Pages

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

May 16, 2016

Anak dan Buku

Masa kelam kabut nak keluar semalam, dekat pintu, Fadya tanya nak bawak buku boleh ke tidak. Dah tergesa mungkin tak jawab lagi, Fadya tanya lagi, buku kecik ja nak bawa katanya, papanya yang tolong jawab cakap ok boleh bawak. Dalam perjalanan, nampak Fadya baca juga buku tu. Buku tentang semua merah, tak ambil gambar pun lain kali nak ambil. Sebab gambar yang tetera di sini dari perjalanan hari lain yang lama skit, mama ambik pun sebab petmandangan tingkap tu cantik, baru perasan Fadya tengok buku.

Bila dah sampai ke destinasi semalam, parked kereta, kami keluar buku tu tak dibawanya. Tiada siapa kisah la tentang buku Fadya tu, yang kudapan ada tab/phone  yang diupload online book/cerita macam tu dah dibekalkan. Pic-pic di atas tu tak bagus sebab tak pakai seatbelt, memang mama toleh pun untuk suruh pakai talipinggang keledar jugak tu, sambil snap permandangan.

Tak sangka outing semalam banyak menunggu, sampai Fadya bertanya juga tentang bukunya, mungkin nak baca kut. Rasa termalula jugak mama ni duk sedia app/phone/tab segala, yang anak nakkan buku fizikal nak baca.

Pagi-pagi ni mama teringat kisah semalam terus cakap dengan papa tolong ingatkan tentang buku untuk Fadya tak kira waktu mana pun sebab Alhamdulillah Fadya minat sendiri dengan buku ni, jadi memang patut memberi galakkan. Dah tahu pun Fadya minat buku dari kecik, sampai nak peluk buku depan cermin tu.


May 12, 2016

Hadis lemah? | Hijrah

Mulanya begini... dari kecik Faiq Fadya masuk rumah kosong atau yang di tinggal lama akan ternampak anak labah-labah. Mereka akan usir atau kejar ja labah-labah tak pernah nak pijak ke apa. Biasa mulut saya pun cakap biarkan saja labah-labah itu, sebab ia menolong Nabi saw pada masa dulu. Labah-labah menolong tetapi cicak bersubahat...itulah yang keluar dari saya ni, betul ke tidak menjadi tanda tanya.

Saya sendiri berminat dengan cerita ini, jadi google ala kadar buat cerita dalam dua helai kertas saja sebab senang di bawa. Buat dalam sejam dua ja sebelum tido.. tak sempat nak kaler pun, untuk anak kena la kaler. Sambil reserach sembang juga dengan en suami tentang ini.

Bangun pagi lepas subuh, en suami masih duduk di atas sejadah lagi dah beritahu hadis daif ke apa tah nak call en suami sekarang tak nak mengganggu lagi pun duk laju menaip ni. Jadi tak pasti  part labah-labah ada dalam hadis ke tidak... mmm:)

March 1, 2014

Buku The Magic

Mak dan bapa nak pinjam buku the magic di mana buku tu
menitik berat tentang bersyukur dan berterima kasih walau kita di mana pun, bila di dalam kereta, berterima kasih yang kita ada kereta, ada jalanraya, lebih kurang macam tu.
Jadi saya cakap dengan mak bila baca ingat bersyukur tu sememangnya kita disuruh oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

Memang saya suka beli buku motivasi macam ni, tapi kakak saya berpesan ingin sesuatu, berdoa pada Tuhan, terutama dalam sujud. Bukan saja percakapan tetapi setiap pergerakkan kita adalah doa.

Saya rasa kalau kita ingin sesuatu contoh rumah. Tetapi kita duduk cakap saja, tapi tak keluar petang-petang pergi tengok kawasan perumahan, menaruh minat sesebuah rumah itu cantik dan inginkan memiliki rumah seperti itu. Dan pergi tengok show house, pasti kita dapat rumah tu, InshaAllah. Kerana ia sebhagian dari doa. InshaAllah.

Kerana saya pernah mrngikut seorang hamba Allah yang belum berkahwin, baru lepas grad pergi ke kawasan perumahan yang mewah, hinggakan sales person tu suruh dia bawa suami baru boleh tengok selebihnya. Sekarang hamba Allah tu memiliki rumah lebih kurang serupa yang dia ifamkan. Bermakna berani meminta dari kemampuan kita dengan berdoa dan berusaha kearah hajat kita dengan membawa diri penuh keyakinan hanya dariNya.


Surah Ibrahim
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". Surah 14:7
   
And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."

Pic faiq tu beberapa bulan yang lepas dia suka jalan lambat-lambat dari kita orang  lepas tu - lari dan cakap "hey guys, wait for me" sekaranng adiknya,, pun suka mention "hey guys"  semua ni dari movie kut :)

  

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin