Pages

Showing posts with label Tinggi protin. Show all posts
Showing posts with label Tinggi protin. Show all posts

May 12, 2026

Makanan bina otot | Food to build muscles

Sekembali dari menghantar anak-anak ke sekolah, saya keluar kereta menuju ke rumah. Buka Pagar kerana ia berkunci walau keluar sekejap.  



Semasa menapak lihat bunga tecoma yang kurang bertaburan depan rumah. Terus memetrhati sekeliling. Sunyi pulak di seberang jalan biasanya ramai Jiran berjalan laju senam brisk walk di keliling taman.

Buka Pagar, melangkah masuk, rimas juga melihat rumput ruang masuk tumbuh panjang sejak kerap hujan beberapa hari ni.

Masuk dalam rumah, terus ke dapur keluarkan buah avocado, telur kotak susu yang Masih berat. Kekadang tu, kotak susu sudah ringan, ada la tu individu yang enggan buang kotaknya tapi letak di dalam peti ais juga.


Basuh telur, pecahkan dalam mangkuk, tuang susu sedikit, hancurkan telur dengan garfu. Panaskan pan, tuang minyak sesudu, masuk telur yang telah dikacau hancurkan bersama dengan sedikit garam Dan lada hitam. Psntas saya kacau telur kerana mahukan telur tak terlalu masak. Angkat telur masak hancur, masuk ke pinggan.


Basuh avocado, Potong Dua, korek isi avocado separuh letak tepi telur. Baru teringat ada tomato ceri, 




Potong sedang nipis, masak atas pan dengan sedikit minyak hingga berkaramel, letak atas telur.




Sajian sarapan mudah berprotin siap untuk dijamah, tapi air panas belum bancuh.



Keluarkan mug, panaskan    air dalam cerek letrik, masuk sesudu serbuk Koko, Dua sudu susu tepung. Tuang air panas hampir penuh mug. Siap, cuma nak tuang air zam zam segelas kecil. Sempurnalah sarapan hari ni.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin