Pages

Showing posts with label fadyatravel. Show all posts
Showing posts with label fadyatravel. Show all posts

February 7, 2016

Botol air dibeli dari Medan, Indonesia

Botol air dari Medan, Indonesia untuk Fadya yang saya pinjam ini (di dalam gambar)  mengingatkan saya ke lawatan pendek di Medan dalam bulan Nov, 2015. Kebetulan berada di medan atas urusan kerja. Semasa di sana, tak sangka terbeli botol air untuk anak-anak.  Tak berniat untuk membeli-belah.

Menginap di servis apartment berdekatan dengan pasaraya. Kami turun untuk membeli air mineral untuk minum dan bekalan budak-budak. Air mineral disediakan oleh pihak hotel, percuma hanyalah dua botol, selebihnya jika di ambil di kira dibeli dengan harga hotel.

Dalam perjalanan ke pasaraya kami berhenti juga bergambar sebab tiada hasrat nak bersiar-siar di kota medan kerana kesuntukkan masa.. Inovasi motor beca nampak menarik bagi kami kerana dari cognitif perspektif untuk  memudahkan kehidupan dan membuat sesuatu yang ada lebih berguna.

Airport Medan dibina baru tetapi didalamnya saya dapati ada nyamuk berterbangan. Sangat merisaukan bila hendak masuk ke tandas, di belakang mangkuk tandas dipenuhi dengan nyamuk.  Risau jika di ganggu nyamuk-nyamuk akan berterbangan akibat terkejut dan menghingap ke kulit pula.

Hanya kami saja ke sana membuat saya susah hati sepanjang masa berada di sana. Di dalam hati tak mahu lagi ke mana pun kalau bukan packej tour. Saya memang bukan pengembara yang mengambil risiko. Saya biasa travel dari airport, taxi atau limo hotel yang ambil kalau tak ramai, kalau bergroup kami ambil kereta sewa berpemandu. Kali dengan anak-anak kecil, saya memikirkan saya dan en suami yang betanggungjawab melindungi keselamatan mereka, kerana tempat orang lebih banyak fikirnya.

Sempat juga kami membuat lawatan ke galery haiwan. Singgah di kilang crepe atau makanan berasaskan buah durian, semua ada di situ. Tempahan borong pun ada. Bersyukur bila selamat sampai di tanahair, sayang malaysia :)) moga bersama bertahajud. Berdhuha esoknya. Sweetdreams ♡


January 27, 2016

sehari di aquaria klcc

Biasa bila jumpa mak tok dan tok wan, mak tok akan suggest tengok panda, aquaria, sunway lagoon. Dengan gap umur berbeza dalam group weekend kami. Mengambil masa mempertimbangkan setiap seorang punya keperluan. Seperti emak dan bapa tak boleh jalan jauh, manakala Fadya waktu tengahari dah nak tido sekejap sunnah tu, kalau ada stroller lebih selesa perjalanan. Jadi emak cadangkan zoo tu sebab boleh duduk atas train, bila dengar train saya pun rasa nak duduk juga. Perbincangan diawal pagi hingga ke masa mengisi perut. Sampai ke Aquaria, sebelum pintu masuk ada food court, emak bapa singgah makan dulu. Kami anak beranak teruskan rancangan. Suka dengan hiasan pintu masuk ada jerung hammer head shark.
Faiq dah biasa dengan hammer shark ni sebab dia pernah tengok jerung berbentuk pemukul ni di pasar. Bila dah masuk nak ambil gambar ja tapi tak bole la berflash, kalau nak buh flash, kena la pakai cermin mata hitam kat ikan-ikan tu dulu. Suka tengok ikan ikan berbagai spesies.  Permulaannya kebanyakkan ikan-ikan berada di aquarium, makin dalam ada cylinder tank.  Di sana ada disediakan standalator atau carosel yang bergerak tu dapatlah berdiri rehat kejap sambil menikmati ikan dari atas bila lalunya carosel dalam gua transparent. Dari awal selepas masuk tu ada sesi ~pet the fish~, boleh pegang starfish dan ikan-ikan lain. Masa berada di sana terkena waktu diver sedang memberi makan jerung-jerung yang active bergerak ke sana ke sini. Memang bagus bawak budak-budak ke sini, teruja ja dari mula hingga akhir. Di penghujungnya seperti biasa ada promosi dan pasaran produk baru seperti berinterak dengan dinosaur (virtual) dalam computer. Jika berminat ke sana, pastikan bawa mykad ke Aquaria ini, harga lebih rendah untuk penduduk Malaysia. Sangat menarik untuk  lawatan educative and fun.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin