Pages

Showing posts with label dekor. Show all posts
Showing posts with label dekor. Show all posts

January 24, 2016

Faiq DIY mainan

Menghiasi rumah terlalu padat menjadi rumah gelap. Tidak begitu air atau berangin suasananya. Pasti ramai yang menyukai cahaya luar masuk ke dalam rumah. Cahaya luar tu lah asset yang termahal tau hehe... Saya akan cuba tungkus lumus ubah perabut untuk dapatkan cahaya ini. Tak kira la rumah macammana pun ye, pasti ada tingkap, usaha yang pertama ialah langsir yang cerah tak perlu jarang untuk menjaga privacy sesebuah keluarga tetapi cahaya dapat menerusi untuk mencerahkan kediaman.

Saya lebih gemar membuka pintu bila nak bersarapan. Bila pintu terbuka ada saja agenda masing-masing oleh penghuni rumah ni. Kami duduk di meja makan untuk menjamah apa yang ada tetapi budak-budak terus keluar menikmati alam di bawah awan. Bukan setakat mengambil angin luar saja, tetapi mengutip kayu api untuk di buat unggun api , bon fire sambil merayu please please to keep us warm. 

Belum makan lagi dah terpaksa menggunakan tenaga untuk mengajak makan dulu, basuh tangan sebelumnya, menjemput masuk dan sebagainya..itulah dikatakan family first kan. Berada di bawah awan ni sangat nyaman. Rasakan samasa menyidai baju diampaian pagi-pagi. Kalau tengahari Faiq kata panas macam kat padang pasir masa kat parkir semalam, saya catit ja la di sini, he said its very hot like in the desert. Saya tanya macammana dia tau, dia cakap dia tau la..:D. Post menarik sebelumnya terikat vs freedom

January 3, 2016

mop pole / batang mop

Salah satu activiti saya ialah suka ambil gambar rumah, trendkan, tiru-tiru ja tapi rumah biasa di sembunyikan dengan filter. Tapi dalam foto ini ada batang mop. Saya sendiri rimas tengok batang mop tengah-tengah dunia tapi terpaksa saya letak di luar bilik air sebab beberapa kali saya tengok ada air dalam timba tu. Mungkin air mandian tersimbah masuk kut. Risau ada nyamuk masuk. Saya keluarkan dari bilik air. Letak tepi pintu bilik air, terpampang sebatang kat penjuru tu.
Bila ada mood nak ambil gambar tak ternampak mop tu. Snap ja. 
Bila nak post baru ternampak semua tu. Nak ambil lain, dah tak semangat. Jadila jalan cerita simple2 ni dengan adanya semak phone ni.
Almaklumla nak berblog kembali kan..kira warm up ni. Mop pole not as decor by the bathroom door. Irritates but practical.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin