Pages

September 2, 2021

Beef Karipap | Karipap daging

Bahasa dan video seminit di bawah:)

English version and one minute video below :)


Bahan inti kurang sesuai


Halia dan sos steak masuk ke? 


Once in awhile I crave for pastry. Actually, every other week I would  think of eating curry puff.


I prefer chicken karipap (I doubt the name karipap come from curry puff) but this time I tried making beef karipap as I have to finish the existing stocks of beef in the fridge.


The procedures or steps are the same only the main ingredient used is beef instead. This time around, I used margerine and the brand is planta for the pastry dough. I love the crust and with planta its combined well, not too fragile. 

It's crisp and pastry taste, ya know crispy carbo hehe.. 


The fillings did not taste as good as the chicken filling though, we suspected the beef mixed with ginger didn't go well together with steak sauce. Not really sure, but will do differently next time. Perhaps using burger patties recipe with holland onion but stir fry.

Nevertheless, The fried beef karipap were still good for my taste as its my favorite crust hehe.. 


Have a nice day ❤️


Kadang saya teringin hendak makan karipap tapi yang buat sendiri.


Harap ini tidak berlarutan. Saya lebih suka jika saya tidak begitu memikirkan tentang makanan.


Selang dua minggu pasti terfikir tentang karipap. Saya memasak inti karipap seperti cara dan resepi yang sama dengan inti ayam  cuma tukar dengan daging lembu.

Untuk kulit pastri tu saya menggunakan marjerin dari jenama planta.  Cuma intinya tak begitu mengikut selera, mungkin kurang sesuai rasa halia dengan sos steak tu. Masih perlu di tambah baik lagi nanti. 

Saya lebih gemar karipap ayam tetapi terpaksa buat karipap daging kerana ingin menghabiskan stok daging yang tersimpan lama.

Sedap kulit pastri dengan planta, ikut citarasa. Inti daging ada kekurangan, tidak pastilah rasa asia (halia) dengan western food iaitu steak. Mungkin akan cuba resepi seakan daging burger pattie berbawang besar kuning (bawang holland) tetapi goreng gaulkan.

Walau bagaimana pun, Karipap yang digoreng berinti daging ini tetap menambat hati. Alhamdulillah. Lerai lagi...nak diet keto gamaknya hehe..

Previous post tak letak link pemenang kita. Jemput ke blognya yang memaparkan Personal view, Current Issue, Informative Educative Articles.  Terima kasih sekali lagi Blogger Azhafizah  harap masih datang sini dan meninggal komen yang best-best selalu. Moga sis Azhafizah diberi rezeki limpah ruah. Aameen.  Linknya https://www.azhafizah.com/?m=1


Salam sejahtera ❤️

September 1, 2021

Top Commentator of August 2021

Bahasa dan video  seminit di bawah:)

English version and one minute video below:) 

Pengomen Tegar


Terima kasih kepada Top Commentator dan Calon-calon


The day has arrived that I happily announce the winner is Blogger Azhafizah MN. I chose top 3 out of 10 bloggers in the list. I will also uses name of wheels page for this month. 


Thank you Blogger Azhafizah MN.. for coming here and leave comments.  I love visiting all of you. Having good reads at your pages are my pleasure. I also appreciate your acceptance of me to your blogs. I've sometimes derailed in other medium like only seeing photos or videos that fast to flip. Reading is still the best of all; Writing is a joy but it has taken energy much more than I thought. 

 

Congratulation to Blogger ..Azhafizah MN as well to commentators. We will keep visiting each other. To the winner, please leave your details in the comment box which will not be published or let me whichever convinient.  Or email to babypose@ymail.com


Happy Wednesday ❤️


Hari yang penuh bermakna telah tiba untuk mengumumkan pemenangnya ialah Azhafizah MN.. Saya menggunakan apps 'names of wheel' untuk bulan ini. Hanya tiga nama yang tertinggi yang diundi.


Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua bloggers yang telah singgah di sini. 


Terima kasih Blogger semua yang telah sudi singgah kesini dan meninggalkan komen yang menyeri blog saya ini. Alhamdulillah. 


Saya juga menyantuni blog rakan-rakan semua dan sangat menghargai kalian menerima kunjungan saya.


Membaca blog kalian rasa terhibur. Kekadang terbabas di media lain, melihat dan menonton dengan jemari swipe-swipe je. Membaca lebih menghayati juga menulis tetapi memerlukan tenaga tanpa dijangka. 

Tahniah blogger Azhafizah MN.. Kita berhubung untuk pemberian tanda ukhwah moga berkekalan. Jika tidak keberatan tinggal detail di kotak komen yang mana tidak akan di publish. /terbitkan atau ada pilihan lain boleh beritahu. Atau email detail di alamat email babypose@ymail.com. Terima kasih daun keladi. 


Salam Rabu❤️

August 31, 2021

Spinach | Selamat Hari Merdeka

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :) 


Jalur Gemilang dari tingkap rumah


Menanbah vitamin A, C, E



Multi-vitamin


Just to avoid sweet in the morning, I made sandwich spinach but to have a bit sweetness, I add on the cherry tomatoes. Obviously I love juicy and  fruity taste.  At least not strawberrj jam today :) 


Quick fix like this suits me well as I have so much chores in the morning. 

I like to finish it everything at one morning, break in the afternoon. Continue again in the evening. 


At night is free night if possible, its cooling period to start a new day tomorrow. 


By the way, I take this opportunity to wish all of our beloved country folks Happy Merdeka Day. Sure you are well informed and loved souls devoted mind to one and one spot in the map to live happily ever after. 


Peace & Love ❤️


Untuk mengelakkan makan makanan manis di pagi hari, saya sediakan roti bayam. Naluri mengerakkan anak lidah untuk menikmati rasa manis - manis sayur, jadi ditambahnya saya dengan tomato ceri. 

Ternyata saya gemar betul rasa jus sedikit manis lagi segar. Sekurangnya saya tak terambil terus sapuan jem yang manis kan :)


Pembikinan sarapan yang cepat dan mengenyangkan ini amat sesuai untuk saya. Di pagi hari adalah masa untuk menyelengarakan hal ehwal siapan rumah. 


Saya lebih suka habiskan tugas sebelah pagi. Rehat di waktu tengahari, jika dapat lelapkan mata selepas makan tengahari dapatlah melakukan sunnah tidur sekejap (sunnah nap) Sambung lagi kerja-kerja di sebelah petang. 


Tibanya malam, semuanya reda, kerana malam adalah hari baharu selepas magrib.. Malam ni bukan malam selasa tapi malam rabu . Suka ini tersentuh ja di hati. Hari baharu dalam Islam bila matahari terbenam. Solat maghrib adalah solat pertama. (note untuk diri).


Apapun, saya mengucapkan kepada pencinta negara selamat hari merdeka. Penduduk berjiwa setia dan kasih kepada negara tercinta yang berada di setumpuk di muka bumi ini harapan sebesar dunia moga keamanan berkekalan dan mendoakan kesejahteraan kembali semula kerana di tanah tumpah darahlah mulanya beribadah hingga bertebaran. InshaAllah. 


Salam Sejahtera❤️

August 30, 2021

Window Garden | Taman Tepi Tingkap

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Sepit udang, bunga telang boleh menjadi taman tropika? 


Bunga kemunting Cina menaikkan seri sebab warna merah jambu


At first, I just put lobsters claw plants or sepit udang plant, and after awhile I started putting more plants. I really don't have much patience to make the spot 'bushy' over there. I started to put pandan plant on a hanging pot. 


Awhile after, I put another "sepit udang" plant. Really I couldn't wait to see the green view from the inside as well from the outside the window.  


I put another hanging pot right below the window frame. I simply planted "bunga telang" plants with nice blue purplish flowers. The small yellow flowers which I'm not sure the name also has the place over there. 


Not forgetting bunga kemunting cina plant as I love the pink color flowers that it blooms. 

The most flowering plants are the bougainvilleas, as it is easy to plant. Cut, poke and water it. 


One day I even plant a small banana plant to have the beautiful leaves view, but it didn't last long. 

In the begining, I can see the beautiful orange color lobster claws or sepit udang flower from inside the window. But it tends to lower down because of it's heavy weight. When I go out to cut the dried leaves, the flowers are blooming, I am satisfied with all my efforts put to beautify the window so far.  


Few garden creatures do come to visit; Birds, common sparows, sun birds and murai. Once in awhile, I saw squirrel by the glass window.  The most and frequently, I saw snails that love to hang out there hehe.. 

Somehow I love the green view than beautiful curtains that cover it. 



Happy monday and a new week ahead❤️


Pada mulanya  letak sepokok sepit udang, lepas tu letak sepokok lagi. Punya tidak menyabar, saya juga letak pokok pandan di pasu bergantung betul-betul di bingkai tingkap. 


Dari situ saya dapat idea untuk letak pasu panjang yang digantung dibesi bingkai grill. Mula letak pokok bunga telang yang bunganya kebiruan, dan bunga warna kuning yang tidak diketahui namanya. Juga saya letak bunga kemunting cina yang berbunga merah jambu yang saya minati. 


Pada satu hari tu ada juga letak pokok pisang kecil tetapi tidak menjadi. Oh lupa! Saya tanam juga pokok bunga kertas, senang sangat dia hidup, potong batang, cucuk, biar bercambah. Ia berbunga tapi tak selebat yang ditanam di atas tanah tapi tetap berseri. 


Biasa lihat pokok-pokok dari dalam rumah hanya nampak pokok bunga telang dengan pokok bunga kertas; Sesekali ternampak juga bunga sepit udang jika ia tinggi paras tingkap.

 

Bila keluar rumah untuk memotong daun daun yang kering tu barulah ternampak bunga bunga yang berbagai warna juga rupanya. Alhamdulillah. 


Dari pokok di tepi tingkap, yang pernah menyinggah ialah burung ciak, kelicap dan murai. Sesekali nampak tupai bertandang. Yang banyak kali nampak tu siput cari makan hehe..

Bagaimanapun saya lebih gemar permandangan hijau dari langsir yang cantik menutupinya. 

Salam Isnin, moga minggu baru ini lebih baik dari sebelumnya. ❤️


August 29, 2021

Petaling Jaya City

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video :) 


Di sebelah ada taman riadah bertasik


PJ Hilton sebelah kanan



After settled some important matters in Shah Alam, we straight away drove to  Petaling Jaya, stopped by at A&W outlet. We bought lunch there to  bring it home. 


PJ Old Town is now known as a City, Petaling Jaya City. 


Last time I waited for bus at the bus stand or waited for my mom to come and pick me up from driving  school.  After her work at Pejabat Setiausaha Shah Alam is done, she made an U-Turn and stopped at the bus stand and fetched me up. Then, we drove back to home via Federal Highway heading east bound towards Klang. 


I used to learn driving here, at the opposite of PJ Hilton, which called Armada. There was a driving range to learn driving but we had to go out to the highway for driving practice. 


It was so hard learning to drive here because of  the slide ramp at the traffic light on the cross over. I got panic when syncing with clutch and fuel paddle balancing while letting go the hand brake, worried of the car would got reversed instead and hit the car at the back hehe.. 


Such a beautiful City  right on a bright day. Here in the city there is a famous jewellery shop named Poh Kong. 


My dad brought me there, and he asked me to choose the jewellery that I wanted. I chose a small yellow gold item. My dad had a way to surprise his kid to buy a jewellery that last forever and my blissful memory that is unforgetable. 


Happy Weekend ❤️




Selepas selesai urusan di Shah Alam sebab ada hal yang mustahak, kami terus ke Petaling Jaya, singgah di A&W. Beli hidangan untuk makan tengahari sebelum pulang ke rumah.


PJ Old Town yang dikenali dahulu tetapi sekarangi a adalah Bandaraya Petaling Jaya. Dulu saya akan tunggu bas di depan PJ Hilton tu atau menunggu ibu pulang dari kerja di Pejabat Setiausaha Shah Alam. Beliau akan buat U turn dari cross over terus singgah menjemput saya  di tempat menunggu bas di selekoh ke Lebuhraya Persekutuan hala timur ke Klang.


Saya belajar memandu di sini, disebelah Armada, susahnya belajar kereta di sini sebab perlu naik "slaid" naik "cross over" tu sebab perlu tekan "clutch" dan minyak mengimbang semasa lepas "break" tangan, takutnya ter 'reverse' bila ingat, risau terkena kereta belakang hehe..


Cantik kan Bandar Petaling Jaya pada hari cerah, langit biru menyerikan lagi. Di situ ada Poh Kong, di situlah bapa saya membawa saya membeli barang kemas emas kuning, dia suruh pilih, saya ambil yang kecil. Bila ingat kembali, bapa saya pandai buat kejutan ringkas tetapi menjadi memori indah yang diingati selalu. MashaAllah.


Selamat Berhujung Minggu❤️

August 28, 2021

Puff | Karipap Kelim

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 


Terap dan tekap


 Beraneka spera 



First or second attempts to make karipap, I didn't have a mold at that time. So, I used a round cup as the pastry cutter.

Put the fillings in, fold it half and sim at the edge. I love the hand- simmed karipap as it became crustier at the edge after frying. 


The sizes were not standardized. I've made karipap with but, inappropriate for frying They pastry easily breaks, yet very delicious. The fillings were chicken, carrot for sweetness and potatoes to stabilise the taste. 


When first mixing the pastry, the mixture will take time to combine. At this time, I know and don't get panic to start add water or flour. Just knead and roll flat, and cut them. 


It was the first time making it but many times I have been eating karipap when I was a little girl, since I have an aunty who is interested in cooking classes.


I felt like an achievement when the karipap came out delicious as my aunty's. My mom has never make any karipap on her own ever, since I already have my aunt to gave us the treats. 


Hope you all have an amazing day. ❤️


Percubaan pertama atau kedua kali buat karipap berjaya dengan menggunakan cawan plastik untuk tekap pastry.


Lepas tekap, letak isi, lipat dan kelim sendiri tepi karipap itu. 

Saya lebih suka makan bahagian  kelim terutama kulit yang di adun dengan mentega. 

Kelim sendiri ni kekurangannya bagi yang kurang pakar ni, saiz jadi tak sama besar. 


Saya suka adunan pastry dengan mentega tetapi kurang sesuai  untuk goreng kerana ia mudah pecah walaupun amat sedap. 


Inti karipap jadi sangat sedap bila ada ayam, lobak merah yang memaniskan dan juga kentang menstabilkan rasa yang lebih dan yang kurang. Sedapkan. :)


Ini pertama kali saya membuat karipap dan semasa kecil saya selalu mendapat rasanya hasil kerja mak saudara saya yang suka memasak dan belajar masak di kelas tertentu. 


Saya sangat teruja dengan kejayaan dapat membuat karipap ini yang sama sedap macam mak saudara saya buat.

Ibu saya tak pernah buat karipap dan tak perlu sebab selalu dapat juadah lazat ni dari saudaranya. 


Moga berbahagia selalu ❤️


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin