Pages

April 3, 2016

Maha mendengar dan memberi rezeki

Macam terkejut sangat bila saya dapat mesej dalam perbualan tentang roadtax kereta parents saya. Soalan saya pun tentang pelancungan sebab fikir nak melancung, permintaan pun ingin melancung dalam entri ini - ikhlas-dalam-meminta.

Tiba beliau hantar namecard nya tentang travel /pelancungan. Memang sebelum ni saya tahu beliau dah nak tukar karier dan ingin buat business di luar negara. Bila beliau ke luar negara beliau cakap nak jual belacan, seperti biasa saya akan cakap good nanti maju saya pergi sana melawat.

Rupanya beliau dah ada business tours/melancung terus berlokasi di Perth. Saya minta beliau buat quotation sebut harga ke ostolia untuk 4 hari kira kalau cuti pun cuma 2 hari ja kan. Tengok beliau dah nak kena ke eropah business makin maju tu.

Tetapi itula dalam post yang lepas saya minta nak travel melancung ke luar negara, sekarang Allah telah beri jalan mudah kerana adik kawan saya yang buat business tours di australia. Saya pun response positif ja minta beliau bagi kosnya. Lepas tu baru teringat semasa makan tengahari dengan en habibi. Laa saya tak minta duit untuk melancung dalam doa saya. Terkapai-kapai kejap.

Kenapa tak dapat duit untuk travel pun, sebab tak sebut duit tapi nak melancung, kenapa. Kerana malu nak straight to the point betul tak.

Hari ni saya minta dari Allah yang saya mahu RM5 juta. Ameen:) untuk travel untuk education anak-anak dan lain-lain misc :) InshaAllah, Alhamdulillah.

Grateful healthy attitude remains...mind physically..

11 comments:

  1. Wow, positif betul tu Fair, 5juta kalo dpt bole belanja saya juga, hi hi..
    In shaa Allah, jika ada rezeki adalah jalannya tu

    ReplyDelete
  2. Positifnya awak :) Bagus :) Alhamdulillah, dimudahkan jalan untuk awak nak pergi melancong. Pakej dah ada cuma sekarang duit, moga dimudahkan rezeki awak untuk menunaikan hajat di hati..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah begitulah yg sepatutnya, x perlu malu bila minta dengan Allah, bak kata ustaz yg saya dengar ceramahnya, katanya nak minta biarlah kita minta berlebihan tak apa, kita minta pada Allah bukan pd manusia,kerana Allah lah yg Maha Pemberi kan.

    Moga dapat melancong ke ostolia, boleh la saya dpt ole-ole dari ostolia, jika Allah bg 5juta pd bp kan :-)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah rezeki awak dapat pakej . Jangan berhenti meminta kepada-Nya . Insyaallah akan dimurahkan rezeki awak untuk ke Australia . Amin . =)

    ReplyDelete
  5. meminta ( doa ) dan usaha ... mudah2n impian tercapai nanti ... insha Allah .

    ReplyDelete
  6. betul tu utk capai impian kita kena positif..moga tercapai impiannya.Amin

    ReplyDelete
  7. INSYA ALLAH MOHON REZEKI YG BANYAK DRPD ALLAH JUSTERU ALLAH MAHAKAYA MAHAPEMBERI REZKI...

    ReplyDelete
  8. inshaAllah.. apa y penting kt selalu berdoa n positifkan diri

    ReplyDelete
  9. Kann sama la saya sekarang pun nk mintak. Mintak jujur staright to the point. Mmg la Allah tahu isi hati kita tapi kita sendiri mcm malu2 nk mintak padahal Dia mmg tgu doa kita hari2. Moga dimurahkan rezeki awak amin

    ReplyDelete
  10. Hebat, mintak 5 juta terus. Hehehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin