Pages

June 27, 2020

Tanam pudina di tepi tingkap, window gardening



Hanya membeli daun peppermint pudina dari kedai yang berharga RM1.70 sebungkus besar (sorry takperasan brp gram). Simpan dalam  peti ais, bila nak makan, ambil daunnya, batang dicucuk ditanah yang disediakan dlm polibag tepi tingkap. Sangat berhasil hingga sudah beberapa kali dipetik.

Bila diperhati, pucuk juga bercambah. Lagi tuai lagi subur. Melepaskan kepunyaan kita diganti lagi dengan baru inshaAllah. Oleh kerana puas hati cuaca di tingkap ni, mama berani ambil sepokok dua tanam di bawah belakang rumah, setiap hari nampak setiap helai daun dimakan serangga, kecewalah juga tapi syukur batang pokok kukuh, tengokpucuk daun kecik2, berputik hati kembali pulih :) Alhamdulillah bila teringat nanti, boleh tunjuk pic pokok mint atas tanah kat sini InshaAllah.
*
...dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39) .



Salam ceria semua.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin