Pages

Showing posts with label Raya Cookies 2021. Show all posts
Showing posts with label Raya Cookies 2021. Show all posts

September 17, 2021

Marshmallow Cookies | Biskut Marshmallow

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Semangat pada mulanya | the mood is good in the beginning




Gelintir satu, dua, semua hilang tiba-tiba | Shaping one or two they just disappear like peek-a-boo


Since marshmallow was 'high in demand', I had to hide it somewhere. When I'm free, I would give by rationing.  I hid them inside one of the drawers. Luckily, the month of fasting Ramadhan made me think of festival cookies. 


I remembered about marshmallow. And was making adik delighted about it too.  


The ingredients that I used are

Wheat Flour

Icing sugar

Butter

White egg

Vanilla essence


I thought of putting the marshmallows inside, the dough didn't permit hehe.. I thought it was too dry. 


I made small balls of dough, put tiny amount inside, some stayed nicely, while others cracked the cookies. The purpose of making this cookies was to finish up the marshmallow stocks, so I put the big one on top of the cookies. 


The taste was ok with slightly  crispy mallow. 


Good morning❤️


Oleh kerana marshmallow ini sangat diminati, saya terpaksa sembunyikan marshmallow sementara dulu, bila rajin bagi makan catu-catu. 

Saya sembunyikannya di dalam laci. Alhamdulillah, Nasibla pada masa bulan Ramadhan, saya terfikir nak buat biskut raya, baru teringat marshmallow. Juga untuk mengembirakan adik kerana dia berpuasa. 


Bahan yang digunakan

Tepung gandum

Gula icing

Mentega

Telur putih

Esen vanilla


Saya cuba letakkan potongan marshmallow, tapi tak jadi hehe adunan tak sesuai kut. 


Saya cuma buat betuk bola, letak juga mallow yang kecil. Ada yang merekah, ada yang terus boleh melekat. 


Tujuan buat biskut marshmallow ini adalah untuk menghabiskan stok marshmallow yang ada, jadi saya juga letak saiz yang besar atas biskut tu. 


Rasanya ok la, dengan tekstur rapuh marshmallow tu.


Selamat pagi ❤️




August 22, 2021

Chocolate Chips Cookies


Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Nak gentil satu-satu


Choc chip putih


Memory that remain fresh in my mind is that I was determined to cheer up the holy month. 

Since adik already know well the importance of brushing teeth, I decided that it's not so bad to start making cookies. 

During Ramadhan this year I adorned nice clothes but sometimes with T-Shirt. I wore skirt to cover my exercise outfit. It's not suitable  to wear exercise gear because I like to go outside. 

Actually a week or two after Ramadhan, I already adorned my wrists with nice bracelets that had pink crystals on them. 

I didn't know yet that day would be the cookies making day. I wore T-Shirt and batik pario. 

During fasting day, I tend to think of food a lot (don't we all?), so I planned to make cookies. 

I didn't think twice, I just sort of measure in my mind to make the cookies with less sugar, they turned out yummy as they had choc chips which it is always to mix with. 

Loved the aroma of butter that lingered in the air. 

The fragrant smell that comes out from the chocolate pass by once in awhile. 

The spirit was on at least but still counting days to achieve what we aim was the forgiveness from Allah SWT during the Lailatul Qadar night. To cheer up the moment at the same didn't want to miss the important ritual. 

Alhamdulillah, I had the sweet memory on which I contributed to family and time in holy month. 

May we get baraqah in our righteous doing. ❤️


Kenangan yang mekar di minda kerana rajin buat kuih raya. Adik pun telah beringat untuk menggosok gigi, jadi rasa tak bersalah membakar kuih raya.

Semasa bulan ramadhan, masuknya minggu pertama, saya sudah mengenakan gelang tangan yang batunya berwarna merah jambu. 

Pakaian pun ambil yang biasa dipakai untuk keluar. Pakaian yang jarang pakai sejak PKP. Saja pakai yang elok sikit untuk berbuka. Cuma hari yang buat kuih tu pakai T-Shirt pula.

Biasa di rumah saya mengenakan baju T, jika baju T berlengan pendek, saya tambah cardigan, pakai kain sarung atau skirt kembang, kerana seluar senaman kurang sesuai dah di rumah. Kerap keluar tengok pokok atau apapun senang, sudah lengkap. 

Yang saya ingat bulan puasa, saya mudah terbayang makanan untuk dimasak, teringin itu ini, perkara biasa kan? Mungkin asyik duduk rumah agaknya. Saya tak fikir banyak pun, main buat anggaran sendiri resepi masa membuat biskut chocolate chips. Tetapi yang kurang gula sebab dah ada chip coklat.

Suka aroma mentega yang berlegaran di udara. Bau coklat sesekali menusuk di jiwa.  Bersemangat  juga mama menyambut aidilfitri, tetapi tetap menghitung 10 hari terakhir dan memburu lailatul qadar. Dalam mengejar dan memohon keampunan, keceriaan masih ada itupun alhamdulillah. 

Itulah kenangan manis mama buat kuih raya, harap anak-anak turut terasa aura bulan puasa menuju raya. Alhamdulillah.

Moga diberi keberkatan dalam amalan kita, inshaAllah.❤️

August 11, 2021

Pandan Coconut Cookies

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:) 


Warna pandan kuat 


Piping macam biskut samprit. 



Flashing back few months ago, I had to honour myself hehe for making raya cookies. 

Fasting at daytime, havingt terawikh and extra classes for kids and yet I've baked cookies. Since we have coconut flakes and  been seeing a lot of viral pandan cake gula melaka, I couldn't sit still but baked some not cake but cookies. 

How it turned out didn't bother me. What I cared the most was the mood and the aroma of coming hari raya that I could give at that moment. It cheered everybody up, inbthe distinguished month of Ramadan that they were in. That's what any parent could do right to bloom the atmosphere of winning  celebration ahead.

The aroma of pandan, coconut raised as well as coconut sugar, gave combination awsome fragrance. Loved and missed the moment. Cakey cookies have been the centre of attraction, the main focus to look forward to. It's yummy tastes that melted in your mouth.

Salam bahagia❤️


Imbas kembali beberapa bulan dahulu, saya rasa berbesar hati buat diri sendiri hehe.. kerana telah rajin mengadun tepung dan membakar biskut raya. 

Berpuasa di siang hari, malam berterawikh, juga ada kelas extra untuk budak-budak lepas solat sunat tu masih larat lagi untuk buat kuit ala tart.. Saya bersemangat kerana bahannya dah  sedia ada, iaitu flakes kelapa parut masih dalam simpanan. Lagi-lagi kerap lihat kek pandan gula melaka menular merata tertambat mengidam. Tak boleh jadi, duduk tengok saja mesti berganjak ke membakar biskut. 

Jadi tak jadi tu, belakang kira, kerana tepung telur masak sekejap dah boleh makan. Logiknya kerana telur separuh masak  diamal ramai. Yang penting, aroma dari mentega, pandan, bauan gula kabung, kelapa parut tu memukau hati. Itulah yang dapat saya memeriahkan keadaan di bulan ramadan. Ia menceriakan malam dari malam biasa menuju bulan Syawal. Ia menjadi tumpuan utama pada malam tu. Sebagai ibu, ini adalah salah satu cara untuk membangkitkan suasana  merayakan kemenangan yang bakal menjelma. Wangi pandan, mentega serta gula kabung menyelebungi udara malam tu. Rindu momen tu, semua menumpu perhatian di dapur sambil menunggu biskut masak untuk merasa biskut yang sedap dan yang cair dalam mulut. serta aroma biskut itu sendiri mengamit selera. SubhanAllah. 

Sesambil menaip mama menonton Fikrah TV1 berkenaan Tokoh Maal Hijrah 2021, teringat arwah Tok saudara yang mana adik arwah Mak Tok juga Tokoh Maal Hijrah nak kena search tahun apa. Al-Fatihah. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin