Pages

Showing posts with label breakfastideas. Show all posts
Showing posts with label breakfastideas. Show all posts

April 11, 2022

Pecal (Boiled vege) with peanut sauce | Pecal dengan Kuah Kacang

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Find it refreshing having original form of vege, just boiled and ready to eat. | Rasa menyegarkan menjamu selera dengan sayur yang direbus sahaja. 

Off course it's good served with sauce which is made of peanut and chilli. | Semestinyalah sedap disaluti dengan sos yang diperbuat dari kacang dan cili


I know that I've already posted the GadoGado dish before, it's the same thing but its called pecal. I've made the same dish and posted online again as it is not my staple food. From my previous post of last year, I had it only once. 


I would changed the eggs to other protein instead. The vege are fillings like rice. I think its a good idea to name a restaurant under the name GadoGado vegetables or pecal with various protein and sauces for the menu, interesting right? 


I loved the color fibres and wanted to add zucchini or aubergine.  Sauce can be diverse to shrimp paste, caramelized soy sauce or thick curry mmm.... drooling.. Hehe. 


So I figured this is my first time for this year I ate peanut sauce salad that is in video or photo  with beautified coffee art that had to be adjusted, as it didn't turn up well. 


Thats it,  Happy Monday ❤️


Tahulah dah pernah post Gado Gado sebelum ni, pecal ni lebih kurang sama.  Saja nak siarkan lagi walaupun ia belum capai makanan ruji. Memang nak makan selalu. Tahun lepas makan sekali je. 


Nanti nak tukar telur ke protin lain pula. Sayuran ni boleh mengenyangkan seakan nasi. Bolehla buka restoran nama GadoGado dengan bermacam kuah, menarikkan?


Suka warnanya dan nak tambah zucchini atau terung. Sos diperbagaikan kepada sos udang kering, kicap manis karamel ataupun kuah kari pekat ke mmm tertelan airliur aih... Hehe


Kiranya ni pertama kalilah dalam tahun ni, makan kuah kacang dengan sayuran  di gambar atas  bersama kopi berseni yang tak berapa jadi, terpaksa la tokok tambah hiasan. 


Itu ajer. Salam Isnin ❤️









April 3, 2022

Breakfasts of many days | Sarapan dari beberapa hari

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :) 

Homemade breakfast and by invitation to the shop |

Sediakan sendiri sarapan dan dengan dijemput ke kedai

Broccoli and carrots fillings tortilla, putu mayam,  potato chic fritters, , rice flour apam, flat bread.  | Tortilla isi karot brokoli, putu mayam,bergedil ayam, apam

 dll


The whole week of  last weeks, I had many types of meal that i myself could not make it at home. 


Sometimes I came home from sending kids, I stopped at the restaurant. At another time, I went straight back home fixing breakfast and then went out to accompanied my parents. 


The lists of breakfast were from southern asian, western and Asia below.:


Sandwic Tortilla

Roti Canai

Putu Mayam

Kuih Muih

Masalode


Everytime I had meals at the shop, I ordered warm water and that made me feel guilty a bit.. since didn't need to pay much for their business. 


I have my own reasons coz I had to flush my sugary and carby intake after consume too much. I thought a lot. They are fine and well off actually and making tons of money :) Relax babe. 


Happy Sunday ❤️




Minggu lepas berbagai hidangan sarapan yang dinikmati Alhamdulillah. 


Kadang saya balik rumah dari hantar budak-budak ke sekolah, saya akan berhenti di kedai makan, atau terus balik sediakan sarapan, ada sekali tu keluar pula makan bersama parents bila diajak. 


Setiap kali bila menjamah di kedai, saya pesan air suam, yang tu yang membuat saya rasa bersalah kerana bayaran air kosong tak menolong banyak perniagaan mereka. 


Saya ada sebabnya kerana saya nak detox gula dan karbo yang diambil rasa terlebih makan. Saya ja yang fikir banyak..Mereka OK jer dan buat duit berton-ton :)  Bertenang babe. 


Salam Ramadan, ampun dan maaf. Selamat menunaikan ibadah puasa buat sahabat semua yang berpuasa. 


Salam Ahad ❤️






March 29, 2022

Chicken Pita at Sunrise | Pita Ayam semasa matahari naik

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Prepared lunch box for abang. | Sediakan bekalan masa rehat untuk abang. 



Beautiful sunrise on the way home. | Matahari naik yang indah masa hala ke rumah. 


Bought Mission Bell brand pita bread for the meal. Cooked the chicken filling earlier on the day before, and just reheated it up. Cut the pita into two and filled it up with chicken with herbs but less pepper. 


By the way, pita bread has pocket inside, so there's no need to cut it in between, it's easy to  stuff fillings inside hehe.. 


I heated up the chicken pita in a sandwich maker until the light went off. Packed them for abang and off we went, to send him to school.


Came back and repeated the same procedure of making the sandwich ala taco bell and bite to fill our tummy hehe..


Happy Tuesday ❤️



Beli roti pita dari brand Mission. Masak ayam awal pada hari sebelumnya. Panaskannya dan potong dua roti pita lalu isikan dengan ayam herba yang kurang lada hitam. 


Apapun, roti pita ni dah ada poket di dalam, jadi tak payah hiris pula tengah-tengah tu, senang nak perosok masuk isinya hehe...


Panaskan roti dalam pembuat sandwich sampai lampu padam. Bungkus dalam bekas dan terus keluar hantar abang kesekolah. 


Balik dan sampai rumah, ulang langkah buat roti ala taco bell dan ngap untuk isi perut sendiri hehe.. Alhamdulillah. 


Salam Selasa ❤️





March 23, 2022

American Breakfast at Element by Westin | Sarapan orang Amerika di Element oleh Westin

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)


While uncle was around and it was still school holiday, we proceeded with ad-hoc leisure. 

| Sementara Uncle ada di sini dan cuti sekolah, teruskan ja dengan makan angin santai tanpa rancang

First tried on something interesting by going to Subang Airport SZB to test our luck there for tickets to Langkawi Island. |

Cuba dulu yang lebih menarik, ke Subang Airport SZB, kut-kut ada rezeki ke Pulau Langkawi. 


Luckier I guessed, when we proceeded with a road trip to Kuala Lumpur instead, stopped at Intercontinental Hotel, where that night was full house, before walked out and checked in at Element by Westin nearby. 


We bought dinner from outside and had it in the room. Enjoyed the stunning night view and also the bright fabulous day skyscraper view from the 4Oth floor. 


The breakfast was luxurious though they only offered two types of menu e.g. Asian and American breakfast so we had both, kinda shared them among us. 


The American meals we had were:

Toasts

Sausages

Omelette

Hashbrown

Fruits platter

Juice

Coffee and Tea


Whilst the Asian meals were:

Coconut rice with boiled egg anchovies, cucumber, shrimp

Curry puffs

Plenty of fruits

Juice

Coffee tea


Grateful for full tummy and proceeded to pick up Uncle after that. 


Happy Wednesday ❤️


Rezeki lebih baik rasanya, bila teruskan kembara dgn kereta ke KL. Berhenti di Hotel Intercontinental, di mana malam tu semua bilik penuh. Keluar dari situ dan daftar masuk ke Element di bawah rangkaian  Westin Group. 


Beli makanan malam dari luar dan nikmati di dalam bilik. Jamu mata permandangan pada malam yang menakjubkan dan keesokan harinya kelihatan ceria cerah bandar berpencakar langit dari tingkat 40.


Hidangan sarapanya sangat mewah walaupun yang ditawarkan cuma dua jenis iaitu makanan Asia dan Amerika, jadi kami pesan dua-dua dan kongsi di antara kami. 


Hidangan Amerikanya adalah:

Roti bakar

Sosej

Telur hancur

Ubi goreng

Potongan buah

Jus

Kopi dan Teh


Manakala hidangan Asianya pula seperti di bawah:

Nasi Lemak, telur rebus, kacang sambal, ikan bilis goreng, udang

Karipap

Potongan buah

Jus

Kopi dan Teh


Alhamdulillah kenyang perut dan terus gerak menjemput Uncle. 


Salam Rabu ❤️





February 2, 2022

Roti canai (Flat bread) etc for breakfast | Sarapan Roti Canai etc

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English Version and a minute video below :)

Roti canai of  last night reheated. |

Roti canai semalam dipanaskan




Add on tortilla | Tambah wraps tortilla 


Since it's the end of the month, I had made a point not to do any grocery until the new month. So, I prepared some items based for breakfast that can kept in the fridge for a few days. 


So, that's why abang also asked for milk as we had yet ready to stock up til' the month of Feb. All must adjust the quantity (rationing) for budgeting purpose. 


Though the food were kind of same but we made it different and had it outside on 29.1.2022. Life goes on. 


Happy Wednesday ❤️


Bila melalui hujung bulan, rencana asal tak nak beli barang dapur hingga tiba bulan baru. Jadi saya sediakan barang asas untuk sarapan yang boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa hari. 

 

Jadi terdengarlah juga si abang bertanya tentang susu dan kami tak akan tambah stock hingga bulan Februari. Semua terpaksalah ubah kuantiti (catuan) dan ber"budget". 


Walaupun makan seakan sama, saja buat tempat menikmati berlainan bila di pada sabtu lepas. luar. Hidup mesti diteruskan. 


Salam Rabu ❤️



January 6, 2022

Baked Potatoes with Bolognese sauce | Ubi bakar dengan sos spageti Bolognese

Bahasa dan video seminit  di bawah :)

English version and one minute video below :) 



Acknowledged that eating real food in their original form is good | Dapat pengetahuan yang makan makanan baik adalah dalam keadaan ia asal. 

So potatoes were chosen |

 Jadi ubi kentang terpilih


Since eating processed food was inevitable while I am outside, I tried baking potatoes just like that. 


Cut them into pieces, sprinkled with oil and bake for 25 mins I think, in the oven. Then, I scooped up the bolognese sauce from the dinner leftover and put on top of the potato wedges to eat it with. 


Kind of fusion and rare but simply tasty. Might try it like this again. Still on the 2021 throwback meal. 


Happy Thursday ❤️


Sejak makan makanan proses tidak dapat dielakkan bila di luar, saya cuba bakar ubi kentang dalam ketuhar macam tu jer. 


Potong ala kadar macam 'wedges', tuang minyak dan bakar dalam 25 minit kot. 


Ceduk sesudu sos bolognese yang disimpan dari makan malam untuk dimakan bersama. 


Macam makanan fusion dan jarang pula tapi sedap secukup rasa. Alhamdulillah. Mungkin nak buat lagi. Masih tentang hidangan tahun 2021 ni. 


Salam Khamis ❤️


December 27, 2021

Grilled Salmon Salad

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Salad with little bit of fish |

 Daun salad dengan ketulan kecil ikan



The night before, prepared night light for adik |

 Malam sebelumnya, pasang lampu malam untuk adik


Feeling good when I got to prepare for breakfast. Love having the green in the morning.


The night before I tried to place a  table lamp beside Adik's table. As before this, Adik didn't need night light because she had a fish bowl with light.


Since the fish aquarium is 'under contruction' due to not much time to care of it and also need to train adik to be really responsible to take care of her pet. So, I just decided to arranged the table lamp first.


Yes, about breakfast I loved having breakfast like this but it seemed to be so time consuming nowdays. I would try to make 'prep food' ahead for a few days. Let's just see...


Happy Monday ❤️


Rasa gembira bila dapat siapkan sarapan seperti ini. Suka dapat makanan yang hijau diwaktu pagi.


Malam sebelumnya, saya telah meletakkan satu lampu meja di meja bilik adik. Sebelum ini dia tak perlu lampu meja sebab ada lampu di akuarium ikannya.


Namun sekarang, akuarium ikan ni 'dalam pembinaan' semula, sebab tak banyak masa nak menyelenggarakannya. Dan juga kena latih adik untuk lebih bertanggung jawab menjaga ikan ikannya itu. Oleh itulah saya letak lampu meja dahulu.


Oh ya! Mengenai sarapan ini, saya memang suka nak buat sarapan sebegini. Tetapi kini agak susah disebabkan oleh kekangan masa. Saya nak cuba buat 'prep food' masa akan datang untuk beberapa hari. Tungguuu.....


Salam Isnin ❤️




December 20, 2021

Grilled potatoes and carrots | Ubi dan carrot panggang

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :)

It was a long day yet enjoyable to see tourist or city folk used public scooters that the city council provides. |

Hari yang padat tapi sempat menikmati warga pelancong atau warga bandar mengguna skuter yang disediakan oleh pembandaran

From daylight til dark, seem they moved around with scooters. 

|Dari siang hingga malam nampak mereka bergerak ke sana sini dengan skuter.


Took the night lights view coz I knew my routine is not going to last for long. At this moment I already missed bird watching, look at the squirrels. So I dare not let moment passed without capturing at least a bit.


The night views were just beautiful. Saw the Celcom building stand in the eyes of the  road side like a diamond in the outerspace lol. 


Since I was out, the stock food were out too. I remember the potatoes that was kept for pie fillings already shoots out from it's sprouts. I immediately grilled them before it become a potato plant hehe..


I also cut carrots and capsicum to finish everything up so that I can start a new list of grocery and new meals.


Grilled carbo in the morning was simple yet rare fulfilling breakfast.


Happy Monday ❤️


Saya merakam cahaya kota dimalam hari sebab tak pasti samada akan menjalani rutin harian yang sama lagi. Sudah rasa rindu untuk merakam burung dan tupai, tapi tak mahu melepaskan kesempatan untuk mengambil sedikit rakaman momen ini yang akan jua berlalu. 


Permandangan cahaya malam ini memang indah. Nampak bangunan Celcom terpampang di depan mata berkilauan bagai berlian di angkasa lepas (chewah!) 


Kerana selalu keluar, maka stok bekalan makanan pun kehabisan. Teringat ada kentang yang dah lama disimpan untuk buat inti pai, dah nak bercambah dah. Saya pun terus gril supaya ia tak sempat jadi pokok kentang hehe. 


Juga potong lobak merah dan chili benggala, habiskan semua untuk beli stok makanan yang baru untuk hidangan yang akan datang. 


Karbo yang digril ini sarapan yang amat ringkas dan jarang buat, tapi Alhamdulillah sedap lagi mengenyangkan. 


Salam  Isnin❤️


PS Our Prayers to those affected by flood. All is safe and at ease. Moga selamat semuanya. Aameen. 




November 30, 2021

Sardine, Vege & Longan (buah mata kucing

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Sometime, making sure having 'me time' is a must | Mencari masa untuk diri satu kemestian. 

The normal routine is in us | Rutin biasa sudah sebati dengan diri


Grateful there was time I had proper breakfast. The 'cats eyes' longan fruits and banana were bought during lunch out with parents.


At the road side, saw fruit's truck, I bought only banana but dad gave some the 'cats eyes' fruits (Longan). 


The next morning, cooked baby spinach, edamame already from long time in the freezer, so I put the ingredients separately in a pan at one time. 


Love to see clearly the lined up ingredients hehe.. 


They were

Sardines

Baby Spinach

Mushrooms

Edamame

Banana

Longan

Coffee

Water



So now I had to buy other vege stock the next time around. 


Happy Tuesday ❤️


Syukur ada masa-masa sempat buat sarapan Alhamdulillah. Buah mata kucing dan pisang beli masa keluar tengahari dengan parents. 


Di tepi jalan nampak truck  buah-buahan, saya beli pisang dan bapa beli buah mata kucing dan beri sedikit untuk kami. 


Keesokkan hari, masak bayam, edamame yang dah lama di dalam peti ais. 


Saja masak letak asing-asing dalam pan  biar nampak jelas rupa bahan hehe. 


Iaitu

Sardin

Bayam

Kacang soya hijau

Cendawan

Pisang

Buah mata kucing

Kopi

Air


Agar ingat untuk tambah stok bahan mentah dapur lagi. 


Salam  Selasa ❤️





November 27, 2021

Big breakfast McDonald For Parents

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

At drive thru McDonald's we got big breakfast for loved ones | Di pandu lalu, beli big breakfast buat insan tersayang

No wonder food riders complained that they were scared to send food to their place because there were a lot of stray dogs| Patut la riders penghantar mengadu takut hantar makanan kepada mereka sebab  banyak anjing liar. 

Arrived at location, I went in to set the breakfast nicely as like at home. I took out everything then dad called that he wanted to eat outside. 


In my mind I wanted to set up at the greenery as it was better for filming aesthetically. I lost some time inside to pack back the food and bring them outside, dad as usual couldn't wait to eat, so I followed the flow. 


Set on the plain table and they ate immediately, I bought some for us too. Since they seem wanted to eat all, I surrender.  


While they were eating I saw keladi or yam plants (caladium) the other side of the fence, thought to plant them in pot and sell. 


They continue eating the pancake that was meant for me, I went to keep the portidge inside, I filmed cats that were strayed coz there were many stray dogs  (one was bitten by stray dog) , inside is best for shelter. 


Big breakfast consists 

Muffin

Sausage

Scramble eggs

Hashbrown

MYR11.60 without coffee

MYR15. 60 with coffee


I saw a local snipe from inside and filmed that too. 


Ok I left them to get lunch, continue next post, I think :) 


Happy Saturday❤️


Setibanya dilokasi, saya terus masuk untuk menyediakan sarapan yang elok sikit macam di rumah. Keluarkan semua, terdengar pulak suara bapa memanggil nak makan di luar. 


Dalam minda nak juga hidang ala jelas makanan di tempat yang ada kehijauan untuk video, lebih baik estetiknya. Banyak masa terbuang sebab makanan diluar beg kertas, masukkan balik, bapa tak sabar nak makan. Jadi, saya turuti jer. 


Letak atas meja polos dan mereka makan serta merta, saya beli juga habuan kami, dah nampak mereka nak makan semua, beralah aja.


Semasa mereka makan, saya nampak keladi warna hijau putih (caladium). Itulah pokok keladi  di luar pagar. Ingat nak tanam dalam pasu dan jual. 


Mereka sambung makan hot cake yang asalnya dibeli untuk sendiri, saya masuk simpan bubur ayam di dalam sebab dengar nak makan nanti.  Terus ambil kesempatan video kucing yang mulanya sekor terkena gigit anjing, jaga bagi elok, ia takut pula nak keluar, di dalam lebih selamat. 


Big breakfast consists 

Muffin

Sausage

Scramble eggs

Hashbrown

RM11.60 tanpa coffee

RM15. 60 dengan coffee



Saya kemudiannya nampak burung ayam-ayam dari dalam rumah, dan ambil juga video. 


Ok saya tinggal mereka untuk beli makanan tengahari, inshaAllah sambung di post akan datang, rasanya :) 


Salam Sabtu❤️

Keladi putih Caladium

Snipe (burung ayam-ayam) 


November 14, 2021

Energy bar with steamed pumpkin | Energy bar dengan Labu kukus

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



Blend the cereal with dates and raisins. | Bijirin dimesin dengan kismis dan buah kurma


Mold it to shape and put mashed  pumpkin on top. | Bentukkan atau guna acuan dan letak labu yang telah dilecekkan. 


Suddenly I craved for cookies. I saw it in pinterest there was something like this like energy bar cookies. Blend the cereal with dried fruits and kept. But I wanted creamy on top like tart but a healthy alternative. So I did two layers of cookies.


The crust was made of the ingredients below :


5 pitted dates

2 table spoons of raisins

And muesli cereal, actually I wanted to use rolled oats but it will take time because need to roast the oat first. 

I blended the above til everything is mixed. And scoop the mixed cereal that were sticky to make it a ball shape, then flattened it in a mould. Then put mashed pumpkin on top. It was the most delicious cookies on earth hehe.. 


Eventhough I have steamed the pumpkin half of it but there is another half in the fridge and the quarter already used for stirred fried.  


Now i understand there were many recipe for pumpkins to try because once you cut it, it's more than enough. Hope you could try too at home. 


Happy Sunday❤️


Tiba-tiba terasa nak makan cookies. Pernah lihat di Printerest ada yang buat energy bar yang macam ni. Bijirin dikisar dengan buah kering seperti kurma dan kismis. Tapi teringin pula yang ada krim ala ala kastard atau tart keju ke, tetapi alternatif yang sihat. Jadi saya buat dua lapis biskut. 


'Crust' ke atau lapis bawah tu dibuat dengan bahan-bahan di bawah :


5 biji Buah kurma dibuang biji. 

2 sudu besar kismis

Dan bijirin muesli, sebenarnya saya ingin menggunakan oats tapi ambil masa pula untuk menyangainya. 

Saya kisar bahan di atas hingga sebati. Menyudu bijirin yang melekit tu sesudu dan jadikan bebola atau tekan leper dalam acuan. Lepas tu hias dengan labu lenyek di atasnya. Alhamdulillah..Terjadilah biskut yang tersedap di dunia...hehe


Walaupun dah kukus separuh labu yang ada, ada lagi separuh yang belum disentuh di dalam peti sejuk. Suku dah dimakan buat goreng pada hari tu.


Sekarang fahamlah ada berbagai cara masak labu untuk cuba kerana sekali potong makan tak habis. Harap kalian dapat cuba resepi labu juga di rumah. 


Salam Ahad ❤️








October 22, 2021

Muesli Kellog's | Campuran bijirin Kellog's

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Bought Muesli Kellogs for rainy days | Beli Kellog's Muesli untuk hari yang tak berkesempatan

Tried to introduce the cereal to abang adik too | Cuba perkenalkan bijirin untuk abanga dik juga


There are mornings, I just like to have coffee and something easy and quick. I tried muesli, muesli are mixed cereal with raisins nut or fruits. I was not sure what type of muesli that I bought online because I took out the box for recycle. 


I could see it consisted roasted oats and cornflakes plus the extra condiments, dried coconut flakes or raisin with nuts. 


Anything that is in original form is good. The kids however, preferred the processed cereal like honey star which I tried to avoid purchase it often. Recently they learned eating coating flakes with raisins. Time to buy the original, plain soon. 


I put half a bowl of muesli and pour milk. It is good to eat immediately rather than let it soften. 


It is handy in a bowl, so I took it out at the front corridor or veranda not sure what its called. I sat and stared at the electric line, saw a white dove, i zoomed in and out. And at the gate wall had a furry predator was siiting on waiting for the bird or eating the bird food, not sure. Lovely morning. 


That's it, the breakfast ideas and food journal of today :) 


Happy Friday❤️


Ada hari-hari nak minum kopi dan makanan cepat dan mudah dalam penyediaan. Saya cuba muesli, muesli yang sudah di campur kekacang dan kismis. Saya pun tak perasan muesli jenis buah atau kekacang yang saya beli online ni, sebab kotaknya telah dikeluarkan untuk kitar semula. 


Bolehla nampak ia terdiri dari oats panggang dan empingan jagung termasuk bahan penyedap, kelapa kering atau kismis dengan kekacang.


Bijirin yang terdiri dari keadaan asalnya adalah bagus. Macamanapun budak-budak gemar bijirin yang diproses seperti honey star yang mana saya cuba elakkan beli selalu.  Baru belajar makan yang empingan jagung bersalut, dengannkismis, lama-lama beli yang kosong. 


Saya masukkan muesli separuh mangkuk dan tuang susu. Sedap makan segera sebelum ianya menjadi lembut. 


Terasa mobil pula bila bijirin dalam mangkuk senang nak ubah tempat, saya terus ke depan luar rumah, di veranda ke koridor, kecil je tempatnya tak pasti nak panggil apa. Duduk dan perhati atas wayar elektrik tu ternampak seekor burung merpati putih. Saya pun zoom dekat. Dan di atas tembok pagar tu ada pemangsa berbulu segak sedang duduk menunggu burung atau nak makan makanan burung, tak pasti. Alhamdulillah pagi yang indah.


Itulah pilihan sarapan ringkas dan jurnal sarapan hari ini :) 


Salam Jumaat❤️





October 14, 2021

Soft boiled egg and Cucumber Juice | Telur separuh masak dan Jus Timun

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below:)

Breakfast with salami and eggs. Sarapan dengan salami dan telur

Makeover outdoor space | Ubah suai kawasan luar


Make over the space outside to sit comfortably.. Just move some furniture and put a small table. Hope it will be a place for everyone to sit, to have the outside air. 


Then come inside fixed breakfast with eggs. Last week we had steamed eggs. This week we had soft boiled eggs like the European had, that's how I remembered long time ago when I was there for an oil and gas exhibition. 


Since I bought a lot of cucumber and celery, I kept it in the freezer. I just blended with cherry tomatoes together for a refreshing juice drink  So refreshed it turns up to be. 


Happy Thurday❤️

 

Mengubah suai di bahagian luar sedikit supaya ada tempat duduk. Cuma ubah perabut dan letak meja kecil. Harap tempat ini menjadi tempat digemari semua untuk menikmati angin luar


Lepas mengubah sedikit di luar, masuk sediakan sarapan. Terlalu ringkas kerana hanya merebus telur. Dua minggu lepas kukus telur, Kali ni rebus separuh masak seperti orang barat makan seperti mana saya dihidangi, seingat saya semasa menghadiri exhibition oil and gas disana. 


Memang terbeli banyak timun dan celery, yang disejuk beku didalam peti ais. Lalu saya buat jus, dikisar dan di campur dengan tomato ceri. Alhamdulillah Jusnya sangat menyegarkan. 


Salam Khamis❤️


Throwback Thursday

October 11, 2021

Multi grain porridge with mushroom soup | Bubur bijirin penuh dengan sup cendawan

Bahasa and video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)

Spring cleaning the ration's drawer, saw one last packet of  Campbell mushroom soup |

Mengemas laci simpan makanan, ternampak sup cendawan Campbell

Make the soup powder as flavour to the porridge |

Ambil serbuk cendawan sebagai perasa bubur


Simple breakfast, grain porridge, fruit cakes with yogurt, salad with half sliced of protein |

Sarapan ringkas,  bubur bijirin, kek buah dengan yogurt, salad dan separuh potongan protin 


Since I used to eat edamame at early morning, I tried to put petai for breakie. The taste of instant mushroom powder in the porridge was really good, the food technology in the instant food made you crave for more. Behind the purpose of the creation is to make customer to come for more. I saw in the documentary in Astro TV about food. That's what I saw and understand. 


Instant food not good taken as often but taking it makes the body not at sudden surprise and our body become tougher hehe.. 


It was a nice meal that morning, I was kind of lenient to myself. Having everything in one plate like being served during flight. Satisfied by serving little bit in one go. Love the concept like that. It won't be the same however, as the served done by the same person, seems she needs to sit longer but the meal finished fast and furious hehe.. Okay dokay 


Have an okay day and the best ever ❤️



Saya biasa makan edamame diawal pagi, oleh itu saya cuba untuk mengunakan petai sebagai sarapan pula. Rasa perisa sup cendawan dalam bubur bijirin amat sedap sekali. Teknologi makanan didalam makanan segera membuatkan kita 'ketagih' mahu makan lagi. Begitulah disebalik ciptaan ini adalah supaya kita sentiasa mahu membelinya. Pernah saya tonton didalam satu rancangan dokumentari di TV Astro berkenaan makanan sebegini. Itulah yang saya lihat dan fahami. 


Makanan segera tak elok ambil selalu tetapi pengambilannya secara sesekali supaya tubuh tidak terkejut dan menjadi lasak  hehe.. 


Sedap sarapan pada pagi itu Alhamdulillah. Saya bersikap lembut diri sendiri. Hidangan 'semua dalam satu pinggan' rasa macam makan dalam pesawat lah pulak. Semuanya disajikan 'sedikit sedikit' sekali harung. Suka konsep begini. Tetapi taklah sama pasal yang melayan dan memakan tu orang yang sama kan.. Macam nak duduk lama, tapi makanan habis sekelip mata.. hehe, Oki doki. 


Moga hari anda ok dan yang terbaik ❤️ 



October 8, 2021

Fish Vege with slice of Carbo | Ikan bersayur dengan sekeping karbo

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :) 


Something fishy about the reward :)) | Ada curiga dengan ganjaran :)) 


Almost forgot 'bout this meal | Hampir terlupa tentang hidangan ini




The last slice of bread that I took for breakfast | Sekeping Roti akhir yang di ambil untuk sarapan


The journey began when I started taking breakfast without bread. I filmed it, I was excited to keep the only green after. It's just a journey right? Before that I still took bread, the photo showed only one slice. I dared to start without bread, nothing is wrong or right, it is just a change of menu:) 


Sad that bread is not in the morning agenda after this fish salad. At least I smile better, not as heavy cheeks  before hehe...That's the indication of fat or flabby feeling almost diminished. Not real I think, I made it as a reward to myself :) 


The ingredients:

    1.Fish

    2.Baby spinach

    3.Baby corn /mushroom

    4.Tomato cherry

    5.A slice of bread 

    6.Garlic

    7.Cooking oil


Usually add items below


    1.Raisins

    2. Salt

    3. Pepper

    4. Balsamic / smoked ceasar


The fish was cut many to distribute to few :) Hope I could make "healthy eating plate" lunch menu after this. Definition of healthy eating plate, consist carbo like grains, brown rice.  Yes still learning. 


Happy blessed Friday ❤️


Perjalanan bermula apabila saya mula bersarapan tanpa roti. Tersimpan rakaman filem yang ada roti pula. Kira ini yang masih ambil lagi sekeping dalam foto tu. Saya teruja dapat bertahan dengan 'hijauan' selepas itu. Terlupa akan pernah ambil sekeping pula. Ia hanya perjalanan kan? Saya berani bermula tanpa roti, tiada yang betul atau salah, hanya pertukaran menu aje :) 


Sedih juga roti tak ada dalam agenda pagi hari. Sekurang kurangnya senyuman bertambah mudah, tak terasa berat di pipi hehe.. Petanda yang lemak pipi dah bekurangan. Tak benar kot.. Saja nak rasa macam tu untuk beri ganjaran pada diri :) 


Bahan bahan nya:

    1.Ikan

    2.Baby spinach

    3.Jagung muda /kulat

    4.Tomato ceri

    5.Roti

    6.Bawang putih

    7.Minyak masak

Selalunya letak bahan di bawah

    1.Kismis

    2.Garam

    3.Lada hitam

    4.Balsamic / Smoked Ceasar. 


Ikan dipotong kecil kecil sebab nak berkongsi dengan beberapa orang :) Teringin pula nak buat  "healthy eating plate" makanan tengahari pula.  Definisi "pinggan makanan sihat" ada karbo tetapi seperti bijirin, beras perang. Ya masih belajar. 


Salam Jumaat yang baraqah ❤️




healthy eating plate





October 6, 2021

Steamed egg | Telur Kukus

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Pretty sky, almost like Autumn but there is coconut tree as spoiler | 

Langit redup bagai musim luruh tetapi ada pula pokok kelapa..tak mungkin ada negara empat musim. 


Expect the best and hope it's filling of taking two items this morning | Bersangka baik dan mengharap dua bahan ini akan mengenyangkan



Just to jot down that l prepared eggs differently. And only took two items for the morning. Was surprised that I felt full til lunch. I tried to monitor my feelings of anger or hunger, neither one appeared to feel. I assumed I will take eggs for breakfast at least two time in a week. This was first time and too early to say though hehe.. I wanted to add dessert but then I tried to experiment without it.  


Ceasar Salad Recipe with boiled eggs that I used to take has bread croutons, I could make them with the bread but it didn't crossed my mind. Should be better if I did. By the way,  I broke the eggs into  bowls and steamed in the cooker. 


Just sharing the recipe, it's okay to take anything, all in the state of mind, my mother used to say   that and the same words come from someone whom ate from a workplace's canteen and rrstaurant. So think healthy.


Have a nice day❤️



Nak catitkan cara berlainan yang telah saya sediakan telur untuk sarapan. Cuma ambil dua bahan pagi tu. Terkejut rasa kenyang hingga ke tengahari Alhamdulillah. Cuba juga pantau perasaan marah atau lapar mara di perut, tidak sama sekali. 


Saya andaikan saya akan ambil telur dua kali untuk sarapan dalam seminggu, tetapi terlalu awal untuk putuskan hehe.. Tercari-cari pencuci mulut tetapi nak uji ketahanan tanpanya masa ni. 


Resepi salad ceasar yang saya pernah makan ada ketulan kiub roti kering,  senang nak buat tapi tak terfikir pulak sebelum menjamah. Lagi kenyang kut kalau ada. Oh ya cara kukus, pecahkan telur  dalam mangkuk dan kukus dalam periuk cooker. 


Saja kongsi resepi, yang sebenar makan yang lain pun tak pa semuanya adalah di minda saja, emak biasa cakap begitu,  dan kata-kata itu juga keluar dari seorang yang makan dari juadah kantin masa kerjanya atau kedai. Jadi fikir yang baik-baik saja. 


Selamat sejahtera❤️


eat green




October 4, 2021

Chicken Pattie Salad | Salad Burger Ayam

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Simple breakie 4 in 1 | Sarapan  mudah 4 dalam 1


Have desserts cut 45° cut for dessert no. 1 while waffle 60° cut dessert no. 2,   Salad filled almost half plate , what size for the protein? 

Pencuci mulut kuih bulan potong 45° .waffle potong 60  Salad hampir separuh pinggan, protin kali ni apakah saiznya?



Grateful  for the beautiful morning, I love the color of green on the plate. I have not much idea to make it delicious. Everyday consuming salad, I feel like cannot take it, somehow rice meet the tastebud even if taken often. 


If I could find the reason. But I'll first find the solution. Still I put green and protein because it filled the tummy and fueled the energy. 


We had mooncake but I ate it in 2 days the size was as mentioned, or in the photo. Same goes to waffle. Salad laid half the plate and half of chicken pattie was quite filling. 


I feel at ease eating salad almost everyday now. Salad has vitamin C with folate too, my body feel much lighter. I even did a makeover the outdoor setting, clean it up. Satisfying I must say. 


Hope it may reminded me to continue :) 


Love always❤️


Syukur pagi yang indah, suka rona hijau di atas pinggan. Dah tak banyak idea, nak buat sarapan yang enak. 


Setiap hari pengambilan salad menjadi tak larat tapi kalau nasi hari-hari bole je diisi. Kalaula tahu sebabnya, tapi usaha cari solusi dulu. Berbalik ulang letak salad, mesti dengan protin tu pasti. Mengenyangkan, membekal tenaga. 


Kami ada kuih bulan tapi makannya  dua hari dari sebiji. Saiz macam dalam gambar atau disebut iaitu potongan 45°. Sama untuk waffle.  Salad separuh pinggan manakala daging ayam burger separuh juga tak sangka lebih dari mencukupi. 


Rasa tenang selepas amalan makanan seperti ini Alhamdulillah. Mungkin kandungan vitamin C menenangkan, tubuh pun rasa lebih ringan. Hingga terbawa-bawa ubah sesuai kawasan luar, cuci mengemas. Puas boleh diluahkan. 


Harap ia mengingatkan untuk teruskan :) 


Sayang selalu❤️


healthy plates on my way



October 1, 2021

Avocado drink with Tuna Salad Toasts | Minuman Avocado dengan Roti bakar Salad Tuna

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below:)


Green day, breakfast vege with green chillies


One Avocado with milk, see how many glasses should be getting 

/ sebiji avocado berapa gelas boleh dapat (sukatan cawan di bawah) 



Breakfast again, as usually I was thinking of something lowcarb, more green but can't really escape the carb (bread). 


Since in the fridge, there were green chillies and tuna in the drawer. I prepared them as bread topping. So green and spiced with chillies, fishy colored camouflage savagely. 


There was one an only avocado, I felt like having it to absorb all the nutrients in body. Eating it with bread, I had made it before. With the salad breakfast, I doubted if it alone could not fufill the hunger. 


So I came with the idea to make it as a smoothie drink. I usually love juice mix with water for economic sake of cost but for that day, I wanted it to be creamy instead; So, I add milk, shivering hand while pouring hehe.. 


Avocado smoothie drink simple preps:

A whole avocado fruit

1 glass of water 

1 glass of milk

Put in mixer

Pour out 

= 3 glasess of avocado smoothie. 


Creamy and fillings. It tasted naturally delicious and nutritious. I planned to eat lowcarb food, beginning today hehe.. (old story told before ehh? ) Try try.. 


Love greetings❤️


Bersarapan lagi, seperti biasa, memikirkan juadah yang rendah karbo, lebih hijau tapi tak terdaya pula mengelakkan karbo yang biasa (roti). 


Dah ada dalam peti sejuk, cili hijau dan tin tuna di dalam laci plastik. Saya sediakan semua tu sebagai 'topping' menutupi roti. Hijau teramat pedas rasa macam tak rasa, tenggelam dalam warna, ternampak sikit tekstur ikannya sekali. 


Ada sebiji avocado semangga-mangga. Rasa nak buat  yang lebih menyerap semua nutrisinya kedalam tubuh.


Makan dengan roti dah cuba. Buat salad, curiga ia akan boleh mengenyangkan. Jadi timbul buah fikiran, nak buat minuman 'smoothie'. Biasanya suka jus yang bercampur air demi kos ekonomi juga, tapi kali ini nakkan yang lemak berkrim, tambahla susu dengan tangan menggigil hehe.. 


Minuman avocado mudah persediaannya:

Sebiji buah avocado

1 gelas air

1 gelas susu

Campur dalam mixer

dan tuang smoothie avokad; dapat 3 gelas semuanya. 



Berkrim dan mengenyangkan. Sedap rasa semulajadi dan enak bernutrisi. InshaAllah, Saya rancang menjamah rendah karbo mulai hari ini hehe.. (macam pernah dengar je) 


Salam sayang ❤️







September 19, 2021

Half Fried rice / Nasi Goreng Separuh

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 



Menunggu kedatangannya  |  Waited for it



Whole heartedly wanted to eat | Sepenuh hati nak nasi goreng



Late evening I discovered that I am hungry and craving for fried rice. I ordered late and waited at dusk. Expecting a fox but it didn't turn up. 




Still love if a kangaroo come at the window like in the photo, but this will only happen down under. 


After entering the house, I had to go for the dusk prayers. Somehow I felt full at sudden, so I kept it nicely in the fridge.


Enjoyed the night by watching a list of the writers movies:

    1. Goodbye Christopher Robin

    2. Can you ever Forgive me

  3. Documentary about writer of movie Luca

Based on true stories. 


When the sun rises up the next morning, then only I got 'willy' hungry and yet need to share, that was the dilema moment. I sacrificed ':) 


Happy Sunday❤️


Dah hujung petang baru nak buat keputusan untuk melangkah masuk ke alam mengenyangkan untuk sepinggan nasi goreng. Kerana terlewat order terpaksalah tunggu waktu maghrib. Harap harap musang menjelma tapi tak nampak batang hidungnya. 




Lebih suka kalau kanggaru seperti dalam gambar tu menjelma ikut tingkap, tapi ini hanya boleh berlaku kat 'down under / Australia' kan..


Lepas dapat makanan, saya terus masuk solat maghrib dulu. Tetiba rasa kenyang pulak dan tak jadi nak makan. Jadi masuk kan bungkusan tu dalam peti ais.


Semalaman, saya sekeluarga menonton cerita tentang kisah penulis seperti:

    1. Goodbye Christopher Robin

    2. Forgive me

    3. Dokumentari tentang     penulis cerita Luca


filem berdasarkan kisah benar tentang penulis-penulis. 


Bila tiba keesokan harinya, saya rasa teramat lapar, tapi terpaksa berkongsi separuh. Dilema jugak, tapi tetap berkorban ':) 



Nikmati RahmatNya❤️


September 16, 2021

Breakfast fo two | Sarapan untuk berdua

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)



The look of his eyes to the serving on the table | Matanya memandang ke hidangan atas meja 

Crossed in my mind, when I was at my MIL always delicious breakfast was ready. I determined want to do how my MIL did.

Terfikir di fikiran, bila di rumah mertua mesti hidangan yang lazat tersedia. Saya tekad ingin buat macam mertuaku.



There was nothing on the table except the extra curry puff fillings with other basic stuffs. I heard voices wanted to eat cereal, abruptly I was alert and said 'not this morning'. I continued saying, 'you had it yesterday, you might have other meal today'.


Sometime I knew they wanted to have cereal because of the love of drinking cold milk with it. I remind them if you feel like drinking cold milk, drink plain water first. 


I sounded like a nagging mother in the morning, I didn't like that feeling. I do like to say something nice instead. 


Anyway, abang knew what to eat, he prepared tortilla by heating up first. He did it for himself first, then for his sister, adik.


He filled his tortilla with bolognese penne without asking him to use spoon or anything and  adik with honey. Cheerful Thursday morning.


Enjoy your day❤️




Di atas meja tak da apa sangat cuma inti lebihan karipap dengan bahan asas sarapan.


Saya terdengar suara-suara yang inginkan makanan bijirin dengan susu. 


Tiba-tiba saya peka dan berkata, 'tak boleh makan bijirin pagi ni sebab semalam dah bersarapan bijirin. Makan yang lain pula'.


Kadang saya tahu yang mereka mahukan bijirin dengan susu tu sebab nakkan sejuk susu itu.


Biasa ingatkan mereka kalau rasa nak minum susu, minum air kosong dulu.


Bunyi macam berleter pula pagi-pagi. Tak maula berleter, nak cakap lembut-lembut dengan anak-anakku sayang. 


Apapun abang tahu apa nak  makan, dia panaskan pan, letak tortila wraps. Abang buatkan untuk dirinya dulu, lepas tu untuk adik. 


Dia isikan bolognese penne tanpa saya tegur kena guna sudu ke apapun, manakala adik meletak madu di keping tortila. Alhamdulillah, pagi Khamis yang ceria.


Nikmati setiap detik❤️



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin