Pages

July 12, 2020

Ikan untuk kawan


Memang jelas, penambahan dalam pemerhatian dan pangalaman yang pasti, kita ada rezeki yang ditetapkan untuk menyediakan persekitaran yang baik dan menarik untuk keluarga.

Diantara, semangat memberi bila ada yang meminta, biasa adik terdedah kpd pemberian hari raya buat jiran2, selain duit sedekah adhoc,  kali ini menyediakan sepasang ikan guppy utk diserahkan kepada seorang sahabat yang dikasihi, si adik memerhati dan sukahati serta menanya tentang kawan di tempat mrngaji atau yang lain. Mama memberi ikan2 ini kepada kawan sekolah mama.

Dari memberi, dapat berjumpa sekian lama beragak ingin bertemu, sudah ditadir bersemuka waktu tengahari, tak sampai petang kawan lain pula membuat temujanji. Rezeki sillaturahim.

Sedikit usaha, masa, memesrakan tali persahabatan dari seorang kepada seorang lagi... Alhamdulillahirabbil alameen.

Rindu pula kepada slippery creature ni. Catch em if ya can :) bekas transit je. .

Salam ceria semua..

Durian di tepi pantai


Teruja juga serta memahami, bersama mata celik dengan benda tanpa terjangka sebelum ini, makan durian  di atas pantai lebih enak, berdepan dengan laut yang luas, ramai mengambil usaha, bangun dari sofa, katil, membawa keluarga menikmati alam ciptaanNya yang semua berkongsi.

Nak duduk atas pasir dilapik kanvas pun bukan senang, sebab itu, orang barat buat senam regangan, dari berdiri, berbongkok kedepan, bertelentang ke belakang, regang kaki berdiri, posisi duduk hanya untuk duduk bersila (lotus pose) kerana terlalu bergantung kepada perabot, hingga duduk di bawah, susah. 
Jika makan di restoran arab, bahagian duduk di bawah tetap ada, kenduri kendara kita pun dah kurang duduk di tepi dinding bersimpuh. .

Bila rasa kesukaran, berbaliklah ke asal usul dulu, bertikar. Syukur kita pengguna sejadah (prayer mat), sikit sebanyak rasa mudah. Bukan apa bangga hanya dekat dengan bumi :)



July 11, 2020

Mengaji di rumah



Merata-rata meletak status mencari rezeki, samalah mama sendiri memikirkan tentang rezeki dan tindakkan didahului dengan berdoa setakat ini, bersedia menerima rezeki, ingin juga memberi manfaat.

Selain berdoa, bertekap membaca Surah Yasin, Waqiah kadang terbabas. Berbanyak berdoalah. Apapun mama mula bersyukur dengan ada Ustaz dikirim oleh hambaNya untuk mengajar online. Ada institusi menawarkan pengajaran online percuma. Iaitu Taalim. Atas keikhlasan sendiri utk bayaran infaq. .

Ringan rasa minda bila berusaha mengajak anak2  mendekatiNya dengan berzikir, baca Al Quran inshaAllah ada rahmatNya. Sejak usaha ajar anak hafazan sendiri, Allah hantar ustaz lepasan Madinah, mashaAllah, Alhamdulillah.

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Taha 20:132) .

Mama letak video itik berenang di rumah di youtube babYpose
Itik berenang di rumah

Salam barakah,

July 10, 2020

kongsi Tv


Memupuk tolenrasi atau berbudibahasa terhadap anak-anak, memegang teguh sivik serta tertib. Mama ingin beri "pat on my back" atau lebih biasa disebut tabik spring dekat diri sendiri  kerana mama minta diri dulu, cakap maaf nak tukar siaran tv kepada anakanak, siap cakap ok ye mama tukar kejap. Jika mama sendirian bebasnya terlentang, juga tukar siaran. Tak sama bersama anak-anak lebih meriah. .Mama jugak cuba  pratikkan mulakan dengan maaf atau excuse me semasa anak-anak sedang bermain atau buat sesuatu agar kita hormat menghormati.
.

Ada yang menyatakan kehadiran anak-anak seolah hantaran syurga dunia. Tugasan ibubapa mendidik mereka taat kepada Pencipta. .

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. .


Salam

KL -makan2


Untuk yang ingin ke Asia atau yang dari selatan tak kira utara, sila singgah di sini di sentral. Bandar kegemaran, setiap kali masuk, setiap itulah teruja. Kay yell.

Pokok hutan hujan tropika tetap tegap berada di tepi jalan menyerlahkan suasana, jika dikepulan awan ada garisan perak, ditepi jalan sesak kesibukkan ada, garisan warna bumi.

Anugerah dapat pergi dan sampai, mengenangkan tentang komuniti global melalui tindakkan dan sikap pelawat atau pelancung. Bila membawa minda kehairanan ke tempat dilawati, secara sengaja atau tidak pandangan menjadi luas dan memperkaya kemampuan mengaitkan dgn penduduk disitu dlm konteks jauh dikeluarkan dari kedudukkan kita.

Contoh di bandar permakanan berlainan, anak-anak perlu menerima atau membuat menyelarasan selera. Tiada pilih-memilih. Makan apa yang disaji, walau ada rancangan nak buat resepi mudah bila menjelajah. Resepi bila travel, inshaAllah buat video atau tulis2 sini ja.
°
Salam ❤ semua.

cara tegur anak


Ikut cara bapa lion king memarahi anaknya simba. Hanya berdua tiada pihak ketiga. Classy

Memarahi, menegur dengan cara lembut, man to man talk, slow talk, lady and gentlemen talk, mata bertentang mata, bersemuka, confrontation, hand in hand talk dan berbagai.

Berhenti dan memarahi, bukan berleret-leret memarahi sambil memasak, mengemas, memandu. pilihan tempat, di dalam bilik, keluar bersiar, bukan di depan adiknya atau orang lain.

Membina penghubung percakapan
Mempaut dalam pertukaran vokal dan peranan memberi laluan dua hala komunikasi serta ambil giliran.

Mengikat pertalian dalam persembangan, strategi perbincangan.
Bermula dengan niat dan visi pengakhiran.
Sesuaikan (Adjusts speech).
Bertanya tentang perfahaman, tahap penjelasan dalam mesej diberi.
Berterus terang, bercakap dengan jelas yang hendak dicapai.
(Sambil menyampaikan lihat reaksi si anak ). Sedikit points yang mama senaraikan. Membantu bila rasa yang berlaku tidak sama yang dijangka (not meet our expectations). Jika berlaku, fikir empathy (memahami bagi pihak anak)
Jemput ke youtube tapi belum kerap post babY pose youtube

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin