Pages

September 18, 2021

Panda Molly Fish gave birth | Ikan Panda Molly beranak

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)





Sepasang Ikan panda molly baru sampai | A pair of panda molly arrived and adapted well with the environment 




Sehari semalam menyesuaikan diri sudah berumahtangga, beranak pinak. | A day a night, felt home, already make a family



I love windows at the sink, somehow my kitchen's sink is not by the window. I dream of planting herbs by the window or look out for natural light, view of green, gray, blue that influence my mood. 


However, I visualized hard to have a sink by the window, it didn't change a thing (yet) hehe a thing I learnt from a book "The Secret". I only asked the contractors how much it'll cost to build a window, one guy quoted RM800, another quoted RM1000. 


I got over the dream but now created something similar. I put money plants for a start then changed to herbs plants like basil or laksa leaf (kesum). It worked because I hanged an LED light there. I came across the idea to make a shelf or rack to place a small aquarium there. 


Since I already have Guppies, I wanted a different fish species, so I got Panda Molly, kind of small not long like the Sword tail fish.  


I set it up the same way I did to the guppies the post here I doubt that they were as comfy though, as the small rocks seems a bit less.  The plants were also not fully developed yet. I knew the water circulation was not so good,  I didn't redo, I wanted to wait at least a day before I moved them to a proper aquarium, if the water has bubble and too much things moving in the water, I am afraid the fish wouldnt feel at peace to hatch, not sure.. Read a little, apply a little, use instinct the most. 


To my surprise, the pair had a few fry (kids) at dawn , first I was  thinking, could this be worms from the fish pond, coz I took the plant out from there. 


I looked closely, they're Panda Molly juniors. So cute aahh.. sounded like adik hehe.. Later on, we transferred them to a proper aquarium with electriic features. I replaced them back with guppies. 


Grateful always ❤️


Saya suka sinki yang berdepan dengan tingkap. Dapur yang ada ni, sinki berdepan dengan dinding. 


Impianlah juga ada pokok herba di tingkap tu, boleh memerhati cahaya di siang  hari makin memendung hingga ke petang, suasana, fenomena, menpengaruhi mood kan. 


Macamana pun bayangkan ada tingkap, tak ada perubahan langsung (lagi), hehe... terbawa-bawa dari buku "The Secret", magnet rezeki dan sebagainya. 


Saya cuma bertanya beberapa kontraktor untuk reno buat tingkap, ada yang sebut harga RM800, ada yang bagi RM1000. 


Saya lepaskan mimpi, teruskan kehidupan, buat sesuatu je la yang boleh memerhati. Saya letak pokok duit duit untuk permulaan, lepas itu saya tukar ke pokok herba. Memang menjadi sebab saya letak lampu LED di situ. Terbit buah fikiran untuk gantung rak dan letak akuarium pula di situ. 


Disebabkan sudah ada ikan Gapi, nak pula species ikan lain, jadi Panda Molly penyeri dinding sinki. Ikannya kecil tak sepanjang ikan berekor pedang.- Sword tail. 


Saya buat sebagaimana saya  telah lakukan pada ikan Gapi boleh baca di sini , tapi ragu ragu keselesaan ikan  sebab bekasnya kecil, saiz Panda Molly besar sedikit dari Gapi. 


Batu-batu tidak berapa mencukupi, risau juga, manakala pokok duit-duit tu pun tak begitu besar, dan nampak macam sistem udaranya tak begitu bagus.  Saya tak buat lain, saya tunggu sehari lagi, lepas tu baru lah pindah ke akuarium yang lengkap. Jika akuarium yang ada berbuih. Air bergerak sangat pun, ikan-ikan tak rasa tenang untuk bertelur dan menetas. 


Terbaca teori sikit, praktikla juga sikit, yang banyak adalah mengikut naluri hati. 


Terkejut di subuh hari, pasangan ikan panda molly sudah berjaya berkembang menjadi kepada 12 ekor anak ikan. 


Pada mulanya saya ingatkan ulat dari kolam ikan luar sebab saya ambil pokok dari sana. Perhati betul betul, memang keturunan panda molly, memang sah mereka satu keluarga. Comelnya aahh..berenang-renang, berbunyi macam adikla pula bila nampak kucing terus dia jadi mama kucing hehe..


Selepas tu sekeluarga ikan panda di pindahkan ke akuarium berperalatan lengkap.  Gapi pula diletak di depan sink.


Syukur selalu ❤️

Chicken Stew | Sup Ayam Pekat

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English and one minute video below :)




Stewed - masakkan secara perlahan dan ditutup.  | Cooked slow and close


Stewed yang dimasak seakan  sup pekat



I wondered how the stew like, I searched for recipes but they need capsicum and holland onion and most are beef stew. 


What we used were :

Red onions

Potatoes

Carrots

Salt

Soup powder

Tomatoes

Coriander leaves

Garlic

Chickens

Corn flour

Italian mixed herbs / sweet basil


I figured I'm going to use chicken bones that were left from dendeng chicken and going to slice drumstick meat. Yes I saw most of the recipe with sliced beef on, that's so alluring. 


Then I overthought if debone again means when the bone should be cooking again, it goes round and round with bone in the fridge. 


So ending up cooking  the whole parts of drumsticks. The mixture of italians herbs really tasted like western taste, a bit :). 


Loving this stew even at night we had a bowl each. 


Love always ❤️



Saya tak tahu bagaimana rupa stew sebenarnya. Saya pun membuat carian dan medapati yang chili benggala dan bawang besar holland diperlukan resepi dalam stew. Dan kebanyakan resepi menggunakan daging lembu.


Yang diguna kat rumah ialah

Bawang besar merah

Kentang

Lobak

Garam

Rempah sup

Tomato

Daun ketumbar

Bawang putih

Ayam 

Tepung jagung

Serbuk herba campuran Itali / serbuk sweet basil


Saya mulanya mahu menggunakan tulang ayam yang tersimpan dalam peti ais bersama paha ayam yang dihiris. Kebanyakan resipi menggunakan daging lembu yang dihiris dan ini membangkitkan selera.


Namun saya fikir tulang paha ayam yang tinggal akan terpaksa disimpan dalam peti ais. Tak habis cerita simpan tulang kan.. 


Jadi akhirnya saya gunakan paha ayam tanpa dihiris bersama tulang ayam untuk membuat stew ini. Resepi stew bersama herba campuran Itali membangkitkan rasa 'barat' skit :) 


Malam menjelma, pekena seorang semangkuk lagi. 


Sayang selalu ❤️



Three Wheelers Bajay at Jakarta | Kereta beroda tiga di Kota Jakarta

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)




Terokai Bajay biar bertempat | Exploration needs knowledge


Bergantung pada umur jua| Depends on age range too


Adventurers are born? Not all but someone of us is, she liked to try out backpackers style. We were with kids but she love the idea of waiting at the 24 hours restaurant or shop like 7E till the ferries started to operate in early morning or for airplane to depart. 


We rather had a room by the port or station to rest for few hours get freshen up  and catch the ferry or whatever we need to do next after the transit. She'll be ready with a bag filled with few clothes and good to go. 


We were in the city of Jakarta. After visited the market, we took a cab to a mall. I didn't bother much what mall to visit because  I was just like to experience being there. This trip was before pandamic, the security checked our bags before entering the mall. 

As long as the hotel was a well known or chained one, I was a bit at peace. We spent sometimes at the mall because  I assumed it was the best time to rest after walked at the market, we have kids, we have elderlies with us, we made a move. slowly and safely in a high population of a big city.


After 1 or 2 hours we decided to go back to the hotel. I decided to take the taxi but one of us wanted to take the bajay.  It was not easy to decide as the motorbike taxi came to offer as well as the bajay drivers did the same,  3 or 4 could go into bajay. We divided by two. So one group with me another group went to another bajay. 



The ride was fast, I and my group arrived first, the suspense part, another group hadn't yet to arrive. Panicking, I called relative in Malaysia to tell what happened. We waited and prayed hard.  The hotel staffs follow along to wait. About more than an hour they arrived, the driver didn't recognised the hotel as the the bajay is meant for city centre ride.


So adik was worried at that time because she was separated with abang, hope it wasn't a nightmare to them.  


Actually, the adventurer spent also a lot  for us. Thank you, love her may she be blessed with happiness always. Aameen. We haven't seen her for awhile. 


Peace greetings ❤️



Pengembara dilahirkan? Tak semua tapi seorang dari kami memang berani mengembara, dia suka mencuba gaya backpackers. Kami dengan budak-budak, dia masih dengan caranya, lebih gemar tunggu feri di restaurant  24 jam atau kedai seakan 7E tu selepas tengah malam. Juga untuk kapalterbang. Tak perlu berbilik transit. 


Kami sanggup mengambil bilik walau untuk 2 atau 3 jam berehat dan menyegarkan badan baru gegas ke feri. 


Dia dengan bagnya yang berisi baju sehelai dua sudah bersedia untuk kembara.


Kami berada di Kota Jakarta semasa ini. Kami ambil taxi dari hotel hendak ke mall. Tetapi beliau mahu ke pasar dahulu. Selepas pasar baru ke mall. saya rasa sesuailah ke mall kerana kami ada budak-budak dan  warga emas.


Bila berjalan ke negara orang ni, jika hotel yang ada nama sikit atau rangkaian hotel yang kenal, saya dah rasa tenangla sikit. 


Kami luangkan masa di mall, saya rasa tempat itu sesuai selepas berjalan di pasar tadi lagipun  ada budak dan warga emas. Dapat pengalaman di mall orang  di mana mereka check/scan beg masa nak masuk. Ni jalan_jalan sebelum pandamik. 


Sejam dua di  Starbucks kami perlu gerak ke hotel walau ada yang nak terus ke safari, aii. Ni pun.. bergerak perlahan agar selamat di negara besar  yang ramai penduduk. 


Bila turun ke pintu keluar mall, meneru pula yang menawar naik kenderaan mereka ada yang bawa motor, teksi, ada yang bawa bajay, biasala seorang pengembara yang dingati selalu dalam doa kami, lama tak jumpa sejak pandamik ni.   Beliau pilih bajay kereta beroda tiga, jadi terpaksa berpisah separuh anggota pasukan, separuh dengan saya, separuh lagi naik satu lagi bajay. 


Memang laju bajay di bawa, kami sampai dulu. Berdebar juga bajay satu lagi belum sampai, Panik sangat hingga menelefon sedara di Malaysia. Berbanyak berdoa sambil menunggu. Pekerja hotel pun turut menunggu. Kira sejam lebih juga, Alhamdulillah mereka sampai. Pemandu bajay tak berapa tahu jalan kerana bajay memang untuk di sekitar pusat bandar sahaja. 

Harap adik tidak serik berpengalaman begini terutama terpisah dengan abang. 


Dia, si pengembara yang dikasihi  berbelanja banyak juga untuk kami. Bersyukur, terima kasih, sayang beliau, moga beliau dirahmati dengan kebahagiaan selalu. Aameen. Cuma lama tak jumpa sekarang ni. 


Salam ❤️

September 17, 2021

Marshmallow Cookies | Biskut Marshmallow

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Semangat pada mulanya | the mood is good in the beginning




Gelintir satu, dua, semua hilang tiba-tiba | Shaping one or two they just disappear like peek-a-boo


Since marshmallow was 'high in demand', I had to hide it somewhere. When I'm free, I would give by rationing.  I hid them inside one of the drawers. Luckily, the month of fasting Ramadhan made me think of festival cookies. 


I remembered about marshmallow. And was making adik delighted about it too.  


The ingredients that I used are

Wheat Flour

Icing sugar

Butter

White egg

Vanilla essence


I thought of putting the marshmallows inside, the dough didn't permit hehe.. I thought it was too dry. 


I made small balls of dough, put tiny amount inside, some stayed nicely, while others cracked the cookies. The purpose of making this cookies was to finish up the marshmallow stocks, so I put the big one on top of the cookies. 


The taste was ok with slightly  crispy mallow. 


Good morning❤️


Oleh kerana marshmallow ini sangat diminati, saya terpaksa sembunyikan marshmallow sementara dulu, bila rajin bagi makan catu-catu. 

Saya sembunyikannya di dalam laci. Alhamdulillah, Nasibla pada masa bulan Ramadhan, saya terfikir nak buat biskut raya, baru teringat marshmallow. Juga untuk mengembirakan adik kerana dia berpuasa. 


Bahan yang digunakan

Tepung gandum

Gula icing

Mentega

Telur putih

Esen vanilla


Saya cuba letakkan potongan marshmallow, tapi tak jadi hehe adunan tak sesuai kut. 


Saya cuma buat betuk bola, letak juga mallow yang kecil. Ada yang merekah, ada yang terus boleh melekat. 


Tujuan buat biskut marshmallow ini adalah untuk menghabiskan stok marshmallow yang ada, jadi saya juga letak saiz yang besar atas biskut tu. 


Rasanya ok la, dengan tekstur rapuh marshmallow tu.


Selamat pagi ❤️




September 16, 2021

Breakfast fo two | Sarapan untuk berdua

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below:)



The look of his eyes to the serving on the table | Matanya memandang ke hidangan atas meja 

Crossed in my mind, when I was at my MIL always delicious breakfast was ready. I determined want to do how my MIL did.

Terfikir di fikiran, bila di rumah mertua mesti hidangan yang lazat tersedia. Saya tekad ingin buat macam mertuaku.



There was nothing on the table except the extra curry puff fillings with other basic stuffs. I heard voices wanted to eat cereal, abruptly I was alert and said 'not this morning'. I continued saying, 'you had it yesterday, you might have other meal today'.


Sometime I knew they wanted to have cereal because of the love of drinking cold milk with it. I remind them if you feel like drinking cold milk, drink plain water first. 


I sounded like a nagging mother in the morning, I didn't like that feeling. I do like to say something nice instead. 


Anyway, abang knew what to eat, he prepared tortilla by heating up first. He did it for himself first, then for his sister, adik.


He filled his tortilla with bolognese penne without asking him to use spoon or anything and  adik with honey. Cheerful Thursday morning.


Enjoy your day❤️




Di atas meja tak da apa sangat cuma inti lebihan karipap dengan bahan asas sarapan.


Saya terdengar suara-suara yang inginkan makanan bijirin dengan susu. 


Tiba-tiba saya peka dan berkata, 'tak boleh makan bijirin pagi ni sebab semalam dah bersarapan bijirin. Makan yang lain pula'.


Kadang saya tahu yang mereka mahukan bijirin dengan susu tu sebab nakkan sejuk susu itu.


Biasa ingatkan mereka kalau rasa nak minum susu, minum air kosong dulu.


Bunyi macam berleter pula pagi-pagi. Tak maula berleter, nak cakap lembut-lembut dengan anak-anakku sayang. 


Apapun abang tahu apa nak  makan, dia panaskan pan, letak tortila wraps. Abang buatkan untuk dirinya dulu, lepas tu untuk adik. 


Dia isikan bolognese penne tanpa saya tegur kena guna sudu ke apapun, manakala adik meletak madu di keping tortila. Alhamdulillah, pagi Khamis yang ceria.


Nikmati setiap detik❤️



Sparrows at residential area, a little bit about my dear brother

Burung ciak (pipit) di kawasan rumah dan sedikit tentang adik lelaki saya. 

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


One of sparrows 


Zoom in of sparrows


Beautiful morning with a cup of coffee in hand, I look out, rest my tired eyes especially on school holiday. I feel guilty to hold the handphone when kids are longing to have their  gadgets during off school. 


They have two gadgets that are given by their uncle, Thank you dear brother. We love you. My  brother also gave a gadget to our niece,  we only have two nieces, one is a newly doctor another is at lower high school.  Many boys in our family actually hehe only three girls or granddaughters to my parents include adik (my daughter). 


Actually I searched for a video on eagles at Langkawi Geo Park, when I saw sparrows they are more relaxed, nothing to be aggressive about, just a poke away to enjoy little things. 


I zoomed in and out to get the  clearer vision. Hope you enjoy it. Perhaps next time I post the eagles at Langkawi, majestic arrogant creatures, yet friendly to do a show still. 


Happy Malaysia Day! 🇲🇾❤️


Pagi yang indah, secawan kopi di tangan, pandang keluar rumah merehatkan  mata.


Rasa bersalah juga asyik memegang telefon bimbit bila anak-anak mengharapkan gadget mereka yang biasa diperolehi pada hari cuti.


Mereka ada gadget sendiri, pemberian uncle mereka, Terima kasih adik, kami sayang adik dan merindui adik.  Adik saya juga pernah memberi gadget penting untuk pembelajaran anak buah perempuan. 


Anak buah kami yang perempuan cuma dua, seorang baru je jadi seorang doktor, seorang lagi masih menengah rendah. Ibu bapa saya cuma ada 3 cucu perempuan termasuk adik (anak perempuan saya). Alhamdulillah! Anak sedara lebih ramai lelaki. 


Sebenarnya saya mencari video burung helang di Geo Park Langkawi tapi bila ternampak burung Ciak iaitu burung kebanyakkan lebih tenang, tiada keperluan untuk merancak, mematuk seadanya menikmati di sekeliling saja. 


Saya zoom dekat jauh untuk dapat video yang jelas. Harap harap kawan semua suka. Mungkin nanti saya akan post video helang pula, angkuh dan anggun, tapi mesra untuk lakukan persembahan juga. 


Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin