Pages

Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

June 25, 2016

mengimbau ke jalan yang penuh dengan memori

Lepas jemput emak dan bapa di rumah mereka. Dalam kereta, kami membincangkan hendak ke Amcorp Mall dulu atau ke rumah lama kami iaitu rumah emak bapa saya. Jadi kami singgah tengok. Rumah ini telah dikosongkan oleh penyewa dan dipulangkan kunci oleh jiran terdekat.

Semasa pusing masuk hala ke kawasan perumahan kami itu, emak cakap kita di atas jalan penuh memori - down to memory lane. Rindu dengan rumah dan kawasan sekeliling umah yang saya di besarkan atau di dewasakan lebih tepat.

Jiran sebelah juga sudah berpindah ke Australia, beliau bekerja membaiki kapal terbang, selepas pencen umahnya disewakan. Sebelah umahnya seorang peguam, keluar kereta bapa menegurnya sambil memperkenalkan menantunya iaitu en hubby, sambil cakap dekat lawyer itu, kalau cakap ja dengan you (lawyer itu), you sudah bole caj ikut jam, baik baik, cakap bapa kat en hubby. Lawyer itu tanya kabar dan tanya perancangan tentang umah ni.

Rumah 4 bilik, satu stor. Bilik utama berdepan dengan padang beriadah untuk berjogging serta mempunyai taman permainan. Emak cakap jika ber kabinet dapur baru (kerana yang lama tu sudah rosak), sangat sempurnalah umah ni. Cepat ja saya cakap, dah agak dah emak suka kitchen kabinet. Emak memesan kalau nak beli hiasan rumah lebih baik jangan beli sebab hanya untuk melihat duit berupakan hiasan untuk di tengok ja, rasa merugikan tapi kalau kabinet dapur ada kegunaannya. Tentang kitchen kabinet ni dari saya baby kut emak inginkan.

Itulah impian sekian lama menjadi kenyataan kepada emak kesayaangan saya dimana rumah yang didiaminya sekarang ini bukan hanya kabinet tetapi terdiri dari dapur stove elektrik, mesin basuh pinggan, pengisar sampah di sinki supaya sampah busuk menjadi air, mesin membasuh serta pengering baju dan peti frezer separuh peti ais tu.

Jadi saya bincang dengan en hubby kalau ada rezeki nak check pipe air dan elektrik, jika dua itu ok, boleh la buat kitchen kabinet dengan barang asa elektik  saja,  InshaAllah.

Baru teringat ada suatu ketika dulu saya hendak buat makan-makan di rumah saya, en hubby cakap tunggu la ada kabinet dapur dulu, sebab rumah MIL - ibu mertua saya  ni berkabinet dapur sebab tu anaknya rasa janggal rumahnya sendiri tak da kabinet kut. Saya buat jugak kenduri, patut la kurang memuaskan, sebab saya tak dengar cakap en suami kut. Astagfirullahal 'azim.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin