Pages

Showing posts with label lifestyle. Show all posts
Showing posts with label lifestyle. Show all posts

April 14, 2014

Hajaba / head wear


pi kenduri pakai lain dari yang lain memang kurang selesa tapi  Alhamdulillah dah selesai tudung dari Hajaba 

i always ending up wear something first time for occasion but its over and happy ending Alhamdulillah

March 18, 2014

baby carrier

Rindu mama dengan carrier ni, bawak faiq ke sana ke sini dengan carrier rasa rapat sangat dan selamat.  Sekarang stroller pun dah tak nak naik, tapi kadang paksa juga sebab faiq suka lari main hide and seek, mama naik panik :)

11 months at perhentian island

english version
Missing the baby carrier, took faiq here and there with it was so convinient. Now, even hard to get faiq in a stroller though sometimes need to force him in as he like to run and play hide and seek got me panicked :)


January 8, 2013

Doa menyempurnakan Diri


“Nikmatilah hak istimewa kita sebagai orang muslim mengangkat kedua belah telapak tangan dan berdoa kepada Allah taala bila-bila di mana sahaja”.
Berdoa sekaligus berbangga dan kagum kita mempunyai Tuhan yang Esa tapi merendah hati kepadaNya kerana memerlukan pertolongannya yakni berani menempuh hidup ini. Dengan praktis ini menarik permerhati juga menjadi pengikut, In shaa Allah.
Doa adalah penghubung untuk berbicara dengan Allah, dengan memulakan Ya, Allah”, di saat ingin berdoa bila terdetik dihati semasa hendak ke tempat kerja, atau pergi membeli-belah bak kata bila-bila sahaja diantara waktu solat. “Menunggu waktu solat untuk sesetengah umat satu penyeksaan sama seperti wanita dalam keuzuran memerlukan doa yang khusyuk, doa dalam sujud, bersujud syukur dan bersolat, hanya Tuhan yang maha tahu perasaan yang terpinggir tetapi dengan berdoa didalam hati pengobat segalanya".
Bernafas dengan berdoa adalah permulaan dan yakin akan kita diberi jalan yang benar untuk berusaha mengecapi hasrat. Bertahan, berserah dengan bertawakkal. Hati dan minda terbuka menerima kurniaan Nya dengan rasa tenang penuh redha. Berterima kasih, berbakti, berkongsi dan beribadah kerana bersyukur kepadaNya.
Sememangnya bersolat itu adalah doa yang bersistem dan berwaktu, di subuh kita mulakan hari yang indah yang penuh bermakna. Doa di hati juga mudah dan ringkas memulakan perbicaraan dengan Allah, yang perlu ialah “mahu, “mohon” padaNya, beribadat semoga “makbul” doa kita. In sha Allah kesedaran yang diperolehi untuk menjadi soleh/solehah dan muslim beriman.
Expressi dengan berdoa boleh mengingatkan Allah sentiasa serta menyempurnakan diri, melengkapkan diri dgn merindui Allah taala dgn berbicara dgnNya. Bila benar Cinta kepadaNya, bercakap dgn penuh kasih sayang padaNya. Semoga ingatan dan hubungan diantara kita dgnNya berkekalan. Mudah-mudahan akan kita menjadi cekal dan terus berdoa walaupun ada suara-suara mengatakan sabarlah tak dapat pun “tak pa”(jika mengiyakan adalah doa redha) teruskan dalam hati berdoa nauzubillahiminzaligh kerana ‘hindarilah kata mereka dgn izinMu” kerana hati masih hendak, dan doa berterusan supaya di hulur pemberian dariNya, dan Tuhan adalah harapan abadi.
 la ḥawla wa la quwwata illa billah (Arabic "لا حول ولاقوة إلا بالله")Tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah.
Sememangnya berdoa diatas sejadah lebih selesa, sujud dengan perasan syahdu, In shaa Allah diterima oleh Allah dan secara tak langsung kita rasa sayu dan lega selepas bersolat. Rasa tenang dengan tawakkal yang Allah sentiasa bersama kita menentukan keadaan yang bersesuaian dengan citarasa kita, In shaa Allah.
Didik hati dengan sentiasa berdoa dibibir selari dihati terbuka untk menjadi lebih beriman. Pilih jalan yang terbaik yang Allah tunjukkan, pinta yang kita mahu, percayalah Allah yang memberi dan dari Allah jua kita meminta.
Fikir tentang apa kemahuan kita, apa yang kita hendak jadi atau dapat, fokus ke arah itu serta faham bagaimana untuk mendapatnya. Misalan, melihat orang sekeliling ada, melihatlah dengan positif didalam hati berdoa, bukan irihati tapi puji dengan nama Allah.  In shaa Allah itu la menjadi fiqah hidup kita mengecapi dengan berdiam kerana berdoa didalam hati, berdamai kerana tenang dengan aman berfikir malah di hati berdoa. Apabila rasa terdesak pun tidak melatah kerana doa adalah solusi meredakan keadaan, doa juga sumber segala kebaikan, kegembiraan dan sebagainya. Doa sahajalah yang boleh sebati dengan diri kerana boleh berada difikiran, dihati dan dibibir.
Berzikir itu juga berdoa Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi).
 
Biarlah dihati berdoa tanpa balasan kerana diri tidak mampu menghadapinya. Kebiasaan kita dengar berilah kekuatan diri untuk menghadapi ujian, jika benar hati itu tulus, teruskan tetapi jika tidak mampu, berterusteranglah pada diri sendiri dan pada Allah taala bahawa sememang belum bersedia untuk menghadapinya. Berdoalah “ ampun dosa ku tanpa balasan dan beri kebahagiaan dunia akhirat, permudahkan urusan dunia akhirat ku kerana kita hamba yang lemah lagi bergantung hanya pada Tuhan dan syurga matlamatnya.   
Surah An 'Nisaa Ayat 84.

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا
Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
 
Kerana tidak berdaya, doa diatas adalah terbaik dgn izinNya semoga  aman abadi dengan amalan berterusan.
 
Dan terus berdoa yang spesifik apa yang perlu dimudahkan itu, inshaAllah dimakbulkan. “Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur”.(A-li'Imraan 3:17)
Sebatinya doa dengan diri, sebutlah setiap penghabisan perbicaraan In shaa Allah, Nauzubillahimzaligh atau Alhamdulillah. Mendoakan orang ramai adalah orang baik, jujur, menghormati harta orang, menghayati, berniat untuk memberi berbentuk menolong dengan keringat sendiri kerana tiada wang ringgit, kerana kita berprasangka baik, seterusnya keamanan dan keharmonian yang kita nikmati. 
Dan Tuhan kamu berfirman : "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. Al-Mu'min :60
 
 
Aminkan bersama, iaitu “perkenankanlah Tuhanku. Amanah kita sebagai anak terhadap ibubapa adalah berdoa pada mereka, akan tetapi kuasa doa memberi perasaan rendah hati meminta ibu bapa mendoakan kita sebaliknya, dan kerana ber”Amin”kan bersama adalah lebih afdal. Inshaa Allah.
 
ingatan sayang,
babY

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin