Pages

August 25, 2021

Energy Bar | Coklat Stroberi Bijirin

Bahasa dan video seminit di bawah :) 

English version and one minute video below :) 

Coklat berwarna pink

Warna pink, nampak manis tetapi sesedap rasa 


We bought a strawberry chocolate bar a few months ago. I had no idea what I'm suppose to do with it. 

I was kind of impatience with the melting of this strawberry chocolate, something that crossed my mind that it was so sweet and I just want to get it done with it. I was wrong to put milk too early. Obviously, cooking requires patience. 

Anyway I prepared some oats, muesli cereal and, and mix bit by bit as long it sticks and bind together. I was thinking that ifIf there was no mold, I might roll them into balls. 

The mold was already here after a quick search, I put the mixed strawberry cereal in the square molds and get them inside the fridge for about 30 minutes. Then I took them out from the molds and put them in a jar.  

I don't have a specific recipe for these energy bars but I used a rule or guideline on how cornflakes cookies  bind with melted chocolate, instead of  honey and butter. 

Have an amazing day ❤️


Coklat bar stoberi dah berada dalam laci beberapa bulan lamanya. Tak da idea nak buat apa dengan coklat berwarna pink itu. . Bila hendak mencairkan coklat stoberi yang dibeli untuk kek, rasa nak cepat siap apa yang terlintas di minda ini. Risau memikir akan kemanisannya yang melampau. 

Bagaimanapun saya tetap menyediakan bijirin, oats, sedikit bijirin gandum, Saya mengadunnya sedikit sedikit sehingga semuanya bercampur sekata. 

Yang penting coklat yang dicairkan itu mesti menyatukan bahan-bahan itu dan tidak pecah peroi. 

Biasa saya gentel campuran bijirin dan coklat itu menjadi bulat. Kali ini saya masukkan dalam acuan coklat yang dibeli entah bila, terjumpa dalam simpanan. 

Acuan coklat yang berbentuk empat segi tepat. Bila semuanya dah penuh, saya masukkan di dalam peti sejuk dalam masa 30 minit. Kemudian saya keluarkan kiub bijirin itu dari acuan dan masukkannya ke dalam balang kecil, selebih tak banyak pun dibiar dalam peti sejuk. 

Tak da pula resepi spesifik tetapi ia seakan membuat biskut cornflake tetapi dengan coklat yang dicairkan.


Selamat Berzikir❤️


Mango and Banana | Pisang & Mempelam

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Sarapan


Berwarna terang


The day passes by, I just realised today is already Monday (belated as in the draft) , hope everyone will have a new amazing week ahead.  

I come down and received a message a friend wanted to have facetime. She is in the other side of the world, her time is night already while mine just wanted to fuel with energy and start a day. 

So I said I could facetime at my night, she said will be not so free that time.

So I grab a couple of bananas of 3 days hanging and a mango sitting inside the fridge for few days, cut them to little pieces. Then I spread chocolate on the bread and top fruits on them.

They are ready to be a part of me :)


Love greetings❤️


Hari bertukar ganti, tak perasan dah hari Isnin (yang lepas baru ni masih dalam draf) . Harap kalian semua melalui minggu yang baharu ini dengan mudah dan bahagia. InshaAllah.

Saya terima mesej dari kawan yang tinggal di sebalik dunia sana, ingin berfacetime, saya yang belum bersarapan, ingin berfacetime di malam hari, beliau pula sibuk dipagi hari.

Saya betul perlu  mengisi tenaga dahulu. Saya turun dan ternampak buah pisang tergantung, manakala teringat buah mempelam dalam peti ais,  keluarkan dan potong kecil-kecil.  Sapuan coklat diroti mengalas potongan buah.

Hari ini, buah kuning pudar dan terang menjadi darah daging :)  

Pada awal tu teringin juga untuk menambah warna buah oren kerana terinspirasi dari rama-rama mariposa. 

Moga sentiasa diberkati Allah SWT ❤️


August 24, 2021

Sushi with Sausage

Bahasa dan video seminit di bawah :)

English version and one minute video below :)


Kali ni biar abang cuba kemahirannya

Video lama macam ni je, letak sosej lebih senang daripada ikan dan timun


During first lockdown MCO, we have tendency to crave for a bit of Japanese cuisine. Love the raw fish and other seafood. There were times however, the news came out about salmon got affected by parasite. We were shocked and scared Godforbidden since we all had cooked meal then. 

There's nothing to worry as the researchers had also notified that we need to drink a lot of water because when anything that stayed at throat will be flushed down to the stomach and the acidic enzyme from the tummy will kill it. I would love to refer the article but not sure where to find it. 

As for this pandemic era, we could only rely on the Ministry of Health guideline for the matter. 

By the way I first started making  sushi with sausage. As everyone loved sausage except abang tends to turn it down recently. It was a nice dish with rice. Simple ingredients but a lot of method and skill to finish with hehe.. 


Peace and love, ❤️


Semasa PKP yang awal, sesekali terikut selera mahukan makanan Jepun.

Walaupun kepingin tak mungkin mengikut selera membuta tuli tak juga membuat pesanan atau keluar membeli. Cuba buat sendiri tu pasti oleh kerana Alhamdulillah ada masa dan mantan PM juga mengalakkan masak di rumah. Saya mula membuat  sushi dengan sosej kerana ramai yang gemar sosej cuma abang mula mengelak sosej baru-baru ni. 

Bila ingat sushi memang teringat ikan mentah yang sengaja dihidang supaya dapat merasa isi aslinya dicicah dengan kicap serta wasabi untuk menambah rasa. Terheboh pula ikan salmon dijangkiti parasit Nauzubillahiminzalik! risau seketika walau tak singgah atau beli pun sushi masa  itu.

Makanan yang dimasak tidak perlu risau, mengamal minum air sekerap mungkin kerana apa yang ada di tekak akan turut dibawa air ke perut dan enzim asid di perut akan menghancurkanya.

Ini saya teringat atau terbaca dari penyelidik, walau bagaimanapun mestilah kita mengamalkan yang disarankan oleh KKM dan berbanyak berdoa.

Itulah sushi ini bahannya mudah, membuatnya memakan masa dan perlu kemahiran berseni pula hehe.. 

Doa yang saya amalkan ialah yang biasa dikongsi ramai iaitu

"Bismillahilladzi La Yadhurru Maasmihi Syaiun fil Ardhi wa Laa fis Sama i wa Huwas Samiul Alim.”

Bermaksud  “dengan nama Allah yang bersama NamaNya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Mendengar lagi maha Mengetahui.” (HR. Abu Daud). InshaAllah. Aameen. 


Salam Sejahtera❤️

Tortilla Fruits for Movie | Eddie the Eagle | Berdasar kisah benar

Snek kerepek diletak buah untuk filem Eddie tthe Eagle

Bahasa dan video seminit di bawah:) 

English and one minute video below :) 


Lakonan Hugh Jackman mengajar beliau mendarat / Hugh Jackman as non - coach material taught him to land


Undang-undang Eddie Eagle digubal sejak ahli Olimpik seperti Eddie Eagle wujud/ Eddie Eagle Ruling existed since an olympian like Eddie Eagle participate




As usually I would prepare somthing to munch while watching movie. I like kids to watch Eddie the Eagle as it is based on a true story movie full of determination to achieve.

It was about Eddie Edwards was a young boy with high ambition to become an Olympian eventhough his physique did not look like he's the athletic type. Furthermore, he is also wearing thick eye glasses for sight. 

After trying for all kind of sports and failed, resulting on him breaking a few eye glasses along the way, he envisioned himself as an Olympian in the Winter Games instead, after watching the winter game center at his father place of work. He started to ski and won a few competitions from his school and district. He made himself present at the selection to represent his country Great Britain but was 'whisked out' by the officials which told him that he will never be qualified forever for no apparent reason. 

Not discourage by the snubbing, Eddie found out that the only chance for him to be in the Olympic Winter Games is by participating in the Olympic ski jumping event. He made himself available to go to Germany to practice on the sport and after going thru' blood sweat and tears he started to make the jumps and established himself as an Olympic contender for his country with the help from a former athlete.

Eddie 'The Eagle' Edwards finally went to the Olympic Winter Games in Calgary Canada in 1988 to participate in ski jumping. 

He went back home to Great Britain with a hero welcome; Not for winning any medals, but the determination and fighting spirit. 

The story of Eddie 'The Eagle' Edwards is very interesting. Even though it is already 'dressed up' by Hollywood, the important thing is that his personality of never give up is real. 


The important thing in Olympic Games is not to win but to take part; the important thing in Life is not triumph but the struggle' 


Pierre de Coubertin

Founder of International Olympic Committee


Love always ❤️


Seperti biasa saya akan menyediakan snek semasa menonton filem. Untuk filem yang dibintangi Hugh Jackman, saya lebih teruja kerana filem berdasar kisah benar dan penuh semangat dan gigih mencapai kejayaan untuk dicontohi kepada anak-anak. 

Eddie Edwards ialah seorang kanak kanak yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang peserta sukan Olimpik namun dia bukanlah 'jenis' ahli sukan. Malah dia mempunyai masalah penglihatan dan perlu memakai kaca mata tebal untuk melihat.

Setelah beberapa cubaan untuk pelbagai sukan yang dipilihnya menemui kegagalan dan juga mematahkan beberapa kaca mata tebalnya itu, Eddie mendapat ilham untuk menyertai Sukan Olimpik musim sejuk apabila melihat tempat latihan sukan tersebut di tempat kerja ayahnya. Dia mula meluncur salji dan memenangi beberapa kejuaraan peringkat sekolah dan kawasannya. 

Dia menghadirikan dirinya untuk trial mewakili negaranya Great Britain tetapi disingkir awal oleh pihak penganjur yang menyatakan dia tidak akan layak sampai bila bila pun untuk mewakili negaranya atas sebab yang tidak munasabah. 

Namun begitu, Eddie tidak putus semangat dan mendapat peluang untuk berlatih di Jerman bagi acara Olympic ski jumping. Dia mendapat tahu yang acara ini satu satunya peluang untuk nya ke sukan Olimpik.

Berbekal semangat waja beliau berjaya membuat loncatan demi loncatan atas didikan seorang kenalan yang merupakan bekas atlit tersebut.

Akhirnya Eddie 'si helang' Edward's berjaya ke sukan Olimpik musim sejuk di Calgary Canada pada tahun 1988.

Eddie balik ke negaranya sebagai seorang hero bukan kerana memenangi apa apa pingat; Tetapi atas semangat juangnya yang tidak pernah mengaku kalah.


Ceritanya amat menarik walaupun telah diolah oleh Hollywood tetapi yang penting ialah peribadi Eddie yang sebenar yang tidak tahu mengaku kalah.


'The important thing in Olympic Games is not to win but to take part; the important thing in Life is not triumph but the struggle' 


Pierre de Coubertin

Founder of International Olympic Committee


Sayang selalu ❤️


August 23, 2021

Chicken with Mashed Potatoes | Ayam dengan kentang putar

Bahasa dan video semint di bawah :)

English version and one minute video below :)

Gigih melenyek

Ala Kenny Rogers pun ada


Many time I thought of Kenny Rogers Chickens. I came across to see potatoes that were placed above the onion and garlic baskets. Straight away I wanted to make mashed potatoes ala Kenny Rogers. 

Thinking over, I liked to try making something similar as the Kenny Rogers Chicken dinner set with mashed potatoes & vege as sides. 

I saw the broccoli in the fridge is still fresh green in color, and didn't hesitate to take it out and  cook it stir fry.  

Firstly, the potatoes were steamed.. Since I knew how to steam, I choose to steam rather than using a high pressure cooker. 

After the chicken parts had already thawed, I marinate them with whatever available stock ingredients that we have. I left them in the oven and grilled them 20 minutes each side till they are perfectly roasted. 

Cooking like this, I figured that I did more waiting then cooking. Cutting the sauteed ingredient was the only time where I could sat more hehe.. 

I mixed the mushroom powder with hot water, in lieu for the mashed potatoes gravy. 

Luckily adik was willing to record the moment. 

When everything was ready, I tried to set up the food like how the Kenny Rogers restaurant would had done it. 

First was thinking to cut mangoes for dessert but I've drained amost all the energy I had left, so I sat and enjoyed the food made of love aww :) 

May Allah swt grant our doas. InshaAllah❤️


Beberapa kali teringat ayam Kenny Rogers. Memikir punya fikir, ingin cubalah buat ala ayam Kenny Rogers. Nampak Broccoli masih hijau, keluarkan, potong dan goreng. 

Lihat diatas bakul bawang putih dan merah, ada kentang. Terus teringin buat kentang putar. Jadi saya mula basuh kentang  dan letakkan ke dalam periuk nasii yang ada fungsi kukus. Al maklumla  pernah mengukus, asyik nak mengukus je. Ayam yang sudah dinyahbeku, digaul dengan bahan yang sedia ada. Kemudian dibakar dalam ketuhar. 

Masak kali ini, memang lebih menunggu dari memasak. Semasa memotong tu je yang lebih duduk dari bendiri hehe.. 

Sos atau kuah mushroom dibancuh pekat untuk menyaluti  kentang putar menggantikan kuah gravy sebenar. Mujurlah Adik tolong merakam video.

Bila semua sudah masak, saya cuba hidangkan ala set makan Kenny Roger.

Mulanya ingin potong mangga untuk dibuat pencuci mulut, tapi dah tak da daya lagi. Saya duduk terus menjamu selera hidangan yang dimasak dengan penuh kasih sayang  aww..

Moga segala doa, hajat, hasrat kita dimakbulkanNya. Aameen❤️

August 22, 2021

Winner | Pemenang Nanieydotcom

Versi Bahasa di bawah :)

English Version below :)


Terima kasih atas kesudian singgah sini



I also want to know why the coffee packet was placed between the cups. Now I remember it happened to me.

I was also lazy to wash it first before throwing it in the dry garbage bag or to throw it directly to the dirty garbage bin, not that because it is far, but to make sure our hands are clean and didn't touch anything dirty before making coffee. 

Eventhough the bin is the type that you step on foot paddle but at the sinktop there is another small one that have the same lever but that was already kaput. So we will still need to use hand to open it.

Yes, the answer is to prevent the empty packet to fly away beneath the fan wind. Okay now I do understand why the packet was placed in between the mugs til the coffee were ready.  I thought it is fun to throw a pop quiz to my circle of friends here. 

So Blogger Nanieydotcom came and nailed the correct answer. Thank you for taking the time to come by and participate. She was the first, got it right and therefore she is declared the winner. We will communicate to hand over the gift to her. 

InshaAllah.

May Allah swt blessed us always❤️


Saya sendiri pun ingin tahu kenapa paket kopi itu di letak tengah-tengah begitu. Terpaksala bertanya apa agendanya meletak paket kopi di antara dua mug itu.

Sekarang saya pun teringat, saya juga rasa malas nak pergi buang dulu di tong sampah sebabnya bila sampai di tong sampah. Psikolojinya risau tangan kotor.

Jika hendak letak di tempat kumpul sampah kering, saya suka basuh dulu, dikumpul bersama sampah plastik yang dikitar semula. Jika letih, terpaksalah buang di sampah tak dibasuh tapi bukan dengan lebihan makanan. 

Walaupun tong sampah jenis pijak tak perlu pegang pun rasa nak habiskan kerja dulu, jika sedang buat kopi, siapkan dulu. 

Kecil kawasan dapur, tong sampah ada tiga, yang kecil diatas sinki tu perlu guna tangan. Salah satu sebab tu yang tak nak buang dulu. 

Paket dikepit tu sememangnya untuk mengelak ditiup angin. Pernah terbang betul, jika tidak dikeluar lebihan serbuk kopi, meleret serbuk tu jatuh di bawa angin hehe.. 

Pernah tahu 'law of attraction' kan  hukum menarik dari fikiran tu kebetulan betul untuk sesuatu situasi kerana risau ditiup angin, maka itulah yang akan jadi. Doa kecil dalam hati tu. Jom doa yang baik-baik dihati. InshaAllah 

Jadinya saya yang mengantuk masa merakamkan paket terkepit tu, terasa nak ajukan soalan pop. 

Alhamdulillah Blogger nanieydotcom telah sudi mengambil bahagian dan memberi jawapan yang betul, beliau juga yang pertama. Jadi, pemenangnya ialah Nanieydotcom.  Nanti kita berhubung atau (tinggal info di komen yang berlainan-takkan publish) untuk penyampaian hadiah. inshaAllah.  

Terima kasih Blogger Naniey atas kesudian singgah sini dan meluangkan masa menjawab soalan. Moga sis Naniey dirahmati rezeki berterusan. InshaAllah. 

Link Blogger Nanieydotcom

https://www.naniey.com/?m=1


Moga kita dirahmati  Allah swt ❤️



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin