Pages

March 20, 2022

Butterfly Pea Drink, Tumeric Drink, Toast & Macaroni Soup | Minuman Bunga Telang, Air Kunyit, Roti Bakar & Sup Makaroni

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

It has been a long time that I haven't drink any herbal drink; So, I made them for sipping

 | Dah lama tak minum minuman herba; Jadi buat untuk menghirup. 

Having herbal drinks and seeing adik making her toasts. | 

Sarapan air herba sambil menyaksikan adik menyiapkan roti bakarnya.


I felt healthy somehow when sipping herbs drinks. The tumeric made my body felt light and cleanse inside out.


Tumeric drink can be consumed two or three times a week as it warmed up body and I can sweat easily. I normally got them raw online or at the nearby supermarket. 


As for butterfly pea on the other hand, cooled and calmed me down. We have grown the plant at home and it easily grew into a thick creeping bush especially during the rainy season. 


The benefits of these two drinks could be found when looking in Google Search; One of them are their antiseptic properties. Another well known benefits of them are the strong antioxidant in which could be use to fight cancerous cells.


Anyway, my personal reasons for drinking them was for detoxify and also have already grown fond of sipping them right after I had my breakfast. 


In the video, i inserted the part of  adik prepared her own breakie and bit of macaroni soup for breakfast of mind as it is easy to heat up. 


Happy Sunday ❤️


Bila menghirup minuman herba ni buat saya rasa sihat, InshaAllah. Bahan kunyit buat badan rasa ringan dan bersih luar dan dalam.


Minuman kunyit ini boleh diminum dua hingga tiga kali seminggu dan ia memanaskan badan serta membuatkan diri berpeluh dengan mudah. Selalunya saya dapatkannya mentah dalam talian, atau membelinya terus dari pasaraya yang berdekatan. 


Manakala, bunga biru telang pula bersifat menyejukkan badan dan menenangkan minda. Saya menanam pokok telang ni di kawasan rumah dan ia amat mudah hidup dan berbunga lebat, lebih lebih lagi dalam musim hujan. 


Banyak kelebihan minuman ni yang boleh didapati melalui carian Google Search: Salah satunya ialah sifat antiseptiknya. Satu lagi ialah sifat antioksidannya yang kuat dan boleh menentang sel sel kanser. 


Walaubagaimanapun, bagi saya secara peribadi ialah sebagai minuman yang mennyahtoksik. Dan juga saya dah terbiasa dengan menhirup minuman ini bila selesai saja bersarapan. 


Dalam video, saja selit bahagian adik menyediakan sarapannya dan sedikit bab sarapan sendiri sup makaroni yang senang dipanaskan di pagi hari. 


Salam hari Ahad ❤️




March 18, 2022

Mixed Vege Fritters | Cucur Sayur Campur

Bahasa dan Video pendek di bawah :)

English and short video below :)

Bought mixed vege and kept it for the rainy day | Beli sayur campur dan simpan untuk hari yang tiada sayur segar

Also thought it would more appetizing in fried rice | Juga rasa ia akan menyelerakan dalam nasi goreng


Yes the frozen mixed vege has been a long time in fridge, rarely I made fried rice as one of the household doesn't take fried rice, other do but opt out the vege. 


Since I tried to have breakfast with vege or something simple. I make vege fritters. Actually, I had onion fritters, prawn friitters or banana fritters not vege only fritters. 


First time making it and first time baking them in the oven. They were good and crisp. I ate some and kept in the freezer for another hungry day. 


There will be the time I prepared frozen ones and set for breakfast  to be up here again.  


Happy Friday ❤️


Dah lama sayur campur beku ini berada dalam peti ais, jarang saya goreng nasi sebab seorang penghuni rumah tak suka nasi goreng dan seorang lagi pula makan tetapi tanpa sayur didalamnya. 


Sejak cuba makan sayur dan makanan ringkas di hening hari. Saya buat cucur sayur campur. Sebenarnya yang pernah makan ialah Cucur bawang, Cucur udang atau cucur kodok, belum pernah lagi cucur sayur ni. 


Pertama kali saya membuatnya dan terulung kali juga dibakar dalam oven. Sedap dan rangup. Makan beberapa biji dan simpan dalam peti ais buat simpanan masa lapar lagi hehe. 


Akan ada hari saya sediakan cucur sayur beku ni dan hidang serta bersiaran di sini lagi. 


Salam Jumaat ❤️








March 17, 2022

Japanese Food at Jalan Nagasari | Makanan Jepun di Jalan Nagasari

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Headed to pick up parents|  | Bergerak menjemput ibubapa

Before uncle meet up with his friends, I brought abang adik along | Sebelum Uncle berkumpul dengan kawan-kawan, saya bawa dulu abang adik sekali


Hustled up and down about Uncle's quarantine. To release his wrist band was tricky, he couldn't go in any building coz his 'under quarantine' status. He had to go via government channel, not sure about the arrangement and system. 

While he trying to figure out how to go about doing it, the chip on his wrist would be able to detect all the places he went. 

Ok back meeting up for Sunrise country food, he chose jalan Nagasari,  I'm not quite a food adventurer, but whenever travelling, we searched for kosher or halal based on our local Islamic scholar Hussein Yee, by checking the ingredients.

We had a good time there, a flower guy from outside the eatery stopped to sell roses. We bought one each for Uncle and adik. Wow! This would be the first time adik recieved a rose.

Roses are red Violets are blue...  

Somehow having lunch reminded me of a movie "Holiday in the Wild". She and her friends just women who lunch but have benefits out of it when in aid. 


Happy Thursday ❤️


Renyah dan remeh hal kuarantin Uncle. Nak potong gelangnya ambil masa kerana dia tak boleh masuk mana-mana bangunan (untuk PCR) dengan status kuarantinnya tu. Kena buat melalui kerajaan, tapi tak pastilah peraturan dan sistemnya. 

Sementara dia perlu uruskan, chip dekat pergelangan tangan tu boleh mengesan ke mana saja beliau pergi. 

Ok lah, berbalik ke perjumpaan jejak kasih di restoran negara matahari terbit. Uncle pilih yang terletak di jalan Nagasari, saya tak berapa jenis meneroka bab makan, tapi pilih yang halal dan berasas pesanan Ustaz Hussein Yee, periksa bahan-bahannya.

Kami bersantai berkumpul, seorang jejaka dari luar kedai jual bunga ros, belilah 2 kuntum sekuntum untuk Uncle, lagi satu untuk adik, wah! adik ni pertama kali menerima bunga ros.

Bunga mawar merah...sebuah misteri.. 

Tiba teringat movie Holiday in the wild, dimana wanita-wanita ini (women who lunch) hanya berkumpul untuk makan tengahari, tetap memberi faedah bila didalam kesukaran


Salam Khamis ❤️


March 15, 2022

Rice quail eggs with chilli paste | Nasi dan sambal telur burung puyuh

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)

Planning was tight of that day, decided to eat lil heavier for breakfast | Rancangan padat untuk hari tu, terus nak makan lebih berat untuk sarapan



Actually eggs with broccolli added rice | Sebenarnya telur burung puyuh bersama brokoli tambah nasi


Told the kids that I'm going to film moments and noted down what I did and have done while they are at school or studying and vice versa; They did the same after came home or finished school. 


I took photos of the breakfast meal, with video of squirrel visiting at the window before we took off to KL City. 


In KL, the task is to clear the unit and to fill up the fridge with food supplies, for their uncle to stay for quarrantine, upon arrival from California. 


Took view of the buildings, I wondered why I like all that. Squirrels, photos of breakfasts but not lunch. Funny but true hehe..


Happy Tuesday ❤️


Bagitau abang adik yang saya rakam suasana dan tulis sikit apa yang telah berlaku dan lakukan semasa mereka di sekolah atau sedang belajar dan disebalik tu, mereka juga buat yang sama bila habis sekolah atau berlajar.


Saya ambil gambar sarapan, video tupai singgah makan di tingkap sebelum bertolak ke KL.


Di KL, kami kemas unit dan stok makanan dalam peti ais, untuk Uncle mereka yang akan menginap di sini apabila beliau sampai dari California untuk kuarantin.


Ambil permandangan bangunan, hairan juga kenapa saya suka sangat semua tu. Tupai, dan gambar sarapan tetapi bukan gambar makan tengahari. Pelik tapi benar hehe..


Salam Selasa ❤️

March 12, 2022

DiY Coffee Art | Kopi Cantik DIY

Bahasa dan video pendek di bawah:)

English version and  short video below:)

Since we are in charge of  thinking about cafe idea at the madrasah, I tried to toy around with coffee art stencil |

Dah diberi tugasan untuk memikirkan tentang cafe di madrasah, saya cuba buat seni kopi guna stensil

I initially thought of just adding marshmallows on both hot and cold coffee | Mulanya, saya ingat cuma nak letak marshmallow kedalam kopi panas dan sejuk. 


I tried to heat up milk, and pulled and poured to foam it but the milk bubbles and the art shape didn't last long. 


I then sprinkled the cocoa powder on the floating marshmallows, but it didn't turn up the way I expected as well. 


Last but not least, I sprayed whipped cream on to the coffee and let it settle. Then, I sprinkled the cocoa powder and Voila... ! What amazing result.. like I am at the hipster cafe already lol. So grateful.  


Stuff needed:

- A cup of coffee 

- Whipped Cream

- A plastic or paper cut stencil with coffee art design (I got a set online from Shopee) 

- Cocoa powder


That's it. My heartfelt prayers for peace abroad and may God protect all humankind safe from war and any natural disaster all around the world. 


Happy and safe Saturday ❤️


Saya dah cuba panaskan susu dan tarik macam teh tarik untuk mendapatkan buih, tapi bentuk corak atas kopi tu tak boleh bertahan lama. 


Kemudian, saya cuba tabur serbuk koko atas marshmallow, pun tak jadi elok.


Akhir sekali, saya 'spray' krim putar atas kopi dan biar ia 'settle' dulu. Kemudian baru saya tabur serbuk koko,  Wow! Hasil yang mnenakjubkan, rasa ala ala berada di cafe hipster pulak hehe. Alhamdulillah... 


Keperluan:

- Kopi secawan

- Krim putar (dalam spray can) 

- Stensil plastik bercorak atau kertas dipotong corak kopi (coffee art card stencil) 

- Serbuk koko


Itu saja. Hati kecil mendoakan keamanan diluar sana, juga perlindungan serta keselamatan didunia untuk keseluruhan manusia sejagat dari perang dan bencana alam. 


Salam Sabtu dan moga selamat semuanya. ❤️



March 7, 2022

Upside down Apple Cake | Kek Epal Terbalik

Bahasa dan video pendek di bawah :)

English version and short video below :)


Inspired by dear blogger kathyinozarks from Hummingbird Studio at the Lake-My Doings and Creativity Adventures | Dapat inspirasi dari dear blogger kathyinozarks dari Hummingbird Studio at the Lake-My Doings and Creativity Adventures


I searched for an easy  and simple recipe | Saya cari resepi yang mudah dan  ringkas.


When I started eating cake, I always tend to eat more. Oops! It's just one of my myth theory on my craving for sweetness lol. Nevertheless, when I saw fruits on top of a cake that blogger Kathy made, immediately I would thought it's healthy food, my psychology perspective. 


I kinda tweaked the recipe a bit and added one cup of oats. My original tendency was to put only oats but I feared that the cake won't turn up fluffy (It could become a solid cake that we called locally "bengkang". 


Loved how the cake turn up to be, it was delicious and yummy, a slice each day, after I had it, I'm looking forward to another day🤭 


Thank you dear blogger Kathy of 

http://hummingbirdwoodlandstudio.blogspot.com/?m=1  for the inspiration. 


Happy Monday ❤️


Bila dah mula menjamah kek, saya selalunya terlajak makan. Oops! Ini teori mitos saya berkenaan ketagihan makanan manis saya ni lol. Namun begitu, bila nampak buah buahan diatas kek yang blogger Kathy buat, terus ingat macam makanan sihat, kecenderungan psikologi saya. 


Saya mengubah resipi ni sikit dengan menambah secawan oats. Asalnya saya nak ganti terus tepung dengan oats tapi takut pulak kek ni tak naik gebu dan akan jadi macam bengkang.


Gembira lihat kek ni menjadi, dengan rasanya sedap dan lazat. SubhanAllah Hari hari makan sepotong, dan dengan bersemangat menanti hari esok :) 


Sekali lagi terima kasih pada blogger Kathy dari

http://hummingbirdwoodlandstudio.blogspot.com/?m=1  kerana memberi inspirasi. 


Salam Isnin ❤


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin