Pages

August 16, 2021

Apricot, Dates Toppings | Chef Gordon Ramsay

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)



Topping pisang, appricot, date penuh dengan potassium



Chef Gordon Ramsay pun ada cabaran :) 


Last night, before I got message from my maksu. She wanted to ask me to cite Surah Yassin everyday. And she also asked about Mochi recipe, I sent her the recipe. She said she would call me today as the day was late already. I wished good night to her. While I was messaging maksu, I was watching Gordon Ramsay cooking in South Africa's Kwa-Zulu Natal region. The view in Africa is beautiful. It kind of funny when he had to go fishing but first he had first to find worms. Ramsay said, he felt like some eyes were watching him where he was, exactly right as giraffes and rhinos were watching. He was with the local guy. He was in scary state, he even said its okay he stood behind the guy just incase. Beautiful scenery, MashaAllah. Just now I recited Surah Yassin, Surah Taubah, last but not least I wanted to recite Surah Inshirah. By the time I wanted to do it, my mind was full of stuffs as abang and adik haven't finished their Merdeka school projects as yet. Abang has just showered looked fresh and ready. I said come we read Al-inshirah together so that Allah SWT make it easy for you to finish the project InshaAllah. He also recite the doa before studying from surah Taha. So now he is in PDPR. And I'm going down for breakfast. Sometimes I had oats with dates, apricots, banana and raisins just to shared. 


Moga dipermudahkan urusan kita, inshaAllah.❤️


Semalam, dapat mesej whatsapp dari maksu yang dirindui, beliau mengingati saya membaca Surah Yassin setiap  hari kerana banyak hikmahnya (nanti mama huraikan) beliau juga bertanya tentang resepi mochi, saya hantar resepi, beliau beritahu yang beliau akan call saya. Semasa saya bermesej dengan maksu, saya sedang menonton Chef Gordon Ramsay dengan expedisinya memasak di South Africa daerah Kwa-Zulu Natal. Sebelum memasak, dia perlu menangkap ikan, dan sebelum memancing perlulah cari umpan, itupun dia perlu cari dulu dengan seorang warga tempatan di sana. Kelakar bila Chef Ramsay beritahu yang dia dapat rasa ada mata mata yang memandangnya, dan sememangnya pun, sekumpulan Sang Ziraffah dan Badak Sumbu sedang memerhati beliau. Dia terpaksa cakap yang dia akan duduk di belakang jejaka Afrika itu untuk melindung diri. Permai sangat permandangan di situ. MashaAllah. Saya baru habis membaca Surah Yassin dan dua potong akhir surah Taubah. Baru nak berganjak ke Surah Al-Inshirah, terfikir yang abang dan adik belum habiskan projek hari merdeka mereka. Jadi ajak abang yang kacak segar lepas mandi mengenakan tshirt dari Aeon Jusco berharga RM10 itu untuk membaca surah Al-Inshirah bersama-sama, mudah mudahan selesai kerja-kerjanya hari ni. Abang juga dipersiapkan doa sebelum belajar dari surah Taha. Sekarang abang berada dalam kelas PDPR dan saya nak turun bersarapan. Kekadang saya ambil oats dengan taburan apricot, pisang, kismis dan kurma hanya dikongsikan disini. Alhamdulillah. 


Selamat berpuasa bagi yang berpuasa, Salam Isnin❤️


8 comments:

  1. Harap Abang mudah terima ilmu. Amin.
    Moga puan istiqamah amalkan baca surah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Pernh tgk episod gordon ramsay msak masakn melayu, "agak-agak" jer chef kita ajar dia, hihi

    ReplyDelete
  3. Semoga abang mudah terima ilmu semasa pdpr. Aamiin.

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya tidak tonton rancangan Chef Ramsay ni.
    Moga abang terang hati belajar dan urusan PDPR sentiasa dipermudah.

    ReplyDelete
  5. Semoga abang dipermudahkan urusan pdpr. Aamiin...
    Dah lama tak tengok Gordon Ramsay..

    ReplyDelete
  6. Gordon Ramsay ni best jugak menontonnya. Cuma kurang suka dalam Hell's kitchen. Tetibe jadi monster

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semoga terus istiqomah. Tak pernah lagi tengok show Goldon Ramsay. Menarik pulak buat masak masak open air kena cari bahan bahan masakan dulu. Mesti lama duration rancangan tu.
    Semoga dipermudahkan urusan PdPR.

    ReplyDelete
  8. tak pernah tengok GOrdon Ramsay. tapi memang confirm nervous rasa tu kalau di perhatikan mata mata tu kan. rasa macam dia dekatttt jeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin