Pages

May 17, 2026

Breakfast to build muscles Sarapan untuk bina otot

 Sejak berusaha mengelakkan diri untuk tidak konsum karb mudah macam roti, terjadila sajian berwarna warni.ada oren ada putih ada hijau.



Suka rasa tubuh selepas mengamal permakanan begini.lebih ringan lebih bertenaga. Cuma kekurangannya adalah tiada idea Dan mengambil masa dalam penyediaannya.


Lepas hantar adik, balik tu memikirkan apalah yang ada di rumah,  macam nak beli roti canai yang kuah dhalnya pekat tu, adalah protin di situ. Taoi rancang nsk buat sendiri Dan  lagipun roti canai ni untuk betul² dah nak relaks😀


Yang mudah tu buat air lah,  cuma tak lah berbagai, ulang itu ini ja Koko panas, teh hijau, susu panas, haa boleh letak teh. Nanti la nak buat teh  tarikkan. Itulah bila menulis ni ada idea masuk.nak menulis journal tak tertulis tetap, tapi tulis juga hanya tak kerap.


Ok Sampai di dapur ambil mangkuk, masukkan brokoli, carrot, pasta sikit, letak ayam Bolognese sebab memang buat lebih protin Dan tabur keju Wala, ada sarapan yang dibincang yang difikir, yang diniatkan Alhamdulillah.


Siapkan teh hijau.duduk Dan jamah, santai² tak lama tu,keluar ambil adik pula. Itu je santai hari sabtu. Didoakan sema di murahkan rezeki selalu❤️





May 16, 2026

Grilled Chicken | Bolognese To go

Selepas hantar anak² ke sekolah, terfikir tentang makanan Tinggi protin, lihat peti sejuk ada Ayam chicken chop tu. Nak goreng macam tak nak guna minyak banyak, so jadilah Ayam panggang atas pan. Juga masak Bolognese To go pada petangnya

Semasa di jalanraya, sempat ambil gambar bas Dua tingkat, teruja ja walau dah lihat beribu Kali. Belum pernah naik lagi, tapi pernah naik di singapura Dan Penang yang bas hop on tu.

Masak Ayam yang mudah ja, marinate dengan lada hitam, garam, herba itali, minyak zaitun.

Di atas pan, letak sesudu minyak Dan sesudu marjerin. Letak ayam masa pan tak panas lagi. Biar 15 minit, alih, 15 minit kut lagi alih, pastu angkat


Untuk kuah pulak masukkan black pepper life, guna minyak Ayam tadi, bawang merah sebab tak da bawanghollah,masuk bawang putih, hiris besar sebab buat makanan side jugak, tomato ceri, susu, tepung untuk pekat kan tu saya letak tepung bestari,  naik seri naik rasa la, macam magic sedap dia.

Lepas ambil adik, terus ke pasaraya, nak beli cat food je pun hehe, beli juga telur, dried yogurt, sebelum tu beli Pisang tepi jalan, buah laici, buah naga. Itu je, tak da gambar pulak, Telefon buat Hal.

Moga semua dipermudahkan urusan dan bahagia selalu. Aameen.


May 13, 2026

Food for muscles | Tiramisu Version

Makanan untuk otot (versi Tiramisu) | Food for muscles


Bulan mei bulan harijadi en suami, saya memikirkan kek apa yang sesuai untuk membina otot.

Fikir punya fikir tercetus dengan yang satu ni ala tiramisu. 


Tertengok juga dalam lemon8 buat kek tinggi protin bakar dalam microwave seminit, boleh cuba pada masa hadapan.

Di pagi hari mesti singgah ambil suasana luar. 



Suka juga ambil sudut dalam rumah tapi macam tak sabar nak buat kek berkrim ni.



Sikit je bahanya.



Masuk rumah, oops sebelum tu bersihkan kereta dulu, tah la ada pulak tisu terselit sana sini. Ok lega bila dah buang.

Sebelum keluar, kucing jiran datang dah bagi makan.




Syukur ada pisang, kalau tidah nak rebus apple sampai empuk.



Potong nipis pisang sebiji. Ada bijirin strawberri adik punya, dia tak makan lagi oat ke muesli tu. Saya tuang bijirin dalam mangkuk bersaiz sedang

Atur pisang atasnya, tuang susu paras pisang.


Cedok yogurt 3 sudu besar, sapu rata atas pisang, tabur serbuk koko. Kebetulan ada coklat beryls tu, letak sebiji ala bakeri, cantik. 


Apa lagi takkan tengok je kan. Terus duduk makan:) sedap. Manis pisang, lemak susu yogurt, bijirin lembut macam kek. Jom try :)




May 12, 2026

Snek bina otot | Protein Snack to build muscles

Pagi yang indah, berhenti snap gambar sinar mentari pagi, menapak di laluan rumput.





Lihat longgokkan daun kering di penjuru kampung. Teragak-agak nak bungkus dalam plastik hitam buang di hari lori sampah organik datang.



Ok teringat nak buat snek berprotin simple, bahan dah ada, cuma nak tambah naik rasa.

Masuk rumah lalu tepi ruang tamu, pusing balik, buka pintu, keluar hala ke pokok daun kari. Petik 3 tangkai.



Lihat suasana, teringin nak sapu daun kering, tapi perlu bersarapan dulu. Nanti² la hal luar..

Langkah masuk, buka bidai depan. Terus ke dapur, letak dedaun kari atas meja. 


Capai sebungkus kekacang. Tuang dalam pinggan, basuh. 

Pasang periuk tekanan tinggi, masukkan kekacang kuda, masuk daun kari yang telah di basuh. 

Tadah air, masuk air ke dalam periuk biar air tinggi dari kacang. Tekan 30 minit. 


Semasa menunggu kacang masak, kebetulan saya ada kelas mengaji, naik atas mula mengaji dalam google meet. 


Seusai kelas berakhir, terus ke dapur, buka tudung periuk, sudu sedikit kacang, masuk ke mulut beberapa biji, masih keras sedikit, ya la patut rendam dulu kan sebelum rebus. Masuk kacang balik ke periuk. Tekan 20 minit. 




Sementara tu siapkan sarapan, perut dah berkeroncong. Ada sup ayam sayur brussel sprout.  Blend sup dalam blender untuk jadi sup berkrim. Hirup dengan sekeping roti. Syukur sarapan sederhana penuh makna, ada rempah, ada herba dan yang penting ada protin. 






Selesai mengenyang Alhamdulillah. 






kauk semua kacang yang masak lembut pindah dalam bekas kaca untuk di simpan. 





Tak sabar nak kunyah lepas petang² nanti. 
Perjalanan berprotin diteruskan in syaa Allah.



Makanan bina otot | Food to build muscles

Sekembali dari menghantar anak-anak ke sekolah, saya keluar kereta menuju ke rumah. Buka Pagar kerana ia berkunci walau keluar sekejap.  



Semasa menapak lihat bunga tecoma yang kurang bertaburan depan rumah. Terus memetrhati sekeliling. Sunyi pulak di seberang jalan biasanya ramai Jiran berjalan laju senam brisk walk di keliling taman.

Buka Pagar, melangkah masuk, rimas juga melihat rumput ruang masuk tumbuh panjang sejak kerap hujan beberapa hari ni.

Masuk dalam rumah, terus ke dapur keluarkan buah avocado, telur kotak susu yang Masih berat. Kekadang tu, kotak susu sudah ringan, ada la tu individu yang enggan buang kotaknya tapi letak di dalam peti ais juga.


Basuh telur, pecahkan dalam mangkuk, tuang susu sedikit, hancurkan telur dengan garfu. Panaskan pan, tuang minyak sesudu, masuk telur yang telah dikacau hancurkan bersama dengan sedikit garam Dan lada hitam. Psntas saya kacau telur kerana mahukan telur tak terlalu masak. Angkat telur masak hancur, masuk ke pinggan.


Basuh avocado, Potong Dua, korek isi avocado separuh letak tepi telur. Baru teringat ada tomato ceri, 




Potong sedang nipis, masak atas pan dengan sedikit minyak hingga berkaramel, letak atas telur.




Sajian sarapan mudah berprotin siap untuk dijamah, tapi air panas belum bancuh.



Keluarkan mug, panaskan    air dalam cerek letrik, masuk sesudu serbuk Koko, Dua sudu susu tepung. Tuang air panas hampir penuh mug. Siap, cuma nak tuang air zam zam segelas kecil. Sempurnalah sarapan hari ni.



October 30, 2025

Carrot Susu Penuh Protin




Assalamualaikum semua❤️ Alhamdulillah bancuhan minuman air eSpring (link di bawah) dan serbuk protin, dengan carrot. 


carrot susu.🥕✨

Bahan² bancuhan  250ml espring +

1 carot saiz sedehana (blend)  +

2 sudu serbuk protin dlm

250ml espring🥕🥛


menyegarkan 👀




Protein



eSpring




April 19, 2025

Mewarna di hari hujan | Coloring on a rainy day

 




Mewarna di hari hujan. Beli produk kanvas ini di pasaraya Pyramid, berharga RM22 dan juga beli bersama penyandang lukisan kayu yang berharga RM10.


Ruang mewarnanya sangat kecil dan halus, kod2 nombor warna terlalu samar untuk mata mama, tapi boleh gagah juga macamanapun. 


Tetap duduk kusyuk mewarna sambil berselawat. Rasa makin susah lukisan ini berbanding yang lepas, mudah dan tenang tonanya.


Mama teringin dan masih mengidam saiz lukisan yang lebih besar dan penyandang yang lebih tinggi. Inshaa Allah di kemudian hari :)


Colouring on a rainy day. Bought the canvas product at Pyramid mall at the price of RM22, also not to forget the wooden stand, paid RM10 for it.


The coloring space is small and tiny, the coloring number codes is too blurry for mama's eyes, but I managed somehow.


Still sitting focused on coloring while recite solawat. Felt it's getting harder with this painting comparing to the previous one, easier and calming tone.


Mama dreamt and still craving for the bigger size painting and a taller painting stand. Godwilling  in the near future :)



July 24, 2024

Marble cake wt 3 tsb oil & less sugar | Simple dinner

Kek Marble & Dinner Ringkas

                        Simple Video


I was kind of reluctant to bake a cake with 3 eggs, yet I did it anyway 😅


Intrigued with 3 tbsp oil and less sugar which is 1/4 cup of sugar with 1 cup of flour.  


Have plenty of eggs in the fridge, l took out 3, and have my lil one to crack them all. 


Started whisking, add 1tsp baking powder, pinch of salt, 1 tbsp ovalet, 1 tsp vanilla, divide the batter in twos, add 1 tbsp cocoa  powder in one batter. Now it's ready to bake for 35 mins at 180°C temp.


While it's baking, back to real routine, already reached dinner time, For the main meal, I just prepared quesadilla with capsicums & spinach. 


That's the journal of dinner and dessert. 


Love ♥️



Saya macam separuh hati nak bakar kek dengan 3 butir telur, tapi terbuat juga..😅


Tertarik dengan 3 sb minyak dan kurang gula di mana 1/4 cawan gula dengan 1 cawan tepung.


Ada banyak telur di peti sejuk, saya keluarkan 3 biji dan adik tolong pecahkan semua. 


Mulalah putar, masuk 1 sk serbuk penaik, secubit garam, 1 sb ovalet, 1 tsp vanilla, bahagi adunan kepada dua, masuk 1 sb serbuk koko dalam satu adunan. Dah siap untuk dibakar selama 35 min dalam suhu 180°C. 


Semasa menunggu kek dibakar berbalik ke realiti. Tiba masa  makan malam, makanan ruji, Saya hanya sediakan quesadilla dengan cili benggala dan bayam.


Itu lah jurnal catitan makanan saya. 


Sayang ♥️

July 21, 2024

Cabbage, tomato rice & grilled lamb meat | Kobis, nasi tomato & lauk bakar


While cooking and serving cabbage, tomato rice, marinated lamb meat and chicken, crossed my mind to share the cabbage's benefits. 


        Prep and monitor lizard video


It improved immune system.


The vitamin C found in cabbage is good for your whole body.

 

Not only it has antioxidant that fights free radicals, but it also helps to fight heart disease, cancer, and even the common cold.


Vitamin C also helps your body to absorb the iron it needs. - Google 


My own experience, I felt full and it eliminates something ala detox like that.


The dinner was served quite heavy, marinated grilled lamb, sauted cabbage ala salad, red gravy chicken, usually we had light ones.


PS : Saw a monitor lizard at the window, not birds 😱


Love always ♥️




Sesambil memasak dan menghidang kobis, nasi tomato, daging bebiri perap dan ayam, teringat ingin sampaikan manfaat kobis.


Ia meningkatkan sistem immuniti. 


Vitamin C yang terdapat dalamnya baik untuk seluruh tubuh. 


Bukan saja ia antioksida yang melawan radikal bebas, tapi ia juga menolong untuk melawan sakit jantung, kanser dan juga selsema. 


Vitamin C juga menolong tubuh badan menyerap zat besi. (Google)


Pengalaman sendiri, rasa lebih kenyang dan menyahkan sesuatu ala detox gitu. Alhamdulillah. 


Hidangan malam berat hari tu, daging bebiri bakar, tumis kobis ala ulam, ayam masak merah. Biasa ambil yang ringan² ja. 


Sayang selalu ❤️


PS : Nampak biawak di tingkap, bukan burung 😱





July 19, 2024

Beef Noodle | Mee sup Daging Korban


            Breakfast & Dinner Video


I sacrificed my crave for sugary by having the savoury breakfast, green topping thats so tempting.


Boiled spaghetti noodle, reheat the meat stock to make soup. And sliced the meat thinly.


The bowl of nutrients was for dinner. 


When I saw this, it is so easy to prepare simple meal. 


I steamed the broccoli and carrot earlier on. Kept in freezer. The mini prep that I could do so far.


It makes so much different when to eat quick. Thats my food journal for today. 


Have a lovely day everyone ❤️





Saya berkorban kepingin makanan manis dengan sarapan isi hijau sayur yang menyegarkan. 


Rebus mi spageti, perhangat stock daging untuk buat sup. Dan hiris dagingnya nipis². 


Semangkuk penuh khasiat daging  raya haji adalah makan malam. 


Bila lihat ni, ia sangat mudah untuk sediakan makanan ringkas. 


Saya awali dengan kukus brokoli dan lobak merah. Simpan dalam peti ais. Persediaan mini ja yang boleh buat dulu. 


Cepat juga bila nak makan hehe.. Itu jer jurnal makan hari ini.


Nikmati hari² yang indah❤️


July 17, 2024

Cream Avocado Tart (vitamin E)

Tart Avocado berkrim (full of vitamin E) 


                        No bake cake Video


Unable to buy ingredients weighing scale, use the old one where it's LCD screen is blurred..😀


Need to weigh dates 100g, oatmeal 50g and assorted nuts 60g.


Chopped all, as I typed this, it's looked like smooth sailing journey but in actual moved here and there, even skipped too..😊


Prepare patchment paper on the tray, add the chopped stuff and add 3 tbsp coconut oil. Press well for good base crust. 


Get 3 limes, 2 avocados, 1 cup of fresh milk coz don't have heavy cream, 1/2 box of coconut milk. Blend all, add 2 tbsp honey and lime juice, strained the lime seeds. 


Yes, the layer of tart crust already placed in the fridge. The blended avocado is creamy, time to pour onto the crust that made of nuts, dates ala ground nut candy hehe..😁

 

Spread well the cream, leave it in the fridge, if wanna fast can put it in freezer. 


An hour like that, bring it to chill level, can served after that. Really willy delicious and yummy, feel healthy too. 


Happy greetings ♥️




Tak sempat nak beli penimbang bahan, guna yang lama di mana skrin LCD nya sudah kabur..😀


Perlu timbang buah kurma 100g, bijirin oats 50g dan kekacang 60g.


Kisar semuanya, bila menulis ni bagai licik perjalanannya tetapi tergerak-gerak, terlangkau sana sini juga.. 😊


Sedia kertas minyak di loyang, masuk kisaran kekacang yang di masukkan minyak kelapa 3 sb. Tekan rata untuk jadi base tart


Sedia pula 3 biji limau, 2 biji avocado, secawan susu segar, separuh kotak santan. Mesin semua, masuk 2 sb madu dan jus limau, yang di tapis bijinya.


Ya lapisan tart tadi dah di masuk dalam peti ais, bahan blend tadi dah berkrim, tuang atas lapisan oat kekacang yang agak keras dan berlekat macam kacang tumbuk hehe..😁 


Ratakan krim, masuk dalam peti  sejuk, nak cepat letak di peti sejuk beku.


Sejam lebih, bawa ke bawah peti sejuk, bolehlah hidangkan lepas tu. Memang sedap dan lazat, rasa berkhasiat. 


Salam bahagia ♥️


July 16, 2024

Mr DIY Broom

Penyapu Mr DIY


            Eating, Shopping & etc Video


An evening at Sunway Pyramid, coz sending adik to hang out with her friends. 


We sent and also straight hang out over there til her time's up. 


The plan was 3 hours going out with her friends. So we have no specific plan. 


At the beginning, we spied from a distance as she was waiting for her friends. When they gathered well, only then we moved. 


Saw a cake cafe, no desire as I've just baked matcha cake, later on will post about it. 


We sat the Coffee Bean & Tea Leaf outlet. Thank God didn't take any sweet stuff, took Salmon Salad, we shared one plate of salad, mineral water and orange juice


Otw back we stopped at Mr DIY. Bought a broom with a foldable scoop. Easily can store at side of a shelf. 


Thats it the share of food journal, parenting too and household shopping. 


Love ♥️



Sepetang di Sunway Pyramid kerana kami menghantar adik berjumpa kawan²nya.


Kami menghantar dan terus bersantai di sana hingga tiba masa adik balik.


Rancangan adik 3 jam bersama kawan². Jadi kami tiada rencana spesifik disitu. 


Pada mula skodeng adik menunggu kawan2 nya. Bila mereka berkumpul selamat, baru kami beredar. 


Kami duduk di Coffee Bean & Tea Leaf. Alhamdulillah tak makan manis, ambil Salad Salmon, air mineral dan jus oren. 


Hala balik singgah di Mr DIY. Beli penyapu dan penyodoknya yang boleh dilipat. Senang nak simpan di tepi rak tu. 


Itu jer perkongsian jurnal makan², parenting juga dan beli barang rumah. 


♥️






July 14, 2024

Flat bread for dinner meal & Carrot Juice

Roti Canai buat makan malam & Jus lobak merah 



Watching the birds, youtube while pick up recipes here and there. At split second it's time for dinner again hehe..


But the energy, the mood, the everything to do with biological being just want to feed not to prep hehe..


Yet, I lift my heavy bones of four parts to fry the frozen flat bread, arrange the cut, washed earlier salad, defrost and heat up the chilled brinjal gravy.


I love the color of the food, add white dragon fruits to make it livelier. I made carrot juice on the other day. 


It was good, managed with savoury so far. 


Good times ❤️





Asyik lihat burung di luar, tonton youtube, sambil kutip resepi sana-sini. Sekelip mata masa makan malam tiba lagi hehe.. 


Tetapi tenaga, mood, dan apa² berkenaan dengan biologi hanya mahu disuap bukan untuk menyiapkan hehe.. 


Tetap mengangkat tulang empat kerat untuk menggoreng roti canai, atur salad yang telah dibasuh dan dipotong, memanaskan kuah kari terung. 


Suka warna makanan, tambah buah naga putih untuk memeriahkan lagi. Saya juga buat jus lobak merah pada hari lain. 


Bagus, terurus juga dengan makanan tak manis ni. 


Baik² saja ❤️


July 13, 2024

Bump to a goat after a wedding

Terserempak dengan kambing keluar dari kenduri kahwin

                           Mini video


Before fasting month, we attended a cousin's wedding at Kota Damansara. 


I adorned a pair of  pink modern traditional dress. 


While hubby put on a blue fine art cloth batik from Surabaya. 


Abang wore cotton shirt kind of batik motives too.


I brought two goodie bags, one for the bride and groom. 


Another  consisted few packs of  dates fruits for my cousins to welcome the blessed month of Ramadan. 


No chance to caption of wedding menu. 


The rarest ever was, admidst of exit, saw at some kind of flea market selling plants, suddenly appeared a small goat to pet or to sell I'm not sure, but it went out from the booth's gate. 


That's it for today. May you've enjoyed 😍 Thanks dear Aunty for having us 💞


Happy greetings ❤️


                              Kid

Sebelum bulan puasa, kami menghadiri kenduri kahwin sepupu di Kota Damsnsara. 


Saya mengenakan sepasang baju kurung berwarna pink belacan. 


Manakala suami berbaju batik Surabaya, berwarna biru. 


Anak lelaki, abang, pakai baju kain kapas bermotif ala batik juga.   


Saya bawa dua bag goodies, satu untuk pengantin baru. 


Satu lagi mengandungi beberapa pek buah kurma untuk diberi kepada sepupu² saya sempena sambutan bulan Ramadan Mubarak. 


Tak sempat pula ambil imbasan hidangan kenduri. 


Yang "rare" nya semasa keluar tu, ternampak jualan, pokok2, juga kambing untuk di pet atau dijual berjalan keluar dari pagar boothnya. 


Itu je perkongsian hari ni. Moga anda terhibur 😍 Terima kasih Aunty sayang, menjemput kami💞


Salam bahagia ❤️



  

July 11, 2024

Orange Juice | Avocado Toast

Jus Oren | Roti Avocado


                   Food Video


Sometimes I got derailed looking for sweet drink or sweet treats. I could forgot about juice, salad.


I'm back on my feet hehe.. when I see green, sending kid for basket ball training, I feel Im living a healthy life too but not yet exercise hehe 😅


Start with juicing first. Enter the kitchen grab fresh produce and click the juicer or cut salad into pieces.


From there add protein and carbo.


Two moments  of that I could find now but not salad. 


Orange Juice

Avocado Toast


Expert say eat savory in the morning to avoid sugar spike later on. We'll try 😊


One heart ♥️





Kadang saya terbabas mencari minuman dan makanan manis. Boleh pula terlupa tentang jus dan salad. 


Saya berbalik ke pangkuan diri hehe bila lihat hijau sayur, hantar abang ke latihan bola keranjang, saya rasa menjalankan kehidupan sihat tapi sendiri belum bersenam hehe.. 😅


Mula dengan menjus dulu. Masuk dapur capai bahan segar dan pasang mesin jus atau potong salad kecil². 


Dari sana tambah protin and karbo


Dua momen yang saya terjumpa tapi bukan salad. 


Jus oren

Roti Avocado


Pakar kata makan tak manis di hening pagi mengelakkan pengambilan gula selepas tu. Kita cuba 😊


Satu hati ♥️




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin