Pages

December 9, 2014

mummy man

Faiq minta ambil foto "mummy man" nak tunjuk pada papa. Coret sikit la tentang Faiq kat sini, hari ni dia cough, saya cakap jangan batuk, dia cakap bukan dari mulut dari leher ni buat dia batuk. suruh minum air dia cakap untuk hiccup/sedu
pun minum air.

Faiq ni kalau demam cepat sembuh Alhamdulillah sebab banyak minum susu, ubat tak makan.. biasa ubat selsema saja yang saya bagi, tu pun masa tido. demam, minum susu, batuk sebab nak baik selsema. ubat batuk belum cuba, kena cuba kut, malam nanti.

saya sendiri pun tak tahu nak heal selsema tanpa ubat, mesti
ambil zyrtec (kids medicine ni dari KPj tapi saya beli dari pharmacy bila abis)  demam tak makan ubat apa pun cuma minum air. tapi selsema tak bole, makan vitamin pun tak jadi unless makan vitamin sebelum jadi selsema Alhamdulillah ok. contoh kalau Faiq selsema, cepat cepat saya makan vitamin, Alhamdulillah ada ketahanan la. Fadya Alhamdulillah jarang semua ni, mungkin banyak minum susu.Mungkin Faiq pergi sekolah tapi tak boleh juga nak cakap sebab dia akan ke sekolah dan ke tempat awam sepanjang umur selepas ni.

Fadya ni minum air jus sama banyak dengan susu dan dia belum sekolah, Alhamdulillah ok., Faiq cuma susu dan air, itu pun masa kecik bagi air, batuk bagai nak rak. bila minum susu ok. sebab tu bila Faiq batuk saya rasa faiq ni nak attention.  tapi kalau lepas selsema tu memang batuk. tu genuine la.. lagi pun growing pain ni for antibody immune systems. saya belum bagi vitamin kat derang ni, plan nak bagi tapi Faiq tak suka ubat / air manis pun/ gula-gula pun. tak tahu caranya.

Yang saya praktikkan, bila keluar tempat ramai-ramai ni terutama Ikea, saya bagi minum susu terus bila masuk kereta. bila balik, mandi Alhamdulillah.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin