:43 AM
Labels:
Homeplants,
plantlover,
Secret garden,
selamat pagi malaysia,
taman rahsia
July 5, 2020
Functional deco and passion nurturant
Hiasan bermakna dan memupuk minat.
Mempertimbangkan praktikalnya aquarium ikan emas, ikan emas hitam dan ikan laga tu di tengah2 dunia. Memang laluan turun tangga, ke meja makan jugak pintu masuk tetapi tetap #strategic pagi-pagi berhenti bagi ikan2 makan. Cuma kerja2 menyuci mangkuk ikan ini beberapa kali tergendala.
Dengan ada ikan2 ini menjadi satu persekitaran stimuli yang anak2 rasa tenang kedengaran bunyi air akuarium.
Bolehlah dikata sesama kami mengambil giliran menjaganya. Memberi makan, jenguk2 beriteraksi. Bila ingat balik dari mulanya ada akuarium ini sebab terjebak si abang nakkan ikan, beli, dari situ pegi kedai ikan, cari batu2, lama2 terbela beberapa ekor dlm dan luar rumah.
Peluang untuk terokai minat masing2 dalam menyumbang kepada #perkembangan identiti anak2 jugak ni.
Pengalaman memuaskan hati masing-masing jugak di ambil kira contoh berbakti kepada keluarga bila ada tugasan begini. Ok hari ini adik buat untuk abang atau mama. #favor
berbakat dalam seni
Hanya fikiran islamik di bawa mama.
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, - (Al-Qalam 68:1) .
Sekurangnya pandang pada kemahiran, perlahan membawanya ke arah konsep jenaka atau drama berat.
Masa bertenangnya, sesenyapnya adalah waktu melukis, mama sendiri terbangun semasa bersarapan sambil memegang secawan kopi memerhati luar bukan meminggir tetapi masa senyap menikmati.
Cartoon writer is his aim. One by one character created for future tale. The sketcher himself is gentle in many ways, why not draw scenery we asked, "cartoon version he shall" said he. Will see how'd be. Most writers came out in writing nice words, not every time even to describe nice result come up with rough and tough fore sentences. What is seen up here is existed. The janitor. Essential.
I take this draw out loud what imagination loads, to monitor as to straighten the line art.
Ya dalam segi kemahiran dan luahan berlukis baik dari tiada berkarya. Cetakkan yang dapat dibaca mulai sekarang dapat melembutkan hasilan dengan usaha, inshaAllah. Keluaran yang ada di atas ini, satu yang memang wujud. Pembersih.
Bawa beringat dengan pesanan serta doa .
Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya;
Al-Hujuraat 49:1
Penting tu.
Sempena barber shop dah buka
The view of a home turned to a barber shop, the caused of accidentally become things collector. Not bought but thankfully accepted and willing to care, keep til it is asked back by the giver. And yet takes time to decide. Time spent where and which corner makes it look cosier. The flexi of the chair can do seater feel cuddled as in a mother arms, safe and sound, sort of like dental chair, sit back, heart poses higher then head. Ops its about us the gratefully receiver love to give too
Secara tidak langsung terjadi pengumpul barang unik pula, tidak membeli tetapi menerima dengan penuh kasih dan syukur. Jaga seeloknya sampai yang memberi meminta kembali itupun ambil masa untuk putuskan. Masa terisi memikir dimana dan sudut mana tampak damai. Kerusi bergerak bahagian sandarnya ke belakang membuat yang duduk di dalam pelukkan ibu. Seakan kerusi klinik gigi, bila duduk diturun penyandar serendah hingga jantung terangkat tinggi. Eh ni tentang kita penerima pemberian. Dan terangsang untuk memberi .
Ayat di bawah bagi yg darjat tinggi kerana tidak meminta di sangka org kaya pula tu
Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya." Al-Baqarah 2:273
Nampak ada iklan meminta, harap diri ini tidak memberi kiasan, MashaAllah. Memang mohon dikurniakan rezeki berterusan dan berkat. InshaAllah.
Salam semua 😊
Posted by
babYpose
at
2:27 PM
Labels:
Barber shop,
kedai gunting rambut,
pkpp,
reflexology,
spa,
sugu pavithra
resepi mudah churros
Makanan mentah karbohidrat seperti beras, tepung biasa berada di dapur, bila hampir habis, ada rezeki pastikan ditambah ganti supaya tidak kehabisan. Asas kehidupan.
Makan ruji ini punca pemberi tenaga dalam diet patut berada dalam pinggan setiap hari. Pesan kepada anak-anak, pandai masak nasi dan buat cucur jemput jadilah, pergi ceruk dunia inshaAllah boleh hidup. #survivaltips Persiapkan kemahiran hidup. #lifeskill lifetime!
Zaman moden ini, selain yang disebut di atas pasta berbagai bentuk menjadi pengisian di dapur.
Bergantung pada tulang-tulang yang ringan di dalam rumah ini, untuk mengangkat badan ke dapur, capai kabohidrat mana untuk dijadikan makanan minum petang.
Churros pilihan perut, makanan orang Mexico, orang Spain.
Panaskan secawan air, masukkan sesudu besar butter dan gula, setengah sudu teh garam, biar mendidih. Perlahankan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sebanyak (1 1/4 cawan tepung) sentiasa kacau sebati, angkat. Masuk telur, kacau seperti dough lembut. Masukkan dalam icing pipe, jika tidak seperti kami buat ni, bentukkan macam cakoi. Goreng.Tabur gula serbuk kayu manis. Voila. Ngap.
Kayu manis ada antibiotik properti, pagi ni rasa tekak rasa bersih, disebabkan memantau tekak sendiri, tekak anak-anak tidak kering masa cuaca panas(reaksi mucus keluar ditekak bila kekeringan) ni, ada terasa beza sikit :)) Cubalah.
Makan ruji ini punca pemberi tenaga dalam diet patut berada dalam pinggan setiap hari. Pesan kepada anak-anak, pandai masak nasi dan buat cucur jemput jadilah, pergi ceruk dunia inshaAllah boleh hidup. #survivaltips Persiapkan kemahiran hidup. #lifeskill lifetime!
Zaman moden ini, selain yang disebut di atas pasta berbagai bentuk menjadi pengisian di dapur.
Bergantung pada tulang-tulang yang ringan di dalam rumah ini, untuk mengangkat badan ke dapur, capai kabohidrat mana untuk dijadikan makanan minum petang.
Churros pilihan perut, makanan orang Mexico, orang Spain.
Panaskan secawan air, masukkan sesudu besar butter dan gula, setengah sudu teh garam, biar mendidih. Perlahankan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sebanyak (1 1/4 cawan tepung) sentiasa kacau sebati, angkat. Masuk telur, kacau seperti dough lembut. Masukkan dalam icing pipe, jika tidak seperti kami buat ni, bentukkan macam cakoi. Goreng.Tabur gula serbuk kayu manis. Voila. Ngap.
Kayu manis ada antibiotik properti, pagi ni rasa tekak rasa bersih, disebabkan memantau tekak sendiri, tekak anak-anak tidak kering masa cuaca panas(reaksi mucus keluar ditekak bila kekeringan) ni, ada terasa beza sikit :)) Cubalah.
Ala2 safari pulak
Alhamdulillah. Membina suasana untuk potensi benda kehidupan lain, yakin kepada kebolehan, dapat membuat lebih dari menggiatkan mereka, penyediaan sesuatu ambien atau sekitar dimana memudahkan untuk haiwan2 ini singgah.
Sesambil mama bercucuk tanam untuk beberapa pokok yang ada gunanya iaitu pandan, aloe vera, inshaAllah nak tanam serai esok. Niat untuk di bawa ke tempat mama mengaji. °
Terpandang beberapa ekor kucing berhenti mengambil giliran untuk makan, kelabu datang, ganti kucing kelabu putih, pic dibawah. Yang ginger si bulu kuning naik ke atas tembok, selamba makan makanan burung, sekarang sudah dapat pengetahuan baru yang ginger makan roti!:)°
°
°
Semangat kehidupan, membuat suasana itu hidup 🐾 °
Morning deariies 😽
Sesambil mama bercucuk tanam untuk beberapa pokok yang ada gunanya iaitu pandan, aloe vera, inshaAllah nak tanam serai esok. Niat untuk di bawa ke tempat mama mengaji. °
Terpandang beberapa ekor kucing berhenti mengambil giliran untuk makan, kelabu datang, ganti kucing kelabu putih, pic dibawah. Yang ginger si bulu kuning naik ke atas tembok, selamba makan makanan burung, sekarang sudah dapat pengetahuan baru yang ginger makan roti!:)°
°
°
Semangat kehidupan, membuat suasana itu hidup 🐾 °
Morning deariies 😽
Posted by
babYpose
at
10:37 AM
Labels:
bloggermalaysia,
comel,
dewi,
kucing,
sugu pavithra,
whiskers
Hikmah beri burung dan tupai makan
لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.
Buat anak-anak, bila ada kelapangan, atau nak hidup dengan makhluk lain mesti letak tugasan dalam rutin harian di dalam video di bawah, jamu roti, nasi atau kentang goreng yang di simpan dalam peti beku (dan dikeluarkan sikit2). InshaAllah tupai burung mai singgah, baru2 ni ja kucing singgah sejak letak nasi masa bulan puasa , jadi mama simpan dan keluar sikit-sikit2 jgk untuk penghuni taman ni. (Pernah tanya pet shop, tentang makanan tupai tapi tokey kedai cakap yang ada cuma untuk sugar glider.
Lagipun ia satu amalan sunnah, inshaAllah diterimaNya.
Daripada Abu Hurayrah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sendi anggota badan manusia (boleh) bersedekah setiap hari mula dari terbit matahari : Engkau mendamaikan antara 2 orang (yang sedang bertelagah) adalah suatu sedekah, engkau menolong seseorang pada binatangnya dengan mengangkatnya ke atas binatang tersebut atau menolong mengangkat barangnya adalah sedekah, bercakap perkataan yang baik juga adalah sedekah, setiap langkah yang engkau berjalan ke masjid untuk solat (berjemaah) adalah sedekah, dan engkau membuang sebarang benda yang menyakitkan di jalan juga adalah sedekah.” [Muttafaqun ‘alayh, Lafaz daripada Muslim (2382)] .
See how kids do pulak, dah kena delegate to subordinate ni.
Salam ceria semua🌹🐞🐝🌲🌻💝👭👭👬
Burung kacau daun / birds & squirrel
Begitu cerianya haiwan-haiwan ini masuk hari ke hari, di dalam laman ke atas wayar elektrik. Hati ringan, minda bebas dari kerisauan kerana penjagaan alam, tugasan manusia.
Mama melangkah masuk terpandang lagi seekor yang belum pernah terjah iaitu burung murai kampung, sesambil ambil gambarnya terlihat, si tupai menakl8uki makanan kucing, tupai ditempat burung , burung merbah tengek pula seakan dalam cerita kartun tom and jerry. Inilah menjadi inspirasi jika menghayati sekeliling. .
Taklah lama dapat menikmati kerana tanggungjawab mendidik anak bersilih ganti, tiada misi atau visi cuma naluri melihat anak berjaya dengan sedikit ilmu supaya laju dalam tunjuk ajar, mama permudahkan dengan mengenal anak-anak lebih dekat seperti.. .
1. Menerima perbezaan individu. Contoh: Lebih suka berdikari dalam mengulangkaji atau lebih suka berguru membuat latihan. Beri ruang dan perhatian.
2. Peka atau sensitif terhadap persediaan masing-masing. Latih dari situ.
3. Pembelajaran dari explorasi, bukan dari buku tetapi penemuan baru (discovery). Contoh: ikan akuarium memerlukan udara, bukan hanya dari mesin oxygen tetapi dari pokok. Dari pokok juga dapat menapis air. Ujikajikanlah bersama. Sejak tu rumah kita ada byk balang ikan kan.
Salam💛🐞🌷
July 4, 2020
Kaki dekor
Keperluan perabut. Cara terbaik mengenakan kehendak terperinci kerusi, permukaan dan penyimpanan. Ini perlu kesesuaian ruang bilik atau sudut meja makan. Tiada kira dengan perabut yang sedia miliki. Biasa yang utama harganya lebih mahal. Untuk permukaan boleh ditambah seri, untuk di bawah juga tidak membabitkan ribuan kalau ia bukan kilim atau dari permaindani dari timur tengah. Mama bersyukur ruang ini, tidak berubah sejak bertahun walau trend terkini terpamer merata. Tahan membeli hanya terbeli pengalas meja 6 keping khas untuk 6 pax. Suka dekor jugak perlu kawalan diri, tengok-tengok mengambil masa, ubah2 jugak terjebak kehilangan tenaga. Pengalas biasa tiada makna tetapi untuk perhiasan diri ada nilainya seperti dalam cerita Fatima as. .
Filemkan burung di taman, teringat buah melaka tak jadi
Walaupun suka filemkan video burung-burung yang singgah di tembok depan tu. Ada masa tak nak bangun atau berganjak langsung, nak duduk berehat tapi sanggup zoom bagai nak rak, nak jugak ambik video.
Syukur makanan yang diberi, baik burung atau tupai tidak memilih makanan yang diletak yang terkejut tu termasuklah buah melaka ha buah melaka?? Kenapa buat tapi tak mrnjamah sendiri sebab buah melaka nampak macam jadi tapi keras macam besi haha. Layak masuk #masakapatakjadiharini
walau masak berkonsultasi dengan papa #suamimasakapaharini dah bukan rezeki. Cuba lagi nanti :) Yang nak jadi cerita bukan buah melaka saja, ada lagi yang tak jadi. Masha Allah
Selamat perang semua🌹🐞🐝
Syukur makanan yang diberi, baik burung atau tupai tidak memilih makanan yang diletak yang terkejut tu termasuklah buah melaka ha buah melaka?? Kenapa buat tapi tak mrnjamah sendiri sebab buah melaka nampak macam jadi tapi keras macam besi haha. Layak masuk #masakapatakjadiharini
walau masak berkonsultasi dengan papa #suamimasakapaharini dah bukan rezeki. Cuba lagi nanti :) Yang nak jadi cerita bukan buah melaka saja, ada lagi yang tak jadi. Masha Allah
Selamat perang semua🌹🐞🐝
Posted by
babYpose
at
4:50 PM
Labels:
Bird feeding,
lamanroses rumah,
masak apa tak jadi hari ni,
sugu ppavithra
Disinfektasi bilik
Disinfektasi bilik abangnya dengan febrese sejak covid 19 menular, mama ingatkan diri jika post terkenal di socmed ni guna je perkataan famous atau dikenali ramai, diketahui ramai, mega post ke bukan viral-viral ni bagai mendoakan virus yang betul menjelma. Nauzubillahiminzalik
Tidakkah engkau telah nampak dan mengetahui bahawa Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat? Jika Ia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu. (Ibrahim 14:19) .
Menyiapkan bilik abang beragenda sebaliknya. Meneutralkan bilik peribadi ke menjadi hos atau tuan bilik sesekali iaitu membenar dan menerima tetamu terhormat di bilik ini. Jadi adalah sesuatu alatan disediakan memudahkan pertukaran bilik transformasi peribadi ke bilik tetamu :) saksi video akan datang, tak sempat nak merge video atau gabung video. Biar asing2, tetap ada, itu yg penting.
Tkasih rakan2 yang singgah sini, moga dirahmatiNya selalu. May yall hv blessed and best days always. ❤
Berkelah di rumah / Picnic at home
Permulaannya berriadah di rumah walau tak jauh dari sini ada beberapa tasik. InshaAllah nak merancang ke salah satu tasik masa terdekat ni. Dekat2 dulu agar dapat balik bersolat atau dapat mengelakkan penggunaan tandas awam.
Tak sangka Si abang dengan sendirinya menyanyi lagu menikmati berada diluar. favorite adik, sambil rasa2 rumput.
"Hidu bau rumput, tanah macam saya impikan
Rasa bayu musim panas macam memanggìl kami
Pertama kali, bebas sepenuhnya
Boleh berlari,
Berlumba, menari, main kejar2".
Yang si adik tak sabar nak makan hott dogg.
Sorry mama ada hal jap... be right back nanti, salam jumaat yang barakah semua 💚 Alhamdulillah.
Salam mesra alam🌱⚘🌷🌼🌻🌲
Posted by
babYpose
at
11:31 AM
Labels:
berkelah di rumah,
explorerkids,
kita kita,
pelakon,
penyanyi,
picnic at home,
pkpp,
sugu pavithra
Tanam Kucai, kesum, pegaga dlm satu pasu
Untuk pegaga cabut dari akar
Kesum patahkan 4 inci dari pucuk ke bawah,
Kucai pun ambil dengan akarnya sekali.
Alhamdulillah membesar, bolehlah bawa ke belakang. “Mana-mana orang Islam yang bercucuk tanam kemudian dimakan daripadanya burung, manusia atau binatang tiada yang lain kecuali baginya sebagai sedekah.” Riwayat al-Bukhari (2320)
Niat sedekah berkali-kali berniat kerana bila daun pisang nampak terpotong bila bangun pagi, atau kering atau nampak siput menjamah, patah hati kerana ia kesayangan, kesukaan belum besar dan belum ada banyak tetap pasang lagi niat sedekah dan berdoa juga memujuk diri, Allah swt akan menyuburkan lagi atau digantikan yg lebih baik dan yang berlaku mesti ada erti untuk hadapi dan pelajari. Nantikan luahan lagi bukan mudah nak dapat pahala :) Walaupun dah tanam atas tanah, tetap tanam tepi tingkap, bekas kitar semula kecil digantung inshaAllah dimemorikan di sini.
Selamat berhari minggu 🍃🍀🌵
.
Posted by
babYpose
at
10:59 AM
Labels:
cara mudah tanam ulam,
kebun bandar,
kitchen garden,
kuey teow,
pegaga,
ulam
July 3, 2020
Pertama kali ke taman dalam pkp
Pertama kali ke taman setelah 4 bulan bersantai di rumah, berhenti untuk belajar di atas talian sambung berlegar.
Masa untuk rehearsal atau raptai (latihan) berada di luar di taman permainan agar biasa baharu di sekolah.
Perjalanan mendidik anak-anak tiada henti dari keazaman yang kuat dan naluri keibubapaan yang cekal dalam memupuk diri sendiri. Walaupun begitu, pembelajaran dari professional juga yang diharapkan. Standard Prosedur operating disaran oleh pihak berkaliber yang akan amalkan. Peka dan waspada, inshaAllah.
Kita lakukan yang terbaik dan terdaya serta bertawakkal kepada Allah swt.
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? (Yunus 10:99) |
Kehidupan diteruskan, moga berjaya dan bahagia
Pets ala2 petting zoo
Every minutes count so as our limbs move to maintain comfortable and enough life. Outside or under the shade we still attend to our pets, morning noon and evening. Like our PM said nobody is left behind, all souls accounted for including mr and mrs rabbit, yeow2 etc.
Berlegar luar melayan haiwan kesayangan, sempat belai-belai dan memastikan keperluan mereka mencukupi, menahan dengan kaki tu salah ya adik walau niat untuk mengelak mereka mencakar sesama sendiri. Yang penting Memastikan keselesaan mereka. Tiada siapa yang tercicir , setiap jiwa berharga sambil menaip ni terdengar di berita yang zootaiping akan di buka, rindunya.. semua diambil kira termasuk encik dan cik nab, meow2 dll.
Memelihara jiwa-jiwa lain, memupuk diri lebih prihatin, penyayang dan bertanggungjawab, inshaAllah. Berbudget masa untuk berehat, rehat jugak satu tugasan penting.
Kasih, mama🌻
Posted by
babYpose
at
4:07 PM
Labels:
Arnab-arnab,
mco,
Peter rabbit,
Pets,
Petting zoo,
pkpp,
rabbits
Food review from rihlah /picnic activity
Dalam salah satu video, adik seronok sangat sebab nak grill hot doggg (ada dia sebut tu) bila rihlah, riadah, berkelah pastilah ada f&b, makan2 dan minum2. Pilihan ikut selera nak bawa bekal, menyedia bahan berbbq untuk disiapkan di destinasi atau beli bungkus.
Nak rasa angin segar dan berlama sikit budak2 duduk luar, penyediaan juga di luar.
Menyalakan api pasti berasap ke jiran. Api terbuka tak digalakkan. Jadi, bawa keluar oven letak atas tempat rak bbq. .
Alhamdulillah masa makan, terkeluar dari mulut abang mmm sessedap atau rasaasedapp tastesoogood, kita intepret it positively ja laa, biar diterjemahkan yang menyenangkan hati.
Menu ringkas - protin, fiber, karbo dan lemak yang boleh adik abang belajar buat sendiri nanti. InshaAllah.
Moga hari ini dan hari seterusnya penuh berkat buat semua 💖
pandangan luar inspirasi syurga
Berberapa kali naik ayunan dibuai mimpi, dah dibiasakan bawa buku utk dibaca sambil merehatkan diri. Sebelum terlentang patut tolong papa beri makan ikan.
👄Happy father's day my lover 💋 everyday kan.
Memang minat duduk diluar, pandang luar dari dalam jugak kegemaran. Suka teramat suka. Rupanya semua ni dari inspirasi syurga.
Aamin YRA. AllahuAkbar.
Moga aman damai selalu semua yang dikasihi dan dihormati 💕 .
July 2, 2020
Minat melukis
Special feature of abang's comic attemption. Detailed, meticulously hard working . If we were not interested in doodling we wouldn't. drawn too many, big small, few shapes, characters etc. The talents encountered for sure, encouragement is here, proceed properly, inshaAllah.
Salam kasih semua 💛
Posted by
babYpose
at
12:52 PM
Labels:
artismalaysia,
imam,
kita kita,
melukis,
pelakon,
penyanyi,
youtubermalaysia
July 1, 2020
Anak-Anak masak broccoli
Biar abang menyiapkan sayur untuk dimasak dalam oven, hijau nampak menyelerakan, tak masak lagipun dah tahu sedap, istimewa ciptaan Allah swt. Berserat, berjus mengenyang makan begitu saja selepas distim sekejap pun sedap. Untuk abang dan adik, mama letak mentega dan keju menambah rasa.
Toyyibannya mesti basuh bersih dan cara cuci mama guna air garam.
Jamah hijau lebih ya semua. InshaAllah sama2 kita.💚
Kek carrots Ala roti tanpa mixer
Resepi mudah tanpa mixer melancarkan pengemasan dapur. Kurang membasuh, cepat ja duduk menikmati, dulu di cafe, sekarang Kat umah. Yang penting makan catu2 na.
Bahan kering
2 cawan oats
1 cawan tepung
1 cawan carrots dikisar kasar
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan raisins
1 sb baking powder
1 sb baking soda
1/2 st serbuk kayu Manis
1/4 st garam
Bahan cecair
3/4 susu
2 telur
1/4 cawan minyak atau minyak zaitun
1 st vanilla
Satukan semua bahan kering, juga bahan cecair dituang ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga Sebati. Masukkan adunan dalam loyang separuh penuh. Bakar selama 40-50min ,dalam suhu 180°C. Cuba cucuk juga untuk memastikan Kek masak di tengah.
Sepotong Kek ini sangat mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan. Mengurangkan kolestrol, manakala serat oats membersih dalaman "detoks". InshaAllah.
Selamat mencuba.
adik bancuh tungkus lumus kerana suka slime je tu😊
Salam💖
https://baby-pose.blogspot.Com
Posted by
babYpose
at
10:29 AM
Labels:
Kids activities,
kitakita,
lakonan,
lamanroses,
mudah,
pepper,
Resepi mudah,
RMCO
Subscribe to:
Posts (Atom)