Pages

August 12, 2021

Banana Crepe | Lempeng Pisang Kelapa

Banana Coconut  Crepe | Lempeng Pisang Kelapa

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

  Lenyek dengan bawah cawan

Jika tambah kepingan kelapa muda lagi ummph, tersembur serbuk buk gula icing


Early on, wanted to order banana for small project. Once delivered a 1kg of banana  and I settled it at banana hanger. A day passed, bananas happily ripen by itself. The project was abandoned as on rainy days, the thirst for smoothies or normal juice fade away.

It's hanging there as if inviting small flies. Obviously I like to invite garden animals not insects like that hehe

Immediately, we made thick crepe mix with banana and coconut flakes. As the coconut flakes are close to the expiry date, I hurriedly devised a plan to make it into a good use of something delicious. 

Mashed two bananas, mix with 2 cup of water, half a cup of coconut milk and flakes. I wanted to make it authentic like how my arwah mak tok did, which wrapped the goodies with banana leaf. Readily, we can eat them just like that. If you like, sprinkle with powder sugar and cinnamon. 

Salam sayang ❤️

Mulanya, order pisang sebab ada projek kecil. Sekali ia datang, tuh dia... sesikat besar! Sehari ia tersadai di tempat gantung pisang (yang dibeli dari Daiso) rasa ada kehidupan kuning terang di situ. Projek tah ke mana pergi sebabnya hujan tiada lagi minat untuk nak buat smoothies atau jus biasa pun. Terkonteng-kontenglah ia di situ bagai menjemput bari-bari pula. Sah-sah saya suka menjemput haiwan ditaman bukannya bari-bari hehe..

Cepat cepat dibuat lempeng pisang, kelapa parut juga ditumpang sekaki, tak nak hampir luput baru terhegeh-hegeh nak buat sesuatu.

Caranya:

Lenyek 2 biji pisang dengan bawah cawan,  secawan air, setengah cawan santan, konon nak lempeng asli kan tak mudah melekat di belanga..sedikit gula..

Siap, makan begitu saja, atau buh gula icing, suka serbuk kayu manis tu taruh je. Mengimbau zaman arwah mak tok saya yang bakar dengan daun pisang. Alhamduillah.

Syukur selalu ❤️

August 11, 2021

Pandan Coconut Cookies

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:) 


Warna pandan kuat 


Piping macam biskut samprit. 



Flashing back few months ago, I had to honour myself hehe for making raya cookies. 

Fasting at daytime, havingt terawikh and extra classes for kids and yet I've baked cookies. Since we have coconut flakes and  been seeing a lot of viral pandan cake gula melaka, I couldn't sit still but baked some not cake but cookies. 

How it turned out didn't bother me. What I cared the most was the mood and the aroma of coming hari raya that I could give at that moment. It cheered everybody up, inbthe distinguished month of Ramadan that they were in. That's what any parent could do right to bloom the atmosphere of winning  celebration ahead.

The aroma of pandan, coconut raised as well as coconut sugar, gave combination awsome fragrance. Loved and missed the moment. Cakey cookies have been the centre of attraction, the main focus to look forward to. It's yummy tastes that melted in your mouth.

Salam bahagia❤️


Imbas kembali beberapa bulan dahulu, saya rasa berbesar hati buat diri sendiri hehe.. kerana telah rajin mengadun tepung dan membakar biskut raya. 

Berpuasa di siang hari, malam berterawikh, juga ada kelas extra untuk budak-budak lepas solat sunat tu masih larat lagi untuk buat kuit ala tart.. Saya bersemangat kerana bahannya dah  sedia ada, iaitu flakes kelapa parut masih dalam simpanan. Lagi-lagi kerap lihat kek pandan gula melaka menular merata tertambat mengidam. Tak boleh jadi, duduk tengok saja mesti berganjak ke membakar biskut. 

Jadi tak jadi tu, belakang kira, kerana tepung telur masak sekejap dah boleh makan. Logiknya kerana telur separuh masak  diamal ramai. Yang penting, aroma dari mentega, pandan, bauan gula kabung, kelapa parut tu memukau hati. Itulah yang dapat saya memeriahkan keadaan di bulan ramadan. Ia menceriakan malam dari malam biasa menuju bulan Syawal. Ia menjadi tumpuan utama pada malam tu. Sebagai ibu, ini adalah salah satu cara untuk membangkitkan suasana  merayakan kemenangan yang bakal menjelma. Wangi pandan, mentega serta gula kabung menyelebungi udara malam tu. Rindu momen tu, semua menumpu perhatian di dapur sambil menunggu biskut masak untuk merasa biskut yang sedap dan yang cair dalam mulut. serta aroma biskut itu sendiri mengamit selera. SubhanAllah. 

Sesambil menaip mama menonton Fikrah TV1 berkenaan Tokoh Maal Hijrah 2021, teringat arwah Tok saudara yang mana adik arwah Mak Tok juga Tokoh Maal Hijrah nak kena search tahun apa. Al-Fatihah. 


Chilled Karipap

Bukan karipap frozen tapi sejuk sahaja. 

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English and one minute video below:) 

Karipap sejuk dibakar atau digoreng seeloknya? 

 tengok rupa karipap yang dikeluarkan dari peti sejuk dan yang dah dibakar


The season of karipap is in the house. It happened when I started learning to do it. Love the taste of the bite of karipap. Making it was not fast but furious. Sometimes I made it a lot for next time. That was when I could sit and eat the karipaps slowly. 

The chilled karipaps I've kept. I didn't freeze them yet. Doubt it to be as good after freezed them. Took them out that morning, placed them on the oven tray. I baked this time around. I was prudent with cooking oil at starts. BTW, didn't I mentioned that we got cooking oil and rice for Aidil Adha gift from surau nearby? When the karipaps were cooked, I pulled the tray and noticed that they were slightly darken but Alhamdulillah it turned out delicious and nutritious. 


Selamat sejahtera❤️


Musim karipap menjadi-jadi di rumah. Berlakunya stok karipap menaik setelah saya mula belajar buat karipap . Suka rasa pastri dan inti karipap tu. Membuatnya taklah cepat tapi penat. Kekadang saya buat lebih untuk simpan. Bila senang  segar badan cergas untuk duduk menikmatinya dengan perlahan. Karipap yang disimpan cuma disejukkan, rasa cuak pula nak sejukbeku takut nanti tak sesedap yang diharapkan hehe.. 

Ambil karipap sejuk dari peti sejuk. Letak di atas dulang ketuhar. Mulanya amalkan kurangkan minyak, jadi bakar dalam ketuhar. Sekarang ni tetiba aje ada minyak, beras, biskut pemberian dari pihak surau berdekatan sini sempena hari raya haji. Ghairah juga dapat menggoreng nanti sebab dapat minyak. Buka oven bila bunyi loceng sudah masak, tarik dulang tu nampak warna perang ketara tapi Alhamdulillah sedap dan sihat karipap tanpa minyak. Bolehlah cuba :)

Selamat sejahtera semua ❤️



August 10, 2021

Hainanese Chicken Chop Rice

Hainanese Chicken Rice

Bahasa dan video semint di bawah:) 

English version and one minute video beow :) 


Rindukan Old Town Hainanese


Struggle juga keluarkan tulang isi peha ayam

We sometime had Hainanese Chicken Rice when we went out. The different between chicken rice and hainanese rice is that the sauce is with mixed vege. The chicken meat is boneless. We struggled to debone the chicken thigh. Successfully, we made it through. Learnt it from you tube video though. We supposed to mix the fried potatoes in the gravy as well. When we saw the fried potatoes were soft inside and crispy outside, we reserved it for eating just like that. The deboned chicken thigh were so good and as for the keel chicken were cut thin but didn't separate. It was as good as well. Loved the servings and how it turned out. 

We followed the recipe from the internet, altering a bit to wharever available at home. The meal is good business product. 

Salam Maal Hijrah 1443 ❤️


Kami pernah juga makan Nasi ayam Hainanese bila keluar. Perbezaan di antara nasi ayam Hainanese dengan nasi ayam biasa ialah sosnya ada mix vege. Daging ayamya adalah bahagian peha dikeluarkan tulang. Susah nak keluarkan tulang tapi kami berjaya. Belajar pun dari youtube aje. Tungkus lumus juga, risa daging menjadi hancur. 

Tentang ubi kentang, lepas goreng, sedap sangat nampak hingga tak jadi campur dengan kuah. Lembut di dalam tapi rangup di luar. Goreng biasa tapi deep fry. Tiba tiba rasa nak makan begitu saja.

Isi peha yang juga dikeluarkan tulangnya sangat enak, bahagian dada juga dihiris nipis tapi tak putus juga sedap, lembut seakan bahagian peha. Suka masakan kali ni tak sangka terjadi lazat. Alhamdulillah. Ikut resepi tapj diolah sedikit sebanyak ikut apa yang ada dirumah. Masakkan begini senang  dibawa jual ;}

Salam Maal Hijrah 1443❤️


August 9, 2021

Macaroni Bolognese | Lebih kenyang dengan toppings

Macaroni Bolognese | lebih kenyang dengan topping :)

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 



Ada saja yang tiada bila mahu buat eksperimen, video diteruskan

Kena cuba, baru tahu, kan

There comes the time for macaroni day. We simply fulfil their request. We rotate a week or two, the macaroni will make an appearance on the eating table. Sometime featuring with breaded fish, mostly none. Had one or two bowls, yet the tummy told the mind that it will be hungry in two hours time. Why? The reason might be because of not so much of grounded meat in the sauce. That means it's too much carbo but lack of protein, and yes...hungry for me. I realised that when we are eating out, the bolognese sauce will come with loads of cheese on top, that's lots of protein from the cheese. . I will get full in an instant and this will last for the next meal time. So it's normal right, when feeling hungry in between and it's like: what has gone wrong? 


We have leftover chilled macaroni and the sauce from the fridge, unfortunately when I wanted to experiment it, a sliced cheese but only left with one slice. I had to divide it in three equal portions. So manageable and full feeling, and didn't have a desire to eat anything else after that. Alhamdullilah happy ending.

Have a blessed day❤️

Akan ada suatu hari dimana kuah merah bolognese makaroni disajikan. Mengotakan permintaan budak-budak. Selang pusing seminggu dua, macaroni akan menjelma di atas meja makan, sesekali ada jemputan ikan salut tepung, walaupun biasanya tiada. Makan satu atau dua mangkuk, tetap isyarat dari perut ke minda memperkatakan yang ia masih lapar. Kenapa ya?  Sebabnya tak banyak daging kisar di dalam sos, boleh jadi. Maksudnya terlalu banyak karbo manakala kurang  protin. Ya, masih lapar bagi mama. Saya perasan bila makan di luar, kuah bolognesenya  ditutupi dengan cheese yang tebal, keju dari susu, superfood, baby pun cepat membesar. Terasa kenyang hingga ke waktu makan yang lain tak la di antara. Brunch bagai takda la masa. Barulah normal kan, kalau lapar di tengah jalan, ada tak kena tu. Saja nak ambil minum petang tu ok ni sebab lapar. 


Saya keluarkan lebihan macaroni bolognese yang sejuk dan sosnya juga sejuk dari peti ais. Tetiba keju keping tinggal sekeping. Bertabahla bahagi dua, eh bukan! tiga. Panaskan, teruruslah juga segalanya, rasa kenyang alhamdulillah selepas makan makaroni kali ni. Tak da rasa nak makan lagi. Berakhir dengan kegembiraan :) (Kalau emak saya, akan cakap tiada permulaan apa2 pun kenapa ending hehe rindu bondaku❤️

Moga hari ini dan seterusnya diberi keberkatan ❤️


Banana | Roti Pisang

Banana with bread | Roti Pisang

Bahasa dan video kurang seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)


Mudah potong, rasanya sedap

Sambil pegang handphone, sambil tabur serbuk kayu manis, tercurah

After sending kids to school, stop at the restaurant near by for breakfast. Since the pandemic, we tried to minimise going to places. Actually we thought twice to send kids to school but last year the case was low and even our  DG KKM got global recognition for his success to manage the difficult situation. Some say it was too early. There's blessing in disguise as people here will get culture shock if the changes are abruptly. 

Like 10 minutes from school we arrived home, cut banana slices, laid them on bread. Sprinkle with cinnamon powder. Instead of jam, we made it differently with sliced banana. Took photos of every corner even stomach made growling noises. 


Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, kekadang berhenti di kedai berdekatan untuk menjamah sarapan. Sejak berlaku pandemik, cuba kurangkan pergi ke tempat- tempat yang tidak berkenaan. Sebenarnya terfikir dua kali juga untuk melepaskan anak ke sekolah tetapi masa tu kes masih kurang manakala Director General KKM pun mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana berjaya kendali situasi pandemik yang payah ini dengan baik. Setengah pihak mengatakan ia terlalu awal tapi bersyukur dan lihat positifnya yang penduduk kita pun mungkin mrngalami kejutan budaya jika berubah terlalu cepat. 


Dalam 10 minit dari sekolah kami sampai di rumah. Potong pisang, atur diatas roti, terlangkup dengan roti kosong di atas pisang. Potong empat, letak elok-elok dan tabur serbuk kayu manis diatasnya, lalu ambil gambar setiap penjuru. Pusing sana pusing sini, baru makan. Perut berkeroncong bagai nak rak, tetap nak ambil video jugak.


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Salam Takziah buat Shuib, husband arwah Siti Sarah, moga beliau di tempatkan bersama orang beriman, Ameen



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin