Assalamualaikum, cerita budak-budak lagi...Faiq Fadya dah mula kelas iqra. Saya ambil Faiq dari Tadikanya dan terus ke kelas Iqra. Biasa Faiq akan tanya, balik rumah atau terus ke Allah school. Bila saya cakap terus, dia nak makan apa-apa dalam kereta dan minum susu dulu. Saya memang sedia semua tu dalam kereta. Kadang tak cukup masa, bergantung makanan yang sediakan tetapi yang ambil masa tu ialah susu. Tula sebab dalam gambar Fadya masuk dulu, diikuti Faiq baru nak buka kasut.
Kelas iqra ni ada homework juga, mungkin sementara menunggu giliran membaca, ustazah suruh murid lain menulis jawi. Strategi untuk mengurangkan activiti menyembang atau untuk mengelakkan kebosanan. Di mana saya rasa bagus. Sebelum bersurai, semua bersolat berjemaah. Baju Faiq pasti basah semasa wuduk. Fadya tidak di benar ambil wuduk langsung kerana baru 3 tahun ustazah takut lantai licin. Sebenarnya, ustazah tak ambil yuran untuk Fadya pun. Fadya ikut dan diajar sekali. Pada mula ingat waktu tengahari ni biasa budak rasa mengantuk jadi ustazah nak cuba dulu tengok keadaan Fadya serius atau tidak. Alhamdulillah..
Suatu yg suka kakak dapat tahu. Fadya walau 3 tahun tapi punya IQ lebih berbanding kanak-kanak seusia. Bagus cara pendekatan ustazah seperti menulis jawi dan tak payah wudhuk utk Fadya. Sebab kalau jatuh lagi jadi isu.. tak wajib pun. Sekadar mendidik aje.. nanti besar sikit tahulah..
ReplyDeleteKELAS MENGAJI QURAN AMAT PENTING UTK ANAK2 SEDARI MRK KECIL...XLAMA FAIQ AKAN KHATAM QURANLAH TU...
ReplyDeletealhamdulillah bagus pendekatan macam ni
ReplyDeleterajin juga faiq ke sekolah ya
ReplyDeleteSemangat nak blaja Fadya..walopon baru 3 tahun..good!!
ReplyDeleteBlaja rajin2 ya Faiq..In Sha Allah jadi kebanggaan family..:)
Alhamdulillah.. senang hati nengoknya :)
ReplyDeleteMelentur rebung biar dari rebungnya. Itulah pepatah yang sebaiknya untuk anak2.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteAllah school rajin2 ye sayang berdua..