Pages

June 27, 2020

Tanam pudina di tepi tingkap, window gardening



Hanya membeli daun peppermint pudina dari kedai yang berharga RM1.70 sebungkus besar (sorry takperasan brp gram). Simpan dalam  peti ais, bila nak makan, ambil daunnya, batang dicucuk ditanah yang disediakan dlm polibag tepi tingkap. Sangat berhasil hingga sudah beberapa kali dipetik.

Bila diperhati, pucuk juga bercambah. Lagi tuai lagi subur. Melepaskan kepunyaan kita diganti lagi dengan baru inshaAllah. Oleh kerana puas hati cuaca di tingkap ni, mama berani ambil sepokok dua tanam di bawah belakang rumah, setiap hari nampak setiap helai daun dimakan serangga, kecewalah juga tapi syukur batang pokok kukuh, tengokpucuk daun kecik2, berputik hati kembali pulih :) Alhamdulillah bila teringat nanti, boleh tunjuk pic pokok mint atas tanah kat sini InshaAllah.
*
...dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39) .



Salam ceria semua.

July 1, 2016

sentiasa


Berlinang airmata bila membaca ini dengan hati.  Hanya dengan ingatan saja.

"Oleh itu ingalah kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan" - Surah Al-Baqarah : 152



June 30, 2016

cendawan berisi | stuffed portabello


Terima kasih kepada Kak Noor dan Nohas memberi inspirasi untuk masak sendiri mushrooms besar ni, cendawan sumbat. Biasa makan kulat ni di rumah kakak, al maklum la anak-anak sedara berdarah campur kulat pun lain dari lain. Emak cakap kakak masak sedap sebab letak bahan-bahan mahal dan sedia sedap bila masak skit  ja..pun rasa enak.

Ok semalam saya pun cuba.. risau bunyi bising di dapur budak-budak turun akan makan masa melayan dari makan kulat pula nanti.

Bahan cuma ayam cincang dan bawang kuning. Bawang holland ye namanya ni bila pan fry lama boleh jadi caramel manis.. kena tanya chef atau jap lagi saya google. 
Fadya pakai gogle di mata nak berenang sekali kasut raya tu

Orang yang nak makan sama pun tolong.  Letak dalam oven, duduk potong buah plums dah tit tit tit bunyi oven. Letak elok elok, angkat garpu cucuk, potong skit ngap mmmm sedapnya mmm terasa di bibir lagi ni.. nikmati tidak lama coih anugerah Allah Fadya turun dengan goggle siap berkasut raya.. aii dah tak sabar ye nak raya.. sampai tak bole tido ye nak :) takkan la nak sambung dating, ngap laju-laju.. bawa bertenang dengan puteri la

June 29, 2016

Baju Raya

Bila capai baju Fadya, mulalah kami mencari baju berwarna seakan dengan bajunya. Pakai ambik ala ala nak sama ja. Sebab dah lambat beli baju puteri ni, saiz pun yang ngam ngam ja dapat. Ini cerita cerita baju raya tahun lepas. Mama tak ambik pengajaran masa dulu ni. Sampai hujung ramadan keluar beli barang basah untuk hidangan sebelum solat raya masa tu la nak beli baju raya. Itu lah jadinya.

Bila pergi open house malam malam anak-anak sabar ja menunggu nak balik muka mengantuk ja...mama biasa panik la keadaan Faiq Fadya yang mula moody. Baju raya tahun ini juga ikut warna baju Fadya sebab terbeli bajunya dulu. Sebenar tahun 2014 pun warna coklat juga cuma terang, 2015 coklat cair. Alhamdulillah ada jugak baju raya.

June 27, 2016

ingatan dihargai | duit ramadan


Terima kasih dear  dear Yana https://iamaproudmama.blogspot.my/?m=1 atas ingatan menghantar kad raya yang bermakna untuk saya dan ingatan untuk bersedekah kepada golongan yang memerlukan. moga kita saling berhubung dan minta Yana kirim salam ramadan kepada mama Yana, teringat-ingat ja saya kepada beliau.

Pagi tadi saya sedang menyediakan duit ramadan untuk anak-anak sekolah. Jadinya saya buat duit ramadan dulu kerana dalam bulan ramandan lebih fadhilatnya..ada rezeki duit raya juga ada maknanya jika niat bersedekah. InshaAllah
Fadya tolong nak tulis selamat hari raya kerana envelop kosong katanya

Maaf catatan yang pendek ja hari ini. InshaAllah jika ada kesempatan ingin saya buat sedekah kepada Syria ini. Jika ada ingin join dengan saya letak nama di komen. Satu nama komen pertama saya akan buat sedekah bagi pihak si pengomen yang sudi dan mahu la, inshaAllah.. InshaAllah. Moga dapat keberkatan kita semua, ucapan YY dalam kad pengganti dirinya. Amin.


June 25, 2016

mengimbau ke jalan yang penuh dengan memori

Lepas jemput emak dan bapa di rumah mereka. Dalam kereta, kami membincangkan hendak ke Amcorp Mall dulu atau ke rumah lama kami iaitu rumah emak bapa saya. Jadi kami singgah tengok. Rumah ini telah dikosongkan oleh penyewa dan dipulangkan kunci oleh jiran terdekat.

Semasa pusing masuk hala ke kawasan perumahan kami itu, emak cakap kita di atas jalan penuh memori - down to memory lane. Rindu dengan rumah dan kawasan sekeliling umah yang saya di besarkan atau di dewasakan lebih tepat.

Jiran sebelah juga sudah berpindah ke Australia, beliau bekerja membaiki kapal terbang, selepas pencen umahnya disewakan. Sebelah umahnya seorang peguam, keluar kereta bapa menegurnya sambil memperkenalkan menantunya iaitu en hubby, sambil cakap dekat lawyer itu, kalau cakap ja dengan you (lawyer itu), you sudah bole caj ikut jam, baik baik, cakap bapa kat en hubby. Lawyer itu tanya kabar dan tanya perancangan tentang umah ni.

Rumah 4 bilik, satu stor. Bilik utama berdepan dengan padang beriadah untuk berjogging serta mempunyai taman permainan. Emak cakap jika ber kabinet dapur baru (kerana yang lama tu sudah rosak), sangat sempurnalah umah ni. Cepat ja saya cakap, dah agak dah emak suka kitchen kabinet. Emak memesan kalau nak beli hiasan rumah lebih baik jangan beli sebab hanya untuk melihat duit berupakan hiasan untuk di tengok ja, rasa merugikan tapi kalau kabinet dapur ada kegunaannya. Tentang kitchen kabinet ni dari saya baby kut emak inginkan.

Itulah impian sekian lama menjadi kenyataan kepada emak kesayaangan saya dimana rumah yang didiaminya sekarang ini bukan hanya kabinet tetapi terdiri dari dapur stove elektrik, mesin basuh pinggan, pengisar sampah di sinki supaya sampah busuk menjadi air, mesin membasuh serta pengering baju dan peti frezer separuh peti ais tu.

Jadi saya bincang dengan en hubby kalau ada rezeki nak check pipe air dan elektrik, jika dua itu ok, boleh la buat kitchen kabinet dengan barang asa elektik  saja,  InshaAllah.

Baru teringat ada suatu ketika dulu saya hendak buat makan-makan di rumah saya, en hubby cakap tunggu la ada kabinet dapur dulu, sebab rumah MIL - ibu mertua saya  ni berkabinet dapur sebab tu anaknya rasa janggal rumahnya sendiri tak da kabinet kut. Saya buat jugak kenduri, patut la kurang memuaskan, sebab saya tak dengar cakap en suami kut. Astagfirullahal 'azim.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin