Pages

Showing posts with label Gifts Ideas. Show all posts
Showing posts with label Gifts Ideas. Show all posts

September 18, 2021

Panda Molly Fish gave birth | Ikan Panda Molly beranak

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)





Sepasang Ikan panda molly baru sampai | A pair of panda molly arrived and adapted well with the environment 




Sehari semalam menyesuaikan diri sudah berumahtangga, beranak pinak. | A day a night, felt home, already make a family



I love windows at the sink, somehow my kitchen's sink is not by the window. I dream of planting herbs by the window or look out for natural light, view of green, gray, blue that influence my mood. 


However, I visualized hard to have a sink by the window, it didn't change a thing (yet) hehe a thing I learnt from a book "The Secret". I only asked the contractors how much it'll cost to build a window, one guy quoted RM800, another quoted RM1000. 


I got over the dream but now created something similar. I put money plants for a start then changed to herbs plants like basil or laksa leaf (kesum). It worked because I hanged an LED light there. I came across the idea to make a shelf or rack to place a small aquarium there. 


Since I already have Guppies, I wanted a different fish species, so I got Panda Molly, kind of small not long like the Sword tail fish.  


I set it up the same way I did to the guppies the post here I doubt that they were as comfy though, as the small rocks seems a bit less.  The plants were also not fully developed yet. I knew the water circulation was not so good,  I didn't redo, I wanted to wait at least a day before I moved them to a proper aquarium, if the water has bubble and too much things moving in the water, I am afraid the fish wouldnt feel at peace to hatch, not sure.. Read a little, apply a little, use instinct the most. 


To my surprise, the pair had a few fry (kids) at dawn , first I was  thinking, could this be worms from the fish pond, coz I took the plant out from there. 


I looked closely, they're Panda Molly juniors. So cute aahh.. sounded like adik hehe.. Later on, we transferred them to a proper aquarium with electriic features. I replaced them back with guppies. 


Grateful always ❤️


Saya suka sinki yang berdepan dengan tingkap. Dapur yang ada ni, sinki berdepan dengan dinding. 


Impianlah juga ada pokok herba di tingkap tu, boleh memerhati cahaya di siang  hari makin memendung hingga ke petang, suasana, fenomena, menpengaruhi mood kan. 


Macamana pun bayangkan ada tingkap, tak ada perubahan langsung (lagi), hehe... terbawa-bawa dari buku "The Secret", magnet rezeki dan sebagainya. 


Saya cuma bertanya beberapa kontraktor untuk reno buat tingkap, ada yang sebut harga RM800, ada yang bagi RM1000. 


Saya lepaskan mimpi, teruskan kehidupan, buat sesuatu je la yang boleh memerhati. Saya letak pokok duit duit untuk permulaan, lepas itu saya tukar ke pokok herba. Memang menjadi sebab saya letak lampu LED di situ. Terbit buah fikiran untuk gantung rak dan letak akuarium pula di situ. 


Disebabkan sudah ada ikan Gapi, nak pula species ikan lain, jadi Panda Molly penyeri dinding sinki. Ikannya kecil tak sepanjang ikan berekor pedang.- Sword tail. 


Saya buat sebagaimana saya  telah lakukan pada ikan Gapi boleh baca di sini , tapi ragu ragu keselesaan ikan  sebab bekasnya kecil, saiz Panda Molly besar sedikit dari Gapi. 


Batu-batu tidak berapa mencukupi, risau juga, manakala pokok duit-duit tu pun tak begitu besar, dan nampak macam sistem udaranya tak begitu bagus.  Saya tak buat lain, saya tunggu sehari lagi, lepas tu baru lah pindah ke akuarium yang lengkap. Jika akuarium yang ada berbuih. Air bergerak sangat pun, ikan-ikan tak rasa tenang untuk bertelur dan menetas. 


Terbaca teori sikit, praktikla juga sikit, yang banyak adalah mengikut naluri hati. 


Terkejut di subuh hari, pasangan ikan panda molly sudah berjaya berkembang menjadi kepada 12 ekor anak ikan. 


Pada mulanya saya ingatkan ulat dari kolam ikan luar sebab saya ambil pokok dari sana. Perhati betul betul, memang keturunan panda molly, memang sah mereka satu keluarga. Comelnya aahh..berenang-renang, berbunyi macam adikla pula bila nampak kucing terus dia jadi mama kucing hehe..


Selepas tu sekeluarga ikan panda di pindahkan ke akuarium berperalatan lengkap.  Gapi pula diletak di depan sink.


Syukur selalu ❤️

September 13, 2021

Me Time for a fish? | Masa bersendirian untuk seekor ikan menetaskan telur-telurnya

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 

Fish needs alone time to hatch 10 to 20 fry. 


Biasa minta jurujual ikan tolong pilih ikan betina yang perutnya ada telur 

We used to ask the sales guy at the fish shop to choose the fish with a big tummy. 



In one phase of my life, by chance I indulged in taking care of fish.  First, I became interested in rearing gold fish inside a big fish bowl. I bought the bowl and filled it with two gold fish for display in the living room.


I even shared with adik the idea to buy fighting fish for a present, then it lead me to have some guppies in the room.

I got to learn to set up the fish aquarium without using filter from one of my relative. 


When that idea implemented, I kept arranging cookies jar converted to aquarium. Fish in jar is also set as a present for the teacher's day. Adik brought the pair of guppies, while abang gave a pegaga plant for their respective teachers.


The condition you need to set up an aquarium for guppies without a filter; You need four things for a natural circulation aquarium.


Items to set up a natural aquarium:


  • A container, round or rectangle or square.
  • Rocks or pebbles
  • Water Plants
  • Filtered water or dechlorine solution for tap water. 


One day we decided to put one female alone in a aquarium. Then a surprise happened the very next morning. So excitedlly to see the fry (newly hatched babies) like 10 to 20 swimming in groups, they looks like tadpoles giving goosebumps to me at the same time. Of course I am excited, started to dreaming of my own fish shop, also want to give some to my friends. The feeling on that day was like I just got MYR2 Million hehe.. 


Love❤️

 

Ada fasa dalam hidup ini, saya terjebak dalam hobi membela ikan. Berminat lebih kepada ikan emas dalam balang bulat dan diletakkan di sudut ruang tamu.


Pernah saya berkongsi idea dengan adik yang mempunyai minat yang sama untuk memberi ikan laga sebagai hadiah, selepas itu terbawa-bawa pula untuk menghias bilik tidur dengan ikan gapi. Saya belajar dari seorang saudara saya tentang penjagaan ikan  tanpa mesin oksigen atau "filter".


Bila dapat idea terus saya buat akuarium dengan balang biskut. Ikan dalam bekas pun dijadikan hadiah untuk hari guru. Adik bawa sepasang ikan gapi, manakala abang bawa pokok pegaga untuk guru yang  masing-masing mereka kasihi. 


Bahan yang diperlukan untuk menyediakan akuarium tanpa mesin oksigen  untuk gapi ada empat iaitu:

 

  • Bekas plastik, balang biskut yang sedang saiznya. 
  • Batu sungai atau batu bukit bersaiz kecil atau campur. 
  • Air tapisan atau air yang dikeluarkan klorin dengan cecair dechlorine.
  • Pokok air atau pokok duit-duit. 


Suatu hari saya telah asingkan ikan betina dalam bekas lain iaitu akuarium kecil. Paginya kami dikejutkan dengan anak-anak ikan yang begitu ramai. SubhanAllah! Teruja melihat ikan beranak pinak dalam 10-20 ekor berenang selonggok bagai berudu, naik meremang bulu roma. Mula berangan-angan nak buka kedai jual ikan pun ada, nak beri sebagai hadiah kat kawan kawan pun terlintas, rasa pada masa itu bagaikan dapat duit RM2 juta hehe.. 


Salam❤️

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin