Pages

August 7, 2021

Makanan Tupai | Squirrel Food

Bahasa dan video kurang seminit di bawah :)

English version and less than one minute video below :)


Potong kecil-kecil

Tupai dan burung suka


Ever since been reading somewhere or saw documentary about making your own sanctuary at home, I loved the idea to have one.


First of all, thinking of inviting birds to come over.  After awhile I saw squirrels visited here frequently. I preferred tupai pinang as their face is more rounded, cute like chipmunks.


I went to pet shop and asked for squirrel's food, the sale guy said they only sell sugarglider's food ,  And, we don't have sugar glider.


I decided to feed dried whole meal breads. I put at the gate wall. The gate wall is quite far from home window. So I made another feeding place, on a hanging pot. Sure enough, they start coming regularly for the food. 


Happy Saturday 


Sejak terbaca dan tertonton dokumentari tentang membina kawasan khas untuk haiwan atau burung taman berkunjung, saya terjebak mengusahakanya. 


Pertamanya, menjemput burung dengan makanan burung atau lebihan nasi. Tak berapa lama pula, si tupai tanah yang bertandang. Suka lihat tupai tanah terlompat-lompat tapi lebih suka tupai pinang. Tupai pinang mempunyai kepala yang lebih bulat, comel macam chipmunks. 


Saya pernah cari makanan tupai di pet shop tapi jurujual beritahu yang mereka hanya menjual makanan sugar glider. Manalah" kami ada tupai terbang. 


Jadi, saya letak roti penuh serat yang dipotong kecil ala kering kekadang tu. Saya letak di atas tembok pagar depan. Tinggi senang nampak tapi agak jauh dari pintu atau tingkap rumah. 

Untuk lebih dekat, saya cuba letak makanan di pasu gantung betul depan pintu tu. Boleh videokan tunjukkan kat anak-anak. Itu saja liputan hari ini. :) 

Salam Sabtu, semalam Jumaat terakhir dalam tahun Islam. 


August 6, 2021

Chicken Karipap | Acuan Baru Mr Diy

Night Chic Puff|Acuan Karipap Baru Mr Diy

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

 melalui tingkap, terlalu gelap


malam-malam mencanai, tenaga menguli kurang, terfikir juga karipap jadi ke tak jadi.. 


Sometimes the craving just hit at unknown moment. After dinner and maghrib, Alhamdulillah moods and energy was at high level that night.


The dining table was clear and the sink was empty, nothing was on it.


Went down, took out karipap ingredients on the table, that time I wanted to do it while sitting. Mixed well the dough, rolled on, used new mould that we bought it from MR Diy. Turned out very nice and delicious. The fillings had been talked about in the previous post whilst the crust had been written as well.

The night ended with full tummy, the balance of karipap was kept for two three days for next meal. Heat up and eat together again. 

Happy Weekend❤️


Kadang-kadang teringin nak makan karipap tak kira siang atau malam. Selepas makan malam dan maghrib, syukur masih bertenaga dan mood memasak masih tahap tinggi.

Lagi, lagi bersemangat bila, meja makan sudah kemas, tiada sebarang pun di atasnya. Lihat sinki tiada apa atau cawan di situ, juga tempat pengering pinggan mangkuk pun kosong.

Turun, keluarkan bahan-bahan untuk buat karipap. Letak di atad meja makan, kali ni mama mahu duduk sambil menghasilkan kerja tangan ini. Doh dicampur elok. Canai dan isi karipap  dalam acuan baru yang dibeli dari Mr Diy. Memang cantik kejadiannya, tak mudah terkoyak dibandingkan dengan acuan dari kedai RM2.

Hasil malam tu memang sedap, isi karipap pernah dicerita dalam post lepas, juga kulit karipap juga sudah dikongsi dalam post lepas.

Malam itu diakhiri dengan perut yang kenyang, selebih didinginkan untuk dua tiga hari bolehlah dipanaskan dan hidang lagi kemudian.

Selamat berhujung minggu❤️

Rice with Side Dish |Nasi Campur

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)

Mengalahkan iklan ni masak nasi yang tinggi martabatnya


Basuh dan tanak nasi 


Hand feed meal is rice that never missed, never had declared as favorite and admit broadcastly. Not sure whether is it so.  In my heart always reminded that  I need rice for at least in 12 hours. The feeling of hunger that ones couldn't imagine. The dish on the side or inside, the main ingredient is rice from the paddy fields that we love,. We always have an urge to eat rice. The weight that height we are now is because rice that been eating for years. The only force of the source subhanAllah. When skipping rice, the crave rise in hours, wake up to reminisce what has gone missing when not having rice. This is the day the rice and side dishes are fish or chicken with vege. We confessed its our favorite. Abang we didn't have curry for ages. Ha there to some curry is their crave. 


Have a nice day. 


Jemput dengan jemari mengangkat berbutir nasi dengan secubit lauk bersama rumpunan sayur. Makanan harian yang kena makan, disukai ramai, jarang yang diperkatakan kegemaran. Sekali tinggal rasa bertahun berlapar, jika nak tahu cuba, makan yang lain, saksikan 12 jam rasa tak kena, itulah orang utara, perkena nasi barulah kenyang puas. Nasi berhidang, tapi makannya nasi dijemput dengan ikan atau ayam  bersama sayur tu lekat bersama, tak perlu, kepal bagai, gengaman jemari berkali-kali sudah mencukupi melicinkan pinggan.  Ringkas makanan nasi campur atau taruh atas. Masa mula PKP Mama masak nasi dulu baru fikir masak lauk, sekarang terbalik kuang. Alhamdulillah kenyang. Baru nak publish post ni pun mama dengar abang bertanya tentang kari, aduh untuk sesetengah anak lidah, kari makanan ruji, hang nila baru kemaqin makan nasi dengan kari, duk tanya lagi. 

Tadi mama jamu mata tonton Fila Camara yang tinggal di Afrika. Terhibur juga. 

Baru sembang dengan abang tentang belajar rajin jadi pandai, dia kata nak dia jadi Einstein ke? Abang boleh jadi Pengembala Kambing macam  Rasulullah saw. InshaAllah. 


Salam sejahtera❤️




Roti Pizza | Pie Ayam

Bahasa dan video seminit di bawah :)  English version and one minute video below :) 

Ok abang nak atur roti dulu

Tolong isi inti pie pula.. 


Once in awhile we get abang to take over the kitchen. He preferred to prepare pizza instead. We bought pepperoni slices and it has to be fixed before the date expired. So there he went making pizza with bread and pepperoni and only cheese on top. 

-

I  squeeze in the chicken pie to put in the oven as there are some space. At the same time, I let him help me fill the fillings of the karipap left over fillings  when all done, divide by four. If there is no butter or cheese, could alternate with corn flour mix a bit with water. The cups of pie were bought from baking supply shop. Infact there are still some in  stocks. Abang was ok and said he will do it again with pita or wraps next time. He didn't like the pie just bread pizza he fond of. 


Happy Friday greetings! 


Sesekali abang beraksi di dapur. Dia suka pizza, sangguplah nak bekerjasama. Ada roti, topping pepperoni dah dibeli beberapa hari sebelum. Jadi hari tu, habuan abang makan roti dengan peperoni dengan sos tomato dan cheese. Mama ambil pie pastry dan serah satu lagi tugas hanya mengisi lebihan isi karipap dalam kelonsong pie yang sudah ada dalam peti ais. Bakar pizza roti 10min dalam kepanasan 180°C, untuk pie dalam 20 min.  Sepatutnya pizza dibuat atas wraps atau roti pita lebih sedap. Roti pun kenyang itulah matlamat harian pun. 

Macam hari ni, si abang dah kat meja berpdpr bahasa Inggeris. Abang perlu berinteraksi dengan guru untuk mendapat pencapaian cemerlang tapi itulah untuk pdpr perlu tunggu giliran bercakap.  

AlJazeera menggelarkan negara kita mini India, sebab kes melonjak tinggi tak padan dengan negara kecil. Astagfurullahaladzim. 


Mama baca Surah Al-Inshirah, Surah Yassin dan Surah Taubah. Alhamdulillah. 


Salam Jumaat. Berbanyak berselawat. InshaAllah. 

August 5, 2021

Big Cupcake in Big City | Poi Pokan

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Menangkap permandangan walau patut berehat

Sekeliling penuh keindahan, cupcake juga jadi tumpuan


This is the better address in Asia, that is our country with a capital city that is wide and high charm. If you are alert, on your moving window view side could captured on camera. The row of skyscrapers by the highway look fantastic. Contrast in shapes, high and low living in it. Came across beautiful greenery, even banana leaf. Yes the saddest thing when editing with video or the best picture is when need to select and leave some views behind the scene, up in the the main that randomly choose. If possible, I would documented the grass from the other side since already stepped on it.  Long way to the big city that has been talk of the town, arrived and lingered around. Enterred in the concrete tree, found a big cupcake to celebrate the visitors, big enough for 3 bites of ours hehe.. 



Poi pokan naik basikal, tak la dengan basikal tapi rasa macam sebab banyak barang masa tu tersepit sempit.. 


Diantara alamat terbaik di Asia, iaitu tanah tumpah darah kita, ibu negaranya yang lebar dan tinggi khazanah. Jika peka, tentu akan videokan setiap pencakar langit diselang seli dengan daun pisang jika nampak. Dari permandangan tingkap yang sedang bergerak boleh diambil kira. Sepanjang lebuhraya ada saja yang mengamit rasa teruja adohai dunia.. Hingga rumput rampai pun didokumentarikan kerana dah sampai, dekat hijaunya sama. Bahagian yang paling sedih bila buat editing video, terpaksa tinggal sebahagian, ambil yang utama, tapi itulah hanya point saja disimpan bermain panjang lebar dicerita. 


Jauh perjalanan ke bandar menjadi perbualan seluruh pekan, dah sampai terus berlegar santai. Masuk di dalam pokok batu bata hehe betul ke dah pepatah orang putih cakap hutan batu bata "concrete jungle". Berada di dalam, teruja disambut dengan cupcake bersaiz besar. Bolehlah bertiga merasa, makanan lain ada diiringi, tak jumpa pula rakamannya. Alhamdulillah. Moga pemberi dilimpahi rezeki seluas-luasnya. InshaAllah. Ameen. 


Snack ala Auntie's Anne

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :)

Buat ikut dan


Renyah juga buat cheese bite ni.. 


As weekend approached, adik is thinking of movie snack. We didn''t make any groceries recently. The stocks of chips are out. Thinking of making  pop corn but don't have corn hehe.. Bought some cornflakes but adik had finished it all. Otherwise it will end up as cornflakes biscuits while watching movie, wow! it would so nice with the raya moods. Adik keeps asking for Aunty Anne's. We like to order Aunty Anne's because abang and adik like them. Just recently abang is not so into sausage bites but love cheese bites instead. So here we go with the homemade version. Simple snack but a lot of work.  Breads, sausages, cheese and ready old cookies kept for the weekend. 


Stay Safe inshaAllah


Bertembungnya hari minggu, hari menonton filem yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Belum buat pembelian dapur bermakna stock snek belum di tambah. Terfikir nak buat popcorn tapi bertih jagung pun masih di kedai. Beli cornflakes, adik dah habiskan untuk sarapan walau dia yang sebut-sebut nak buat energy bar, apa tah granola bars. Kalau tak pun cornflakes tu boleh jadi biskut cornflakes. Selama ni adik minta order Aunty Anne's juga. Makanan kami rasa sesuai untuk seisi keluarga sebabnya si abang tak makan manis, jadi ada roti cheese kecil, tokak sekali makan, nama cheese bites, baru ni abang tak suka sosej bites la pula. Bagus la tak suka proses tapi itulah, proses pun kena juga makan biar tubuh tak terkejut kan hehe.. bila kecemasan. Biarkan jenis memilih ni, kita teruskan dengan buat sendiri roti Aunty Anne's, yang perlu pun roti, sosej, cheese dan cookies yang di simpan untuk aktiviti menonton ala kat panggung wayang la pulak.. 


Duduk rumah, kekal selamat, InshaAllah. 


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin