“Nikmatilah
hak istimewa kita sebagai orang muslim mengangkat kedua belah telapak tangan
dan berdoa kepada Allah taala bila-bila di mana sahaja”.
Berdoa sekaligus berbangga dan kagum kita mempunyai Tuhan yang
Esa tapi merendah hati kepadaNya
kerana memerlukan pertolongannya yakni berani
menempuh hidup ini. Dengan praktis ini menarik permerhati juga menjadi
pengikut, In shaa Allah.
Doa adalah penghubung untuk
berbicara dengan Allah, dengan memulakan Ya, Allah”, di saat ingin berdoa bila terdetik
dihati semasa hendak ke tempat kerja, atau pergi membeli-belah bak kata bila-bila
sahaja diantara waktu solat. “Menunggu waktu solat untuk sesetengah umat satu
penyeksaan sama seperti wanita dalam keuzuran memerlukan doa yang khusyuk, doa
dalam sujud, bersujud syukur dan bersolat, hanya Tuhan yang maha tahu perasaan
yang terpinggir tetapi dengan berdoa didalam hati pengobat segalanya".
Bernafas dengan berdoa
adalah permulaan dan yakin akan kita diberi jalan yang benar untuk berusaha
mengecapi hasrat. Bertahan, berserah dengan bertawakkal. Hati dan minda terbuka menerima kurniaan Nya dengan rasa
tenang penuh redha. Berterima kasih,
berbakti, berkongsi dan beribadah kerana bersyukur kepadaNya.
Sememangnya bersolat itu
adalah doa yang bersistem dan berwaktu, di subuh kita mulakan hari yang indah
yang penuh bermakna. Doa di hati juga mudah dan ringkas memulakan perbicaraan
dengan Allah, yang perlu ialah “mahu, “mohon” padaNya, beribadat semoga
“makbul” doa kita. In sha Allah kesedaran yang diperolehi untuk menjadi
soleh/solehah dan muslim beriman.
Expressi dengan berdoa
boleh mengingatkan Allah sentiasa serta menyempurnakan diri, melengkapkan diri
dgn merindui Allah taala dgn berbicara dgnNya. Bila benar Cinta kepadaNya, bercakap
dgn penuh kasih sayang padaNya. Semoga ingatan dan hubungan diantara kita
dgnNya berkekalan. Mudah-mudahan akan kita menjadi cekal dan terus berdoa walaupun ada suara-suara mengatakan sabarlah
tak dapat pun “tak pa”(jika mengiyakan adalah doa redha) teruskan dalam hati
berdoa nauzubillahiminzaligh kerana ‘hindarilah kata mereka dgn izinMu” kerana
hati masih hendak, dan doa
berterusan supaya di hulur pemberian
dariNya, dan Tuhan adalah harapan
abadi.
la ḥawla wa la quwwata illa billah (Arabic "لا حول ولاقوة إلا بالله")Tiada daya
dan upaya melainkan dengan kuasa Allah.
Sememangnya berdoa diatas
sejadah lebih selesa, sujud dengan perasan syahdu, In shaa Allah diterima oleh
Allah dan secara tak langsung kita rasa sayu dan lega selepas bersolat. Rasa
tenang dengan tawakkal yang Allah sentiasa bersama kita menentukan keadaan yang
bersesuaian dengan citarasa kita, In shaa Allah.
Didik hati dengan sentiasa
berdoa dibibir selari dihati terbuka untk menjadi lebih beriman. Pilih jalan yang terbaik yang Allah
tunjukkan, pinta yang kita mahu, percayalah Allah yang memberi dan dari
Allah jua kita meminta.
Fikir
tentang
apa kemahuan kita, apa yang kita hendak jadi atau dapat, fokus ke arah itu serta faham
bagaimana untuk mendapatnya. Misalan, melihat orang sekeliling ada, melihatlah
dengan positif didalam hati berdoa, bukan irihati tapi puji dengan nama Allah. In shaa Allah itu la menjadi fiqah hidup kita mengecapi dengan berdiam kerana berdoa didalam hati, berdamai kerana tenang dengan aman
berfikir malah di hati berdoa. Apabila rasa terdesak pun tidak melatah kerana doa adalah solusi meredakan keadaan, doa juga sumber segala kebaikan, kegembiraan dan sebagainya. Doa sahajalah
yang boleh sebati dengan diri kerana
boleh berada difikiran, dihati dan dibibir.
Berzikir itu juga berdoa Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal
Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha
Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan
aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi).,
Biarlah dihati berdoa tanpa balasan kerana diri
tidak mampu menghadapinya. Kebiasaan kita dengar berilah kekuatan diri untuk
menghadapi ujian, jika benar hati itu tulus, teruskan tetapi jika tidak mampu,
berterusteranglah pada diri sendiri dan pada Allah taala bahawa sememang belum
bersedia untuk menghadapinya. Berdoalah “ ampun dosa ku tanpa balasan dan beri
kebahagiaan dunia akhirat, permudahkan urusan dunia akhirat ku kerana kita
hamba yang lemah lagi bergantung hanya pada Tuhan dan syurga matlamatnya.
Surah An 'Nisaa Ayat 84.
فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ
وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَّهُ
أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا
Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang
kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha
Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
Kerana tidak berdaya, doa diatas adalah
terbaik dgn izinNya semoga aman abadi
dengan amalan berterusan.
Dan terus berdoa yang spesifik apa yang perlu
dimudahkan itu, inshaAllah dimakbulkan. “Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam
menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya),
dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang
membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar
(memohon ampun) pada waktu sahur”.(A-li'Imraan 3:17)
Sebatinya doa dengan diri,
sebutlah setiap penghabisan perbicaraan
In shaa Allah, Nauzubillahimzaligh atau Alhamdulillah. Mendoakan orang ramai
adalah orang baik, jujur, menghormati harta orang, menghayati, berniat untuk
memberi berbentuk menolong dengan keringat sendiri kerana tiada wang ringgit,
kerana kita berprasangka baik, seterusnya keamanan dan keharmonian yang kita
nikmati.
Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. Al-Mu'min :60
Aminkan bersama, iaitu
“perkenankanlah Tuhanku. Amanah kita sebagai anak terhadap ibubapa adalah
berdoa pada mereka, akan tetapi kuasa doa memberi perasaan rendah hati meminta
ibu bapa mendoakan kita sebaliknya, dan kerana ber”Amin”kan bersama adalah
lebih afdal. Inshaa Allah.
ingatan sayang,
babY