Pages

Showing posts with label cara mudah. Show all posts
Showing posts with label cara mudah. Show all posts

June 28, 2020

Tanam dan keringkan bunga ros



Tanam pokok bunga ros dari potongan batang berukur 76.2 mm dari bunga yang kering. Cucuk inshaAllah bercambah. Yang dalam video ni pokok ros ditanam dalam botol dan diikat dipagar.

Alhamdulillah mudah berbunga pokok ditanam cara cucuk. Jika dibiar, bunga mengering jadi hitam, mama cuba potong dan gantung dikeringkan di tepi tingkap. Hasilnya cantik tapi tak secantik bunga ros dari jambangan bunga pemberian papa.

Berbagai khasiat dari bunga ros,  contoh toner kulit wajah. Bolehlah cubakan, inshaAllah. Moga berinspirasi dan kekal suci serta sihat.

March 5, 2016

cara bersiar bersama anak-anak lebih selesa

Setiap kali keluar bersama anak-anak, saya perasan Fadya ni jenis outdoor, maksudnya kalau keluar rumah, masuk kereta, keluar kereta, masuk bangunan (restoran) untuk makan memang tak sesuai, Dya amboi nama manja pula senang dia atau Dya sama ja :)..Dya lebih suka berlari sana sini ajak Faiq main bersama, yang si abamg dah pandai fokus makan jadi tak mahu layan, sebab itu pun boleh merajuk.

Bila keadaan begitu selalu berlaku, saya sediakan marshmellow atau benda manis untuk Dya sekurangnya Fadya duduk. Fadya ni budak cerdik tau, sebab bila dapat manisan, makanan yang patut makan macam spegeti ke, roti jala ke, Dya akan ambil perlahan. Dya sendiri pun cakap kita makan dulu cuma itu dari mulut, hati kata lain. Jadi beri coklat untuk duduk tu salah satu solusi lah tu walaupun kadang tak di sentuhnya pun, atau pegi playground dulu biar Dya lari lari dulu baru boleh duduk. Playground kira tanggungjawab parents cuma masa terhad. InshaAllah, Alhamdulillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin