Pages

Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

January 19, 2016

berlakon semasa tonton | acted outta tv | tentang saya & emak

 Fadya watches and saves, Faiq prints out
Tonton tv salah satu medium anak-anak saya belajar perkataan, vocab atau expression. Cara ini tak berapa efektive. Ada cara lain, nanti saya cerita di tempat yang sama di waktu yang lain :) Sebab hari ni nak catat tentang Faiq ni bila tengok tv dia berlakun sama. Saya memang teringin nak ambil foto/video faiq sambil tengok tv sebab dia pun lari atas bumbung macam dalam cerita Tangled tu.

Ye dulu kami ambil peluang rehat ja tapi sempat juga ambil pic di atas tu. Fadya duduk memahami manakala Faiq melompat berlakun jadi kuat macam aktor dalam TV tu.

Masa saya karang post ni, cuaca sangat panas en suami dah nak balik, muka sangat berminyak. Tambahan pula saya baru lepas bercakap dengan emak saya, beliau minta saya tolong contact adik sayasebab dia cuba tak berjawab. Emak sangat merindui adik saya yang berada di luar negara. Emak cakap kakinya lenguh. Kakak suruh emak gi spa, tapi tak da masa, emak kesian bapa tinggal sorang. Emak beritahu kakak pegi spa kat mutiara damansara, (teringinnya saya hehe) bagi cantik, kakak pegi waktu suaminya kerja. Cakap spa bagi bersih Tu yang saya rasa selekeh ni sebab panas muka berminyak ni. Nak cuci muka dekat sinki. Ok sambung lagi ye. (Draft tadi)

January 11, 2016

rindu sanak sedara, parents, nephews

Biasa weekends saya dapat bersama emak dan bapa serta anak-anak sedara. Birthday Fadya pun dah dekat terfikirlah maktok dan tokwan untuk makan-makan bersama. Fadya suka kek, Faiq tak suka. Jadi plan nak buat perjumpaan dengan anak-anak sedara ni, tapi mereka dah sibuk skit. Banyak kali dating dengan mummy derang ni (kakak saya) tapi mereka tak dapat datang. Cuma baru ni ja kami jumpa tu pun sekejap sangat sebab memang untuk makan tengahari ja.
Dalam gambar ni anak sedara saya  W dengan bapa saya.
Gambar yang kedua ni ialah abangnya C dengan emak saya oops emak saya sedang sembunyi tepi C tu, C senyum ja hehe.. Ya emak saya tak suka bergambar langsung. Rindunyaaa...
Hope to C you all soon ♡

February 11, 2015

Surah Nabi Ayub menyembuh penyakit diberi oleh Emak

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

(Al-Anbiyaa' 21:83) |

Perkongsian blogger Nor Azimah iaitu blog Asam Garam kehidupan semalam mengingatkan saya kepada emak biasa menziarah pesakit akan dia tulis atas kertas depan pesakit itu dalam tulisan jawi, jika pesakit macam ragu dia tulis pula dalam bahasa rumi, kertas kecil itu diberi kepada pesakit tak kira pesakit apa tetapi ada yang teruk nauzubilahiminzalik.

Saya rasa bersyukuri bila jumpa balik pesakit-pesakit itu ada yang sembuh terutama yang disangka boleh hilang terus dan berterima kasih kepada emak dan beritahu kertas yang ditulis doa oleh emak akan dibawa ke mana mana dalam bag tangannya.

Emak juga sms kepada saya surah apa-apa yang dia rasa perlu. Dan sms pads pagi sebelum subuh for Tahajud. Saya google Surah nabi Ayub diatas. Ye emak saya mengaji sekolah arab petang, pagi sekolah orang putih dan pernah menghadiri kelad tliawah di UIA. Oh I miss and love her dearly, nak call emak sekarang :)






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin