Mulanya begini... dari kecik Faiq Fadya masuk rumah kosong atau yang di tinggal lama akan ternampak anak labah-labah. Mereka akan usir atau kejar ja labah-labah tak pernah nak pijak ke apa. Biasa mulut saya pun cakap biarkan saja labah-labah itu, sebab ia menolong Nabi saw pada masa dulu. Labah-labah menolong tetapi cicak bersubahat...itulah yang keluar dari saya ni, betul ke tidak menjadi tanda tanya.
Saya sendiri berminat dengan cerita ini, jadi google ala kadar buat cerita dalam dua helai kertas saja sebab senang di bawa. Buat dalam sejam dua ja sebelum tido.. tak sempat nak kaler pun, untuk anak kena la kaler. Sambil reserach sembang juga dengan en suami tentang ini.
Bangun pagi lepas subuh, en suami masih duduk di atas sejadah lagi dah beritahu hadis daif ke apa tah nak call en suami sekarang tak nak mengganggu lagi pun duk laju menaip ni. Jadi tak pasti part labah-labah ada dalam hadis ke tidak... mmm:)
HADITH SAHIH DAN PALSU N BANYAK LAGI SIFAT HADITH KENA TANYA MRK YG ALIM DLM BAB NI...TAPI KISAH LABAH ADA DLM ALQURAN..
ReplyDeleteTu la kan kena kompem betul2 kan bab hadis ni.sekarang nibbyk sgt ustaz ustazah fb..main share je kadang taknpastinhadis sahih kee betul
ReplyDeletePndai ye mama faid fadya lukis siap buat cerita kisah nabi.sy pun pernah buat cmni..siap kaler.kisah nabi juga..tp sekali tu je la.haha
dah lama dgr hadis ni, tapi tak check pulak..hadis daif ke..huhu..
ReplyDeleteTentang hadith kakak tak arif tapi kalau dalam al-quran rentetan kisah ini ada di sebut bila Saidina Abu Bakar ketakutan lalu baginda kata jagan takut ada dalam ayat Al_quran "La tahzan innallaha ma'ana" - Jangan takut kerana Allah ada bersama kita.
ReplyDeleteNamun hadith sohih atau sebaliknya kita memang kena berhati-hati sekarang ni terlalu banyak isu. Wallahu'alam
Apa pun BP memang kreatif dalam mendidik Faiq-Fadya. Thumbs-up!
saya baru je attend seminar 'perbezaan antara hadith dhaif dan hadith maudhuk' hari selasa baru2 ni...
ReplyDeletesebenarnya kalau nak citer bab hadis ni mmg panjang lebar...cuma apa yang boleh saya simpulkan dari seminar yang saya hadir tu:
1) hadis sahih sifatnya mestilah:
-kandungan isinya tidak bercanggah dengan Al Quran
-sanadnya haruslah bersambung
-perawinya mestilah adil
-perawinya orang yang kuat ingatan
-tidak syaz
-tidak ada ilal
2) hadis dhaif pula berbeza mengikut kelemahan yang wujud pada hadis tersebut. Kelemahan itu samaada kelemahan yang biasa atau kelemahan yang melampau. Ia juga mengikut sejauh mana hadis itu gugur daripadanya sifat2 hadis sahih. Boleh jadi ianya hanya dhaif Qarib atau ia boleh jadi jugak hadis dhaif yang melampau yang dipanggil dhaif Syadid. Ada 3 pendapat mengenai hukum mengamalkan hadis dhaif ini dan salah satunya adalah dibenarkan untuk beramal dengan hadis dhaif secara mutlak di dalam hukum syariat, fadhail amal, manaqib dengan syarat hadis tersebut bukanlah hadis dhaif syadid.
3) hadis maudhuk (hadis yg direka)
-hadis maudhuk ini yang bahaya yang mana direka ke atas Baginda SAW samaada berupa perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau seumpamanya dengan sengaja.
Hadis maudhuk juga ada ciri2 utk mengenalinya tapi nak taip kat sini ganggu ruangan komen BP pulak...hehe...
saya ada berhajat untuk share tentang apa yang saya pelajari di seminar tu dlm blog saya nnt..InsyaAllah.
Mudah2an perkongsian yang kecil ini membantu BP serba sikit.
p/s: ustaz juga ada cakap hadis dhaif dan hadis maudhuk itu bagai langit dengan bumi bezanya..
wah...hebat..jelas juga penerangan ni...nanti share o.k
DeletetQ atas penerangan nya sis..:)
DeleteKena tya yg lebih arif.
ReplyDeletebagusnya siap lukis tu BP. Rajin Bp ni..harap saya juga serajin ini untuk mengajar anak2 nanti
ReplyDeleteSebut pasal hadith... sekarang ni Bunda tak ketinggalan menonton satu program tv Alhijrah.. "Hadith Open Mic" Bagus program ini, penuh pencerahan dan menyentuh hati...
ReplyDeletepernah juga dengan cerita ni tapi tak pasti ada ke tak dalam hadis....kalau dah tau jawapan share la nanti ye
ReplyDeletesangat ber info n3 nih.
ReplyDeletedari n3 sampai lah ke komen2nye.
dapat jugak lah sedikit ilmu pasal hadis ini.
terima kasih ye.
kaknoor pun selalu jugak dengar ceramah ustaz2 dlm youtube
ReplyDeleteskrg ni banyak yg dulu kita ingat betul
tapi sbeenarnya hadith tu lemah dan di reka2
wallahuaklam jugak kena tanya pada yg lebih arif lah
wah kreatifnya! cantik nampak lukisan
ReplyDeleteboleh buat buku sendiri ni
sekarang pihak penerbit agak terbuka
cubalah submit, manalah tahu kan
anyway bab hadith saya pun tak pasti
saya banyak merujuk e-hadith dari JAKIM
tapi itu pun diorang tak kumpulkan semua
mana yang ada dalam arkib mereka aje
tu yang tak berani nk share hadis2 klu tak pasti.. takut dpt dosa free plak.. paling afdal bertanya dulu pd yg arif sblm nak post kan BP...
ReplyDelete*pekabar?? lama tak kesini..:)
Selalu gak dengar cite pasal labah labah ngan cicak tu BP....tp tak ambik pusing pulak hadis lemah ke tidak hihi...tulah masalahnya mak ni tau, kurang suka membaca....
ReplyDeleteciter ni slalu jgk dicerita masa tadika oleh ustazah..tp xpenah pulak ambik tahu hadis daif ke sahih..kena recheck blik ni..
ReplyDeleteKretifnya sis buat macam nih. Tapi bab hadis ni kena tanya dengan yg lebih arif.
ReplyDeleteBab hadis ni takut nak komen..takut tersalah kan dapat dosa pulak..
ReplyDeleteKita sedia maklum kisah labah labah dan nabi sejak kecil lagi tp tentang hadith tak berapa pasti takut tersilap.
ReplyDeletekak Zai..emailkan JM alamat boleh?
DeleteSekarang nie banyak hadis palsu.. mohon hati2
ReplyDeletetak berapa tahu sgt bab ni
ReplyDeletepndpt aida ~ rujuk ustaz.
ReplyDeletekekadang kalau membawa kebaikan, ok aje.
jgn yg menyimpang jauh dari akidah.
tak berapa tahu jugak bab hadith2 ni..
ReplyDeletebtw, tulisan bp cantiknyaa ☺
Rajinnya kak BP . Siap melukis bagai haa. Nak menarik minat anak kan :) Mengenai hadis, siqah pun tak tahu nak cakap. Banyak hadis sekarang ni, kena berhati2 ��
ReplyDelete