Pages

Showing posts with label breakfastideas. Show all posts
Showing posts with label breakfastideas. Show all posts

September 14, 2021

Edamame with vegetable for breakfast - Inspired By Gordon Ramsay's Book

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Kacang soya hijau dengan sayur untuk sarapan - inspirasi dari Buku Gordon Ramsay


Memandangkan ada kacang edamame | Since edamame in the fridge




First attempt to prepare the healthy appetite recipe inspired from Gordon Ramsay's recipe book. My version would be a bit different to suit whatever items that we have in the fridge. 

 

Percubaan menyediakan selera sihat inspirasi dari buku resepi Gordon Ramsay. Versi saya  diolah dengan sedikit kelainan berdasarkan bahan yang ada di peti sejuk. 


Last night, I flipped thru the recipe book, and found a makeable dish with the existing ingredients. In my mind I would like to try eating back clean, with more green. I don't have the real support as when I become moody, some would said it's because I am hungry, is it logical that not enough food will affect moods. For kids I knew, let them feel full, and they will be more calmer. 


When I skipped rice or some meal and acted certain behaviour, some said "perhaps I didn't have enough food". 


Same with the situation of my dad, when we went out, dad nagged of something,  we would hear someone asked  'mom, you didn't feed dad yet hehe.. I giggled actually it is a serious matter.


Mom said on the phone that she told dad that be like abang adik, they made their own' 'quickie' food (sandwich, oranges etc.) and never ask for food. 


Ok, today's breakfast was so good, and I got the comment that the eyes wide open and feel fresh after had the healthy meal. Glad that I tried. 

The ingredients that I used

  • Garlic butter
  • Brocolli
  • Edamame or  Green Soy Beans
  • Sausage
  • Egg
  • Balsamic dressing
  • Pepper
  • Salt



Enjoy your day❤️



Semalam saya tengok setiap mukasurat buku, terjumpa  hidangan yang rasa boleh buat dengan bahan yang sedia ada. 


Dalam minda, saya ingin cuba balik permakanan rendah karbo.


Saya tahu kurang dapat sokongan kerana ada masa saya jadi "moody" kononnya saya tak cukup makan, lapar memainkan peranan kepada perasaan ye?

Saya memang tahu untuk anak-anak, biar mereka kenyang baru lebih tenang. 


Bila saya tak ambil nasi dan setengah makanan, berperangai semacam, ada yang akan cakap "ha tak cukup makan kut ni'. Kalau dengan anak, saya akan suruh derang menngucap 'auzubillahiminashaitanirajim'.  Betul ke perut lapar, naik angin?


Sama situasi bapa saya, kalau kami keluar, dengar dia berleter tu ni, kami akan dengar yang bertanya, bapa tak makan lagi kut ni? hehe. Ye, saya gelak-gelak sebenarnya hal ini adalah serius. 


Baru ni emak beritahu dalam telefon yang dia suruh bapa jadi macam abang dan adik, Alhamdulillah, yang menyediakan makanan 'pantas' mereka sendiri (roti, belahan oren dsb. ) tanpa meminta untuk diberikan makanan.  



Ok, pagi tadi sarapan yang disediakan sangat enak, Alhamdulillah dapat komen yang mata celik betul dan rasa ringan tubuh setelah sarapan. Syukur saya cuba buat. 


Bahan yang saya gunakan

  • Mentega bawang putih
  • Brokoli
  • Edamame atau kacang soya hijau
  • Sos Balsamic 
  • Lada hitam
  • Garam
  • Telur
  • Sosej


Nikmati hari kalian ❤️


September 12, 2021

Waiting for food | Menanti makanan

Bahasa dan video seminit  di bawah :)

English version and one minute video below :)


Water cress/ Pegaga

Membuat pesanan, Menunggu

Order and wait

Menapak, mengambil  pula



It was a beautiful morning, but I was not so hungry. However, I had a craving for an authentic Malaysian food from a  restaurant at the nearby mall. 

As for mall outlets, normally we only can place order at 10 am.  


The restaurants that cater breakfast really early in the morning are only few that I knew of. Indian nasi kandar food which also known as restaurant mamak provides early  morning meal; Or elsewhere there are McDonald's or Coffee Bean & Tea leaf and even Starbucks.

 

I'm craving for food from the shop at the mall, but they don't open until 10 am. While waiting, I went to the kitchen and take out the garbage from two bins and in the basket for recycle items. The feeling of taking out the garbage its like detox and to make the

house smell good. Went out with the garbage, walked straight to the bin box. 


While walking I saw the pegaga herbs is also a type of water cress blooms beside the grass. I pulled them from the root and transfered to pots. This herb is quite well known for it's 'stay young' properties amongst Malaysians (or elsewhere too?) 


I walked back into the house, washed my hands, and quickly made an order for food. Approximately 20 minutes later, the nasi lemak daun pisang arrived, oh! such a relief and satisfying taste. The reward of patiently waiting.. mmm even birds had early breakfast :) 


Bon appetite! ❤️


Pagi indah yang tak berapa lapar.  Selera dipagi inginkan makanan autentik dari restoran di pasaraya yang berdekatan. Pasaraya hanya akan dibuka pada pukul 10 pagi. 


Restoran yang menyediakan sarapan yang saya tahu, kedai mamak atau nasi kandar, selain dari Mcdonald's atau Coffee Bean & Tea Leaf malahan juga dari Starbucks. 


Dah tekak teringin yang special hari ni jadi saya sanggup tunggu.


Sementara menunggu, saya pergi ke dapur, ambil bungkusan-bungkusan sampah, terus keluar dari rumah dan buang di kotak sampah.


Semasa berjalan balik menghala ke rumah, saya ternampak pokok pegaga merunyut tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Saya cabut dari akar, pindah anak pokok ke pasu. Herba ini memang terkenal dengan 'awet muda' nya dikalangan warga Malaysia (dan mungkin warga lain juga?) 


Selesai menanam saya masuk dan basuh tangan, terus tekan pesanan. Dalam anggaran masa 20 minit, Alhamdulillah sampailah makanan yang dinanti iaitu nasi lemak daun pisang yang oh! sedap, dan puas hati. Itulah ganjaran bersabar menunggu, mmm.. tengok burung-burung pun dah kenyang. 


Selamat menjamu selera! ❤️




September 11, 2021

Turnover Pancake | Apam Balik

Bahasa dan video seminit  di bawah :) 

English version and one minute  video below:) 


Buat kecil dengan harapan boleh balikkan | make tiny cake so the corn topping dont glide out when half turn over



Biar masak  | Let it cook so easy to turn it half


"Apam" means pancake whilst "balik" means turnover so turnover pancake or peanut sweet corn with sugar topping pancake. 


I saw in foodpanda delivery that Apam balik or turnover pancake is being sold but decided to make my own. 


I tried to make turnover pancake before and failed at folding them in half, perhaps the mixture was too runny. The corn, sugar and nuts spilled over to the pan, fast enough to caramelized turned brown, smell burnt. The pan needs to be cleaned first to start all over. 


This time I decided to turn it over after it has been cooked and on the plate not on the pan. The below pancake looks like over cooked but its crunchy of the margerine that I used. It tastes good, soft inside creamy of the sweet corn. 


The recipe I took from the website 'elmundoeats' but modified a bit. Instead of using 1 cup of all purpose flour, I used self raising flour instead. 


Turnover pancake turned out very good and delicious, after adik left the kitchen as she was full, I tried making round shaped since I already got the hang of it, hehe. 


If you happened to have dry yeast should give it a try yeast do give it an asian taste. I think :) 


Love greetings❤️


Apam tu seakan kek, bancuhannya juga serupa cuma kaedah masaknya lain. Ia perlu ditutup semasa ia dimasak. Balik kan itu sebenarnya melipat dari tengah. Biar berbuih dan isinya memecah gelembung tu, boleh bubuh isinya iaitu gula pasir, kacang tumbuk dan jagung dan akhirnya barulah boleh balikkan separuh. 


Saya nampak Foodpanda ada jual Apam balik tapi rasa hendak cuba buat sendiri. 


Saya pernah buat apam balik dahulu sebelum ni tetapi masa nak balikkan separuh tu, isi jagung gula tu terkeluar ke pan lalu jadi gula hangus, berbau hangit jadi kena cuci dulu sebelum mula tuang bancuhan lain. 


Kali ini saya nak balikkan di pinggan bukan di pan. Di bahagian bawah apam tu terlalu masak warnanya kerana marjerin yang digunakan untuk masak. Gelap tapi rangup, lembut di dalam, berkrim isinya. lazat keseluruhannya.


Saya ambil resepi ini dari laman 'elmundoeats' . Tetapi saya ubah suai sikit di mana saya guna tepung naik sendiri sahaja tak campur tepung gandum biasa.


Apam balik yang dibuat ini Alhamdulillah menjadi, selepas adik tinggalkan dapur, katanya dah kenyang, saya cuba pula buat bulat biasa pula, sebab rasa dah dapat agak bila nak balikkan separuh tu.


Kalau dirumah ada yis, bolehla cuba buat, kerana bahan yis tu yang membuat rasa asian tu, puas dan tak muak. Saya rasa la :)


Salam keluarga Malaysia ❤️🇲🇾

September 10, 2021

Leftover crushed chicken | Ayam semalam dicincang

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Cincang ayam


Crush the chicken



Fixing breakfast must be done early, after dusk prayers, citing verses. It's a habit to open the fridge first thing in the morning. I looked deep inside and saw fried chicken leftovers from yesterday dinner. Thought of reheating, but I knew it will not be as good to eat them just like that. Therefore, I took them out together with capsicums and salad. Not just the chickens are from the past but the macaroni cheese sauce is also left undemand. 


I cut the capsicums while thinking what should I do with the chickens, if I make fried rice the cheese sauce will not be suitable for frying. Hmm.. Ending up back to the start from the beginning which is beautiful garden on top of something who can guess??  hehe.. . So the chicken must be crushed for a better mixed taste with capsicum and tiny cut salad. 


I spread the sauce on the basic home but staple ingredient (have you guess yet?) scattered the crushed chickens, covered with capsicum. Another set, cut salad on top of sauce, the rest almost the same. I had to finish the breads as I was thinking of making bread apple pudding not in the near time. I had procrastinated on it due to not enough corum as not all of us eat pudding., kind of low confident vote. (country first world problem). 


Glad that I fixed all that as they turned out very delicious and nutritious breakfast. The crunchiness of capsicum turn juicy after bites and so flavourful. 


Grateful always❤️


Menyediakan sarapan mesti dibuat diawal pagi, selepas solat subuh, seusai mengaji. Buka pintu peti ais dari tabiat hingga  kini menjadi tuntutan serta tanggungjawab. 


Lihat di dalam ternampak ayam goreng kemarin. Dalam fikiran kalau panaskan ia saja untuk sarapan tak mungkin akan jadi sedap seperti yang asal. Bukan saja ayam yang lebihan semalam tapi ada juga sos cheese macaroni juga turut dalam simpanan. 


Saya keluarkam ayam, sos keju, cili benggala dan daun salad.

Potong cili benggala tu sambil memikir pula apa yang patut saya masak dengan ayam, kalau nasi goreng, sos keju tak sesuai pula. 


Berakhirlah kembali pada mula dulu dimana campuran bahan-bahan  bagai taman diletak atas ruji teka apakah itu?? 

Hehe.. 


Jadi ayam perlu dicincang baru tergaul dalam mulut dengan cili benggala yang rangup tapi berjus dan aroma bila ditokak. 


Sapu sos keju dulu, letak ayam diatas potongan 'ehem-ehem' tu (dah teka ke belum?) kemudian sayur tu di atas sekali. Buat satu set lagi diletak daun salad yang dimayang dan letak lain seperti set tadi.


Sebenarnya perlu habiskan roti sebab saya tak jadi buat pudding roti masa terdekat ni sebab tak cukup korum yang nak mahu menikmatinya. Macam tak cukup undi percaya la pula tu, masalah negara kan? 


Syukur Alhamdulillah saya buat sarapan begini sedap dan lazat, kerangupan chili benggala yang berjus dan ber-aroma menjadi lebih enak. 


Syukur selalu❤️


September 9, 2021

Sweet spread | Sapuan Manis

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Sedap 

A jar lasts a month / sejar sebulan


Eating light, lightly spread, less time preparation allow me have more time to chill or chat.

Otherwise, reading while eating is also possible. I had sweet spread of a fruit from same species as peach. A fruit that need to be picked from tree. Once its ripened mean that it has gone to far. It's apricot jam that I bought from grocer nearby. 


I love to see when sandwich cut in triangle shape. And it is sweet looking of breads on the saucer with coffee cup on the side. As mine was on a messy table, there were a jam jar. Egg coconut puree or jam and others eg butter box. That's reality. 

 

I prepared and had toasts with apricot jam with hot White coffee and it'll be enough for me for the whole morning. 


Have a lovely day ❤️


Makan yang ringan-ringan, sapuan nipis, tidak langsung memakan masa dalam menyediakannya memberi saya lebih waktu untuk santai dan berborak. 


Kalau tidak pun, membaca dan makan pun boleh juga. Saya makan roti dan jem buah yang sama spesies dengan buah pic. 


Buah ini perlu dipetik dari pokok, jika terlalu ranum sudah tak elok hehe (baca dalam wiki) 


Buah yang dimaksudkan ialah aprikot dan jemnya dibeli dari grocer yang berdekatan. 


Sekejap ja nak siap, bakar roti, sapu dengan jam, makan dengan kopi panas. Alhamdulillah Cukuplah untuk alas perut sepagi. 


Sebenarnya saya tertarik dengan sandwich yang dipotong tiga segi tu.


Nampak cosy ja roti dalam piring berdekatan dengan cawan kopi. Tapi bila tah ni, meja serabut dengan botol jem, bekas seri kaya, marjerin, itulah realiti.


Syukur selalu❤️



September 7, 2021

Cut banana on Cupcake

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Potongan pisang dan buah kering sebagai topping


Ala kek buah untuk sarapan


Inspired by low carb or eat clean, I like to make my version by using not so much of baking powder or soda.


I wanted something like fritters in the pan but oven baked, somehow it sounded like my mom hehe.. 


I wanted to find something that is easy to fix which might replace bread, oops! not really i love bread this is just to alternately have it by rotation. 


We have survived long enough wih slices of bread for breakfast, and I'm quite sure that even YB Tun Mahathir would agree as he had "The Loaf" with branches all over the country (slice vs loaf... get it?) . I do appreciate my regular breakfast with slices of bread loaf though :) 


"The Loaf" sounds grand isn't it?, roti or bread not really eh? 


My attempt was to have a variety, so I mix the oats and eggs, milk, sugar and pour in the cup. Put cut banana and sprinkle the dried fruits. Baked them for 20 minutes. Have them with hot drink. Delightful serving. Scrumptious portions.


If the recipe is good for frozen, I might repeat round and round hehe.. Yet, still having "the loaf" as fuel along the way to complete the daily work. 


Good day♥️


Berinspirasi dengan makan rendah lemak, tetapi ingin buat versi mudah yang tak banyak sangat guna serbuk penaik atau soda. 


Mahu yang seakan cucur tepung goreng yang diganti dengan oats tapi dibakar. alamak! dengar macam ibu pulak hehe..


Hendakkan yang ringkas yang boleh menggantikan roti, oops! macam kacang lupakan kulit pulak.  Roti sudah sebati dengan diri. 


Ayat yang betul tu ialah buat pelbagaikan dan pusingan carta makanan. Dah lama hidup dengan kepingan roti untuk sarapan, tentulah "The Loaf" YB Tun Mahathir yang bercawangan diseluruh negara pasti akan setuju  berbuku roti dah masuk dalam badan. 


Saya hargai makanan yang diambil selalu, tak mewah kan, roti ja..


Pelbagai yang saya cuba ialah fiber dalam mini kek. Saya campur bahan biasa, oats, gula, telur dan tuang dalam cawan kertas, letak potongan pisang, tabur buah kering. Bakar selama 20 minit. Makan bersama minuman panas. Enak dan berkhasiat. Alhamdulillah. Saiznya tak besar, sedang-sedang aje tetapi agak mengenyangkan.


Jika resepi sesuai untuk dibekukan, kemungkinan akan bancuh lagi dan diulang-ulangi  Tak bolehlah duduk berlama macam ibu saya cakap 'macam ada spring di bawah ni, "sproingg!!" terpelanting ke dapur buat itu dan ini. Tapi' sebuku roti' itu tetap dihati kerana ia dapat membekal tenaga cepat untuk buat semua kerja kerja tu. 


Salam sejahtera❤️


September 6, 2021

Chee Cheong Fun | Masak di rumah

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Kulit popia, dijadikan experimen


Resepi ikut selera, sos cili dicampur sekali



One morning, my mom called and asked us to order nasi lemak for her, the way she described the kind of nasi lemak for her and my dad made me drooling! It was early in the morning, I was thinking what to blog, and what to eat. She said hello asking me to buy her delicious nasi lemak with this and that, without that and this hehe... Since I mentioned about my mom, my mom told me that she onced asked a cook at the nasi kandar restoran to not make too spicy not too salty on the order, and turned up, the cook offered her the stove to cook by herself! customer was right or wrong?? hehe..but mom always left people happy when she leaves.


As a matter of fact, If I happened to be at the restaurant that my parent normally go, most of the worker would ask where are aunty and uncle (popular since they frequently patronized the places & tipping generously). 


When I'm starting to blog again, I promised myself not to blog too much personal stuff. I once asked my mom, why dad talked about this and that, then mom said, people just listened and get over it and not even analysing it. 


Ok, back to my mom order withnasi lemak that end with giving tips to the rider, lead me to order for ourselves too. I clicked on 'Bungkus Kaw' , nasi lemak daun pisang, searched for nyonya kueh, there were none, but saw chee cheong fun, so thinking in my mind, I want to make my own chee cheong fun with the stuffs at home. Furthemore, I know the taste as I had it before. Similar as yong tau foo sweet sauce but not really the same. 


The ingredients that I used are:

Popia sheet

Nut and sesame seed

Sauce Recipe

1 tbs of soy sauce

1 tbs coconut sugar

1 tbs brown sugar

1 tbs chilli sauce

1 tsp corn flour mix with lil water


Methods:

Roll popia sheets. Put them in rice cooker and steamed. 

Roast the seed and smash nuts

Mix all sauces and heat up add corn mixed with water. Cut the the soft popia sheet and served on saucers and top with sauce with sprinkling nuts and seeds


The taste is amazing and delicious, so nice to have this meal which is oilless, but sweet. Everything has it's pros and cons, just alternate it but not too often. The best is have the variety.


Happy monday❤️


Suatu pagi ibu saya menelefon meminta tolong untuk kami membuat pesanan makanan iaitu nasi lemak. Ibu bukan memesan nasi lemak begitu saja tetapi menerangkan letak itu, keluarkan itu, macam sedap ja didengari penuh kenikmatan apa yang dipesannya.


Untuk bapa nasi lemak berkuah begini membuat saya tertelan air liur. Sudahlah di pagi hari, saya memikirkan tentang blog dan juga sarapan apa untuk memberi tenaga hari ni. 


Ibu memberi salam dengan memesan nasi lemak yang sedap dan lazat.. Oleh sebab itu, terbawa kisah ibu saya dalam blog ni, saya teringat ibu biasa menceritakan yang dia pernah ditawar masak sendiri di suatu restoran nasi kandar kerana memesan terlebih dari pengetahuan mereka (nak kurang pedas, kurang masin etc) hehe.. Yeke macamana ni? pelaggan betul ke salah ni?


Tapi tak pa, kerana ibu saya selalu tinggalkan mereka mereka yang direstoran itu dengan rasa gembira. 


Beberapa kali saya pergi ke restoran-restoran yang pernah ibubapa saya selalu kunjungi, mereka akan kenal kami dan bertanya tentang ibu dan bapa saya, 'mana uncle? mana aunty?'  dah lama tak datang sini. (popular kerana sering mengunjungi kedai mereka sebelum pandemik dan amat murah hati dalam memberi tip sedekah :) ) 


Bila saya mula membuat blog kembali, saya buat panduan sendiri untuk tak mahu cerita hal peribadi. Saya pun pernah bertanya ibu saya,  bapa saya cakap tentang kita dekat individu begitu begini, ibu cakap tak pa, mereka dengar tapi tidak menganalisa. 


Berbalik kepada pesanan emak saya dengan nasi lemak tu.. Dipengakhiran perbualan itu, emak berpesan bagi tip kepada rider; Ini telah membawa saya untuk memesan nasi lemak untuk kami juga.


Saya klik dan buka Bungkus Kaw, dan klik Nasi Lemak daun pisang, dan scroll mencari kuih nyonya tetapi yang ada ialah chee cheong fun terus bunyi ting! di kepala ni, ingin membuat chee cheong fun sendiri.


Resepi boleh di cari, lagipun dah pernah rasa ia seakan kuah manis yong tau foo tapi tak serupa. 



Bahan-bahan yang sedia ada:

Kulit Popia

Kacang goreng

Bijan


Resepi Kuah:

1 sb kicap masin

1 sb gula perang buah kelapa

1 sb gula melaka 

1 sk tepung jagung dicanpur sedikit air. 


Cara penyediaannya:

Kulit Popia digulung letak di dalam periuk nasi atau diolah periuk kukus. 

Sangai bijan. Kacang dihancur dalam beg plastik kecil. 

Campur semua bahan sos, panaskan masuk air & tepung jagung. Potong kulit popia yang lembut seakan kueyteow atau isi laksam. Letak atas piring, bubuh kuahnya, ditabur kekacang dan bijan


Sedap chee cheong fun buat sendiri dan keenakan yang menakjubkan. Makanan ini tanpa minyak tapi manis, biasa la semuanya ada kebaikan dan kekurangannya, memadai lah dengan pengambilan yang berselang-seli dan jarang jarang sekali. InshaAllah, yang terbaik itu ialah mempelbagaikan. 


Salam bahagia hari Isnin♥️







September 5, 2021

Scrambled Eggs

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 



Telur hancur kering atau berjus. 

Berjus ala telur separa masak digemari ramai. 


Sometimes, a good breakfast is nice to have in the morning, I wonder a Malaysian full breakfast, how it's like. 

As for an American full breakfast, I googled to be slightly exact, they usually have scrambled eggs, bread, pancake, red beans (ya red beans, going to order it soon hehe..) Americans also have hash browns in the morning.  

Come we see Malaysian's breakfast, how it's like, already know, act like don't know hehe...

Hang in there, check for accuracy.. Yes, half boiled eggs are one of the Malaysian's famous breakfast.

In the hotel or food court like in Kelana Jaya we will know the complete Malaysian breakfast, nasi lemak, roti canai, kueyteow, some have kue nyonya. 

Actually roti Gardenia is usually considered one of our breakfast or my breakfast at home. I know there are many brands out there now, because  it's a habit of buying, out stretch hand to the normed brand. During work or school days, the bread are 'the rescuer' for kids to have breakfast before going to school. Not even Maggi mee would help, at least not for me.

If I want something filling, then the scrambled eggs is a quick fix. Make it like sandwich ready to go inside the recess box or packed brunch. Ensure that it is dried scrambled as the juicy ones might not last long. As for packed it's best to avoid vege like cucumber slices, a piece of vege in food is an essential item for decomposing process for fertilizer hehe. 

I styled the scrambled eggs on a piece of Gardenia breakfast and it's nutritious and delicious filling. 

Bon apetite! Enjoy your food ♥️



Kadang kadang menjamu selera dengan sarapan yang lengkap pun bagus, jika ada masa kan.. 

Saya terfikir sarapan lengkap untuk rakyat Malaysia bagaimana ya? Untuk orang Amerika, ala sarapan di McDonald agaknya. 

Saya cari di net, sarapan mereka ada kacang merah (ahh.. nak order nanti hehe...) Makanan mereka terdiri dari pancake, waffle, sosej juga kentang hashbrown.

Jom kita Scrambled Eggs, bagaimana pula sarapan rakyat Malaysia, sudah tahu gaharu cendana pula... jangan menggaru sudahlah ye hehe. 

Tunggu kita tengok apa yang signifikannya, ahh! telur separuh masak, inilah memang ada dari dulu dari rumah hingga ke restoran. Telur separuh masak ni sesuai untuk menambah kesuburan, betul ke? Macamanapun, kami pernah amalkan hehe.. 

Jika hotel buffet atau di Food court Kelana Jaya ada berbagai sarapan di situ. Nasi lemak, kuey teow, kueh nyonya dan sebagainya. 

Sebenarnya roti Gardenia lah penyelamat untuk sarapan pagi bagi yang kesuntukkan masa. Saya tahu ada berbagai jenama tetapi jika dah biasa, itu je yang diambil di kedai. Jika saya ingin yang lebih mengenyangkan, telur hancur cepat disediakan, tapi biarlah jarang-jarang sekali, kalau orang Amerika ada sosej, kita ada sardin kan.. jadi pengganti telur juga sardin, sekurangnya untuk saya la.

Bagi yang bekerja atau bersekolah, roti Gardenia lah yang menjadi pengalas perut. Maggi mee pun tidak dapat menolong waktu pagi hehe.. terutama sebelum keluar ke sekolah. 

Buat sandwic sesuailah untuk di bawa sebagai bekal. Pastikan kacau telur kering tanpa jus, letak garam bertahanlah ia beberapa jam. Elakkan letak sayur, sepotong sayur, timun terutamanya boleh jadi penyebab pemprosesan "compost" bagi pembuatan baja. 

Saya gayakan telur hancur diatas  sekeping roti gardenia. InshaAllah. Mengenyangkan, bernutrisi dan lazat. 

Bon apetite! Sila menjamu selera ❤️


August 16, 2021

Apricot, Dates Toppings | Chef Gordon Ramsay

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)



Topping pisang, appricot, date penuh dengan potassium



Chef Gordon Ramsay pun ada cabaran :) 


Last night, before I got message from my maksu. She wanted to ask me to cite Surah Yassin everyday. And she also asked about Mochi recipe, I sent her the recipe. She said she would call me today as the day was late already. I wished good night to her. While I was messaging maksu, I was watching Gordon Ramsay cooking in South Africa's Kwa-Zulu Natal region. The view in Africa is beautiful. It kind of funny when he had to go fishing but first he had first to find worms. Ramsay said, he felt like some eyes were watching him where he was, exactly right as giraffes and rhinos were watching. He was with the local guy. He was in scary state, he even said its okay he stood behind the guy just incase. Beautiful scenery, MashaAllah. Just now I recited Surah Yassin, Surah Taubah, last but not least I wanted to recite Surah Inshirah. By the time I wanted to do it, my mind was full of stuffs as abang and adik haven't finished their Merdeka school projects as yet. Abang has just showered looked fresh and ready. I said come we read Al-inshirah together so that Allah SWT make it easy for you to finish the project InshaAllah. He also recite the doa before studying from surah Taha. So now he is in PDPR. And I'm going down for breakfast. Sometimes I had oats with dates, apricots, banana and raisins just to shared. 


Moga dipermudahkan urusan kita, inshaAllah.❤️


Semalam, dapat mesej whatsapp dari maksu yang dirindui, beliau mengingati saya membaca Surah Yassin setiap  hari kerana banyak hikmahnya (nanti mama huraikan) beliau juga bertanya tentang resepi mochi, saya hantar resepi, beliau beritahu yang beliau akan call saya. Semasa saya bermesej dengan maksu, saya sedang menonton Chef Gordon Ramsay dengan expedisinya memasak di South Africa daerah Kwa-Zulu Natal. Sebelum memasak, dia perlu menangkap ikan, dan sebelum memancing perlulah cari umpan, itupun dia perlu cari dulu dengan seorang warga tempatan di sana. Kelakar bila Chef Ramsay beritahu yang dia dapat rasa ada mata mata yang memandangnya, dan sememangnya pun, sekumpulan Sang Ziraffah dan Badak Sumbu sedang memerhati beliau. Dia terpaksa cakap yang dia akan duduk di belakang jejaka Afrika itu untuk melindung diri. Permai sangat permandangan di situ. MashaAllah. Saya baru habis membaca Surah Yassin dan dua potong akhir surah Taubah. Baru nak berganjak ke Surah Al-Inshirah, terfikir yang abang dan adik belum habiskan projek hari merdeka mereka. Jadi ajak abang yang kacak segar lepas mandi mengenakan tshirt dari Aeon Jusco berharga RM10 itu untuk membaca surah Al-Inshirah bersama-sama, mudah mudahan selesai kerja-kerjanya hari ni. Abang juga dipersiapkan doa sebelum belajar dari surah Taha. Sekarang abang berada dalam kelas PDPR dan saya nak turun bersarapan. Kekadang saya ambil oats dengan taburan apricot, pisang, kismis dan kurma hanya dikongsikan disini. Alhamdulillah. 


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa, Salam Isnin❤️


July 14, 2021

Scones | Fefeeling di airport

Bahasa version dan video di bawah :) 

English and video below :) 





Somehow scones made the atmosphere more relax and settling.

Son takes fruits as dessert even better. He never likes cakes or any similar. 

If only the feeling of being at cafe or hotel, airport appeared, should one tries to make it, otherwise stick to fruits inshaAllah more fruitful😊

The ingredients are at the video. I think

Have an amazing day ❤️


Tak sangka scones membuat keadaan lebih relax dan tenang. Si abang lebih rela makan buah sebagai pemanis mulut. Memang tak suka kek atau apa2 berkenan pencuci mulut ni.


Jika terasa nak ke cafe, hotel atau airport boleh la cuba. Kalau tidak potong buah inshaAllah lebih lazat.

Mama catit bahan2 dalam video kalau tak silap. 

Salam sejahtera semua❤️

July 13, 2021

Oats Pancake Vs Conventional Pancake

 




Salam Selasa 🥰



Since we tried to take low carb meal, oats pancake were our attempt, similar tasty, even full. Just for adik we made pancake with flour to avoid dissapointment face. Alhamdulillah we enjoyed it with peace.  Original and Oats recipes are down below. 

Sejak mengamalkan makanan rendah karbo, cuba juga buat pancake oats, sedap juga, kenyang pun sama, cuma untuk adik, mama buat juga pancake dari tepung hanya kekecewaan bila air muka memilih menjelma. Alhamdulillah menikmati  sarapan dengan senyap dan aman. 


Ramuan pancake oats

1 cawan oats

Sebiji telur

1 cawan susu - mama bancuh susu tepung (sayang susu segar untuk anak-anak minum) 

1 sk baking powder

1 sb butter

1 sk cinnamon

Kacau sebati


Conventional pancakes nanti tanya papa sebab hasil kerjatangannya. Alhamdulillah ❤️

Ok dah dapat resepi


Pancakes


1.1.5 cup all purpose flour

2. 3.5 tsp baking powder

3. 1 tsp salt

4. 1 tbl spn white sugar

5. 1.25 cup milk

6. 1 egg

7. 3 tbl spn butter melted


a) add 1. 2. 3. and 4, mske a hole at ctr

b) add 5. 6. and 7 mix til smooth

c) cook in frying pan



Selamat mencuba ❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin