Pages

May 11, 2023

Kuey Teow Soup | Nyonya Kueh | Macaroni Cheese

Assalamualaikum/ Peace be upon you


Malay version and short video below / Versi Bahasa dan video pendek di bawah


Kuey Teow Soup and it's secret / Sup Kuey Teow dan rahsianya


Bought only Nyonya Kueh / Kueh Nyonya yang dibeli jer


There's come a time that I wanna sip soup, and munch it's condiment. Sounded like boba drink right? While sipping the tea could eat the tapioca pearl. All these made the drink turned to interesting drink.  


Back to the soup, I used Adabi soup pouch, sauteed the onions, garlic, anchovies and dropped in the soup pouch. Then add water, let it simmers. 


Boil kueyteow, fish cake, fish stuffed okra. Cut them into bite sizes and place kueyteow, fish cake, okra on top, and then pour soup. Ready to transit them to tummy :)) the secret is the adabi soup pouch is tasteful without any after taste..


Oh! kids didn't eat soup. So, I made Mac n' Cheese. Perhaps later I will share on how I cook it, eventhough everyone knows it😁


As for nyonya kueh, I served it as dessert. It's delicious and special taste of our local cuisines. That's the wrap up a blog of life for food that can't be separated. Thanks for reading🥰


Happy Thurday🌷



Ada masa, tiber nak hirup-hirup sup dan kunyah ramuannya macam lobak merah ke atau kobis. Bunyi macam teh boba pula, hirup airnya, pepak bola mutiara dalam teh tu. Semua ni buat minuman lebih menarikkan?


Berbalik ke sup, saya guna sup bunjut Adabi, tumis bawang, bawang putih, ikan bilis dan masukkan sup bunjut. Kemudian tambah air biar mengelegak.


Rebus kueyteow, kek ikan dan ikan sumbat bendi. Potong bahan tersebut ke saiz mudah dimakan. Susun dalam mangkuk, dan tuang sup. Sedia dipindah ke perut :)) Rahsianya ialah sup bunjut adabi ni tidak  meninggalkan apa apa rasa sampingan.


Oh anak² tak makan sup, jadi saya buat Mac n Cheese. Mungkin nanti saya akan kongsi cara buatnya, walau semua dah tahu macamana nak buat😁


Kueh nyonya, saya buat pencuci mulut lepas berbuka. Sedap dan istimewa rasanya, citrasa jamuan tempatan kita. Itu je liputan tentang blog kehidupan dengan makanan yng tak dapat dipisahkan. Terima kasih kerana sudi membaca🥰



Salam Khamis🌷

May 8, 2023

Lemon Chicken| Fish Curry | Ramadan | Iftar 2023 | Study Corner Makeover

Ayam Lemon| Fish Curry | Iftar 2023 | Study Corner Makeover


Assalamualaikum / Peace be upon you


Malay version and short video below / Versi Bahasa dan video pendek di bawah

Lemon Chicken  and fish curry were the menu for break the fast

/Menu Ayam berlemon dan Kari Ikan buat berbuka



Room makeover for son ' si abang'  / Ubah suai bilik anak lelaki si abang


After comeback home (not sure from where), I decided to makeover abang's room, not to decor anyrhing but expand his study table. The main item is a small table actually hehe. From there I added a small book shelf at the side. And a blackboard for memo board at the front wall.  That's it. Simple right?


Then I moved to cook for iftar. Since adik doesn't eat curry, so I made pan fry chicken lemon, 

First, I steamed brocolli, then pan fried lemon chicken, arranged chicken on the broccolli and poured sauce on both of them. 


As for fish, I pan fried fish then cooked curry gravy and placed the fish on top, hehe..easy peasy. 


Eat with hot rice, everything turn up perfect. No other way coz feeding hungry tummy, mission completed :) 


Happy Monday❤️



Selepas balik dari mana tak pasti, saya terus nak ubah suai bilik abang. Sesudut je pun, meja belajarnya nak dibesarkan bukan nak dekor pun. Sebabnya meja tu meja kecil jadi saya letak rak buku di atas meja tetapi meja tu kedepan sikit. Di depan meja letak papan hitam buat papan memo. Jadi ada ruang buku di atas meja, selebihnya letak atas rak semasa menulis atau membaca. Ituje. 


Lanjutla saya ke dapur masak ayam masak lemon untuk buka puasa, goreng minyak sikit dalam pan, bancuh sos, taruh atas ayam yang telah disusun atas brokoli yang dikukus sebelumnya. 


Manakala ikan, sama juga tapi angkat, masak kuah kari letak ikan kat atas hehe..sebab nak nampak ikan tu sebiji-sebiji Hidang terus dengan belanga tu. Makan dengan nasi panas, langsai misi mengisi perut yang kosong. Alhamdulillah. 


Salam Isnin ❤️






May 4, 2023

Soft Tofu | Sweet Chillie Seafood | Sawi Bunga | Curry Chicken | Sunrise | Sunset | Wrapsr


Assalamualaikum / Peace be upon you

As usual Bahasa Melayu version below and short video too. / versi bahasa dan video pendek dibawah


It has been awhile since I haven't updated blogs here...The lost of a loved one has given quite a big impact on me.  AL-Fatihah (the opening)

/ Dah lama tak ke sini.. Sejak kehilangan insan tersayang. Telah memberi impak keatas diri ini. Al-Fatihah.


Not sure how to start but I knew that I've moved on with the important things such as food to keep going especially taking care of my mother, my heaven. 


I love keeping the journey of my food intake or food homecooking. Simple ones always when the food came from me. As I'm not yet a chef🤭 


Ok I steamed soft tofu, stir fry the seafood to topup on the tofu. Some put on soysauce with spring onions sounds good and heathy too.  


Just because I need to save time and to retain nutrition from the green vege, I steamed sawi (green vege) and cover it with sweet chilli seafood. It is so delicous, one should try. 


Can't believe the iftar also prepared curry chicken, that's a lot. Grateful. The main thing that day I managed. I even made wraps for sahur, Alhamdulillah. 


Love always, Miss all of you❤️


Tak pasti gaimana nak mula tapi sedia tahu yang saya teruskan kelangsungan hidup dengan perkara yang penting seperti pengambilan makanan untuk kekal bertenaga agar boleh berbakti kepada ibuku, syurgaku. 


Saya gemar mencatit perjalanan jurnal permakanan yang disediakan atau masak sendiri. Ringkas² saja dari saya. Saya belum bergelar tukang masak kan🤭


Ok saya kukus tauhu lembut, goreng gaul makanan laut untuk dihidang atas tauhu panas². Ada yang tuangkan campuran sos, ditaburkan daun bawang, dengar pun dah menyelerakan dan menyihatkan. Boleh cuba...sedap. 


Hanya untuk menjimatkan masa dan mengekalkan khasiat di dalam sayur, saya guna kaedah mengukus. Tak percaya pula ada kari ayam, banyak tu. Alhamdulillah. Perkara YANG utama pada hari tu, saya uruskan yang termampu. Alhamdulillah. Juga buat  wraps untuk bersahur. 


Sayang selalu.. Rindu awak semua❤️




May 1, 2022

Lobster Charcoal Sandwich n etc at St Regis | Sandwic roti arang Udang Kara dan sebagainya di Hotel St Regis

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

After pick up father. we planned to have lunch.|

Selepas ambil bapa, kami rancang nak makan tengahari

Since Uncle was here yes this was in Feb 22 we hope he would invite us for lunch.| Masa uncle ada di sini ya  dalam bulan Feb 22 ni, kami harap dia jemput kami untuk makan tengahari


When I got the invitation from Uncle, I planned not to tell dad so early.  Accidentally he knew, then dad had his own plan to treat his son (Uncle) and my mother fish curry. So we stopped to buy a pack of fish curry.


Somehow we still proceed having lunch at Uncle's place. Theres slightly changes, we went there early coz of dad's eagerness.


And I had to carry the plastic of fish curry as dad didnt want to leave it in the car. I thought I could  walkin in style haha..


Thats why we had sandwich as it was during brunch time.


We had sandwiches were lobster fillings

Salmon fillings

Another one was seafood I think with croissant

and the waitress was very nice. 


Dad had hot chocolate as he had morning coffee already

Uncle had cuppucino

We also had hot choc


The sandwiches were delicious and juicy.  The drinks were the best as well and the prices were also bombastic and would shake my hands if I'd  to pay hehe..but host said his pleasure. 


Grateful we had to experience brunch at the lounge of St Regis Hotel. I had real lunch at the restaurant at the different level too on different day here, love to share it again. The same host. Thank you so much. 


Happy Sunday ❤

Forgive me for my short comings. Eid Al Mubarak


Bila dapat jemputan dari Uncle, saya rancang nak beritau bapa lambat sikit. Tak sengaja bapa tertahu awal pula. Dia pula buat rencana sendiri nak menjamu kari ikan kat anaknya (uncle) dan isterinya Emak hehe.. 


Tah macamana kami masih teruskan jumpa Uncle untuk makan tengahari. Tapi kami pergi awal, asbab keterujaaan bapa atau sikap bapa tak menyempat melanda.


Dan saya pula kena bawa kari ikan bungkus sebab bapa tak nak tinggal kari ikan tu di dalam kereta. Adoi tak bole la nak jalan bergaya masuk haha..


Sebab tu kami menjamah sandwic dah sampai waktu sarapan merangkap makan tengahari.


Kami menikmati sandwich berisi

Lobster

Salmon

Satu lagi tu mix seafood kalau tak silap dengan roti croissant

Dan pelayan pun baik. 


Bapa minum coklat panas sebab dia  minum kopi awal pagi tu. Uncle ambil cuppucino

Kami pun minum choc panas


Sandwic yang dihidangkan sangat sedap dan enak. Minuman pun beraroma segar, harga pun nak sama naik hebat juga hingga tergentar tangan jika saya yang membayar hehe.. Tapi hos berbesar hati. 


Syukur dapat pengalaman makan sarapan merangkap makan tengahari di lounge hotel st Regis.  Pernah juga makan lunch kat restoran di tingkat lain di situ, ingat nak kongsi bila-bila. Hos yang sama. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. 


Salam Ahad ❤

Mohon ampun dan maaf kekurangan saya, Salam Aidil Fitri yang penuh barakah. 

April 29, 2022

Chili Beef Lung and Tom Yum Soup | Sambal Paru Lembu dan Sup Tom Yam

Bahasa dan video pendek di bawah :) 

English version and short video below :) 

Came back from Lotus the hypermarket here with cut vege and ready to cook Tom Yum ingredients. | Balik dari Lotus bawa balik sayur dan bahan Tom Yam yang dah dipotong sedia dimasak.

Beef lung was kept frozen for a few days, its time to cook it with green chilli paste. | Paru lembu yang telah disimpan beku beberapa hari dah patut dimasak sambal hijau paru. 


While cooking, I got a call from a guest to come over for breaking fast with us. So I continued cooking, didn't add any dish but added an extra plate.


I still arranged the plates on the kitchen table. Didn't have any intention to do it at another place.


Luckily we didn't feel cramped with 5 pax at the small diner setting. 


The Tom Yum didn't turn up as expected. Then I concluded that it's the end of story for me as a cook. Need to be served and cooked for hehe. like Henry Ford, he"s not good in a certain skill, so he just 'hired' the right peeps :) to do the job for him hehe.. 


Anyway, the beef lung turned up so good until I could eat it just like that, on it's own. Of course there was celery mix orange apple juice to grab if it too spicy :) 


That was a beautiful evening with prayers lead by the guest. Thankful. 


Happy Friday ❤️


Semasa memasak dapat panggilan dari tetamu nak berbuka dengan kami. Saya teruskan memasak tak tambah  lauk tapi letak pinggan lebih satu. 


Saya susun pinggan di atas meja dapur. Tak da rancangan nak pergi tukar tempat lain. 


Nasib baik, kami tak rasa  bertemu bahu berlima di meja makan halus ni.


Kuah Tom Yam tak lah menjadi seperti diharapkan. Kira habis cerita aih buat diri ni jadi tukang masak. Macam kena jadi orang yang menunggu dihidangkan dan dimasakkan ja :) ibarat Henry Ford, dia tiada kemahiran dalam satu bidang, jadi beliau hanya upahkan orang yang pakar bidang tu jer hehe.. 


Apapun, paru lembu terjadi dengan sedapnya sampai boleh diratah begitu saja. Tapi mestila ada jus seleri campur oren epal nak capai kalau terpedas :) 


Malam pada hari tu sangat indah, bersolat terawikh berimankan tetamu seorang tu. Alhamdulillah. Syukur. 


Salam Jumaat ❤️



April 23, 2022

Fish Curry, Pan Grilled Chicken by kids & Cendol| Kari Ikan, Ayam panggng dalam pan dimasak oleh anak-anak & Cendol

Bahasa dan 2 video pendek di bawah :)

English version and 2 short videos below :)

Its time to delegate tasks to others | masanya untuk menurunkan tugasan kepada generasi muda

Chose something easy with less ingredients and not time consuming. | pilih masakan yang kurang bahan dan tidak makan masa lama. 


Early in the morning, I told abang that I preferred him to prepare his favorite dish. He agreed and willing to do it.


On the other hand, adik preferred chicken, so I told her, she could learn cooking her favorite food, and at least becomes an expert on preparing one dish of hers. 


She's fine with the idea. While preparing, they took out what they need. I made sure that the ingredients were in order and with the right proportion.


Fish Curry:

2 blocks of fish

Half an onion, 5 garlic cloves

Fermented fish (belacan) paste

Tamarind juice

Curry powder paste (mix with water)

Mixed Halba


As for chicken:

Honey

Thymes

Dried basils

Salt

Pepper

chicken

Marinate the meat


I prepared Cendol. Bought a pack of cendol, cooked gula melaka syrup, and poured bought coconut milk. And plain water for drinks. 


That's it for breaking fast on that day. Simple :) 


Happy Saturday ❤️


Awal pagi tu, saya beritau abang lebih elok jika dia sediakan makanan kegemarannya. Dia setuju dan memaklum je. 


Di sebalik itu, si adik pula lebih gemar ayam, jadi bincang dengannya tentang belajar masak ayam kesukaannya, sekurang kurangnya, cekap satu juadah. 


Adik mengiyakan dengan buah fikiran tu. Sementara menyediakan bahan, mereka keluarkan apa yang perlu. Saya pastikan bahan ikut susunan dan cukup sukatan. 


Kari ikan:

2 ketul ikan

Separuh bawang holland dan 5 ulas bawang putih

Belacan

Jus asam jawa

Serbuk kari campur air

Halba campur


Manakala untuk ayam pula:

Madu

Herba Thymes

Herba Basil kering

Garam

Lada

Satu bahagian ayam

Perap


Saya sediakan Cendol. Beli jer se paket, masak gula melaka hingga jadi sirap. Campur dengan santan. Dan air masak sebagai minuman. 

Itu jer, juadah berbuka, ringkas :)


Salam Sabtu dan mengejar LaylatulQadar InshaAllah ❤️




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin