Pages

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

September 5, 2014

petua / tips baby girl

Dah cakap bab anak beranak ni dan dapat komen blogger Julia pun inginkan baby girl kan..biar saya kongsi di sini, Rasa malu pun ada juga, tetapi lebih elok kongsi supaya tak buang masa dan tenaga kan, seperti peringatan blogger Kak Zakie cakap, berdoa itu lebih dari segalanya...

Baru ni pun seseorang yang rapat dengan saya bertanya, bagaimana boleh saya dapat anak perempuan?
Kebetulan saya pun tanya seseorang juga soalan yang sama, syukur beliau beritahu jawapan yang tepat dan tak berlapik pun.. Beliau cakap kena aktif 2-3 hari awal hingga hari subur. Jadi jika peram dan aktif hari subur, lebih berat dapat boy. Beliau ni dengan orang sekelilingnya ni memang ikut perancangan dalam hidup mereka, sebab tu saya berani tanya beliau :)

Lepas borak pendek dengan beliau, saya google, memang penulisan dalam inggeris memang mengatakan demikian.

Bila Faiq nak masuk setahun, saya mula tunjuk minat pada anak perempuan ni, tegur anak perempuan, suka2 pink, saya mula berdoa, pertama saya borak dengan emak minta emak doakan... biasala beritahu emak, emak suruh saya besarkan Faiq dulu, enjoy dulu.. macam-macam la kan untuk mengelakkan saya kecewa...tapi saya dah buat keputusan hanya untuk mencuba bukan terus dapat kan  tetapi  cuba dengan cara betul juga ... tak sangka dan Alhamdulillah Faiq berumur 1 tahun 9 bulan Cik Fadya pula wujud  :)

Petua lain tu, makan sayur, tidur mengiring, saya cuba juga...susah nak terangkan juga sebab dalam merancang, Allah kurniakan...rasa logik juga...waktu2 sedemikian...permakanan pun main peranan, cuba google lebih detail.
.

September 4, 2014

in heart to remember/tips dapat anak

Terima kasih blogger NA mengingatkan saya untuk update blog, kebetulan mulai hari ini saya lebih lapang untuk buka PC, baru semalam cakap dengan en hubby, boleh la berblog selepas beberapa isu sudah selesai, lega :)

Saya mengingati seseorang sebenarnya, dan bersyukur dapat mengenali beliau, Masa saya masih belum ada anak, saya pasang ja telinga bila beliau menceritakan pengalamannya inginkan cahaya mata.

Simple je, sebenarnya, saya rasa Dr Gyneanya dari  Medical Centre terkenal juga, sangat ikhlas memberi solusi, hanya berikan kit Kesuburan / Ovulation Kit boleh di dapati di kedai farmasi, kit ini seperti check pregnant tapi check hari subur. Untuk menambahkan kesuburan, beliau mengambil Iron Folic dari saya, atau sebelum itu dari dealer Amway lain.

Dalam kit itu mempunyai cara dari A-Z untuk concieve/ untuk hamil. Termasuklah bilangan hari ke berapa hari subur itu dalam bahasa pun ada.
google pic

Bermakna Dr Gynea beliau sangat pemurah dengannya dan tidak perlu charge check up lain walaupun beliau sudah mencecah umur 40 an. Saya bersyukur  mendengar ceritanya dan teringat akan kit ini semasa sudah bersedia mengandung dengan itu wujudlah En Faiq...:) Alhamdulillah. Tetapi iron folic kena diganti dengan asid folic bila sudah hamil.

I miss her <3


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin