Pages

Showing posts with label child development. Show all posts
Showing posts with label child development. Show all posts

January 17, 2016

Faiq tanya soalan penting / kids' important question

Faiq 3 tahun

Ok ni Faiq 3 tahun, sekarang dah nak masuk 6 tahun. Tahun depan darjah 1, inshaAllah, Alhamdulillah. Tahun lepas Faiq tanya saya kenapa dengan giginya yang jarang kat tengah tu. Saya particular juga jaga gigi Faiq ni sebab gigi saya tak elok masa masuk darjah 1. Kakak saya dapat gigi yang tercantik dalam pertandingan.

ok Saya tak jawap sebab hairan kenapa dia tanya soalan begitu. Adakah dia rasa segan gigi begitu. Saya cakap keturunan kut, terus tanya Faiq balik. Faiq cakap gigi dia tak sama dalam gambar gigi-gigi yang dia tengok. Saya cakap yang dia akan dapat satu set gigi lagi yang cantik, dan ini set yang terakhir. InshaAllah Tuhan akan beri yang rapat dan sihat. Kita sama-sama doakan. Kami pun berdoa bersama semasa tu. Gigi faiq ni tak da yang buruk, cuma satu buruk iaitu gigi geraham. Saya susah hati juga takut dia sakit. Faiq cakap tak rasa apa pun. Ahamdulillah. Faiq ni bila masuk ja berus gigi dah rasa bluerk tula sebab tak bergosok gigi belakang. Tapi sekarang dah ok. Vitamin tak makan, buah oren makan, harap boleh gusi sihat dari vit c dari buah oren yang tak teringat nak bagi mama ni.

January 11, 2016

sand castle / istana pasir /perkembangan budak2.

Beriadah untuk mengasah motorskil Fadya, kerana caranya memegang pensil tu salah. Faiq Fadya pun suka main pasir. Lebih lebih lagi Fadya pandai cakap dengan papa yang dia suka istana pasir, Adya like san casel..sebutnya macam berloghat skit. Saya risau juga Fadya cakap sof sangat ada yang terbalik, contoh "mouse" dia sebut "sious"  ni tahun lepas. baru ni baru cakap mouse. Saya suruh sebut Bismilah. Kalau panjang saya risau dia malu tak tahu sebut. Jadi saya suruh cakap Allah, Bismillah, Auzubillah. Harap ada improvement, InshaAllah. Saya buat teori sendiri sebab Faiq kan aktif tapi bila sekolah hafazan dia lebih tenang.

Saya tak pasti nak hantar Fadya ke sekolah hafazan sebab jauh skit. Hari pertama sekolah saya tanya Faiq, teacher tanya apa. Faiq cakap tanya my name. Saya tanya lagi "tinggal di mana, tinggal di rumah". Baru teringat belum ajar lagi tinggal di mana ni. Kalau english dia cakap tinggal di malaysia. Aaii..terus negara pulak.
Baru seketul istana

March 12, 2015

mengenal kanak-kanak dengan reaksi mereka/get to know a child by his reaction/

 a bit of english below.
 
Saya ingin tahu tentang perkembangan Faiq di sekolah sebenarnya, saya nak tanya teacher dah rasa segan memandangkan Faiq dah nak masuk 5 tahun, saya biasa menganggap Faiq seorang yang dewasa. Dalam tahun ini cuma minggu pertama sahaja saya bertanya kepada teacher Faiq kerana terlalu teruja, sejak saya tahu Faiq sudah besar, saya bertanya sendiri dengan empunya diri ja...dengan bantuan buku yang saya sedang baca, saya sendiri cari idea, untuk dapat reaksi yang saya mahukan.. sebagai contoh saya baca surah ikhlas depan Faiq dan tengok reaksinya. Alhamdulillah Faiq sambung dan baca sama...kalau suruh macam kena soal siasat ni Faiq terasa dia di interogate macam kita ni polis hehe.. Bila pasang tv oasis pun ada doa dhuha...Faiq tahu...ini kebetulan tetapi saya terharu sangat rasa bersyukur sangat bila dia ikut baca doa dhuha di tv tu. memang syukur.  Faiq lipat baju sebelum letak dalam bag pun saya terpegun. Cara bersantai ja dengan Faiq ni. nanti ada parent teacher meeting bole dapat info lagi, inshaAllah :)

 
Perkembang kanak-kanak - satu study telah di lakukan ke atas kanak-kanak berumur 2 tahun, dengan memberi patung yang sengaja di putuskan tangannya, apabila kanak-kanak yang diuji itu angkat saja patung itu, tangan patung itu terjatuh, jadi penyelidik memerhati reaksi mereka sedih dengan mengatakan "Ow" Ohh, expressi menunjuk mereka berperasaan concern, risau atau peduli dengan belas kasihan dan ada daripada mereka ingin patung itu diperbaiki. - technique (Farver & Bransttter, 1994)




Fadya bangun melindungi abangnya, tak bagi saya marah kat Faiq, siap protect sambil cakap no, no, no macam dalam pic ni. saya marah Faiq sebab biar mata terbuka bila syampu rambut, jadi mata merah. reaksi Fadya menunjukkan ambil berat atau tak suka bising-bising kerana sedang tonton tv. sebab dari mereka baby, saya la suka berexcuse me dengan mereka sebab nak ajar hormat ni, tarik botol dari mulut pun berexcuse me, mama ambil botol k, sebab susu dah abis.. mmm  tengok  kali ni,  mama tak bole tahan bila tengok mata Faiq merah ...laju ja popet popet popet ...duk putih elok mata tu..jadi merah pulak.





In one study, 2 years olds' emotional reactions to harm that they thought they had caused were observed by asking them to take care of a rag doll that had been modified so its leg would fall off when the child picked it up. To make the child feel at fault, once the leg detached, an  adult, "talking for" the doll, said, "OW!"

Researchers recorded children's facial expressons of sadness and concern for the injured doll, efforts to help the doll, and body tension - responses that indicated remorse and a desire to make amends. - Child development book.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin