Pages

Showing posts with label Kids. Show all posts
Showing posts with label Kids. Show all posts

November 1, 2014

Olive oil / minyak zaitun


botol kosong minyak zaitun dijadikan vase bunga yang dipetik oleh anak-anak / empty olive oil bottle recycle as vase for flowers picked by kids

Sejak Faiq batuk malam adalah mulanya minyak zaitun ni menjadi bahan keperluan di rumah. Dari umur 2 tahun lebih lagi, ada rakan en hubby jual olive oil ni cakap boleh menghilangkan batuk, syukur.Jadi saya cuba la letak dalam masakkan terutama untuk Faiq, lama kelamaan untuk sekeluarga. Kalau nak lebih elok letak selepas masak. Sebetul ambil satu sudu teh lagi bagus tapi Faiq ni tak suka makan macam ubat.. Lagipun masa Faiq baby, dia tak suka minum air masak, bila diberi air kosong lagi batuknya dibuat-buat. Jadi cara diatas la sesuai buat masa ni. Tapi Faiq dah besar ni baru minum air kosong air manis tak minum langsung, walaupun begitu, minyak zaitun tetap diamalkan. Alhamdulillah♡♥

english version
not sure how it started olive oil became our main household. i could guess when Faiq cough at night. luckily, mr hubby's friend who recommended it as he said proven coughs cured.since Faiq 2 years old we family take olive oil in our food preparation. It is better to put it after cooked meal or best take it solely per yea spoon but Faiq do not take this as medicine. Faiq exagerated coughs when given plain water when he was a baby, as he grows he takes only plain water, not at all sweet colored drink. Thus, olive oil remain as daily intake.

October 22, 2014

True Colors / Warna sebenar

Sejak dua menjak ni saya memang sibuk, kadang perlukan bantuan dari pihak mana-mana untuk menjaga anak-anak di setengah-tengah lokasi. Walaupun begitu, hati ini berbelah-bahagi untuk melepaskan anak-anak kepada mereka yang kenal betul dan yang tak berapa kenal ni. Jadinya Tuhan menyebelahi saya la rasanya sebab bila saya tanya yang ramai-ramai ni hanya untuk mendapat info masa terdesak, boleh ke tak mereka ni menolong...Terserlah sangat mereka tak mahu, ada yang mengaku jaga cucu sendiri pun tak nak (kesiannya kat cucu tu)...siap sambung lagi semua dekat umah dia pun tak mau, bila saya cakap ramai tak perlu duit dah la ni kita dah maju kan, terdiam seketika, lagipun bukan saya tanya dia pun cuma buka cerita kalau-kalau ada yang dia kenal mahu dan sudi.

Yang lagi satu pulak, cakap mereka ni RM100 sejam tak layan beb, saya bersyukur saya ada dan boleh beri.  Kesimpulan yang terlintas di fikiran saya mungkin orang sini sudah mewah. Walaupun yang ambil ratus untuk 2 jam tetapi ternampak susu cair sangat macam air bila tanya, jawapan diberi sukatan salah dan mengaku dia sendiri tak jaga, anaknya yang baru 7 tahun keatas yang buat susu dan jaga itu memberi isyarat kepada saya supaya saya tak boleh hantar lagi nanti kan. Berterus-terang begitu pun bagus juga kan.. bertambahlah orang asing di Malaysia nanti kerana terpaksa. Saya ni kalau rasa teraniaya atau menjadi pilihan untuk berseronok sahaja sebab di atas ni ada yang saya kenal dari saya baby lagi (bukan ahli keluarga) dan juga baru kenal, saya akan doa yang terbaik dan percaya Allah makbulkan. bestkan :)
sedang mencari rama-rama/looking for butterfly

Surah Al_Nasr (The Help)
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan
Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
 Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.


Since now and then, I have been quite busy, sometimes help needed from some parties of some locations. Even then, my heart is heavy with divided feeling to let my kids to be cared under known parties or unknown. So God had to be on my side as I believe the answers were most nos from them. I asked just in case for my desperate situation that I might need. Obviously that they were not willing to, some had admitted that even their grand children they do not want to, even around their housing area. Actually I didn't ask them, I was just broke the ice and bring up the topic, if I am lucky, I would have chance to have help. then I just mention that now people here are successful and money are not in need, suddenly quiet moment for awhile after i said that.

Another time, I got the response that said they dont bother RM100 babe. It matters to me and grateful that I have and I can give. To conclude here that crossed in my thoughts perhaps people are successful and achieved financial freedom. Even though I had once who willing with RM hundrehs but confessed that she didn't take care but let her daughter did, and brought back with me diluted milk like water, when asked wrong measurement as the daughter did. In a way giving me hints to not want me to send kids again. Though I gave hundreds for few hours. In fact, telling upfront is always good, moreover its a sign that foreigners will be more here under desperation. For me when feeling betrayed or persecuted or im an option to have fun, I will pray and believe that Allah will grant me.I am the lucky one right: :)

The Help
  When comes the Help of Allah, and Victory,
And thou dost see the people enter Allah's Religion in crowds, Celebrate the praises of thy Lord, and pray for His Forgiveness: For He is Oft-Returning (in Grace and Mercy).

August 1, 2014

ketenangan minda / peace of mind



cahaya malam bandar JB menarik perhatian Faiq. Katanya ternampak cahaya mercun dari jauh.

         Bila faiq di bandingkan dengan sepupunya, tanpa rasa ingin terangkan apa-apa, saya percaya faiq lebih mesra dan lebih berani berexpresi dengan descripsi. Mama, kat belakang rumah ni ada anak-anak kucing comel, ada masa lain Faiq tegur bapa ayam,,hey bapa ayam, saya ayam betina sambil berbunyi clark, clark!!!.ada kala juga, panggil sepupunya, hey boys!!! pula :)


english version
faiq attracted to the jb night lights he said. he saw fireworks light from far.

         When Faiq was compared with his cousin without having the need to explain anything, i believe that faiq is friendlier and brave to express with decription like, Mama, i saw cute kittens at this back yard and at another moment he even say "hey rooster, i am a chicken with making a sound clark clark!!!. at times call his cousins, Hey boys!!! :)


 * perasaan yang senang dipupuk adalah "percaya" sebelum melihat.
*;the feeling that is easy to nurture is "believe" before to see.

July 12, 2014

Doa termakbul / Granted Wish

Lepas baca entri tentang doa termakbul di blog blogger Happy Ichigo http://ichigofieldsforever.blogspot.com/2014/07/hajat-untuk-anak-yang-sedang-potty-train.html?m=1 saya berazam nak berdoa dalam solat dhuha hari ini dengan berhajat nak kan Faiq bole pee berdiri di tub urine di sekolahnya. Di rumah biasa Faiq prefer duduk di toilet bowl.

Saya sedih sebab saya rasa Faiq pun sedih nak cuba buat adjustment seperti kawan-
kawan lelakinya. Berdiri tapi bukan atas lantai, saya tahu bila Faiq terpee di atas lantai bilik air, Faiq akan cakap no good no good mama. InshaAllah Faiq boleh pee berdiri di tub tu. Lagipun Faiq dah berdikari, dari ambil towel sampai habis pakai baju balik lepas mandi dah boleh buat sendiri. Cuma saya check sabun kat badan dan rambut Faiq ja.


July 8, 2014

cerita-cerita yang releven / perkahwinan/ ajar anak

Emak bercerita yang bapa mahu "tupperware" biskut yang air tight, emak kata memang ada tapi biar dalam bekas yang dari kedai tu pun ok boleh tahan jugak. Bapa duk takut biskut masuk angin, emak kata "nanti i makan, u makan habih la" lagipun u enjoy makan biskut tu lagi bagus sebab ramai yang dah masuk dalam "tupperware", yang kita duk sibuk cari tupperware untuk biskut.

Emak saya berpesan masa Faiq baru lahir, kita ni ibu ajar anak bukan anak ajar kita..jadi menyusu,,4 jam lagi baru bagi pulak, elok untuk ibu elok untuk perut anak jugak, rehat.. saya pun cari jalan,  bila Faiq nangis saya bagi air, Faiq masa baby dah pandai komunikasi, bila bagi air, dia batuk, bagi susu dia ok..

Kakak saya cakap jaga anak-anak dia masa dulu senang ja, bila jalan anak dia yang 5 tahun dan 3 tahun mahu jalan betul betul tepi mummy mereka, tak lari mana sebab dah bagi amaran, mereka  strict juga..jadi saya pun cakap tolong la bagi tips macam mana nak Faiq tak lari...anak buah saya iaitu anak kakak saya yang dah besar cakap "kami dapat message (pesanan amaran tu sebab tu kami faham tak boleh lari. oh kena bagi isyarat kat Faiq bahawa lari ada denda ka..mereka dah terlambat..

Semalam Faiq cakap dia tak mau honework, saya tanya kenapa, sebab menulus
menyakitkan jarinya kerana pensil keras,,tu daya cakap jangan tekan sangat...
Faiq lukis muka dia pun dia cakap mama tak payah beli lagi topeng spiderman sebab dia lukis terus atas muka..

July 3, 2014

Sedih, cuba empati / Sad, try emphaty

Memang sedih bila Pemilik Tadika/principal Faiq tegur yang Faiq tak mau buat itu ini...dalam kata pendek Faiq tak dengar kata.Tambah-tambah depan Faiq..kalau boleh bagitau la masa Faiq tak da. Saya dengar ja..
Beberapa isu jugakla..

Hari ini saya bangkitkan satu isu dan yang  berhubung kait isu yang sama saja dulu.
Principal cakap Faiq makan nak bersuap ambik masa sampai 45 minit...
Faiq tak sama dengan budak lain..

Yang ni terpaksa saya suarakan..Saya cakap pasti dia lain tapi dari segi apa, Principal cakap budak lain makan apa saja, tak memilih..

Saya call en hubby, dia kata sekolah ada "slack" kat mana-mana tu...en hubby kata nanti tukar sekolah kut...

tak mungkin sebab saya terbaca surah Al-Ahzaab :16

Katakanlah "Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja.


Saya pun cakap tak pa la nanti saya call Principal dulu...sebab saya tangkap komen en hubby slack sekolah tu mungkin ada salah pengurusan mungkin betul jugak saya rasa..saya pun masuk diri (empati) saya bahagian Principal dan sekolah ...

Jadi saya call Principal.

Saya mula dengan soalan bagaimana hendak kendali Faiq untuk memudahkan guru-guru...belum principal jawab, saya sambung lagi..

Faiq dah makan lambat dan kena suap lagi...jadi saya cadangkan skip je sesi tu..nanti Faiq balik makan kat rumah lagipun cuma 2 jam je lambat, saya sedia snack dulu ( ya saya letak Faiq lebih masa yang disarankan oleh Principal sebab nak buat homework bersama murid lain)

Principal cepat ja suka hati cakap nanti dia cakap dengan Teacher kelas tak perlu suap Faiq lagi..

Principal cakap dia hormat keputusan saya untuk tak beri makan dulu tu atau sedia bekal... nanti dia bagi tau progress Faiq..

Dalam hati saya tak pasti kenapa Teacher suap nasi kat Faiq. Faiq bole makan dengan camca ataupun tangan. Faiq memilih tu saya faham, rasa budak lain pun ada citarasa masing2.

Kesimpulan Teacher suap Faiq tu membuang masa duduk di kerusi makan, jadi Principal tak suka..saya pernah dengar aircond pun tak boleh tinggal seminit pun kalau murid tak da, kadang tu join class lagi sebab nak save current. satu ketika tingkap tanpa grilĺ terbuka sebab guna kipas.

Insiden ini menyedarkan saya bahawa Principal tak dapat tegur Teacher, Faiq tàk ditegur makan sendiri. Komunikasi memang penting. Nanti sambungla :) Walaupun senyum saya soĺat hajat jugak nak tenang..












July 2, 2014

baju raya anak 2013 / kid eid dress 2013

1 8 bulan - kurung moden dari Aeon Jusco


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).



surah Al-Araf:26



O children of Adam, We have bestowed upon you clothing to conceal your private parts and as adornment. But the clothing of righteousness - that is best. That is from the signs of Allah that perhaps they will remember.




















June 30, 2014

pesanan untuk anak / mesage for children

Biasanya, bila ingin mengenakan kain labuh, saya menyarung dulu seluar legging sebab kereta saya agak tinggi, jadi kaki tergantung tu tertutup dengan seluar, rasa selamat skit. Tapi Faiq tegur kenapa saya pakai legging sebab legging untuk tidur, jadi cepat2 saya sarung kain, Faiq cakap yang ni lebih bagus.( thats better).


kadang berulang pic berulang



"Wahai anak kesayanganKu, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
 

"O my son! establish regular prayer, enjoin what is just, and forbid what is wrong: and bear with patient constancy whatever betide thee for this is firmness (of purpose) in (the conduct of) affairs.



June 27, 2014

komunikasi dengan anak-anak/ communication

Lama tak cerita tentang Fadya, masa mengandung Fadya saya tak makan daging banyak sangat sebab nak anak perempuan ikut tips kawan-kawan. Lepas bersalin / pantang ja terus cari daging heee..:) Walaupun petua suruh elakkan tapi tak ikut sangat sebab sayang mineral untuk baby patut bagi jugak skit2. (mama teringin tu hehe )

Time Fadya membesar ni, emak saya pesan komunikasi tu penting, maksud beritahu dulu baru tarik tangan Fadya yang nak pegang itu ini. Saya banyak beritahu dengan Fadya. Tapi kesian banyak komunikasi yang melarang sebab Fadya dia lebih ke memunggah macam mama cari baju dalam timbunan. Faiq lebih ambik satu,  fokus perhati cuba dulu baru letak balik. Jadi saya tanya Fadya cari apa?  baru Fadya bawa satu barang tunjuk, mama cerita tentang barang tu haii..ambik yang lain pulak ok la skit..
1.10 bulan

Dari baby 9 bulan ke atas bila nak susu, dia tanya "mana susu" dengan tangan2 sekali sebab kami suka juga main aci lut dengan dia, bila tanya mana Faiq, dia cari..bila nak susu pun tanya mana susu, mana pillow bukan "nak" susu...tapi sekarang cakap nak :)

Fadya nak masuk 1 tahun lebih baru fokus tengok kartun, sebab dia lebih explor dulu, tekan benda bergerak di tv tu..suka pergi ke sliding door cari bird atau cat..jalan cepat, panjat memanjat pun cekap..dengan sabarnya tanya nak ambik apa mmm..

Jarang nangis sebab selalu diberi sebelum minta hee.. bila nangis buat biasa buat shoooo shooo...budak-budak jadi tenang..


kesimpulan Fadya lebih memahami bila beritahu tapi lebih bercabang kemahuannya,  nak susu,  nak tilam bantal, susu kosong pun bole layan. Faiq nak susu yang sedap sebab bila susu nak habis saya kurangkan lebihkan air, dengan harapan dia ada botol bole tido cepat (mama nak trick ni ) tapi dia bagi balik dan cakap rasa macam air. fokusnya memang nak susu bukan pasal botol ke atau nak tido ke apa... botol kosong bagi balik atau letak atas meja, baru tido...tapi lebih suka bantal sendiri... makin besar makin ada tolerasinya..InshaAllah

Salam Ramadan, its a newer begining..






June 26, 2014

Teguran / Advice

english version below

Bila dapat tahu ada gabungan franchise sekolah daerah lain dengan sekolah Faiq, perasaan saya menjadi tak menentu tertanya ada kebaikkan atau tidak dengan murid makin ramai ni...

Saya mengimbas kembali awal tahun ni, ada guru yang berhenti kerja di sekolah itu sebab bahagian pengurusan yang tidak memuas hati, dan memberitahu bahawa ramai yang tak menghantar budak-budak di situ. Oleh sebab demikian sekolah itu kosong, memang saya nampak perubahan di rak kasut pun sudah menunjuk murid sangat kurang.

Bila hantar Faiq pada awal tahun ni memang guru akan datang memberitahu itu ini tentang Faiq..."saya ni baru ja melatih minda untuk pandai tengok hikmah dari teguran, tengok kebaikan atas situasi...

Saya mengaku dalam perbualan dengan guru tapi pasti menghabiskan ayat.."yang penting kita memupuk minat Faiq ke sekolah"...dan guru setuju...

Hari ni...saya dapati rak kasut penuh sampai melimpah ke lantai...punya ramai murid...rasa sedih pulak...
mungkin guru pun tak sempat nak perhatikan Faiq lagi...

Setiap teguran saya ambik tindakkan...tak pernah terlintas Faiq baru nak masuk empat tahun, guru dah nak suruh dia itu ini...saya anggap Faiq mesti kena boleh juga...bagi ajaran dengan teladan...

contoh...Buat apa weekend...Faiq mungkin tak pasti apa weekend.. terangkan... atau berlakun dengan suami soal jawab ini...

sampai Faiq ada kemahiran mendengar... masa 3 tahun lebih...dia akan tanya "So how baby"  bila keadaan yang kelam kabut tanya saya,  itu soalan saya pada suami hehe...biasa la bila mengeluh..so howw babyyy hehe...(macammana ni sayang)

sambung soalan weekend tu jawaban Faiq ialah...went to the town house  pegi ke "rumah pekan"...mungkin guru tak faham sebab kami panggil rumah maktokwan ni rumah town house... saya ingat lagi anak buah saya kata hotel rumah condominium/aparment tu:) Bergantung pada persepsi seseorang itu...jadi...guru cakap murid-murid pergi tesco, aeon...Faiq lain macam duduk kat rumah tapi dia perbetulkan bukan tapi..rumah lain...

Saya latih minda bersyukur bila menerima teguran (apa orang kata ni) sebab mata mana lagi boleh tolong tengok kalau bukan kawan-kawan, guru-guru yang saya hormati...jadi terima kasih kepada mereka nampak juga kebaikkan kita atau sebaliknya.... ya bila sebaliknya susah skit kan...yang ni membuatkan kita lebih tabah dengan tindakkan, ringan ja menerima..bila tahu solusi...latihan minda perlu lebih..

Ingin naik sebelum matahari...

2013

English Version
When they acknowledge me that the other part of the town's school franchise had merged with Faiq's school, my mind divided itu goodness or otherwise..with increament numbers of kids.

Flashing back early this year, there were teachers back off and left the school due to the unsatified management system, even told me that I could see the only few kids there. Infact the shoe rack showed the few numbers..

When sending Faiq in the morning, sure the teacher came told this and that about Faiq..that he supposed to do this above his age or at his age...everytime I knotting head but ending with saying, we must make him love school anyway...( at that time i started train my mind to see good things of any situation...)

Today I realised that shoe rack are fulled and filled the floor too with many shoes...it sadden me that I figure there is some adjustment on teacher parent communication would be less as lack of focus and time on Faiq...

Every advice I took it with action, it didn't crossed in mind that Faiq was just turning 4, was ok for him to be like that, he had to move further i figure, with teaching by parents as role model, by action for him to observe and do with thinking..

Example ...Where did you go during the weekend...maybe Faiq was not familiar with the word weekend...so we explained to him...infact we husband and wife acted like we teacher and kid, to demo it to him...sometimes he imitate us..."so how baby" the question i asked husband at sighing time...

answered Faiq was went to the house or town house...we know this because we call it grandys house is town house so he pick it up..I remember my nephew called condominum or apartment, hotel...different perseption to accept..

Teacher told us like other kids anwers are Tesco, aeon but Faiq's kind of the kind...like staying in the house..

I train my mind to be grateful receiving advise as ( what people say) as where could I possibly find eyes that could see the good and bad in us... if not friends, family, teachers that i respect...when receiving goodness is easy instead of the other way round...but that is the training all about...the strength developed...

I want to rise before the sun...



June 19, 2014

lepas satu, satu tentang Faiq / after one another about Faiq

Bila saya menjemput Faiq awal sikit, saya dapat lihat Faiq sedang duduk dan memegang pensil, saya bersembunyi tepi dinding dengan harapan dia tunduk sekurang nampak dia menulis. Saya perhati kawan-kawannya khusyuk menulis. Tapi saya terpaksa berfikir kelebihan Faiq ni mahu juga duduk sambil pegang pensil, fokus duduk di kerusi dan mejanya. Duduk mengedap, Faiq ternampak saya, dia terus bagitau Teacher, mama ada sini. Teacher ambik buku dia, dia pun bangun, ambik beg dan botol air, siap kata bye friends lagi dengan cepatnya, sampai kat pintu kata bye lagi, aihh lega sangat ka nak balik...

Kat pintu Faiq cakap nak pee dengan poop, saya ni segan pulak nak masuk balik pegi ke toilet. Saya cakap dengan Faiq tahan dulu, macam tunggu papa untuk swimming, Faiq faham tentang jaga keselamatan "safety violation" sebab diajar kat TV, kena ada papa dulu baru boleh lintas jalan tu...tapi kadang dia belakun nak jugak terjun dalam pool imaginasi dia, sebab dalam TV tu ada budak degil, dia ikut yang tu pulak.

Bila sampai, dia terus ke toilet, saya bersyukur dia dapat tahan, sebab budak macam Faiq ni kalau nak ke toilet kena cepatkan, tak bolehla sampai 15 minit, kalau tidak saya kena buat dua kerja la...Tapi lepas selesai tu, tak mau basuh pulaa...dia minta kertas, dia kata Teacher bagi kertas..aik sejak bila pula guna kertas toilet ni, umah pun tak de cuma gantung ja buat perhiasan atau untuk mengeringkan.... ok dia nak kertas, saya terangkan lebih baik basuh dengan air, guna sabun matikan bakteria...dia pun ok sambil kata teacher guna kertas...Ni kali kedua dia nak kertas ni...

english version
When I fetched Faiq lilttle early, I saw Faiq was sitting down and holding pencil, I purposely hide behind the wall hopefully I saw he at least bend his head down and write. I noticed his friends focusing on writhing. But I had to think of the upside of Faiq as he at least sit still and hold pencil, focusing sitting down at the desk. While I was watching, he saw me, he straight tell teacher that his mom was there. Teacher took his book and he stood and took bag and bottle water, wave hands to frienda abruptly, at the door turned and said bye some more, aihhh like really a relief got to go back home..

At the door he said he wanted to pee and poop, I was thinking to do it at home, lazy to go in the school again. I told him to hold like patiently wait for papa to go for swimming as he just learn to be patient to wait for adult for crossing the road or swiming, but he even act to go in the imagination pool like stubborn kid.

When arrived he straight went to the bathroom, grateful he made it coz like him  need to attend to him when he told us that he wanted to go to toilet. But after he finished he wanted paper to clean it, since when we used paper to clean, we used water and soap to clean the germs,  then he follows while saying teacher used paper only.





June 17, 2014

tiba terfikir / thoughts of life

Melihat faiq dan fadya, bersyukur kerana kewujudan mereka, hidup ini lebih penuh tetapi tanggungjawab sangat besar tak seperti dulu, semasa saya bermain dengan anak buah, ceria tanpa risau kerana saya tahu mereka di lapis dengan penjagaan oleh ibu bapa mereka dan maktokwan juga memikirkan tentang mereka.

Dengan anak-anak,  kami mengutamakan mereka dahulu seperti keluar malam dikurangkan kerana anak-anak perlu tidur awal dan menghabiskan kerja sekolah jika ada kerana ini memupuk Faiq menjadi lebih bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu hingga habis, atau mengaji untuk mereka memahami salah satu amalan kehidupan juga selain solat. Atau membaca, sekurangnya Faiq menunjuk minat menyelak mukasurat buku dan terangkan apa yang di lihat seperti juga menonton TV. Hidup lebih baik kerana mereka makin membesar...
di mph



Terima kasih kepada rakan blogger yang sudi join GA 13-16 Jun iaitu
1. Blogger Kak Zakie -
2. Blogger Sara
3. Blogger Rai Ourkizuna
4. Blogger AtieYusof Family
5. Blogger Sura Mohd
6. Blogger Nurul

Pemenang nanti saya umumkan nanti ye..
Terima kasih sangat kerana sudi join GA kecil-kecilan ini, jika ada lagi, harap semua dapat join lagi :)

english version thought of life
Looking at Faiq and Fadya, I feel grateful with their existence, life becomes whole but responsible is bigger not like before I played with my nephews, cheerful without fear because I know they are in layers of caring parents and thoughtful grandparents.

With kids, we put them first like hanging outside at night we particular to make it less because kids need to sleep early and finish homework if any, this is to ensure he could endure his responsible to finish one task given , or citing verses for them to understand it is one of the ritual life other than prayers. Or to read books, at least I have noticed that Faiq showed interests in books even flip pages like how he showed interests in watching TV. Life is getting better though, as they grow...




June 12, 2014

solat mama / forgive me

malam kemarin, saya perasan Faiq minta  susu berbotol-botol, biasa saya suruh dia tidor dulu sebab baru lepas minum. Tapi kali ni saya buat juga. Dia pun ucap thank you. Dalam tengah malam macam tu, saya di kejut oleh en hubby sebab minuman panas belum minum lagi. dengan tak sedar saya keluar sambil tutup mata kut sambil minum, pastu terbaring  depan TV kut, tapi en hubby kejutkan untuk tidor dalam bilik. saya pun rasa selesa rasa nak tido betul2 kali ni. Tetiba  Faiq kejutkan saya dengan memberi saya botol kosongnya. saya dengan mamun cakap nanti, tido dulu.

rasanya tak lama kemudian Faiq jerit mama solat lepas tu boleh buat susu, tapi saya ni sangat ngantuk sebab baru balik dari perjalanan jauh  hujung minggu, rasa memang longlai sangat. bila dah bangun waktu subuh. sedihnya saya tak buat susu untuk Faiq sampai kejut untuk solat dalam hatinya pasti saya akan bangun kalau kerana solat dari panggilan lain. rasa nak minta maaf kat faiq sekarang ni, maafkan mama, inshaAllah saya bangun solat tahajud bersama dia nanti.



Last two nights, i realised Faiq waned more than two bottles of milk, normally i asked him to sleep first, later on I would make another one middle of night. but this time i made it anyway so that he could sleep. he even said thank you. late night like that i was awaked by mr hubby because the hot drink i havent drink. half awaken i step out of the room with closed eyes i drank the drink and lied infront of tv. but mr hubby wake me again to settle on bed. I feel relief and need some real sleep. suddenly Faiq wake me up by giving his empty milk bottle for me to make for him. with mumbling i said later, sleep first.

not long after that he raised his voice and said mama solat than can make milk for him. because of i came back from long journey during long weekend i felt very flat. when i woke up it was dawn already. sadden me i didnt make milk for faiq though he figured the best way for me to wake up is only for solat but i failed to show solat is stronger than any other call. feeling to apologise to him soon,;so sad,  aim to solat tahajud with him.

June 9, 2014

majlis baca yasin / reciting yasin ceremony


semperna kedatangan ramadhan, kami dijemput menghadiri ke majlis baca yasin kepada sedara yang telah kembali ke rahmatullah. kami bersiap, pergi menjemput emak bapa kerana bercadang pegi bersama. Sampai disana, keadaan tak dapat di kawal, faiq fadya jadi teruja terlebih macam dalam foto dibawah, terlalu inginkan perhatian.
Sebenarnya mereka ni belum makan, jadi saya terpaksa  bawak mereka ke dapur bagi makan dulu barulah jadi aman skit...

Biasanya cara saya bagi budak-budak makan dulu sebelum sampai ke majlis tapi kali ni mereka cuma lalu susu sahaja sebab suhu badan tinggi skit. Jadi bagi minum 100 plus untuk Fadya, Faiq susu dan air sebab dia tak minum 100 plus. bila kenyang air tak nak makan tapi lapar bila sampai Alhandulillah suhu badan pun turun.


english version.
we were invited to reciting yasin since the ramadan is approaching. we decided go with our parents. when we arrived the kids became excited. overly then i realised I didnt feed them. the did everything to attract attention. i call them to the kitchen and feed them something than only they behave at least well.

my way usually feed them full but this tine they had a bit of temperature snd refuse to take anything but liquid like 100plus but not faiq he only dtink milk and water to lower the temp.




June 5, 2014

tolong bawa mereka pulang ke ibu mereka / home

Pasu pokok teratai telah diisi dengan tanah dan ditanam pokok duit duit dan sedikit pokok pegaga. Tetapi Faiq pegi korek jadi kolam, makin lama makin tanah tak da cuma air hujan. Bila di perhati betul ada jentik-jentik. Kami panik beli ikan guppy enam ekor (ikan kicik tu boleh makan beribu mengikut alam sekitar baru-baru ni buat projek melepas ikan ini dilongkang atau parit, tasik). Terjumpa dalam kosmo 2005 tapi baca dalam paper baru ni kat kedai.

Sekarang ni setiap pagi Faiq akan beritahu "mama, tolong bawa ikan-ikan tu balik ke mama mereka please", walaupun papa dia dah terangkan ikan tu bukan baby tapi dewasa nanti ada baby sendiri. Dia masih ingatkan kami, the fish want their momma.

sorry pic tak clear

the pot filled with water found aedes, we decide to release  guppies that believed could eat them but Faiq worries they miss their momma, ask us to bring them back to where the guppies belong.

concern and care..

June 4, 2014

2 tahun mengajar senaman / 2 yr old teach exercise

Cuti sekolah ni, Fadya 2 tahun lebih di hantar menghadiri aktiviti cuti sekolah. Teacher whatsapp foto Fadya bersenam, masa jumpa saya teacher cerita expresi Fadya bila tersalah pilih dia akan jerit ohh nooo. dan macam2 posisi dia ajar teacher senam.

Masa hantar Fadya pun, dia terus wave tangan selamat tinggal. Terus tarik tangan teacher suruh masuk. Dia pandai ambil tisu lap air mata budak yang sedang menangis.

Saya tak bercadang untuk sambung Fadya ke sekolah pun sebab dia tak cukup umur lagi.

Fadya 2 + yr old is brave to demo exercise to her teacher. And give no expression when she wrongly chose something. She got the talent in exercise and consoling kids that are crying with tissue  to wipe their tears.

have a splendid day :)

May 29, 2014

cara faiq dan murid-murid / kids have their own way

Faiq masih nak mainan walaupun baru dapat mainan baru. Saya tak pasti nak atasi hal ni sebenarnya. Saya cakap dah ada kat rumah. Dia nak kereta kuning yang macam bumblebee tu. Saya memang cakap tak boleh.

Saya tarik tangan dia sambil baca Ya Latif dan baca Al-Fatihah dalam hati ingat nama dia. Bawa  masuk dalam kereta Faiq menangis sambil ucap Lailla haillAllah na MuhamadaRasulullah. Lama jugak sambil nangis saya rasa nak tergelak pun ada bila dengar. Pelan-pelan saya buka lagu Maher Zain yang campur2 kompilasi... dia sambil perlahan berzikir dengan nada nangis berhenti sambung lagu I need Allahu.. kuasa zikir mententeramkan keadaan serta mak dan anak mungkin niat lain2.

Teringat insiden ( walaupun ini tak berkenaan) dimana murid-murid sekolah asrama yang bagus dan menjaga status sekolah biasa mahukan murid yang berdisplin. Tetapi murid lebih bijak untuk keluar dari sekolah melakukan perkara yang bertentangan supaya mereka boleh balik sekolah dekat dengan rumah. Dari situ sekolah perasan yang sekolah rugi murid-murid dari keluarga kaya sebab rumah lagi selesa ada tv jadi perubahan dibuat ke atas undang-undang cara lain tanpa keluarkan budak-budak ini.

why dont you buy this car mama ?

saja tanya dia suka ka kereta bumblebee - yesh...i like sambil peace :)



it seems faiq outsmart me with the verses i cited and he did the same,  the power of verses calmed himself instead and myself too and we went home peacefully though he teared silently.

it reminds me of the incident where the pupils outsmart the school rules to escape staying in the boarding school by doing unpleasant  activities. And the school noticed this that they are losing pupils and replace with the rules and see the different on kids. though this is not relevant but need to note it.








May 23, 2014

Exam / Ayat

6 months
budak ni ada exam hari isnin dan selasa lepas.


Ayat Faiq sekarang ni,  dari 3+ - nak 4 tahun.
"Mama bijak (you are a genius)". bila saya jawab soalan dia tapi saya selalu puji dia pandai je.
Papa, robot saya pecah sebab jatuh dilantai. (my robot is broken because it fell down)
Papa, saya suka hitam sebab kereta papa warna hitam. (i like blacķ coz papa's car black)
Bawa kertas dengan gunting dan cakap "mama, saya potong" (i cut mama)
Mama, saya nak kertas  (masa saya duk buat entri ni).  
Mama, saya tak dapat jumpa gunting yang besar". 
mama, saya berhati-hati. (dah mula ni cari gunting besar pulak tak mau yang budak2 punya pulak)

mama, sekarang ni hari hujan.
mama, tengok bintang / stars. doa mama, suruh Faiq
saya cakap doa kat Allah bukan kat bintang. 

Bila saya gantung telekung dengan hanger di tempat gantung tuala, Faiq cakap "nampak lain mama sebab boleh gantung terus sini tak perlu hanger'.

kalau suara saya lemah, dia tanya "mama, mama ok? atau mama sakit? (are you ok mama?are you hurt?)

mama, saya mandi sendiri, mama pergi tengok tv ok.
kala cari saya, mama di mana mama,  mama, bua apa tu?

Emak saya tanya atas mata tu apa sambil tunjuk kening, dia tahu kening (eyebrow). 

Rasa biasa ja kut saya yang ok juga ayat Faiq ni
saya cuba tukar kartun al-hijrah tapi tiada beza. Lihat foto bawah tu cerita antarabangsa.
tv alhijrah

Bagaimanapun saya teruja dengan sebudak perempuan bahasakan diri kakak, kami sembang kat restoran

saya : siapa kejutkan kakak ke sekolah?
budak perempuan tu : kakak bangun sendiri, bila tengok tingkap dah cerah, kakak tahu kakak dah kena mandi.
saya : belajar apa kat sekolah ?
budak perempuan tu : ciptaan  Tuhan, ciptaan manusia.

seronoknya sembang dengan kakak tu. sejuk perut ibu kakak

haii sekarang Faiq tanya mama tengah buat apa tu?  (what are you doing) Faiq bagitau fadya main dengan pen YaAllah penuh kulit kaki tangàn macam henna di lukisnya ok ye nanti sambung lagi :)











May 16, 2014

Happy Teacher's Day / Analisa ttg Faiq

Faiq pandai menulis dengan cermatnya. Tulis atas dot dot betul-betul dia ikut, kadang minta pemadam sebab katanya tak elok.

Sebelum ni Faiq tak mahu tulis langsung tapi Teacher dia cakap dengan saya, Ambik tangan Faiq keluarkan ibu jari dan telunjuk dan letak pensil, kepit dengan dua-dua jari tu, sambil pegang tangannya dan tulis sama-sama. Ok dia buat tapi mulut duk cakap apa-apa ja sebab nak tunjuk dia tak fokus pun.

Lepas kami paksa dia. Berkat doa, sekarang letak buku ja dia tulis sendiri dan habiskan homework. Alhamdulillah.

Jadi sekarang saya nak ingat balik masa Faiq belum satu tahun lagi dia dah pandai pegang pensil, tapi dengan Teacher winie, dia tahu gunakan. Thanks Teacher.

ada potensi 

suka pen
ada pic dia lagi dia asyik pegang pensil dan kertas






Faiq had shown progress that he writes well. He even follow the dots without any flaw, sometime he asked for eraser to correct it and he said it was not good.

Before this Faiq didn't want to write at all but the teacher asked me to take his hand and take out the index finger and thumb and put the pencil in between while hold his hand write along. It was Ok but he talked much to tell me that he didn't focus on the movements of the hand.

After prayers and force him, Now I put the book on the table and he finished the homework on his own,


Now it reminds me of Faiq was almost 1 year old, was skilled enough to hold pencil but with Teacher Winnie, he can make use of it.




May 12, 2014

bendera / flags / nak mainan

two flags, to the front and the other face back.
Assalamualaikum

Faiq beritahu blocks keretapi ni ada dua bendera. Jadi dia letak satu hala ke depan satu lagi ke belakang. Faiq yang dah faham semua. Masih merengek mahukan mainan bila kami pergi shopping. 

Kali ni saya berdepan mukanya dekat-dekat bisik dekat  Faiq, bahawa mainan ni cantik disini ja. Balik rumah semuanya pecah, tak da kepala, tak da kaki la.
Dia diam sambil fikir tapi bila sampai ke kaunter dia panik mainan belum diambil kut. Jadi dia hampir menangis berbisik dengan saya.

Dari situ, saya faham, bila saya menjaga konfiden (tidak memalukan dia depan orang ramai dengan bersuara tinggi) Faiq juga respons dengan berkonfiden (confidential) secara perlahan jugak

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin