Pages

July 14, 2024

Flat bread for dinner meal & Carrot Juice

Roti Canai buat makan malam & Jus lobak merah 



Watching the birds, youtube while pick up recipes here and there. At split second it's time for dinner again hehe..


But the energy, the mood, the everything to do with biological being just want to feed not to prep hehe..


Yet, I lift my heavy bones of four parts to fry the frozen flat bread, arrange the cut, washed earlier salad, defrost and heat up the chilled brinjal gravy.


I love the color of the food, add white dragon fruits to make it livelier. I made carrot juice on the other day. 


It was good, managed with savoury so far. 


Good times ❤️





Asyik lihat burung di luar, tonton youtube, sambil kutip resepi sana-sini. Sekelip mata masa makan malam tiba lagi hehe.. 


Tetapi tenaga, mood, dan apa² berkenaan dengan biologi hanya mahu disuap bukan untuk menyiapkan hehe.. 


Tetap mengangkat tulang empat kerat untuk menggoreng roti canai, atur salad yang telah dibasuh dan dipotong, memanaskan kuah kari terung. 


Suka warna makanan, tambah buah naga putih untuk memeriahkan lagi. Saya juga buat jus lobak merah pada hari lain. 


Bagus, terurus juga dengan makanan tak manis ni. 


Baik² saja ❤️


July 13, 2024

Bump to a goat after a wedding

Terserempak dengan kambing keluar dari kenduri kahwin

                           Mini video


Before fasting month, we attended a cousin's wedding at Kota Damansara. 


I adorned a pair of  pink modern traditional dress. 


While hubby put on a blue fine art cloth batik from Surabaya. 


Abang wore cotton shirt kind of batik motives too.


I brought two goodie bags, one for the bride and groom. 


Another  consisted few packs of  dates fruits for my cousins to welcome the blessed month of Ramadan. 


No chance to caption of wedding menu. 


The rarest ever was, admidst of exit, saw at some kind of flea market selling plants, suddenly appeared a small goat to pet or to sell I'm not sure, but it went out from the booth's gate. 


That's it for today. May you've enjoyed 😍 Thanks dear Aunty for having us 💞


Happy greetings ❤️


                              Kid

Sebelum bulan puasa, kami menghadiri kenduri kahwin sepupu di Kota Damsnsara. 


Saya mengenakan sepasang baju kurung berwarna pink belacan. 


Manakala suami berbaju batik Surabaya, berwarna biru. 


Anak lelaki, abang, pakai baju kain kapas bermotif ala batik juga.   


Saya bawa dua bag goodies, satu untuk pengantin baru. 


Satu lagi mengandungi beberapa pek buah kurma untuk diberi kepada sepupu² saya sempena sambutan bulan Ramadan Mubarak. 


Tak sempat pula ambil imbasan hidangan kenduri. 


Yang "rare" nya semasa keluar tu, ternampak jualan, pokok2, juga kambing untuk di pet atau dijual berjalan keluar dari pagar boothnya. 


Itu je perkongsian hari ni. Moga anda terhibur 😍 Terima kasih Aunty sayang, menjemput kami💞


Salam bahagia ❤️



  

July 11, 2024

Orange Juice | Avocado Toast

Jus Oren | Roti Avocado


                   Food Video


Sometimes I got derailed looking for sweet drink or sweet treats. I could forgot about juice, salad.


I'm back on my feet hehe.. when I see green, sending kid for basket ball training, I feel Im living a healthy life too but not yet exercise hehe 😅


Start with juicing first. Enter the kitchen grab fresh produce and click the juicer or cut salad into pieces.


From there add protein and carbo.


Two moments  of that I could find now but not salad. 


Orange Juice

Avocado Toast


Expert say eat savory in the morning to avoid sugar spike later on. We'll try 😊


One heart ♥️





Kadang saya terbabas mencari minuman dan makanan manis. Boleh pula terlupa tentang jus dan salad. 


Saya berbalik ke pangkuan diri hehe bila lihat hijau sayur, hantar abang ke latihan bola keranjang, saya rasa menjalankan kehidupan sihat tapi sendiri belum bersenam hehe.. 😅


Mula dengan menjus dulu. Masuk dapur capai bahan segar dan pasang mesin jus atau potong salad kecil². 


Dari sana tambah protin and karbo


Dua momen yang saya terjumpa tapi bukan salad. 


Jus oren

Roti Avocado


Pakar kata makan tak manis di hening pagi mengelakkan pengambilan gula selepas tu. Kita cuba 😊


Satu hati ♥️




July 10, 2024

Cream cheese puff

Puff Krim Cheese


                         Mini video


I saw summer treats on youtube, I will try making it from semi scratch. Got kawan pastry. Strip out four pieces


Place the pastry strips on the tray. Set oven 200C, heat up first. I was not organised, so found the cookie cutter, chopped in the middle slighty, not till fully cut.  


Egg was still in the fridge, took it out. Washed it, poked the shell, mixed it, use brush to eggwash the pastries top. 


Then lift the tray filled with pastry to the oven set 30 mns to turn it to puffs. 


Got ready with cream cheese, by right buy Philadephia cheese but found similar and cheaper brand Beqa. 

Cut into two, coz worried of wasting ingredients. Tried half first. 


Yet wanted to cut grapes, I didn't find strawberries coz went to a small grocer nearby. If I found it so, knew it'll be expensive. So my luck and delighted with grapes. Cut em half, munch size hehe.. . 


Back to whisk the cheese, saw they put sugar more than 2 tbsp, I decided to add only 2 tbsp but not full. Sadly the volume not big. Enough for 4 puffs


30 min pass, the puff browned and crisp well. Let it cool, traced the cut and pressed in the middle.  


Scoop the cheese and spread in the midde, put grapes on, snow it with icing sugar.  


Ready to have it with a cup of green tea.  As an option, cream cheese on a toasted bread is as good 😊


Love ❤️



Tengok makanan musim panas  di youtube. Nak cuba buat sendiri dari mula tapi tak sepenuhnya. Ada pastri jenama kawan. Ambil 4 keping 


Letak kepingan pastry atas loyang. Set ketuhar 200°C, panaskan oven dulu. Saya tak bersedia pun, jumpa pemotong biskut, guna tu untuk tekap atas pastri, separuh dalam jangan sampai terputus.


Telur masih dalam peti sejuk, ambil keluar, pecahkan cekerangnya, pukul telur, guna berus untuk sapu atas pastri.


Kemudian angkat loyang yang ada pastri ke ketuhar, masukkannya, set selama 30 min hingga jadi puff. 


Nak siapkan krim cheese patut beli jenama Philadelphia tapi jumpa macam sama dan lebih murah iaitu Beqa. Potong separuh, sebab risau membazir bahan. Cuba separuh dulu.


Giliran anggur untuk dipotong, tak nampak stoberi sebab pergi ke grocer berdekatan. Kalau jumpa pun, tentu lebih mahal. Nasib dah suka dengan anggur. Belah dua, saiz senang kunyah hehe.


Berbalik ke pukul cheese hingga gebu, lihat depa buh lebih 2 sb gula, saya ingat nak buh 2 sb tapi tak penuh. Sedih pula lihat cheese tak kembang banyak. Cukup untuk 4 puff. 


30 min berlalu, puff pun dah nampak gelap garing cantik. Biar sejuk, cari garis potongan  dan tekan tengah² nya.


Ceduk cheese dan sapu di tengah, buh buah anggur di atas, tabur gula aising ala salju gitu.


Sedia untuk dinikmati dengan secawan teh hijau.  Sebagai option cepat,  krim cheese atas roti bakar pun sama sedap 😊 


Sayang ❤️





July 9, 2024

NSK Grocery | Fish Head Curry | Fried Kuey Teow | Eggplants Sambal

Belanja dapur di NSK |Kari Kepala Ikan | Sambal Terung


                  A mini sequence          video / video ikut turutan

Did grocery at NSK, which has a huge wet market concept inside a mall. Bought fish head cuttings, cockles, flat mee for cooking at breaking fast time. 

Arrived home, keep the groceries items, and cooked rice. Cut the ingredients for cooking, and a bit of washing. 

Cooked red fish head curry, sauteed and poured in cooked gravy. 

Again sauteed chili paste for the grilled eggplant topping. 

Once again browning some ingredients for flat mee.

Put grilled eggplants on plates, top with chilli paste. 

Transfer the  kuey teow dish from pan to bowl, coz fish head pot is already on the table, cramped for 4 paxs, 

Already two meals served together due to fasting consequences hehe, the meals were rice and fish curry and fried kueyteow bowls. Chaos. 

Grateful anyways ♥️



Belanja barang dapur di NSK. Beli kepala ikan, kerang, kuey teow untuk dimasak waktu berbuka.

Sampai rumah, simpan barang dapur, masak nasi, memotong bahan untuk masak dan sedikit membasuh.

Masak kari kepala ikan merah tumis darat.

Menumis pula sambal untuk terung, terung hanya dibakar.

Sekali lagi menumis untuk menggoreng kuey teow.

Letak terung rebus, buh sambal atasnya.

Alih kuey teow dari belanga ke  mangkuk, sebab belanga kepala ikan dah atas meja, sarat untuk 4 orang semeja kecil. 

Dah la dua hidangan untuk sorang, nasi kari dan kuey teow dalam mangkuk, sebab puasa semua nak makan. Haru :)

Syukur Alhamdulillah macamanapun ❤️

July 8, 2024

Stuffed Bread Mac & Cheese

(bite size) Roti inti mac & cheese 


Mac & Cheese is someone's favorite meal. So we came up to make it easy to grab and bite. Yes adik did it this. Coz we have leftover bread, fill up with mac & cheese in it and fry em. If it permints can freeze and have it em whenever. 


                   Non detail video:) 


Stuffed bread Mac & Cheese 

1 pack of Macaroni (to boil) 

1 bowl of minced chicken

3 tsp chopped onions

1 tb butter

1 can of prego

1 cup of water

Gardenia Bread 


Method

Melt the butter in the pan. Add all the ingredients except pasta and bread. Then add cheese prego and water. 


When its getting creamy and yummy. Mix with macaroni.


Cut the bread square into 4. But adik did it round. (not adviseable as its waste on the corner). 


Put 1 tsp on the bread, cover with another slice, seal with flour mix water. Then fry atau airfry. 


All finished, not a chance to freeze. Adik rewarded herself:) 

 

One heart, one love ♥️



Mac & Cheese memang makanan kegemaran seseorang tu. Jadi teringin nak buat makanan sejuk beku. Ya si adik buatkan. Ada lebihan roti, isi mac&cheese di dalam dan goreng, kalau sempat boleh sejuk beku dan goreng bila lapar.


Resepi Roti inti Mac & Cheese

Bahan²

1 bungkus pasta macaroni (direbus) 

1 sb mentega

1 mangkuk kecil ayam cincang

1 tin cheese prego

1 cawan air

Roti gardenia


Cara²

Cairkan mentega dalam periuk. Masuk bahan di atas kecual roti dan pasta macaroni. Masuk cheese dan air. 


Nampak pekat sedap. Angkat. Gaul rata mac dan cheese.


Roti gardenia sekeping di potong empat tapi adik buat bulat (kurang praktikal ada lebihan, sayang!) 


Sesudu mac n cheese letak atas roti. Terlengkup pula roti lain, lekat tepi dengan bancuhan tepung. Goreng atau airfry. 


Itulah habis semua, tak sempat sejuk beku pun. Adik beri ganjaran diri sendiri :) 


Satu hati, satu cinta❤️


July 6, 2024

Fucuk Soup

 Sup Fucuk


Fucuk is made out of soy bean extract and goes through steaming process, before sizing and fried. It is commonly found in noodle cuisine as a side dish. Ingredient: Soy Bean, Salt, Edible Palm Oil. - Google




Let's cooking


Fucuk Soup

*3 onions

*1 inch ginger

*3 garlic

*Anchovies 1 tbs

Suun (soak in the water)

Fucuk (soak in the water)

Dried mushroom (soak in the water)

3 cups of water

Cooking oil 2 tbs

Salt to taste 


Method

Heat up the oil, fry the anchovies until crisp. Then, sauteed the starred ingredients whether its sliced or blend

After aroma spreads, add 1 cup of water, add fucuk, suun and mushroom to absorb the sauteed ingredients. Add salt to taste. 

Then, pour the rest of water. Let it simmer,. Serve with hot rice. 


I rarely cook this. But my daughter loves it, So later she could cook it base on this  recipe 😊


Love always ❤️







Fucuk di buat dari ekstrak kacang soya dan melalui proses mengukus sebelum di potong dan goreng. Biasa dijumpai di dalam sup berbagai mee sebagai makanan sampingan. 


Jom memasak


*3 ulas bawang putih

*Halia seinci

*Bawang kecik 3 biji

*Ikan bilis  1 sb

Suun di rendam

Fucuk di rendam

Cendawan kering di rendam

3 cawan air

Minyak 2 sb

Garam secukup rasa


Cara²nya

Panas minyak, goreng ikan bilis sehingga garing. Tumis bahan kisar atau di hiris hingga naik bau aromanya. 

Tambahkan 1 cawan air. 

Masuk suun dan fucuk hingga meresap dan sebati tumisan tu.

Tambahkan garam secukup rasa.

Masuk air selebihnya dan biar hingga mereneh. Siap

Hidangkan dengan nasi panas. 


Jarang buat masakan ni, tapi adik anak dara suka, jadi nanti akan suruh dia masak pula:) 


Sayang selalu ❤️


July 5, 2024

Piranha in Aquaria

Piranha di Aquaria  


                  Ocean Trip video 


We're delighted with brother and his friend's plan and told our kids about it. On the day, we dressed up for the fun day in Aquaria KLCC. 


Woke up early, was a bit skeptical coz brother who just came back from the states, earlier hesitates as he came to knew it was school holiday week here in Malaysia. 


Luck was our side, get ready, and drove to pick them up. Arrived there early.


Tips to feel easy at this tourist attraction. 


    1. Go as early as possible

    2. Parking conveniently at KLCC

    3. Walk through the tunnel to Aquaria

    4. Fill the tummy first as can't eat inside

    5. Bring IC or passport. 

    6. Tiket price varies RM52 ++


We were intriqued with the Piranhas that welcomed us. Yes, it was placed at the entrance. 


Pira means fish, sainha mean tooth. But saw like canine, all of it. Also meaning is biting fish, that's the thrill of predatory omnivor. Which mean they eat plant based and meat. 


Piranhas are known aggresively to tear apart human body  in seconds. Yeah! in seconds, believe it or not 😨, we saw it live and many, not checking the strength of the aquarium that protect us. Careless, yet trusting the Aquaria authorities on that. 


Another creature was the lobster, right after the piranha on the right.


This creature has smart brain I heard, and check it out it is true, it is a smart animal with feelings, carry their young 9 months, and has blue blood like spider. 


Amazing trip we had, we very much love and thanks to brother and his friend. We'll do more :)) and yet more fish to explore..  


Admidst walking out, we saw Kenny Rogers restaurant, we had roasted chicken for lunch. 


Peace and joy to you. Give gratitude always ❤️




Kami teruja dengan rencana adik dan kawannya untuk bawa anak² ke Aquaria. Tiba hari yang dijanjikan kami bersiap untuk keriangan di Aquaria KLCC. 


Bangun awal, tapi rasa skeptikal sikit sebab adik yang balik bercuti dari USA mengeluh awalnya sebab baru tahu yang minggu tu minggu cuti sekolah di sini. 


Nasib menyebelahi kami, Bersiap siap, dan pandu terus ambil mereka. Sampai awal pagi kami di sana. 


Tip nak rasa selesa di tempat tumpuan pelancong ini. 


1 Pergi seawal mungkin

2 Letak kereta di KLCC

3 menapak melalui terowong ke Aquaria

4 Isi perut dulu, kerana tidak dibenarkan makan di dalam

5 Bawa I/C atau passport

6 Harga tiket anggaran RM52 ++


Kami terlalu terpersona dengan Piranha yang menyambut kami. Ya, tangkinya berada di depan pintu masuk. Bergambar, berborak sesambil lihat mulut ikan bergerak. 


Pira bermaksud ikan manakala nha tu dari bahasa Tupi bermaksud gigi. Tapi taring kesemuanya yang saya perasan hehe.. Juga ia bermaksud ikan mengigit, itulah yang mengujakan, pemangsa yang omnivor, makan berasas tumbuhan dan daging.


Juga ia terkenal dengan mengoyak daging dalam beberapa saat ja, percaya atau tidak 😨. Dah lihat dekat hidup², tanpa periksa cermin aquarium tu kuat ke tak, lalainya kan. Tapi yakin dengan pihak Aquaria lebih arif. 


Makhluk didepan kanan tu udang galah. 


Makhluk yang bijak dan berperasaan saya dengar, dah check tadi betul, ia juga membawa telur selama 9 bulan dan berdarah biru macam labah-labah. 


Menakjubkan lawatan kami, berbanyak terima kasih dan sayang buat adik dan kawan. Kami suka :)) dan ada lagi ikan nak di kaji nanti...


Keluar dari Aquaria, ternampak restoran Kenny Roger, kami pun pekena ayam panggang untuk makan tengahari. 


Tenang  &  bersyukur selalu ❤️







July 3, 2024

Shrimp Tumeric Coconut Gravy Budget Recipe

Masak Lemak Udang Budget | | Shrimp Tumeric Coconut Gravy Budget Recipe 


                   Mini cooking video


It takes determination to have dishes on the table, persistent and sincere for it to appear :) 


🦐6 shrimps

3 onions*

3 garlics*

1 lemon grass*

2 tb minyak*

1 pack of brahim's  Coconut tumeric paste (if prefer making it, the recipe is below) 

1 cup of water


Method

🍳Heat up cooking oil, sautee the starred ingredients til aroma spreads

Add Ibrahim Paste (or make it from scratch, 1 inch tumeric, 1inch ginger, 1 onion, 3-5 chillies, 1 tb anchovies (blend all, add tamarind during cooking) 

1 box of coconut milk but I use water (saving option) 

Lastly add shrimps, let em cook slight (miss foodcourt style) 


This dish, I served with okra dried shrimps which I put on the rice, got ginger chicken as one of us still eats water pale gravy. Fried tofu, all this for breaking the fast. The appearance of dates are the indication 😅


Happy greetings, always give gratitude to yourself the pure and clean you, importantly you have yourself❤️



Dengan ada semangat untuk menghidangkan makanan atas meja, penuh kegigihan dan keikhlasan  untuk ia menjelma :)


Udang Masak Lemak


🦐6 ekor udang

3 bawang besar*

3 bawang putih*

1 batang serai*

2 sb minyak*

Sepeket pes masak lemak jenama Brahim's (untuk buat pes sendiri, resepi di bawah) 

Secawan air


🍳Cara²nya

Panaskan minyak, tumis bahan bertanda bintang hingga beraroma

Masukkan pes masak lemak (atau buat sendiri seinci kunyit hidup, seinci halia, sebiji bawang, 3-5 biji cili, 1 sb ikan bilis, semua di kisar tambah 1 asam keping semasa menumis) 

Sekotak santan (dikacau untuk elak pecah minyak) tapi pes brahim saya cuma tambah air ( option jimat) 

Akhir sekali udang, biar ala2 masak. (rindu gaya foodcourt)


Hidangan ini dipadankan dengan bendi tumis udang kering yg terus letak atas nasi, ada ayam halia juga kerana seorang tu makan putih² lagi. Tauhu goreng ada juga, semua ni untuk berbuka sebab ada buah kurma sebagai indikasinya.😅 


Salam bahagia, sentiasa bersyukur dengan diri yang tulen dan bersih, yang penting ada diri ini❤️

July 2, 2024

Dendeng Chicken | Ayam Dendeng

Ayam dendeng | Cumin Chicken


Never in my mind to have a menu planning. Since I am in control of time, I had to plan a meal that lasts, good to freeze, chill to heat. 

                         Simple Video


I guess cumin dendeng chicken was the start. 


Cumin Dendeng Chicken


7 ingredients

🌿Chicken 1kg

🌿10 red Onions *

🌿3 Garlics *

🌿1 tbsp Palm sugar *

🌿10 Chilies but Substitute  with 🌿1 red Capsicum *

🌿1 tbsp Cumins or Kurma Powder*

🌿Pinch of Salt


Method

🌸Slice chicken slightly thin

🌸Fry the sliced chicken, toss and put aside

🌸Blend the star items

🌸Heat 3 tbsp oil

🌸And sautee the blended ingredients til nice aroma

🌸Add cooked chicken, stir well. Ready to serve. 


Happy and success always, may we give gratitute with every breath we take ❤️





Tak pernah la pula saya nak merancang menu harian. Sejak saya mengawal masa, saya pertimbangkan masakan yang tahan lama, baik untuk bekukan, dan perhangat bila sejuk.

Agaknya ayam dendeng saya mulakan dulu. 

Ayam Dendeng

7 bahan

🌿Ayam 1kg

🌿10 bawang merah*

🌿3 bawang putih*

🌿1 sb gula merah*

🌿10 cili tapi saya letak sebiji capsicum merah*

🌿1 sb serbuk kurma atau jintan putih*

🌿Secubit garam


Cara-caranya

🌸Hiris ayam agak nipis

🌸Goreng hirisan ayam, angkat  serta tapis dan letak tepi. 

🌸Kisar bahan berbintang. 

🌸Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi

🌸Masukkan ayam digoreng tadi, gaul rata. 

Sedia untuk dihidang. 

Bahagia dan berjaya selalu, moga kita bersyukur dengan setiap helaan nafas ❤️


July 1, 2024

Butter Cake & Banana Fritters

Kek Mentega &  Cucur Kodok


            Making and cooking video


As said cotttage life practice, one of it is, make homemade meal. So I baked a basic cake from scratch.


Basic Butter Cake


1 cup of sugar 

1 cup planta (out of butter) 😅

1 cup flour

1 tsp baking powder

3 eggs

1 tsp vanilla essence


1.🌱 Mix sugar with butter til pale. 

2.🌱 Add egg one by one, mix it well

3.🌱Then add vanilla essence.

4.🌱 Add  flour 

5.🌱 baking Powder 

🌸 Mix till fluffy 

🌸 Pour it in the tray

🌸 Bake at 180°C for 35 minutes


By right, I should add frozen banana for flavouring, but on second thought, I made banana fritter instead :)


Happy greetings ❤️



Macam yang diperkatakan selalu, amalan kehidupan desa nyaman, di antara adalah, buat masakan sendiri. Jadi saya pun bakar kek dari mula. 


5 bahan Kek Mentega ringkas:


1 cawan gula

1 cawan planta (tiada mentega) 

1 sk serbuk penaik

3 butir telur

1 sk esen vanila


1.🌱Putar gula dan mentega sehingga putih

2.🌱Masuk telur, satu demi satu, campur sebati

3.🌱 Kemudian masuk esen vanila

4.🌱 Masuk tepung

5.🌱 Masuk serbuk penaik


🌸 Putar hingga gebu

🌸 Tuang dalam loyang

🌸 Bakar pada suhu 180°C untuk 35 minit


Sepatutnya saya masukkan pisang sejuk beku sebagai perisa, tetapi fikiran kedua, saya buat cucur kodok :)  


Salam bahagia ❤️










June 30, 2024

Beaded bracelet | Fried Food

Gelang manik | Menggoreng | Beaded bracelet | Fried Food





Fell in love with beaded bracelets, modelling it, making it and adorned it. 


Easy way making beaded bracelet


3 materials needed

1. beads

2. Elastic thread

3. Pendant charm 


The thread measurement, approximately about wrist size, but this time, I took the leftover thread so there's no waste. 


So I tie a pendant charm first, then beads in one by one.. 


When two threads are full with beads, tie the two ends into a knot. Voila! the bracelet can also be use as prayer beads as I put 33 beads. 


When handcraft mode is On, cooking derailed else where 😅.. Frying is the fastest hehe... 


Blessings always ❤️






Jatuh cinta pada gelang manik, peragakan, membuatnya dan memakainnya.


Mudah cara membuat gelang ni


3 bahan yang diperlukan

 1. manik

 2. Tali elastik

 3. Loket 


Ukuran tali, hanya anggaran saja, untuk kali ni saya ambik lebihan tali yang ada kerana tak mahu membazir.


Jadi ikat di loket dulu, lepas tu masukkan manik satu demi satu. 


Bila dua tali dah penuh dengan manik, ikat dan sambung ke duanya. Jadila gelang yang boleh dijadikan tasbih, kerana saya letak 33 biji. 


Bila berkraftangan, masak pun dah ke mana 😅.. Goreng ja nak cepat hehe.. 


Salam baraqah ❤️

June 28, 2024

Yumniest cookies in Johore

Eid Fitri kuih tersedap di Johor | Eid Yumniest cookies in Johore


Took us 4 hours to arrive at Johore. Departed early morning on a working day. No heavy traffic. Grateful. 

    Trip, enjoy stay & yummy           cookies video


Reach at the hotel, the rate was high not same as in the website.

We have made reservation online 2 weeks earlier. 

Argued abit at the counter, they accepted their mistake. 


If not, the rate is triple more. Thank God we got the offer rate, half price for 2, nights. 


5 star hotel Thistle, facing the neighbouring country Singapore. Seafront view near JDT training centre. 


Check in, hanged out bit, went out for break the fast. Watch night view

Tomorrow onwards, on Eid days, my sis in law gave Eid cookies, too delicious, she got the recipe from Tik Tok. Yummiest ever😍(if you wanna order let me know)


Happy and healthy  greetings♥️ 





Ambil masa 4 jam untuk kami sampai di Johor. Bertolak pagi di hari bekerja, tiada kesesakkan jalan raya. Alhamdulillah


Sampai di hotel, harga di beri tinggi tak sama dengan tempahan di atas talian. Kami dah buat tempahan online 2 minggu sebelum. 


Bertekak sedikit di kaunter, mereka akur dengan kesilapan mereka.


Jika tidak, harga 3 kali ganda mahal, Alhamdulillah dapat harga offer separuh harga asal untuk 2 malam.


                  Best cookies ever


Hotel Thistle 5 bintang berdepan negara jiran Singapura. Permandangan seberang laut dekat dengan pusat latihan JDT.


Check in, lepak sekejap, keluar berbuka di luar.  Lihat pula permandangan waktu malam.


Esok² tu raya adik ipar bagi kuih raya tersedap, dia cakap resepi dari Tik Tok. Terpaling lazat 😍

(jika nak order, bagitau) 


Salam sihat dan bahagia ♥️



June 26, 2024

Gardening |Lunch Box | Berkebun & Bekal

Cabut anak pokok untuk cucuk tanam | Sediakan Bekal | Pick up small plants for gardening  | Lunch box preps


           Gardening and cooking video


Every time I stepped out on the lawn, saw the saplings or wild crop. Pick em up and planted them in pots.


Thought to put in the house or in the aquarium.


This work really need time. Once started, might as well finish it, otherwise the plants past by.

 

Once it has grown, I place them as decor. 


Love easy growing plants. Used to sow tomato plants, but too slow and impatient to nurture it. 


For food, sometime we tried to save time and money, we prep lunch boxes and eat like 'picnic style' :) 


Wish you success ♥️



Setiap kali saya melangkah keluar, jejak rumput, nampak anak2 pokok yang menjalar.


Cabut, cucuk dalam pasu, biar bercambah 


Ingat boleh la letak dalam rumah atau dalam akuarium. 


Kerja ni perlu masa. Sekali dah mula lebih baik habiskan, jika tidak, tumbuhan layu relai begitu saja.


Bila dah membesar, saya letak ia sebagai dekor. 


Suka tumbuhan yang mudah hidup. Pernah semai pokok tomato, tapi terlambat dan tak penyabar untuk nak membelainya. 


Untuk makanan, kekadang kami cuba jimat masa dan wang, sedia bekalan dan makan ala berkelah :) 


Salam sukses ♥️





June 25, 2024

Tidy up to brighten the area | meal portion to increase weight

Tips Kemas mencerahkan ruang🍃|Porsi masakkan naikkan berat badan | Tidy up to brighten the area | meal portion to increase weight


             Before and after video

                     Bahasa below


Came back from visiting my mom, I entered and felt like I need to brighten the house but not getting rid of anything. 


I can only afford to do one tiny front area here first. To change the floor mat under the steel chair. 


So I just changed the dark mat to  a beige color.  It was very hard to lift the barber chair. Slowly, I managed. I kept the chess set in a box and place it somewhere else. Relief. 


I cooked a simple ala quarter- quarter-half  but with more rice coz the household need to gain weight:) 


Best wishes ♥️


                 Big bowl rice 



Balik dari rumah emak, saya masuk macam rasa nak cerahkan rumah tapi tak nak buang apa². 


Mampu buat satu sudut depan ni ja dulu. Menukar alas lantai bawah kerusi besi tu. 


Jadi saya tukar alas kerusi yang berwarna hitam ke warna kuning air. 


Susah juga nak angkat kerusi barber ni. Pelan² berjaya juga. Set papan catur pun saya ambil simpan dalam kotaknya. Lega. 



Masak simple, suku-suku -separuh tapi nasi lebih, sebab dalam rumah ada yang nak naikkan berat badan :) 


Salam bahagia ♥️



June 23, 2024

Tips for minimalist sight, Tidy up after raya festival & cook meal| tips tampak minimalis, kemas lepas raya, masak nasi berlauk

Tips tampak minimalis, kemas lepas raya, masak nasi berlauk| Tips for minimalist sight, Tidy up after raya festival & cook meal.




Woke up early at dawn but appeared in the hall not so early.

Done reading, went to open the blind. Triggered to tidy up the Raya elements. 


Got the camera hehe.. Place it infront of the table.


I moved the table mats, white color, I wish I have olive green color instead.  


Dust out, and wipe the wooden back drop with an effective technique below.

 

Zigzag way movement, up to the side, down abit decline and push to the side. 


Same goes on the table. Let it dry. I wanted the dining to have a minimalist look, so I place throw or mini blanket with plain green color to hide the floral fabric sofa. 


Replace the round cookies tier with candle stand. Looking bare and calm. 


Time to cook simple lunch, white rice with  sweet sour seafood. Its so easy but feel like a 'dine out' meal :) 


Happy greetings ♥️




Before and after photo, food photo bawah :) 

Bangun di subuh hari tapi tak ke ruang depan seawal pagi. Dah habis mengaji, baru buka bidai. Tergerak hati nak mengemas elemen Raya eg bekas kuih. 


Ada kamera hehe.. Tanda saya lakukan demi keluarga nenjadi contoh untuk anak² sekurangnya. Letak ia menghadap meja makan. 


Saya angkat pelapik meja, berwarna putih, saya impikan yang berwarna hijau buah zaitun.


Buang habuk dan lap penghadang kayu di belakang dengan menguna teknik di bawah


Pergerakkan zigzag, dari atas, tolak ke hujung, tarik berselang sedikit ke bawah, dan tolak lurus ke tepi. 


Sama untuk meja, biar kering. 


Saya nak POV minimalis, jadi  saya tutup sarung sofa berbunga dengan selimut atau throw yang polos hijau. 


Tukar rak biskut raya dengan kaki lilin. 


Nampak lapang dan tenang kan..




Masa untuk memasak masakan ringkas, nasi putih dengan masam manis makanan laut. Mudah tapi rasa dihidang macam makanan kat kedai:) 


Salam bahagia♥️






June 22, 2024

Cooking, waiting for a friend to come |Memasak, menunggu kawan datang

Memasak, menunggu kawan datang | Cooking, waiting for a friend to come


          Preps and welcoming video


Looking thru' the window, saw a bird, Yellow vented bulbul spesis to be exact. Cut onion, mushroom and a few others; sautee all.


Saw Hisbiscus blooms, the pink ones still there, whereas the red ones hardly seen it appeared.


The boiled pasta is ready, served with the red sauce on top. Fix a little salad with cut orange slices. It's refreshing with green and orange at the side of the plate. Poured the olive and vinegar dressing.


All is good, my son's friend came, time to attend and serve him pizza; That's the only dish my son can handled by himself :) 


Best wishes ❤️


Lihat luar di tingkap ternampak burung, Merbah kapur. Potong bawang, cendawan dan lain2 nya, tumis semua. 


Nampak bunga raya mekar,  yang berwarna merah jambu masih banyak, yang berwarna merah, dah tak kelihatan lagi. 


Pasta dah siap direbus, sedia untuk di makan, bubuh kuah merah diatas. Sediakan salad dengan buah oren. Menyegarkan lihat hijau oren di sisi pinggan. Tuang minyak zaitun dan cuka epal. 



Semuanya bagus, kawan si abang pun dah datang, masa untuk bersembang dan hidangkan pizza sebab itu jer yang abang boleh kendali buat masa ni :) 


Salam berjaya ❤️





June 20, 2024

Tidy up teen son's room | Kemas bilik anak bujang

Tidy up teen son's room | Kemas bilik anak bujang

     Video mengemas / Tidying Video


By right, I supposed not to clean up his room. However, ever since watching the cleaning vlogs in youtube, my mood in cleaning have a bit of jumpstart. 


I chose his room as it is the one with the most acceptable condition so far. And also approriate a bit. Though messy, (yet not so). At least there is a focus on the bed, sides.


I don't know how to start actually, but picked the dumbbell first. Can you imagine it's located on the bed 😯

Imagine if it slip down on somebody's feet. Godforbid.


Then I stop making the bed, straight go to the corner, on the way at the bed side, I found a bag, belt, scout's scarf and crumple of tape on the table mat.


It took me sometime to clear that. 


I cleared by picking up and collected  then brought it to the corner where the camera is. As there is broken washing machine. Not sure when my husband wants to repair it.


Felt relief the slight tidiness and the productive act I've made🤭


                          After  photo


Happy Greetings♥️


Sebenarnya tak patutla saya mengemas bilik anak remaja. Tetapi, sejak tonton vlog kemas di youtube. Tercetus balik lah mood untuk mengemas. 


Saya pilih biliknya kerna kondisi nya yang boleh diterima sikit. Walaupun berselerak tapi masih boleh lagi kutip. Sekurangmya tumpu ke katil dam sisinya. 


Saya tak tahu nak mula di mana, tapi akhirnya mula dengan alihkan besi pengangkat berat daripada atas katil. Bayangkan bila² saja boleh jatuh atas kaki sesiapa pun. Nauzubillah. 


Seketika saya tinggalkan katil, lalu terus ke sudut hujung berdekatan tingkap, hala ke sana saya jumpa beg, tali pinggang, skaf pengakap dan gumpulan tape atas pelapik meja. 


Ambil masa juga nak kemas tu.


Saya kutip dan kumpulkan serta bawa ke hujung sudut di mana ada kamera di situ. Juga ada mesin basuh yang rosak. Tak tahu la en suami nak perbaiki bila. 


Rasa lega juga dengan sedikit kekemasan ini dan produktif tidakkan yang saya ambil🤭


Salam bahagia. 




June 18, 2024

Bread Pudding | Bengkang Roti

 




In the morning, woke up hungry with nothing for breakfast. Yet I was enthusiastic to bake a bread pudding. 


There're various type of bread that I've freezed.


Made a milk & butter mix to pour on the tattered bread pieces. Poured the mixture on the bread and let it soak. 


I asked adik to serve something as we had to fill our empty tummies. She took out caramel syrup to spread on the leftover bread. 


Time's up to send adik to the taekwondo class. We didn't go anywhere while she is in training. 


Adik came out from class, we went straight to have lunch out, I had a dish of chicken feet with white rice. 


Came back home, we enjoyed our pudding bread. The one that we baked earler starving and with frustration coz there's nothing to eat.


But the result was sweet, yummy, salty from the butter and still got bread texture but not so soggy :) 


Happy greetings ♥️




Di pagi hari, bangun kelaparan dengan tiada hidangan sarapan. Saya pun bersemangat nak bakar bengkang roti.


Ada berbagai jenis roti yang saya telah bekukan.


Saya buat bancuhan susu dan mentega untuk dicurahkan ke atas roti. Setelah dicurah, kena biarkan sebati basah, dan bakar di oven.


Saya minta adik hidang apa yang ada untuk isi perut, lalu dia keluarkan karamel buat sapuan di atas lebihan roti.


Masa untuk hantar adik ke kelas taekwondo. Rasanya, kami tak ke mana mana semasa adik dalam latihan.


Adik keluar kelas, kami terus makan tengahari di luar, saya mencuba lauk kaki ayam bersama nasi putih. 


Balik ke rumah, baru lah kami menikmati  bengkang roti yang di bakar pagi tadi, yang dibakar dengan perasaan lapar dan kecewa kerana tiada makanan untuk bersarapan. Hasilnya boleh la.. sedap, manis, masin mentega, berketulan tapi tak lah basah lencun terus.


Salam bahagia ♥️


June 16, 2024

Taugeh | Beansprout

Bahasa version below | Versi bahasa di bawah


Rarely eat beansprout since as i remember. Come we highlight its dignity here hehe.. 

                            Video


Bought beansprout, wanted to make spring roll, but till now havent made it yet. 


So made it in soup with mix vege, tofu and Fried fish and slight boiled sprout on the side. 



Went out to pick up kidz, saw hawks. 


Back to home, having soup ala hot pot homecooked lunch. 


Happy Greetings♥️


Jarang sangat makan taugeh sejak dua menjak. Kita terang kan dan tinggi kan martabatnya di sini hehe.. 


Beli taugeh nak buat popia, tak terbuat terus jadikan ia lauk tengahari. 


Buat sup sayur, masuk taugeh dengan sayur campur tofu. Ada di sampingan Ikan goreng, taugeh rebus. 


Keluar jemput anak², ternampak burung spesis helang. 


Kembali jamah hidangan ala hot pot masak di rumah. 


Salam sejahtera♥️






June 13, 2024

Ubi kayu | Cassava

 

Bahasa version below | Versi bahasa di bawah


I saw cassava at the hypermarket. It quickly crossed my mind, that I wanted to have pure carbo that non processed. 

                         Mini video


Boil it, straight eat, taste fresh and pure. 


I boiled it in a pressure cooker. I also cooked it's sambal paste from the packet given by my brother. 


He bought it to bring back to America but then remembered that he cannot bring food items, as the tall customs dogs will await at the airport to sniff it hehe.. 


Boiled cassava and sambal were ready to eat. 


Simple, pure and tasty. 


Happy greetings ❤️


                          Market



Ke pasar hyper di pagi hari, beli barang dapur, ternampak ubi kayu, terus teringin pula karbo yang tak di proses. 


Rebus terus makan, rasa segar dan asli. 

Siap untuk dimakan | its ready


Rebus dalam periuk tekanan tinggi. Masak sambalnya juga, dengan 'ibu sambal' pemberian dari adik ku. 


Adik ku beli kerana ingin nak bawa balik ke Amerika, tetapi teringat tak boleh bawa bahan makanan, nanti di airport di hidu oleh anjing² tinggi kastam hehe..


Lepas rebus, sambal pun siap, sedia untuk di makan. 


Ringkas, asli, dan sedap.


Salam bahagia ❤️

June 12, 2024

Wordless Wednesday

Video - neighbour came for coconut,  kids served their meal  | Jiran datang nak buah kelapa, anak² sajikan makan malam


neighbour climbed the ladder / jiran panjat tangga





 

Adik served her favorite menu | Adik saji menu kegemarannya

Salam Rabu | Happy Wednesday❤️

 

June 11, 2024

Fried Fungus | Kulat Goreng

Fried Fungus | Kulat Goreng


Bahasa version below | Bahasa di bawah


Short of time to break the fast. Hesitation plus eager to have it in the Mall. Went through without making bookings, all eateries were full.  Crowded ambience, full of people. 

                     Short Video

   

Immediately follow the back up plan, out from the Mall, parked infront of Mi Tarik Restaurant. 


Sat and made orders, strange an weird, didn't see vege menu, seek and searched saw fried fungus. 


Yes at this time, i already started eating greens more. Doubtful looking at fungus a lot like that to finish. 


Thank God, almost dissappeared. Tasty, with sesame oil and seeds, crunchy as seaweed auto taste healthy food consists collagen at sudden :) 


Happy greetings♥️



Kesuntukkan masa waktu berbuka, terhengeh nak berbuka di Mall. Redah juga tanpa tempahan, semua premis penuh, suasana juga sarat dengan orang.


Terus ikut rencana ke dua,keluar dari Mall, parkir di depan Restoran Mi Tarik.


Duduk dan buat pesanan, pelik dan ajaib tak nampak menu sayur, cari punya cari, ternampak kulat.


Ya masa ni saya dah mula makan lebih sayur. Risau pula kulat yang banyak gitu untuk dihabiskan.


Alhamdulillah hampir habis juga. Sedap, berminyak bijian, rangup  ala rumpair, auto  rasa makanan sihat bercollagen tiba² :)


Salam bahagia♥️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin