Blog ini dulu berkenaan senaman, (nama babYpose tu nama posisi senaman yang paling senang ) saya tak berniat untuk menukar tujuan berblog. Dulunya senaman satu keutamaan kehidupan tetapi bila ada orang-orang penting bersama, tentang bersenam pun nak cerita, tentang mereka juga dalam senarai.
Baru ni saya rasa malas betul nak bersenam kerana badan tersangat berat. Selepas buat analisa baru sedar kerana permakanan. Dengan pembetulan itu saya cuba bersenam kembali, berjaya melakukannya lebih mudah dan lama juga dapat bersenam. Salah satu posisi yang diperoleh ialah berdiri di atas kepala ini.
1. Duduk melutut
2. Letak dahi / ubun kepala di lantai
3. Letak suku disebelah telinga
4. Jari-jari digenggam kedua belah tangan
5. Kaki lurus, hanya jari kaki di lantai
6. Angkat bahagian pinggul
7. Kaki berjalan ke badan
8. Perlahan angkat kaki
9. Rehat, rasa darah menurun ke bumi. Otot ditarik graviti seperti dinaikkan ke atas.
Selamat mencuba :D .Post sebelumnya biar berteman