Pages

January 17, 2016

Faiq tanya soalan penting / kids' important question

Faiq 3 tahun

Ok ni Faiq 3 tahun, sekarang dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan darjah 1, inshaAllah, Alhamdulillah. Tahun lepas Faiq tanya saya kenapa dengan giginya yang jarang kat tengah tu. Saya particular juga jaga gigi Faiq ni sebab gigi saya tak elok masa masuk darjah 1. Kakak saya dapat gigi yang tercantik dalam pertandingan.

ok Saya tak jawap sebab hairan kenapa dia tanya soalan begitu. Adakah dia rasa segan gigi begitu. Saya cakap keturunan kut, terus tanya Faiq balik. Faiq cakap gigi dia tak sama dalam gambar gigi-gigi yang dia tengok. Saya cakap yang dia akan dapat satu set gigi lagi yang cantik, dan ini set yang terakhir. InshaAllah Tuhan akan beri yang rapat dan sihat. Kita sama-sama doakan. Kami pun berdoa bersama semasa tu. Gigi faiq ni tak da yang buruk, cuma satu buruk iaitu gigi geraham. Saya susah hati juga takut dia sakit. Faiq cakap tak rasa apa pun. Ahamdulillah. Faiq ni bila masuk ja berus gigi dah rasa bluerk tula sebab tak bergosok gigi belakang. Tapi sekarang dah ok. Vitamin tak makan, buah oren makan, harap boleh gusi sihat dari vit c dari buah oren yang tak teringat nak bagi mama ni.

duduk-duduk sarapan / breakfast lover

Waktu bteakfast waktu yang saya tak duduk kalau hari biasa. Bergegas sedia itu ini, bekalan untuk di bawa kesekolah. Buat minuman, buat roti jem atau roti coklat untuk semua. Tak susahkan tapi ambil masa juga sapu 6 keping hehe..Breakfast dengan telur (dalam gambar) tu kesukaan Fadya. Kami suka juga telur tapi jarangla makan. Faiq tak makan telur, ikan ayam dia makan, telur belum cuba lagi. Lagipun Faiq cakap mak ayam akan rasa sedih tengok kita makan babynya.


Bila weekend tu saya baru bole duduk, minum lambat-lambat.  Hari biasa tu tak minum atau minum sekali denguk kut haha..Bila hari cuti begini saya cuba la buat sesuatu bagi budak-budak ada semua supaya tak diganggu. Bagi tablet kulit berbulu la apa lagi tapi pic ni tahun lepas. Sekarang susah dah nak pilih apa  untuk ditengok, sorang nak superhero, sorang lagi nak princess.  Suka lihat anak-anak masih boleh berkongsi. Oklah got to go fadya asyik tanya kenapa pokok kacang tak tumbuh lagi macam dalam jack and the bean stalk pun. Cute pulak pagi-pagi ni duk tanya tu. Nasib cuti boleh la layan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin