Pages

February 25, 2016

Pulau Pinang | ETS

Jika ingin ke penang, senang ja, saya ingin catatkan di sini sepasang warga emas yang mengembara dari Petaling Jaya ke Penang. Emak saya risau bila bapa bangun pagi nak pergi ke Penang. Emak tak gemar berjalan jauh. Tiba emak call dah on the way ke Penang. Saya biasa hujung minggu ingin bertandang ke rumah  parents tetapi mereka dah berangkat ke KL sentral kerana bapa hendak menaiki keretapi laju. Bapa memandu sekitar KL ja. Bapa tak sabar nak naik ETS tu, syukur ada tiket keretapi biasa boleh la teruskan perjalanan ke Penang.

pakai mask atas ferry turun dari bahagian penumpang duduk ke dek kereta
Dari Butterworth, emak bagitau yang mereka naik teksi atau jalan ke jetty untuk naik ferry. Tak pasti.

Duk spot check
Sampai di sana bapa mahukan bilik hotel di Penang Road. Kami belum berada di sana, hanya menelefon ok ke semua. Bapa cakap naik keretapi nyek nyek tak boleh tahan badan  sakit sebab lambat nak sampai.

ada lukisan dinding di bahagian hotel
Hari yang ke 2 tu kami sampai, Faiq dan saya la teringin nak lihat bilik mereka di hotel budget. Emak tak berapa nak bagi sebab 2 beradik ni suka lompat atas katil. Saya pun risau, pesan kat Faiq Fadya hanya tengok dan duduk ja bila masuk hotel maktok.

Sembang dengan pelancung asing
Bapa seperti biasa suka nyakat terus cakap "Jangan lompat sebab nak tilam bersih". Pandai pula Faiq jawab, bilik saya pun ada katil dan tilam.
Sempat la puppy Fadya makan angin

Kami keluar makan di Padang Kota. Bila masuk dalam kereta, bapa tanya "Faiq ada dalam?  Jawab "present" bapa ajar Faiq bagaimana memberi jawapan kalau dalam kelas jawab "datang" atau "present". Faiq dengan cepatnya menanya tok wan ada present untuk saya ke?. Maktok dengar, berkata pandai Faiq tahu present tu hadiah lah.

Lepas makan mereka berbincang lagi bila nak balik sebab nak juga balik dengan ETS yang sepatutnya kena booking awal. Boleh buat di website easybooking pernah terbaca, belum cuba.

12 comments:

  1. Oh... Makan angin ye:)
    Faiq akan terus cuba menguasai vocabulary macam present tu. Datang dan hadiah pronounce sama tapi maksud beza. Fadya tak mahu puppy dia tertinggal - tetap dibawa juga:) Cute lah dia ni:)

    ReplyDelete
  2. budak memang suka lompat kalau masuk hotel..anak2 MV pun mcm tue...wah cantik lukisan yg kat dinding tue

    ReplyDelete
  3. wah bestnyer jalan berdua menaiki keretapi.

    Budak-budak memang begitu, suka melompat atas tilam, katil saya sudah roboh hasil lompatan anak-anak

    ReplyDelete
  4. tak pernah naik ETS.. teringin nak merasa.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. anak2 kecil gitu la dik...anak dara akak kalau masuk je bilik hotel tu la perkara pertama yg dia buat...lompat2 atas katil...akak last pi Penang 3 tahun lepas kalau tak silap...tak puas lagi jalan2 kat sana...ada rezeki nanti nak pi lagi...

    ReplyDelete
  6. Waaaa...seronok sangat ni...

    ReplyDelete
  7. Katil tu BP..
    Memang tempat kesukaan anak2 duk melompat2 lah..
    Kira ok faiq tu dah tak melompat2 dikatil..

    ReplyDelete
  8. teringat dulu2 Penang mmg tempat ulangalik gi kerja dari kedah naik feri, ke penang road naik yellow bus haha adoii nostalgia sungguh lah babyP

    ReplyDelete
  9. Mengekor jugak rupanya awak ke Penang BP. Teringin gak nak naik ETS ke Utara, belum berkesempatan lagi.

    Kuat lagi ye mak pak awak BP, larat lagi ke Penang tu. Tak ambik tiket ETS yg katil ke

    ReplyDelete
  10. rajin pula mereka naik ETS wpun krg selesa . dapat juga bercuti bersama di penang .

    ReplyDelete
  11. seronoknya mkan angin..")

    ReplyDelete
  12. seronok atok nenek berjalan2 naik ETS. terlepas lah tu hajat dorang :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin