Pages

Showing posts with label tupai. Show all posts
Showing posts with label tupai. Show all posts

May 16, 2023

Sausage ala Famous cafe Dave's Deli | Hidangan Sosej Ala Dave's Deli | Squirrel at the window

Assalamualaykum / Peace be upon you


Versi Bahasa dan video pendek di bawah / Bahasa version and short video below

Adik prefers chicken rice, so made butter rice kind of similar/ Adik gemar nasi ayam, jadi buat nasi mentega macam seakan. 

While preparing, we saw Squirrel came to visit at the window / Semasa menyediakan hidangan, ternampak Tupai datang bertandang di tingkap. 


Yellow rice is kind of special with chicken sausage. 'Outing feeling' meal or weekend serving in a lazying fashion. Homemade, thus some efforts required first to feel relaxed at the end.


Pan fried sausages, steamed rice with butter, cooked mushroom sauce, baked vege, are inspired by dishes at Dave Deli restaurant


At Dave Deli, it serves sausage footlong with mashed potato or fries. But for at home we did butter rice instead


By the way, I'm surprised to see a squirrel climbed at the grill. It's been sometime, and we hardly see any squirrel coming in close, not sure whether we're too busy to realise or they just don't appear.


That's it, the story of home, lunch and cute visitor🐿️ Thanks for reading and watching. Appreciate your visits everytime🥰


Happy Tuesday💞


Nasi kuning jadi istimewa bila di saji dengan sosej ayam. Hidangan makan seperti di luar pada hari minggu dengan gaya bermalasan. Buat sendiri ni kenalah bertenaga mengendali hingga selesai barulah rehat. 


Masak sosej dalam pan, kukus nasi dengan mentega, masak sos mushroom, panggang sayur dalam ovenInspirasi dari Restoran Dave Deli. 


Di Dave Deli, ia menyajikan sosej jenis sekaki panjang bersama ubi lenyek atau ubi goreng. Kat rumah kami buat nasi mentega jer. 


Tula, terkejut pula ternampak tupai panjat besi tingkap. Dah lama tak nampak tupai, samada kami tak 'dan' nak perhati kat luar atau mereka ni selalu menyembunyikan diri. 


Itu jer, cerita dari rumah, makan tengahari dan tetamu comel🐿️. Terima kasih kerana menonton dan membaca. Sangat menghargai kehadiran awak semua🥰


Salam Selasa💞

August 7, 2021

Oats Banana Cookies | Biskut Oats pisang

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)

2 bahan tertambah satu extra cadangan dari pihak ketiga

Pagi lihat langit, petang lihat langit, bila boleh lihat paras mata terus ke horizon ni.. 


Just trying 3 ingredients banana cookies. Actually 2 ingredients are enough. When adik sunggested to add on white chocolate chips, I myself didn't hesitate. 


Trying to avoid sweet but still ending up with sweet. With this 2 ingredients I could enjoy  sweetness from fruits but it didn't happen. 


Now I know that it is not easy to make a shift. If we are determined,  perhaps there are challenges in between. Back to oats banana cookies. Mash two bananas, add  1 cup of oats in, mix well like cookie dough.  Make a normal cookie size, and put chips on top, just heat up a bit brown at edge, take it out from the oven. Let it cool for awhile and enjoy it. Love this for snack or for breakfast. If you have more time could add egg and flour, like a real cookie but with longer time in the oven. 

Take care of yourself and others. 


Saja cuba 3 bahan cookie oats dan pisang. Adik cadangkan untuk tambah chips choc putih, mama rasa boleh je.  Yang sebenar 2 bahan, pisang dan oats. Itulah kekadang matlamat untuk makan manis buah tetapi ada saja cabarannya. 


Dengar choc chip, rasa kecur air liur, jadi letak lah juga. Sebenarnya tidak mudah untuk mengubah diet. Ada saja yang melengahkan hari yang kita nak elakkan gula, nakkan manis buah, tertambah pula gula coklat. 


Kembali ke oats pisang cookies ni, lenyek dua biji pisang campur secawan oats, gaul, cubit dan jadikan bentuk cookies, letak chip choc di atas, bakar 10 minit. Jika ada masa boleh tambah telur, tepung, uli, masa bakarnya lebih panjang, makan pun lebih kenyang. 


Jaga diri ya. InshaAllah


July 5, 2020

Hikmah beri burung dan tupai makan


لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
.

Buat anak-anak, bila ada kelapangan, atau nak hidup dengan makhluk lain mesti letak tugasan dalam rutin harian di dalam video di bawah, jamu roti, nasi atau kentang goreng yang  di simpan dalam peti beku (dan dikeluarkan sikit2). InshaAllah tupai burung mai singgah, baru2 ni ja kucing singgah sejak letak nasi masa bulan puasa , jadi mama simpan dan keluar sikit-sikit2 jgk untuk penghuni taman ni. (Pernah tanya pet shop, tentang makanan tupai tapi tokey kedai cakap yang ada cuma untuk sugar glider.





Lagipun ia satu amalan sunnah, inshaAllah diterimaNya.

Daripada Abu Hurayrah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Setiap sendi anggota badan manusia (boleh) bersedekah setiap hari mula dari  terbit matahari : Engkau mendamaikan  antara 2 orang (yang sedang bertelagah) adalah suatu sedekah, engkau menolong seseorang pada binatangnya dengan mengangkatnya ke atas binatang tersebut atau menolong mengangkat barangnya adalah sedekah, bercakap perkataan yang baik juga adalah sedekah, setiap langkah yang engkau berjalan ke masjid untuk solat (berjemaah) adalah sedekah, dan engkau membuang sebarang benda yang menyakitkan di jalan juga adalah sedekah.” [Muttafaqun ‘alayh, Lafaz daripada Muslim (2382)] .

See how kids do pulak, dah kena delegate to subordinate ni.

Salam ceria semua🌹🐞🐝🌲🌻💝👭👭👬

Burung kacau daun / birds & squirrel


Begitu cerianya haiwan-haiwan ini masuk hari ke hari, di dalam laman ke atas wayar elektrik. Hati ringan, minda bebas dari kerisauan kerana penjagaan alam, tugasan manusia.

Mama melangkah masuk terpandang lagi seekor yang belum pernah terjah iaitu burung murai kampung, sesambil ambil gambarnya terlihat, si tupai menakl8uki makanan kucing, tupai ditempat burung , burung merbah tengek pula seakan dalam cerita kartun tom and jerry. Inilah menjadi inspirasi jika menghayati sekeliling. .

Taklah lama dapat menikmati kerana tanggungjawab mendidik anak bersilih ganti, tiada misi atau visi cuma naluri melihat anak berjaya dengan sedikit ilmu supaya laju dalam tunjuk ajar, mama permudahkan dengan mengenal anak-anak lebih dekat seperti.. .

1. Menerima perbezaan individu. Contoh: Lebih suka berdikari dalam mengulangkaji atau lebih suka berguru membuat latihan. Beri ruang dan perhatian.

2. Peka atau sensitif terhadap persediaan masing-masing. Latih dari situ.

3. Pembelajaran dari explorasi, bukan dari buku tetapi penemuan baru (discovery). Contoh:  ikan akuarium memerlukan udara, bukan hanya dari mesin oxygen tetapi dari pokok. Dari pokok juga dapat menapis air. Ujikajikanlah bersama. Sejak tu rumah kita ada byk balang ikan kan.

Salam💛🐞🌷

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin