Pages

Showing posts with label quran. Show all posts
Showing posts with label quran. Show all posts

July 7, 2020

Luahan hati


Singgah simpan gambar permandangan hijau kegemaran kejap. Ada keyboard ni terasa nak tulis keluar apa dari dlm minda yang berlegar moga matlamat masih tetap di dalam ramadhan  menemui syawal baru ni dan melalui bulan2 seterusnya inshaAllah. .

Ayat di bawah dalam bahasa inggeris tu, ada perkataan tekad atau azam tu mama terjatuh cinta, dalam menikmati, kemungkinan ada yang tergendala, ada solusi disuruh buka Quran untuk penyelesaian mashaAllah, tiada lagi peringatan mengecapi cita-cita, harapan masa depan yang terbaik untuk diri dan anak-anak.

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

An-Nisaa' 4:59

Obey Allah, and obey the Messenger, and those charged with authority among you. If ye differ in anything among yourselves, refer it to Allah and His Messenger, if ye do believe in Allah and the Last Day: That is best, and most suitable for final determination.

An-Nisaa' 4:59

Simpan dalam minda hati dan jiwa. Selamat pagi yang indah.

Ok. Dah cantaih daun pokok nyiok buat ketupat nasik :) . Nanti la mama ceta lagi.

Salam sejahtera dan bahagia.

July 1, 2016

sentiasa


Berlinang airmata bila membaca ini dengan hati.  Hanya dengan ingatan saja.

"Oleh itu ingalah kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan" - Surah Al-Baqarah : 152



January 5, 2016

reciting session / mengaji di masjid

Anak-anak pergi mengaji, mama pun pegi ngaji. Biasa saya pegi di masjid tapi ustazah jemput juga mengaji di rumah. Saya cuma cakap inshaAllah segan pula ke rumah. Tapi bersyukur kerana dapat ustazah yang baik, ambil berat. Bila terjumpa kat di tepi jalan pun ustazah cakap bila nak datang ke rumah untuk mengaji lebih cepat abis. Beliau akan cakap, saya kereta ada, bukan susah nak datang umahnya. Bawa anak-anak pun ok. Serba salah pula saya, tapi minggu ni beliau ke umrah. Suka saya tempat mengaji, kawan-kawan baik.
Hari yang kedua saya pegi, ada kawan baru balik dari mekah, dia beri saya sejadah berbag ni. Syukur saya tapi kawan sebelah saya cakap baru join ja dah ada rezeki dah. Hehe Alhamdulillah. Bila saya lihat ustazah, damai ja. Beliau cakap datang umahnya bila-bila pun tak pa. Terfikir saya beliau tak kemana, hanya di rumah. Saya ni asyik keluar ja, antar ambik budak hal itu hal ambil antar hal mcm2 la. Rasa sejak berdekor ni lebih suka duduk rumah tapi en suami suka nyakat, laratke duk tengok pokok ni, jom gi nurseri pokok, kut ada yang murah bole tambah.

Dalam kelas kat masjid ni ada ketua darjah tau, garang juga sebab dia cakap kalau jarang datang dia akan keluar kan nama saya dari whatsapp hehe. Saya jarang juga pegi tapi dia jemput ke kenduri rumahnya, cium pipi bersalaman sambil tepuk bahu, datang tau bila ustazah balik. Saya cakap inshaAllah. Kat kenduri tu ada yang ingat saya anak kak mana tah adoi saya cepat cakap saya duduk kat situ, mengaji dengan tuan rumah. Oh ingat anak kak tu, siap dia tanya si kak tu ni anak you ke aiii saya segan la nanti kak tu tak suka ke apa. Ok melanjut pula tajuk :) oh btw saya bawa buku iqra juga, belajar lain masa uzur.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin