Pages

Showing posts with label learning. Show all posts
Showing posts with label learning. Show all posts

April 27, 2016

3 dalam 1 Peta Dunia

Kerana keinginan nak persekitaran tu ada unsur pembelajaran. Nak keluar beli peta dunia atau globe ni tak berkesempatan lagi. Jadi dapat idea buat sendiri.

Lagipun Faiq suka dengan map ni, kalau kemana dia yang pegang peta. Hingga terlantar letih sebab sesat katanya.

Faiq setakat melakarkan saja yang dia buat dan mewarna cuma separuh. Saya heran Faiq kurang minat mewarna tetapi kawan lelakinya dapat nombor 1 untuk peraduan mewarna. Saya bertanya ibu kepada kawannya, ada tips tak? Beliau beritahu pesan kepada budak-budak jangan menekan nanti cepat letih. Tetapi saya buat rumusan yang abaknya dapat nombor satu "sebab anak doctor kut tu pandai" beliau cakap eh tak da la macam tu"..hehe..ye suaminya doktor.

Berbalik aktiviti peta dunia ni nasib la Fadya sanggup mewarna dengan 2 tangan sekaligus haha.

Nak letak frame pun tak diy la kan kalau beli, jadi lekat di kotak recycle. 

belajar geografi awalnya Faiq Fadya sangat berminat dengan sains  hendak matahari untuk siang pula dan malam serta hari hujan. 

Fadya minta hari berangin. Ada dilukisnya angin tapi tah la macam conteng-conteng rasa nanti la kita fikir lukisan yang cantik baru lekat. Jadi la gambar peta dunia kanak-kanak :). Ahamdulillah.



January 28, 2016

sesi study

Setiap hari selepas sekolah, saya beri buku pendidikkan islam untuk Faiq buat latihan. Semasa berada di kedai buku, saya masih teragak-agak nak beli buku apa untuk Faiq belajar menulis dan membaca. Pilih punya pilih saya beli buku agama dan awal matematik berdasar standard prasekolah. 

Tempat study mereka ni saya cuma letak di kawasan TV ja. Saya letak dua buah meja, dua tiga kerusi. Suasana berlajar ni kurang, kerana TV pun tak tutup pun. Baru ni saya tak buka TV lagi, kira dalam minggu ni tv tak di pasang. Mereka pun main ja dalam bilik Faiq yang penuh dengan mainan.

Di atas meja tu saya letak buku, pensil dan pemadam. Sama ja atas meja Fadya. Perlahan saya suruh la duduk dan buat latihan. Berdekatan dengan meja tu ada papan hitam kecik yang Fadya lebih suka main di situ. Gambar/video semua tu minggu minggu lepas. Alhamdulillah, mereka mula menaruh minat.

January 15, 2016

kelas iqra / reading class

Assalamualaikum, cerita budak-budak lagi...Faiq Fadya dah mula kelas iqra. Saya ambil Faiq dari Tadikanya dan terus ke kelas Iqra. Biasa Faiq akan tanya, balik rumah atau terus ke Allah school. Bila saya cakap terus, dia nak makan apa-apa dalam kereta dan minum susu dulu. Saya memang sedia semua tu dalam kereta. Kadang tak cukup masa, bergantung makanan yang sediakan tetapi yang ambil masa tu ialah susu. Tula sebab dalam gambar Fadya masuk dulu, diikuti Faiq baru nak buka kasut.

Kelas iqra ni ada homework juga, mungkin sementara menunggu giliran membaca, ustazah suruh murid lain menulis jawi. Strategi untuk mengurangkan activiti menyembang atau untuk mengelakkan kebosanan.  Di mana saya rasa bagus. Sebelum bersurai, semua bersolat berjemaah. Baju Faiq pasti basah semasa wuduk. Fadya tidak di benar ambil wuduk langsung kerana baru 3 tahun ustazah takut lantai licin. Sebenarnya, ustazah tak ambil yuran untuk Fadya pun. Fadya ikut dan diajar sekali. Pada mula ingat waktu tengahari ni biasa budak rasa mengantuk jadi ustazah nak cuba dulu tengok keadaan Fadya serius atau tidak. Alhamdulillah..

move like a caterpillar /bergerak seperti beluncas

Terobek
Kekadang tu saya teringin nak bersama dengan budak lain, adakah mereka ni sama atau lain. Pasti ada kelainan tapi tak ketara rasanya. Macam Faiq Fadya ni bila nampak caterpillar terus meniarap dan bergerak seperti seekor caterpillar. Mereka menyesot sambil bercakap tak pa lambat macam siput (sneaky snails).

Bila beluncas (caterpilar) itu di bawa keluar, Faiq cakap tak suka dengan pembawa tu. (masa tu ada pembantu baru)  Terus ja berkata ulat suka berada di taman rumah. Saya cakap ulat caterpillar itu tak kisah berada di luar dan tak tercedera pun. Dia diam di situ. Tetapi senyap2 dia bercerita kepada papanya, sentuh juga yang dia sedang bergerak bersama ulat itu, tiba tiba ia diambil orang. Saya pun terkejut, sempat juga beritahu eh lain kali biar ja.

January 14, 2016

jawapan fadya bila tanya mana U / wheres U

Gambar hiasan dua beradik main cikgu

Fadya pandai mengira dari no.1 hingga no. 20. tapi masih belum kenal nombor, saya baru check tahap Fadya baru-baru ni. Risau pula. Kenala duduk dengan dia jadi teacher. Kalau membaca tu boleh juga tapi kebanyakkan buku ada gambar jadi Fadya tahu jawapannya. Bila tutup gambar tu, dia macam ingat juga.  Fadya suka buku haiwan dengan buku apa yang warna pink. Dulu kena beli, sekarang baca yang ada ja.

Suruh baca ABC, dia tahu skit. Bila di tanya "mana u", Fadya cakap me its me  i am here....mmm mama terdiam kejap, nak senyum nanti dia pun beralih ke lain. Bila tanya mana alphabet U, saya cepat-cepat tanya balik mana u, sebab Fadya jenis, tak nak tunjuk dia tak tau, kalau tidak dis merajuk atau terus bangun. Hari ni ambil tab buka kindymaths, dia yang pilih sendiri, fill in number sebelum dan selepas. Yang susah dia suruh mama do...



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin