Pages

Showing posts with label eat health. Show all posts
Showing posts with label eat health. Show all posts

July 6, 2020

Makanan sihat



Harap ini tidaklah terlalu semangat mengubah gaya menjaga diri lebih sihat dengan permakanan yang seimbang. Terang-terang ni, yang mama terinspirasi dan berterima kasih kepada ibu muda manis di social media yang mengamalkan makanan sihat.

Masih mentah dalam ilmu nutrisi, buat dulu, perbetul kemudian. Ragu-ragu juga memilih, kadang terambil dua jenis protin, semasa berada di luar.  Kopi pun kosong. tanpa gula.  Alhamdulillah. Bila di rumah ada persiapannya, nanti2 nak post di sini.

Kesannya sangatlah ketara lebih ringan tubuh, tenaga tiba-tiba Haha.. PS. : Syurga bila tengok teh tarik berbuih tinggi, roti canai pun nampak enak dan lazat, sanggup dan mahu bertahan kerana amalan ini memberi perasaan sayangi dan hormati diri sendiri dan moga menjadi pemangkin kepada keluarga tercinta, inshaAllah.




Sarapan di kedai orang, tak tahan tak minum air panas, teh tarik susu lembu tanpa gula, kobis dengan acar buah (tersilap sbb manis tapi telan sikit)😋 Makanan dihadam dikeluarkan menjadi tenaga secara perlahan, tak lemau mengantuk. Sentiasa segar.

Rehatkan minda dan terus relaks dengan ingatlah ada jalan keluar olehNya. .
.
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan," Ash-Syar-h 94:5

https://baby-pose.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin