Pages

August 28, 2021

Puff | Karipap Kelim

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Terap dan tekap


 Beraneka spera 



First or second attempts to make karipap, I didn't have a mold at that time. So, I used a round cup as the pastry cutter.

Put the fillings in, fold it half and sim at the edge. I love the hand- simmed karipap as it became crustier at the edge after frying. 


The sizes were not standardized. I've made karipap with but, inappropriate for frying They pastry easily breaks, yet very delicious. The fillings were chicken, carrot for sweetness and potatoes to stabilise the taste. 


When first mixing the pastry, the mixture will take time to combine. At this time, I know and don't get panic to start add water or flour. Just knead and roll flat, and cut them. 


It was the first time making it but many times I have been eating karipap when I was a little girl, since I have an aunty who is interested in cooking classes.


I felt like an achievement when the karipap came out delicious as my aunty's. My mom has never make any karipap on her own ever, since I already have my aunt to gave us the treats. 


Hope you all have an amazing day. ❤️


Percubaan pertama atau kedua kali buat karipap berjaya dengan menggunakan cawan plastik untuk tekap pastry.


Lepas tekap, letak isi, lipat dan kelim sendiri tepi karipap itu. 

Saya lebih suka makan bahagian  kelim terutama kulit yang di adun dengan mentega. 

Kelim sendiri ni kekurangannya bagi yang kurang pakar ni, saiz jadi tak sama besar. 


Saya suka adunan pastry dengan mentega tetapi kurang sesuai  untuk goreng kerana ia mudah pecah walaupun amat sedap. 


Inti karipap jadi sangat sedap bila ada ayam, lobak merah yang memaniskan dan juga kentang menstabilkan rasa yang lebih dan yang kurang. Sedapkan. :)


Ini pertama kali saya membuat karipap dan semasa kecil saya selalu mendapat rasanya hasil kerja mak saudara saya yang suka memasak dan belajar masak di kelas tertentu. 


Saya sangat teruja dengan kejayaan dapat membuat karipap ini yang sama sedap macam mak saudara saya buat.

Ibu saya tak pernah buat karipap dan tak perlu sebab selalu dapat juadah lazat ni dari saudaranya. 


Moga berbahagia selalu ❤️


August 27, 2021

Pumpkin Mix Juice | One leg forward Stretch with Props

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Air sayur yang disediakan terlebih dahulu


Senam regangan guna tali atau tali pinggang


I want to be back on track to have my routine of good eat, drinking juice and stretching exercise. 


I love the feeling of stretching, if lazy, stretch and get the immediate effect of freshness at joint and limbs. 


With the correct breathing synchronize with movement could warm the body that is good for blood circulation. 


The main aim in doing this exercise is body posture that we want to do it correctly. 


Theres no point if warming up if position that to much of bending makes the back bone round and hunch. A bit first for stretching the leg forward. Start with simple with props.


As for the health drink, make some for morning or at night. I feel fresh in the morning when having this drink before sleeping but after awhile from dinner. 


The simple ingredients that I

ensure keeping restock were:


Pumpkins

Celery

Shredded Coconut

Butterhead

A glass of water


Two glasses out of the juice which easy for me as I know another half was waiting to have healthy and to be healthy right hehe.. 

Have an awesome day❤️


Ingin saya berjinak kembali dengan rutin, buat minuman dari sayur atau buahan, bersenam berjadual. 


Gemar dengan kesan pantas terasa segar selepas buat regangan. Bila bangun tidur, terus rasa segar selepas mengeliat ringkas. Begitu juga senam regangan bersistem.


Dengan pernafasan yang betul seiring dengan pergerakan memanaskan tubuh serta melancarkan peredaran darah.

Regangan kaki lunjur ke depan terasa urat-urat di bahagian bawah kaki terungkai. 


Matlamat utama ialah mempunyai postur tubuh yang sepatutnya, belakang yang lurus. otot oerut ke dalam sedikit semasa bersenam. 


Tak berapa sesuai jika tubuh berpeluh tetapi postur tubuh membongkok. Senaman regangan nampak ringkas tetapi perlu awareness, secara sedar perlu beringat, bahu kebelakang sedikit. 

Sedikit bahagian senaman sebagai pemulaan. Seelok mula dengan alat 'props'. 


Untuk minuman sihat, disarankan waktu malan atau pagi. Saya segar jika minum air carrot terutama pada waktu malam, rasa meresap ja bila minum beberapa jam selepas makan malam dan sebelum tidur, IndhaAllah


Bahan mudah yang sentiasa buat seperti bagaimana kita memastikan beras sentiasa ada bekalan, begitu juga potongan buah atau sayur ini seperti saya ceritakan dalam post lepas.


Adakala bahannya potongan 2 inc dimasuk dalam 5 biji agak-agak ialah:

Labu

Celery

Parutan buah kelapa

Salad yang ada

Segelas air


Biasa campuran ini akan memperolehi dua gelas jus. Senanglah buat saya kerana saya tahu ada insan juga menunggu nak juga air jus sihatkan.. Hehe.


Salam bahagia dan sejahtera ❤️

Homemade Chicken Floss on Toast | Serunding atas roti bakar

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and  one minute video below :) 

Potongan sengaja dipilih bahagia hijau


Serunding buat sendiri di pagi hari


I come back with toast again, at one time in my life, my dad said if I wanted to get married, I must be an active and energetic girl, otherwise I will not be a married material.  I tried to understand myself. My tastebud and food tolerance is not as fussy and this has helped me going on forward. Love life has led me to be a better person. 

As I woke up, I never think about what to eat till I reach the kitchen. As a routine, I usually take out butter and jam but I never did this anymore. I rather  make a plain toast, nothing on it at all as to save my tummy with other alluring sweetness maybe in the afternoon or evening. Sometime none of sweet come along. That'll be my lucky day. 

I grab two slices of bread, ands saw an avocado that I've purchased when there was an offer. It was hard and green when I bought it but now it's kind of oxidized a bit as the side is brownish, so I cut it round and place the green side which looks more tempting than brown hehe.. 

After the avocado slices laid nicely on the bread, I sprinkled the chicken floss on top of it. 

That made me feel as if in a cafe and resto ambience'. Feel like being served the toast to me. 

The taste of floss with the good avocado fat in the toast was amazing and tasteful. 

Happy Friday❤️


Saya datang lagi dengan roti bakar. Dalam hidup saya, pernah bapa saya berpesan jika ingin berkahwin, kena ingat perkahwinan ini memerlukan kerajinan dan tenaga, jika tidak, kira kurang sesuailah untuk alam bernikah ini. 

Saya cuba memahami diri. Citarasa yang tidak mengira dan mampu bertoleransi juga dengan apa-apa makanan menolong saya meneruskan kehidupan. Alam percintaan juga mendidik diri menjadi lebih baik hari demi hari.

Selepas bangun tidur, tak pernah berfikir nak menyediakan apa sampailah masuk ke dapur.

Kebiasaannya saya membuka peti sejuk sebagai rutin, tetapi kini saya tak keluarkan jem atau mentega sekarang ni.

Saya cuba makan roti cicah kopi atau roti kosong jika tidak ada yang tak manis untuk dimakan bersama. Saya sengaja tak makan manis jem hanya untuk makan manis yang lain yang mungkin menjelma tengahari atau petang nanti hehe.. Jika tidak ada yang manis pada hari itu, eloklah diet saya. 

Saya masuk ke dapur pagi semalam, saya ternampak avocado yang dibeli pada tawaran harga rendah sudah berada di bakul buah tu.

Bila dipotong, saya nampak avocado tu sudah mula pengoksidaan, berwarna perang di tepi. Masa baru beli tu hijau keras lagi. Jadi, saya letak bahagian hijau supaya nampak dari atas, lebih menyelerakan kann...

Setelah avocado di susun rapat beberapa potongan, ditabur pula serunding yang saya buat sendiri pada hari sebelumnya. Lazatnya tak terkata, rasa macam makan kat cafe pula, lemak mewah kut yang memberi aura tu. Tiba terasa dilayan dan disajikan pula. Alhamdulillah. Berbaloi buat serunding sendiri, kenyang makan pagi-pagi. 

Salam Jumaat ❤️


August 26, 2021

Smoothies | One leg stretch exercise

Ala milk shake dan senam regang sebelah kaki

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Ala yogurt buah/sayur tapi dengan susu tepung

Senam regangan sebelah kaki


Early of this year, I really liked to freeze fruits and vege then make juice or smoothies out of it.

I cut them to about 2 inches length of each vege and fruits and kept in the freezer.

When I need to make smoothies for night or morning I just takeout as and  make with a glass of water mix with powdered milk. 


I also did exerciss with thenormal clothes not with workout attire. As for stand up stretching, i just need to focus. If I loose focus, I might wobble. 

Stand up upright

Lift right leg, 

Right hand grab loo

Left leg

Focus first, look at the tip of the nose or just straight. 

Left hand towards the gravity, 

Lift up to the sky

Bring to forward, follow

By bending the body to the front

Breathe slowly. 

Repeat slowly

Let the weight of the body to one leg, grab another, another free hand raise up to the sky And bend forward like in the video

Have an awesome day❤️


Awal tahun, saya bersemangat menyediakan minuman smoothies dari buah-buahan dan sayuran. 

Saya potong buah dan sayur yang telah dikupas dan dibasuh. Potongan dalam anggaran 2 inci, dan terus disimpan dalam peti sejuk. 

Bila hendak buat jus atau smoothies, saya akan keluarkan beberapa  potongan yang bila di letak dalam blender tu akan separuh penuh. Biasa jus akan dapat dalam dua gelas. 

Saya buat dengan bancuhan air dan susu tepung, sesudu susu pun sudah mencukupi. 

Saya juga rajin bersenam, inshaAllah akan terus bersenam. 

Saya cuba bersenam dengan pakaian biasa kerana senaman regangan hanya bersenam setempat. Tetapi perlu memberi tumpuan. Jika tidak kita akan terhoyong-hayang.

Untuk regangan sebelah kaki perlu fokus kepada pernafasan dan mata bertumpu ke depan, lihat hujung hidung atau depan sudah memadai.


Berdiri tegak

Kaki kanan diangkat

Tangan kanan mrnyambut kaki kanan dari belakang

Semua berat badan ditanggung oleh kaki kiri. 

Angkat tangan kiri lurus hala ke langit

Bawa ke depan

Tubuh membongkok kedepan dan luruskan

Bernafas perlahan dalam pergerakkan, sikit-sikit ada di tunjuk dalam video.

Selamat sejahtera❤️


August 25, 2021

Chicken Floss - Homemade | Serunding Ayam Buat Sendiri

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)



Toskan ayam yang telah direbus



Carik-carikkan ayam




I was thinking of making chicken floss just like the one that sold at bakery. The chicken floss from the bakery are unlike our local malay chicken floss. 


We  called  our chicken floss "serunding". Not fluffy as in the bread shop. Ours have more spicier taste than the brighter floss, which gave the natural chicken taste, which is I like it too. 


I wanted to make floss as I figure it is not so hard to do, as I saw it in a few of youtube videos. Some used water with many kind of sauces while the other used olive oil. 


As for our malay chicken serunding has more ingredients to make it more fibrous after stirred till dry. The lemon grass and lengkuas which is type of ginger that already ground tiny, yet could feel it at tips of the tongue. 


Nonetheless, for this time I'veI decided to make chicken floss like the bakery ones, using only powdered spice and seasoning. As for the garlic and ginger that I boiled together with chicken, I ground it as do not have the feeling to throw it whilst making it. Human attribution, I guess. 


I used two table spoon of oil, 2

tsp of powdered chillies, ground 8 garlic and 4 in of peeled ginger, sugar, salt, powdered broth and steak sauce. 


Stirred well in the pan til the floss dried, not moist from chicken and herbs juice.  When its ready, it reminded me of one of my childhood food  "pulut sambal" which means "glutinous rice with chili paste."  So I cooked the sticky

rice using a steamer and served it like how I had in my younger days :) 


Hope everyone have an awesome day.❤️


Saya teringat akan serunding ayam yang gebu dari kedai bakeri. Serunding ayam yang di jual di bakeri sangat gebu tak sama dengan serunding ayam melayu kita yang direndang dan digoreng kering. 


Di kedai serunding di panggil ayam floss, putih warnanya. chicken floss  "serunding" 

Walau serunding kita ada rasa yang tersendiri, floss ayam yang diletak atas roti juga sedap dengan rasa ayam semulajadi.


Saya berminat untuk membuat serunding putih yang tidak berapa berserat dan rasa tak susah setelah menonton beberapa video youtube cara membuatnya.


Setengah menggunakan minyak zaitun, ada yang menggunakan air bersama beberapa kicap dan sos. 

Serunding ayam melayu yang biasa terasa seratnya manakala floss ni hanya rasa ayam dan perasa, macam makanan segera, bahannya tak nampak tapi rasanya terserlah.


Walaupun bahan dikisar untuk serunding ayam, masih rasa seratnya. 


Jadi saya ingin cuba serunding kedai roti, dimana hanya mengunakan serbuk dan sos yang ada. Dalam menyediakan bahan saya rasa sayang pula, bawang putih dan halia yang direbus bersama ayam. Saya kisarkan walaupun  tahu takkan sehalus serbuk. Lumrah perasaan manusia, ini pun nak, itu pun nak..sayang sokmo, biar Allah SWT yang tentukan. 


Saya letak 2 sudu besar minyak zaitun, dua sudu teh serbuk cili, 8 biji bawang putih  dan 4 inci halia dikisar, gula, garam secukup rasa, sos steak.


Goreng dan kacau rata sampai kering tanpa ada kesan lembab dari jus ayam atau bawang putih dan halia.


Bila dah siap saya teringat pula makanan masa kecik-kecik dulu, "pulut sambal' tapi dengan serunding ikan, serunding ikan menyusul tak lama lagi agaknya? 


Saya kukus beras pulut bersama santan, hidang sepertimana telah tertera  di minda :)


Salam bahagia ❤️


Energy Bar | Coklat Stroberi Bijirin

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Coklat berwarna pink

Warna pink, nampak manis tetapi sesedap rasa 


We bought a strawberry chocolate bar a few months ago. I had no idea what I'm suppose to do with it. 

I was kind of impatience with the melting of this strawberry chocolate, something that crossed my mind that it was so sweet and I just want to get it done with it. I was wrong to put milk too early. Obviously, cooking requires patience. 

Anyway I prepared some oats, muesli cereal and, and mix bit by bit as long it sticks and bind together. I was thinking that ifIf there was no mold, I might roll them into balls. 

The mold was already here after a quick search, I put the mixed strawberry cereal in the square molds and get them inside the fridge for about 30 minutes. Then I took them out from the molds and put them in a jar.  

I don't have a specific recipe for these energy bars but I used a rule or guideline on how cornflakes cookies  bind with melted chocolate, instead of  honey and butter. 

Have an amazing day ❤️


Coklat bar stoberi dah berada dalam laci beberapa bulan lamanya. Tak da idea nak buat apa dengan coklat berwarna pink itu. . Bila hendak mencairkan coklat stoberi yang dibeli untuk kek, rasa nak cepat siap apa yang terlintas di minda ini. Risau memikir akan kemanisannya yang melampau. 

Bagaimanapun saya tetap menyediakan bijirin, oats, sedikit bijirin gandum, Saya mengadunnya sedikit sedikit sehingga semuanya bercampur sekata. 

Yang penting coklat yang dicairkan itu mesti menyatukan bahan-bahan itu dan tidak pecah peroi. 

Biasa saya gentel campuran bijirin dan coklat itu menjadi bulat. Kali ini saya masukkan dalam acuan coklat yang dibeli entah bila, terjumpa dalam simpanan. 

Acuan coklat yang berbentuk empat segi tepat. Bila semuanya dah penuh, saya masukkan di dalam peti sejuk dalam masa 30 minit. Kemudian saya keluarkan kiub bijirin itu dari acuan dan masukkannya ke dalam balang kecil, selebih tak banyak pun dibiar dalam peti sejuk. 

Tak da pula resepi spesifik tetapi ia seakan membuat biskut cornflake tetapi dengan coklat yang dicairkan.


Selamat Berzikir❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin