Pages

Showing posts with label picnic at home. Show all posts
Showing posts with label picnic at home. Show all posts

July 4, 2020

Berkelah di rumah / Picnic at home



Permulaannya berriadah di rumah walau tak jauh dari sini ada beberapa tasik.  InshaAllah nak merancang ke salah satu tasik masa terdekat ni.  Dekat2 dulu agar dapat balik bersolat atau dapat mengelakkan penggunaan tandas awam.

Tak sangka Si abang dengan sendirinya menyanyi lagu menikmati berada diluar. favorite adik, sambil rasa2 rumput.

"Hidu bau rumput, tanah macam saya impikan
Rasa bayu musim panas macam memanggìl kami
Pertama kali, bebas sepenuhnya
Boleh berlari,
Berlumba, menari, main kejar2".

Yang si adik tak sabar nak makan hott dogg.

Sorry mama ada hal jap... be right back nanti, salam jumaat yang barakah semua 💚 Alhamdulillah.



Salam mesra alam🌱⚘🌷🌼🌻🌲

July 3, 2020

Food review from rihlah /picnic activity



Dalam salah satu video, adik seronok sangat sebab nak grill hot doggg (ada dia sebut tu) bila rihlah, riadah, berkelah pastilah ada f&b, makan2 dan minum2. Pilihan ikut selera nak bawa bekal, menyedia bahan berbbq untuk disiapkan di destinasi atau beli bungkus.

Nak rasa angin segar dan berlama sikit budak2 duduk luar, penyediaan juga di luar.
Menyalakan api pasti berasap ke jiran. Api terbuka tak digalakkan. Jadi, bawa keluar oven letak atas tempat rak bbq. .

Alhamdulillah masa makan, terkeluar dari mulut abang mmm sessedap atau rasaasedapp tastesoogood, kita intepret it positively ja laa, biar diterjemahkan yang menyenangkan hati.

Menu ringkas - protin, fiber, karbo dan lemak yang boleh adik abang belajar buat sendiri nanti. InshaAllah.



Moga hari ini dan hari seterusnya penuh berkat buat semua 💖


July 1, 2020

Anak-Anak masak broccoli



Biar abang menyiapkan sayur untuk dimasak dalam oven, hijau nampak menyelerakan, tak masak lagipun dah tahu sedap, istimewa ciptaan Allah swt.  Berserat, berjus mengenyang makan begitu saja selepas distim sekejap pun sedap. Untuk abang dan adik, mama letak mentega dan keju menambah rasa.

Toyyibannya mesti basuh bersih dan cara cuci mama guna air garam.
Jamah hijau lebih ya semua. InshaAllah sama2 kita.💚

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin