Pages

Showing posts with label Kids activities. Show all posts
Showing posts with label Kids activities. Show all posts

July 3, 2020

pandangan luar inspirasi syurga

Bersantai diluar mesti berperisai dari serangga menggigit atau menyengat. Dengan tali diikat untuk ditarik ayunan megelakkan serangga mendarat ke tubuh atau memasang penghalau makhluk2 luar juga membantu.

Berberapa kali naik ayunan dibuai mimpi, dah dibiasakan bawa buku utk dibaca sambil merehatkan diri. Sebelum terlentang patut tolong papa beri makan ikan.
๐Ÿ‘„Happy father's day my lover ๐Ÿ’‹ everyday kan.

Memang minat duduk diluar, pandang luar dari dalam jugak kegemaran. Suka teramat suka.  Rupanya semua ni dari inspirasi syurga.


Aamin YRA. AllahuAkbar.

Moga aman damai selalu semua yang dikasihi dan dihormati ๐Ÿ’• .

July 1, 2020

Anak-Anak masak broccoli



Biar abang menyiapkan sayur untuk dimasak dalam oven, hijau nampak menyelerakan, tak masak lagipun dah tahu sedap, istimewa ciptaan Allah swt.  Berserat, berjus mengenyang makan begitu saja selepas distim sekejap pun sedap. Untuk abang dan adik, mama letak mentega dan keju menambah rasa.

Toyyibannya mesti basuh bersih dan cara cuci mama guna air garam.
Jamah hijau lebih ya semua. InshaAllah sama2 kita.๐Ÿ’š

Kek carrots Ala roti tanpa mixer


Resepi mudah tanpa mixer melancarkan pengemasan dapur. Kurang membasuh, cepat ja duduk menikmati, dulu di cafe, sekarang Kat umah. Yang penting makan catu2 na.

Bahan kering
2 cawan oats
1 cawan tepung
1 cawan carrots dikisar kasar
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan raisins
1 sb baking powder
1 sb baking soda
1/2 st serbuk kayu Manis
1/4 st garam

Bahan cecair
3/4 susu
2 telur
1/4 cawan minyak atau minyak zaitun
1 st vanilla

Satukan semua bahan kering, juga bahan cecair dituang ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga Sebati. Masukkan adunan dalam loyang separuh penuh. Bakar selama 40-50min ,dalam suhu 180°C. Cuba cucuk juga untuk memastikan Kek masak di tengah.

Sepotong Kek ini sangat mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan. Mengurangkan kolestrol, manakala serat oats membersih dalaman "detoks". InshaAllah.
Selamat mencuba.



adik bancuh tungkus lumus kerana suka slime je tu๐Ÿ˜Š

Salam๐Ÿ’–

https://baby-pose.blogspot.Com


April 27, 2016

3 dalam 1 Peta Dunia

Kerana keinginan nak persekitaran tu ada unsur pembelajaran. Nak keluar beli peta dunia atau globe ni tak berkesempatan lagi. Jadi dapat idea buat sendiri.

Lagipun Faiq suka dengan map ni, kalau kemana dia yang pegang peta. Hingga terlantar letih sebab sesat katanya.

Faiq setakat melakarkan saja yang dia buat dan mewarna cuma separuh. Saya heran Faiq kurang minat mewarna tetapi kawan lelakinya dapat nombor 1 untuk peraduan mewarna. Saya bertanya ibu kepada kawannya, ada tips tak? Beliau beritahu pesan kepada budak-budak jangan menekan nanti cepat letih. Tetapi saya buat rumusan yang abaknya dapat nombor satu "sebab anak doctor kut tu pandai" beliau cakap eh tak da la macam tu"..hehe..ye suaminya doktor.

Berbalik aktiviti peta dunia ni nasib la Fadya sanggup mewarna dengan 2 tangan sekaligus haha.

Nak letak frame pun tak diy la kan kalau beli, jadi lekat di kotak recycle. 

belajar geografi awalnya Faiq Fadya sangat berminat dengan sains  hendak matahari untuk siang pula dan malam serta hari hujan. 

Fadya minta hari berangin. Ada dilukisnya angin tapi tah la macam conteng-conteng rasa nanti la kita fikir lukisan yang cantik baru lekat. Jadi la gambar peta dunia kanak-kanak :). Ahamdulillah.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin