Pages

December 27, 2021

Grilled Salmon Salad

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Salad with little bit of fish |

 Daun salad dengan ketulan kecil ikan



The night before, prepared night light for adik |

 Malam sebelumnya, pasang lampu malam untuk adik


Feeling good when I got to prepare for breakfast. Love having the green in the morning.


The night before I tried to place a  table lamp beside Adik's table. As before this, Adik didn't need night light because she had a fish bowl with light.


Since the fish aquarium is 'under contruction' due to not much time to care of it and also need to train adik to be really responsible to take care of her pet. So, I just decided to arranged the table lamp first.


Yes, about breakfast I loved having breakfast like this but it seemed to be so time consuming nowdays. I would try to make 'prep food' ahead for a few days. Let's just see...


Happy Monday ❤️


Rasa gembira bila dapat siapkan sarapan seperti ini. Suka dapat makanan yang hijau diwaktu pagi.


Malam sebelumnya, saya telah meletakkan satu lampu meja di meja bilik adik. Sebelum ini dia tak perlu lampu meja sebab ada lampu di akuarium ikannya.


Namun sekarang, akuarium ikan ni 'dalam pembinaan' semula, sebab tak banyak masa nak menyelenggarakannya. Dan juga kena latih adik untuk lebih bertanggung jawab menjaga ikan ikannya itu. Oleh itulah saya letak lampu meja dahulu.


Oh ya! Mengenai sarapan ini, saya memang suka nak buat sarapan sebegini. Tetapi kini agak susah disebabkan oleh kekangan masa. Saya nak cuba buat 'prep food' masa akan datang untuk beberapa hari. Tungguuu.....


Salam Isnin ❤️




December 25, 2021

Spaghetti Carbonara

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

After we went to see swimming pool, dad wanted Fried Mee for Lunch. |

Setelah pergi tengok kolam renang, bapa minta Mi Goreng Mamak untuk makan tengahari

Due to Friday, the delivery is temporarily closed (based on my experience). (just started using shopeefood

| Disebabkan hari Jumaat penghantaran tutup buat sementara waktu (dah mula guna shopeefood) 


It was a beautiful day. We wanted to take parents for a walk down the park. After entering the elevator, we had second thoughts and remembered that the swimming pool level in the tower also had some open air space. 


We did sightseeing to the below view, and saw the other building's swimming pool. The swimming pool  area  of our building was still closed but the gym was open for use. 


I  also sat down, took a lot of photo of parents but Dad enjoyed the scenic view for awhile. It was still late morning going to 12noon I think, but my dad was getting hungry.  


He wanted south asian fried mee. We negotiated with him to eat Spaghetti Carbonara instead. He was okay with it. 


I bought a slice of chocolate cake and shared it with many people hehe.. 


My mother had a Bolognese Spaghetti and yes she preferred the red sauce over the white Carbonara. (To tight for me to do filming at the time). 


Both of them enjoyed pasta so much, but dad said it was a bit expensive. True. 


Happy Weekend & Holiday ❤️


Cuaca hari itu sangat baik dan indah. Rasa mulanya hendak bawa emak dan bapa saya jalan-jalan hingga sampai ke taman. Selepas masuk dalam lif, terfikir pulak lebih baik singgah ke tingkat kolam renang bangunan ini, dimana ada sedikit ruang terbuka untuk semua menikmati udara segar di luar. 


Kami pakat cuci mata dari  permandangan atas ke bawah, dapat skodeng kolam renang bangunan lain. Kolam renang di bangunan kami berada masih tutup, tetapi gimnasiumnya dah di buka. 


Saya duduk sekejap, dan ambil banyak gambar parents tapi bapa cuma boleh layan sekejap je. Masih awal rasanya tak sampai tengahari, bapa dah mula rasa lapar.


Dia minta mi goreng mamak. Saya rasa kedai banyak tak dapat buat penghantaran watu hari Jumaat ni kalau ikut pengalaman. Kami runding dengannya untuk makan Spageti Karbonara lagi. Dia terus okay je.


Saya beli sepotong kek coklat, dan berkongsi dengan ramai orang hehe..


Emak pula makan Spageti Bolognese, ya dia lebih suka kuah merah dari kuah putih Karbonara. (kelam kabut sikit masa ni nak ambil video).


Mereka memang suka makan pasta, tapi bapa kata mahal. Betul tu. 


Salam  Sabtu & Selamat bercuti ❤️






December 23, 2021

Korean Spicy Macaroni, Matcha drink and Coffee Gula Melaka from Zus Cafe

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)

Since parents were around, the meal time kind of shorter. 

| Oleh kerana parents ada bersama, jarak waktu makan menjadi pendek



They asked for Carbonara, we ordered macaroni Korean style for us and ate at the  zus cafe  while waiting. 

| Mereka minta hidangan pasta carbonara, kami pula pesan makaroni gaya Korea dan makan di kafe sementara menunggu.


Before going to the cafe, I took a book was thinking to rest, most of the books here are from religion testaments, the hosts are into Seerah (history).


Sit to lean but stand up for call of duty, to fill loved ones' tummies. 


Yes back to eating in by the corridor, I got nervous with the new variant existed. Quickly eating and left, immediately brought the food up.


We had :

Korean Macaroni Cheese 

For drink, I chose matcha and coffee gula malacca


Love the dining in ambience and having unwind time, it was relaxed but a bit rush. 


Happy Thursday❤️


Sementara duduk-duduk, ambil sebuah buku, kebanyakkan buku di sini dari  kitab agama. Hos sini berminat dalam pembelajaran Quran dan Seerah. 


Duduk hampir melunjur tapi berdiri demi panggilan bertugas, untuk mengisi perut kesayangan. 


Ya berbalik tentang makan 'dine in' ni di kaki lima tepi kaunter, saya gementar la juga dengan "variant baharu" yang menjelma. Cepat pulun makan dan bangun hantar makanan ke atas. 


Kami makan:

Makaroni Cheese Korea

Untuk minuman saya ambil Matcha dan kopi Gula Melaka. 


Suka makan di suasana luar, Alhamdulillah santai ja  walaupun sedikit kalut. 


Salam Khamis ❤️




December 22, 2021

Homemade Waffle with Waffle maker from Shopee. | Waffle buat sendiri dengan mesin waffle yang dibeli dari Shopee

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :)

Thinking to freeze waffle | Fikir untuk bekukan waffle pula

Searched for the lowest price of waffle maker. 

| Buat pencarian harga terendah mesin waffle


During discussion with adik for breakfast, she also mentioned waffle. Thinking of waffles, we started drooling, wanted to eat waffle. 


I searched for waffle menu first from grabfood, there were none. Not even A&W, they are not selling it for delivery. 


So, I searched out for waffle maker at a famous online order platform. Saw one with costing only RM26. ++.  I asked around for approval and clicked to buy it now. 


Like a day or two, the item is delivered to me. I mixed flour like pancake recipe but using two eggs instead. I put the mixing batter in a squeezed bottle for easy pouring.  


Squeeze the batter on the maker til cover all and close to cook until the red light off. Open up and Voila! One well cooked waffle inside :) 


Ok done, yummy breakfast is ready. 


Happy Wednesday ❤️


Semasa berbincang dengan adik, dia ada sebut waffle. Bila sebut je waffle, kami terus teringin nak makan waffle. 


Saya cuba cari menu waffle dari menu grabfood, tiada pula yang jual walaupun A&W, dia tak jual waffle untuk penghantaran kerumah. 


Saya cari pula mesin buat waffle di platform jualan online yang femes, ternampak mesin berharga RM26:++ tanya tepi untuk sistem sokongan dan klik beli sekarang. 


Dalam sehari dua, barang pun sampai. Campur tepung macam adunan penkek tapi dua biji telur. 

Letak adunan dalam botol kicap yang senang picit untuk memudahkan kerja semasa tuang. 


Picit campuran tepung waffle atas mesin hingga menutupi bahagian corak acuan tu dan tutup dan masak sampailah lampu merah padam. Tup tap! buka dan satu waffle yang dah elok dimasak :) 


Ok siap, sarapan sedap dah terhidang. 


Salam Rabu❤️


December 20, 2021

Grilled potatoes and carrots | Ubi dan carrot panggang

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute below :)

It was a long day yet enjoyable to see tourist or city folk used public scooters that the city council provides. |

Hari yang padat tapi sempat menikmati warga pelancong atau warga bandar mengguna skuter yang disediakan oleh pembandaran

From daylight til dark, seem they moved around with scooters. 

|Dari siang hingga malam nampak mereka bergerak ke sana sini dengan skuter.


Took the night lights view coz I knew my routine is not going to last for long. At this moment I already missed bird watching, look at the squirrels. So I dare not let moment passed without capturing at least a bit.


The night views were just beautiful. Saw the Celcom building stand in the eyes of the  road side like a diamond in the outerspace lol. 


Since I was out, the stock food were out too. I remember the potatoes that was kept for pie fillings already shoots out from it's sprouts. I immediately grilled them before it become a potato plant hehe..


I also cut carrots and capsicum to finish everything up so that I can start a new list of grocery and new meals.


Grilled carbo in the morning was simple yet rare fulfilling breakfast.


Happy Monday ❤️


Saya merakam cahaya kota dimalam hari sebab tak pasti samada akan menjalani rutin harian yang sama lagi. Sudah rasa rindu untuk merakam burung dan tupai, tapi tak mahu melepaskan kesempatan untuk mengambil sedikit rakaman momen ini yang akan jua berlalu. 


Permandangan cahaya malam ini memang indah. Nampak bangunan Celcom terpampang di depan mata berkilauan bagai berlian di angkasa lepas (chewah!) 


Kerana selalu keluar, maka stok bekalan makanan pun kehabisan. Teringat ada kentang yang dah lama disimpan untuk buat inti pai, dah nak bercambah dah. Saya pun terus gril supaya ia tak sempat jadi pokok kentang hehe. 


Juga potong lobak merah dan chili benggala, habiskan semua untuk beli stok makanan yang baru untuk hidangan yang akan datang. 


Karbo yang digril ini sarapan yang amat ringkas dan jarang buat, tapi Alhamdulillah sedap lagi mengenyangkan. 


Salam  Isnin❤️


PS Our Prayers to those affected by flood. All is safe and at ease. Moga selamat semuanya. Aameen. 




December 18, 2021

Rice with Shellfish/Clams | Nasi berlauk Lala

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English Version and one minute video below :)

The high frequency of coming to downtown KLCC, visiting here, tend to neglect the view or scenery. 

| Dah selalu sangat kena turun ke pusat bandar KL menziarah, maka mula rasa tak endah lagi permandangan dan senario. 

Arrived, walked to the shop nearby. | Sampai, menapak ke kedai berdekatan. 


At the shop I saw massage chairs, and few foodstuffs like waffle, laksa etc being prepared at the counter. It was an exciting discovery actually. 


Walked along the trees, between the building and took a lift. It was lunch time and we intended to cook. We saw the shellfish or lala clams that were bought recently.


I took out the shells and boiled their sweet original taste muscle meats with ginger and lemongrass. There was a vege dish that was already cooked earlier as well. 


So we had lunch rice, vege and shellfish (lala). It was a tiring but satisfying day. 


Happy Saturday ❤️


Di kedai serbaneka tu, ternampak kerusi urut elektrik, dan waffle, laksa juga disediakan di depan kaunter. Penemuan berdekatan yang agak menarik juga ni. 


Berjalan di sepanjang pokok-pokok, dicelah celah bangunan, sampai masuk dan ambil lif. Dah hampir waktu makan tengahari dan saya rancang hendak masak. Nampak lala yang baru jugak dibeli. 


Saya ambil keluar isi lala dari kulitnya dan rebus manis saja dengan serai dan halia. Ada juga hidangan sayur yang telah dimasak awal. 


Jadi dapatlah kami makan tengahari, nasi, sayur dan lala. Hari yang agak penat tapi tetap memuaskan. 


Salam Sabtu ❤️





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin