Pages

Showing posts with label Grandparents. Show all posts
Showing posts with label Grandparents. Show all posts

February 25, 2016

Pulau Pinang | ETS

Jika ingin ke penang, senang ja, saya ingin catatkan di sini sepasang warga emas yang mengembara dari Petaling Jaya ke Penang. Emak saya risau bila bapa bangun pagi nak pergi ke Penang. Emak tak gemar berjalan jauh. Tiba emak call dah on the way ke Penang. Saya biasa hujung minggu ingin bertandang ke rumah  parents tetapi mereka dah berangkat ke KL sentral kerana bapa hendak menaiki keretapi laju. Bapa memandu sekitar KL ja. Bapa tak sabar nak naik ETS tu, syukur ada tiket keretapi biasa boleh la teruskan perjalanan ke Penang.

pakai mask atas ferry turun dari bahagian penumpang duduk ke dek kereta
Dari Butterworth, emak bagitau yang mereka naik teksi atau jalan ke jetty untuk naik ferry. Tak pasti.

Duk spot check
Sampai di sana bapa mahukan bilik hotel di Penang Road. Kami belum berada di sana, hanya menelefon ok ke semua. Bapa cakap naik keretapi nyek nyek tak boleh tahan badan  sakit sebab lambat nak sampai.

ada lukisan dinding di bahagian hotel
Hari yang ke 2 tu kami sampai, Faiq dan saya la teringin nak lihat bilik mereka di hotel budget. Emak tak berapa nak bagi sebab 2 beradik ni suka lompat atas katil. Saya pun risau, pesan kat Faiq Fadya hanya tengok dan duduk ja bila masuk hotel maktok.

Sembang dengan pelancung asing
Bapa seperti biasa suka nyakat terus cakap "Jangan lompat sebab nak tilam bersih". Pandai pula Faiq jawab, bilik saya pun ada katil dan tilam.
Sempat la puppy Fadya makan angin

Kami keluar makan di Padang Kota. Bila masuk dalam kereta, bapa tanya "Faiq ada dalam?  Jawab "present" bapa ajar Faiq bagaimana memberi jawapan kalau dalam kelas jawab "datang" atau "present". Faiq dengan cepatnya menanya tok wan ada present untuk saya ke?. Maktok dengar, berkata pandai Faiq tahu present tu hadiah lah.

Lepas makan mereka berbincang lagi bila nak balik sebab nak juga balik dengan ETS yang sepatutnya kena booking awal. Boleh buat di website easybooking pernah terbaca, belum cuba.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin