Pages

Showing posts with label Resepi mudah. Show all posts
Showing posts with label Resepi mudah. Show all posts

July 14, 2021

Roasted Chicken like Fried Chicken / Bakar tapi macam goreng

Bahasa dan video dibawah :)  English and video below:) 




Roasted chicken that fix it like fried chicken as to save cooking oil.  Manage to manipulate the taste by place the grill at top near the heat. It came out crisps, most importantly is that adik the o fried chicken lover only approved it.


The simple ingredients are tamarind, sugar, salt, and tumeric, didnt dare to add pepper as the purpose is to ensure she eats not to fix new meal.


It takes 20 minutes for one side then take out flip another for 20mins in 200°C so total are 40 minutes. Obviously we need to plan early before proceed:) 

Hope you all have an amazing day ❤️



Ayam bakar sengaja dimasak seakan ayam goreng. Selain menjimatkan minyak juga menyelamatkan udara dari lebih terbau. Seakan ayam goreng terjadi bila letak grill atas sekali yang hampir pemanas. Bila keluar rangup, sedap yang penting adik rasa sama macam goreng dan lulus. 


Bahan yang sedia ada saja yang dilumur iaitu asam jawa, garam, gula, kunyit. Tak berani letak lada hitam sebabnya tak kuasa nak buat hidangan lain. 


Ayam roasted di bakar 20 min bahagian atas dan bawah dalam 200°C. Seluruhnya 40 minit la juga jadi rancang awal2 :) 


Harap semua menikmati hari yang paling indah❤️

July 13, 2021

Oats Pancake Vs Conventional Pancake

 




Salam Selasa πŸ₯°



Since we tried to take low carb meal, oats pancake were our attempt, similar tasty, even full. Just for adik we made pancake with flour to avoid dissapointment face. Alhamdulillah we enjoyed it with peace.  Original and Oats recipes are down below. 

Sejak mengamalkan makanan rendah karbo, cuba juga buat pancake oats, sedap juga, kenyang pun sama, cuma untuk adik, mama buat juga pancake dari tepung hanya kekecewaan bila air muka memilih menjelma. Alhamdulillah menikmati  sarapan dengan senyap dan aman. 


Ramuan pancake oats

1 cawan oats

Sebiji telur

1 cawan susu - mama bancuh susu tepung (sayang susu segar untuk anak-anak minum) 

1 sk baking powder

1 sb butter

1 sk cinnamon

Kacau sebati


Conventional pancakes nanti tanya papa sebab hasil kerjatangannya. Alhamdulillah ❤️

Ok dah dapat resepi


Pancakes


1.1.5 cup all purpose flour

2. 3.5 tsp baking powder

3. 1 tsp salt

4. 1 tbl spn white sugar

5. 1.25 cup milk

6. 1 egg

7. 3 tbl spn butter melted


a) add 1. 2. 3. and 4, mske a hole at ctr

b) add 5. 6. and 7 mix til smooth

c) cook in frying pan



Selamat mencuba ❤️

July 13, 2020

Oren zest



Semangat yang meninggi, tiba menurun bila nak kisar kulit buah oren jadikan zest tenggendala bila mesin kisar tak jalan.

Memanglah mesin lama, dengan cara betul masih berguna. Teruskan juga bagai ada solusi, cuba mesin yang jarang guna tak berjaya.

Macam tenang tapi kalut naik bot juga, kejar masa, tak menyabar nak selesaikan langkah-langkah biasa. Inilah akibat selalu beli prabancuh atau kek siap kat kedai, duduk nikmati ja. Duduk, baca doa panjang, potong dengan garfu kecil, buka mulut, kunyah acah, telan mmm nyumm. Apapun kulit ada phytonutrient elok diambil sesekali.


July 5, 2020

resepi mudah churros

Makanan mentah karbohidrat seperti beras, tepung biasa berada di dapur, bila hampir habis, ada rezeki pastikan ditambah ganti supaya tidak kehabisan. Asas kehidupan.

Makan ruji ini punca pemberi tenaga dalam diet patut berada dalam pinggan setiap hari. Pesan kepada anak-anak,  pandai masak nasi dan buat cucur jemput jadilah, pergi ceruk dunia inshaAllah boleh hidup. #survivaltips Persiapkan kemahiran hidup. #lifeskill lifetime!

Zaman moden ini, selain yang disebut di atas pasta berbagai bentuk menjadi pengisian di dapur.

Bergantung pada tulang-tulang yang ringan di dalam rumah ini, untuk mengangkat badan ke dapur, capai kabohidrat mana untuk dijadikan makanan minum petang.

Churros pilihan perut, makanan orang Mexico, orang Spain.

Panaskan secawan air, masukkan sesudu besar butter dan gula, setengah sudu teh garam, biar mendidih. Perlahankan api, masukkan tepung sedikit demi sedikit sebanyak (1 1/4 cawan tepung) sentiasa kacau sebati, angkat. Masuk telur, kacau seperti dough lembut. Masukkan dalam icing pipe, jika tidak seperti kami buat ni,  bentukkan macam cakoi. Goreng.Tabur gula serbuk kayu manis. Voila. Ngap.

Kayu manis ada antibiotik properti, pagi ni rasa tekak rasa bersih, disebabkan memantau tekak sendiri, tekak anak-anak tidak kering masa cuaca panas(reaksi mucus keluar ditekak bila kekeringan) ni, ada terasa beza sikit :)) Cubalah.

July 1, 2020

Kek carrots Ala roti tanpa mixer


Resepi mudah tanpa mixer melancarkan pengemasan dapur. Kurang membasuh, cepat ja duduk menikmati, dulu di cafe, sekarang Kat umah. Yang penting makan catu2 na.

Bahan kering
2 cawan oats
1 cawan tepung
1 cawan carrots dikisar kasar
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan raisins
1 sb baking powder
1 sb baking soda
1/2 st serbuk kayu Manis
1/4 st garam

Bahan cecair
3/4 susu
2 telur
1/4 cawan minyak atau minyak zaitun
1 st vanilla

Satukan semua bahan kering, juga bahan cecair dituang ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga Sebati. Masukkan adunan dalam loyang separuh penuh. Bakar selama 40-50min ,dalam suhu 180°C. Cuba cucuk juga untuk memastikan Kek masak di tengah.

Sepotong Kek ini sangat mengenyangkan. Sesuai untuk sarapan. Mengurangkan kolestrol, manakala serat oats membersih dalaman "detoks". InshaAllah.
Selamat mencuba.



adik bancuh tungkus lumus kerana suka slime je tu😊

SalamπŸ’–

https://baby-pose.blogspot.Com


June 29, 2020

Kek carrots oats tanpa tepung



Kadang demi anak tekak, masih nak telan kek. Kurang tu kurang ni tetap ada yg dielakkan, yang ni betul2 tanpa tepung. InshaAllah nak cuba buat yang kurang bahan pula.

Resepi di formularized oleh papa.

1/2 cawan =  1 btg carrots dikisar kasar + 3sb raisins + 3 biji fig kering jadi setengah cwn
2 cawan oats
2 biji telur
1/2 cawan gula perang
1/4 minyak
1/3 susu cair
1 st baking powder
1st baking soda
1st serbuk kayu manis

Campur dan gaul sebati. Tuang dalam loyang atau pakai buang loyang. Bakar suhu 180° dan kurangkan masa. Jadi 35 minit dah memadai. Kami bakar 40 minit, terlalu lama untuk kek seakan cupcake, patut less baking time. Kurang masa bakarnya.

Alhamdulillah menjadi. Sedap mengenyang, sarat dengan serat lobak, kismis dan fig atau buah tin. Surprisingly, warna lobak tetap oren. Potongan kek seakan kek karot lepas cuma yang ini tanpa tepung ada dlm video.

Bagus untuk dicuba, bertahan 4 - 5 hari juga. Cuba ye semua, senang dan kenyang dapat hilangkan kempunan makan Kek manis2😍

Stay active and safe.

Salam bahagia semua πŸ’“ .

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin