Pages

Showing posts with label urban garden. Show all posts
Showing posts with label urban garden. Show all posts

July 6, 2020

Pokok tomato



Terjebak atau jatuh cinta ? Tengahari buta, terduduk mengambil gambar buah tomato, warna masak ranum sedia untuk dipetik. Daun kehijauan risau kekeringan kerana cuaca terik. Langit biru terang, rumah naik nilai kerana ada kebun bandar.

Bukan itu saja diri juga terasa senang kerana dipupuk tanaman, lagi memerhati lagi ingin menambah naik taraf kebun dengan senarai yang ada tambah untuk ada. Beginikah perasaan terjebak, dari satu pokok kait penemuan pokok baru. Hinggakan pokok dijadikan hadiah hari guru. Yang ada ikan untuk guru adik. (Pic di bawah)

Aktiviti naik nilai diri dengan menanam sampai ke rakan tempat mengaji (seorang pelajar hafazan, tajwid,  bahasa arab datang mengaji bersama menceritakan tentang bagaimana menghidupkan tanamannya dengan membuka lampu sepanjang malam untuk mencepatkan pembesaran pokok. Dia seorang budak masih bawah umur,  ustazah terdengar, terus bersuara, eh nanti ibunya tertanya-tanya tersalah pembelajaran pula datang mengaji di sini. Dia mengaku tertarik tanaman yang mama bawa itu, dari situ cuba buat dirumahnya. Ustazah mencelah perbualan, aktivitivi baik tak pe ikut, mama menyambung bahagian pasang lampu patut tukar letak ditepi tingkap pada siang hari ja kut :). Kerana tempat mengaji memang kami suruh staff buka lampu di bilik ada pokok2.
.
Moga ingat makan daun pegaga hari ni :))

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin