Pages

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

May 19, 2016

jadi bertanggungjawab ada ganjarannya

Fadya sudah pandai menjaga barang sejak baru jugakla. Jadi saya pengenalkan beg berkelah yang sudah lama ada.

Fadya ni jika terambik baju yang tak suka ke, dia akan lipat dan simpan balik. Sejak itu baru la saya rasa waktu yang sesuai berikan picnic bag tu...

Alhamdulillah, sukanya dia bukan main, dikeluarkannya pinggan cawan, camca garpu, bila dah abis guna di basuh dan disimpan balik. Tikar juga dipastikannya dimasukkan balik.

Bila memberi sesuatu yang bertujuan sudah pasti Fadya nak guna beg dengan tujuan berkelah. Setiap kali keluar, nampak rumput ja dah nak hampar kain nak santai santai ala picnic.

Cuti sekolah hari tu, ada hari yang saya bawa bekal untuk makan tengahari. Bila berhenti ja kereta Fadya nak keluar untuk bentangkan tikar tu. Papa yang terkejut cakap tak boleh la di sini, lagipun panas, yang ketara papa tak boleh bersila dengan seluar kerja ni, tertetas nanti haha.. Fadya ni kalau duduk bersimpuh tu untuk perempuan kalau duduk bersila untuk boy.. mama selalu ditegurnya hehe.. ok la bila di rumah terpaksalah Fadya bermain berkelah sendiri macam dalam pic atas tu huhu..



February 18, 2016

komunikasi anak | kids communication

Tak sangka tiba bulan feb lepas cuti cny dah mula sibuk sikit. Mungkin sekolah pun dah bagi homework, petang anak-anak ada kelas ngaji. Anak-anak mengeliat untuk buat sesuatu. Saya sedang mencari solusi juga untuk atasi kerenah semua ni. Saya bertanya ibu kawan Faiq, seorang SAHM, surirumah, suaminya seorang Doctor dan ketua klinik kerajaan di sini. Bincang dengan beliau, boleh kah bertegas dan memaksa anak-anak umur 4 tahun ni supaya lebih cepat urusan semua. Dalam buku child development dan psikoloji perangai (behavior) kena adakan sistem, budak-budak akan ikut. Tu la saya adjust keadaan untuk Faiq la yang penting kerana tahun depan Faiq akan masuk sekolah Agama sebelah petang, itu memang kena displin. ok akan diperbincangkan entri yang lain:)

1 year plus say no to the cake with a smile
Dari kecil lagi Fadya pandai menolak tawaran.
Bukan tak nak lagi tak suka terus
Sudah belajar untuk berkata tidak kepada apa yang tidak di sukainya melalui gerakkan badan.
Tok wan main main bagi ibu jari pula ofkos tak nak dan toleh 360'
Sekarang juga begitu tetapi dengan ayat pula. Saya terangkan kami kena cepat untuk ke kelas mengaji dan mama tinggal Faiq dan Fadya di situ, lepas itu papa akan ambil. Dia cakap tak boleh pegi sebab Fadya akan rindukan mama. Itu yang jadi lambat untuk Faiq yang sudah patut pegi awal ke kelas tapi ambik masa bernego dengan Fadya. Masa depan mungkin nak tinggal atau angkat ja dia masuk dalam kereta. Semua menerlukan tenaga, bila dia tak happy dalam kereta jadi susah sikit.

Ni 2 tahun masa dah letih, cabut macam tu
Itu lah cara Fadya, bila di pujuk, dia akan buat. Masa ambil dia, dia happy, nak peluk, lama kelamaan dia merungut dia ditingalkan. Dia cakap tak boleh pegi papa. Sekarang saya dah ingat Faiq pun cakap jangan pegi, jangan tinggalkan kami masa kami terpaksa pegi kerja dari subuh hingga 12 malam/pagi esoknya. Esok pagi panjang la percakapannya.

umur 1 tahun lebih tak nak wake up untuk hantar Faiq
Bila lihat gambar-gambar Fadya memang dia ada pendapat sendiri dan berkata tak nak dengan cara tersendiri. Walaupun saya sudah memahami, saya masih melakukan sesuatu supaya urusan kami berjalan dengan lancar InshaAllah.

January 8, 2016

educative app untuk kanak kanak



Faiq ni kretif dalam bab bemain. Kalau tak dapat tab, dia bole ambik kerusi tu jadi robot kononnya. Video di atas ni bagus untuk budak-budak. Ada maze, ada plus minors atau Add and subtract. Faiq suka sebab kena puji dengam computer tu Awesome!
Fadya lebih focus tengok tv, tapi sekarang dah kurang cartoon disney terlalu teratur jadi dah bosan kut. Nickelodeon ok tapi kartun show macam Rabbids tu jenis bising gelak bagai nak rak derang tiru naik pening. Youtube kena pantau. Saya lampirkan foto di sini. Tak masuk album masuk sini jadi la..segmen hal kanak-kanak heart and soul untuk malam minggu...eh rakan-rakan mesti sedang beristirehat malam ni...:) esok sabtu macam faiq mood tak nak ke sekolah cakap setiap hari, hari sabtu aii cakap ja Alhamdulillah tahun lepas kedatangan  hampir penuh. Ok moga mimpi indah...

January 7, 2016

carseat /babyseat dan efeknya

Ni tahun2 lepas la, tahun ini Faiq dah nak masuk 6 tahun, Fadya dah masuk 4 tahun. Sebelum ni rasa lega bila budak-budak dalam car seat. Faiq memang senang nak pasang seatbelt, sekarang ni Faiq masih duduk atas kerusi budak yang di buang tempat sandarnya tu. Fadya masa umur 2 tahun dah tak masuk duduk atas carseat. Tak pandai bukak seat belt tetapi bole keluarkan dirinya dari situ. Kalau nampak duduk dalam gambar (pic lama) kerana ada susu atau roti. Duduk la sekejap.
Effect duduk dalam car seat atau stroller, faiq fadya akan rasa bebas bila keluar dari kereta. Akan lari laju. Saya ingat Faiq ni kenapa la lari.  Memang ada yang dia nampak contoh playground ke atau mainan. Dia akan lari ke situ.Saya masih pakai kasut flat untuk senang nak kejar tapi sekarang Fadya pula lari. Adoi..

Indeed, with hardship (will be) ease. Surah 94:6
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Surah 94:6



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin