Pages

Showing posts with label Recycle. Show all posts
Showing posts with label Recycle. Show all posts

April 11, 2016

compost | kompos sampah

Saya dah buat kompos secara serius juga kali ni. Sebelum tu saya sentuh tentang kitar semula dulu. Saya asingkan sampah kering ja dulu, sampah plastik dalam beg plastik kecik, kertas atau kotak pun dalam plastik kecik. Plastik bersaiz kecik senang sebab cepat penuh, jadi yang dah di ikat kemas tu di letak atas rak besi lama di luar rumah bahagian penjuru laman berbumbung. 

Sampah besar dan tak di penyek saya letak dalam beg sampah besar. Sampah plastik tu macam botol plastik, bungkusan plastik tepung atau biskut. Contoh berus gigi baru dalam kotak tu atau bungkusannya plastik di atas dan yang cardboard kertas tu dibawah. Saya koyak bahagian plastik masuk dalam beg plastik, yang kertas tu dalam beg sampah kertas. Gambar tak ambil pula. Semua beg plastik barang walaupun di sini plastik kena bayar 20 sen jadi di rumah tak banyak sangat tetapi tetap ada. 

Bila kami shopping memang bawa beg sendiri. Kalau terlupa kena la bayar 20 sen. Kalau simpan sampah kitar ini dalam beg sampah rasa rimas sangat kalau lambat penuh. Jadi ada 3 tong sampah. Plastik, kertas, tin dan sampah basah.

Sampah basah macam kulit epal, kulit bawang atau lebihan sayur saya komposkan jadi tanah. Kompos ambil masa 3 bulan. Sisa makanan macam tulang ke saya buang sebab bahan ni tak sesuai mengundang haiwan seperti anjing kucing mengunjung. Tetapi sayur, daun kering, batang  pokok semua bole dikompos. Bole jadi baja.  Oh sampah tin atau tong sebab lambat penuh saya letak  diluar jugak. Dalam beg plastik jugak. Bahan kompos tadi saya letak dalam beg beras sebab beg plastik beras susah di tebuk atau hancur. Amalan ini memang masuk duit, bahan kompos sampah basah pun jadi tanah tak payah beli tanah lagi. Saya catit di sini sambil mencari cara mudah dari rakan-rakan blogger. Perasaan lega menolong juga alam sekitar walau sikit demi skit. InshaAllah, Alhamdulillah.

June 13, 2014

Nisfu syaaban/recycle/kompost, doa, teori

Selepas baca Yassin 3 kali sempena malam nisfu syaaban, rasa lebih berkeyakinan, ringan minda, lebih bersemangat. Tertunggu bulan Ramadan pula,  sebelum ini menunggu dengan senarai permintaan dalam doa. Tetapi sekarang kena berubah dengan lebih beribadah tetap mendoakan terperinci, terutama untuk anak-anak.

Rasa seronok bila cara misteri Allah memberi. Tak tahu nak cerita kejutan dariNya hanya dengan meminta dalam sujud berair mata ni. Harap saya ingat ini tetapi terjadi dengan sendiri jika terdeksa. Emak pernah sebut, saja bual biasa, jika ingin mengandung kenalah berpakaian longgar tanpa berpinggang baru  boleh, kalau berjeans atau baju bershape,  Allah swt pun nampak kita belum bersedia. Itu hanya secara teori yang membuatkan saya terfikir seorang remaja suka berjubah, dia dibawah ke umrah kerana permakaiannya memang kena dengan Mekah dari pakaian berseluarkan.

Saya rasa kesian dengan pekerja majlis perbandaran kerana mengutip sampah yang busuk. Jadi saya asingkan, barang kitar semula untuk mereka antaranya ialah plastik, kertas. Bila en hubby beritahu bungkusan ini kitar semula biasa jual kat paper lama, mereka kata mereka pun jual pastu kongsi-kongsi. Lega bila dapat tahu yang mereka menjual,  saya kumpul bahan kitar semula untuk mereka.

Kalau rumah sedara atau rumah emak bapa ada mesin hancur kan lebihan sisa makanan dipasang di singki yang terus jadi air masuk dalam sewerage indah water untuk rawatan air. Tetapi saya terpaksa buat kompost jadi baja. Ada caranya. Diapers tiada solusi lagi.

Hari ni rasa nak bergiveaway hingga hari isnin, hari selasa 17 June,  hari cabutan bertuah. Harap sudi join k :) Tinggal perkataan join dan link atau email babypose@ymail.com
GA Jun 13 - Jun 17.
annoucement pemenang inshaAllah srlepas itu.


February 1, 2014

Green for fresh air / Hijau yang menyegarkan


English version below



Masih ada pro dan con pokok dalam rumah tetapi sekurangnya memberi kesegaran untuk mata memandangnya.. botol atau jar kaca diguna balik untuk menjadi pasu kecil, jika di lebihkan batu-batu kecil, boleh memberi laluan cahaya mencerahkan ruang rumah.
Yang perlu selepas batu-batu kecil dimasukkan, tanah compost pula di masukkan dan seterusnya pokok hijau kegemaran anda seperti kaktus, pokok menjelar duit-duit, yang penting yang kurang memerlukan air dan cahaya matahari.

Barang-barangnya
1.botol atau jar kaca yang ksong (biasanya yang dari botol jam atau sos sprgeti)
2.tanah kompost
3.batu-batu kecil
4.Pokok hijau kegemaran anda.

Dalam gambar adalah versi tanah penuh



English version

Still have pro and con indoor plants but at least the look of it gives fresh to the eyes. The recycle jar filled with small pebbles at the bottom then filled with only compost soil, snd ready to plant your favourite green plant, best are like cactus or money plant that is easy to grow with less watering and less sunlight.

The good things about the glass jar as a pot is it gives more sunlight  or see thru if the pebbles are added more.

Things are needed
1. Empty jar ( it could be jar that are for jam or speghetti sauce)
2. Compost soil
3. Pebbles
4. Your favourite green plant


In the photo is the full soil version.


January 30, 2014

gratitude - lebih nikmat, bersyukur dengan perbuatan dari mengucapkannya sahaja.

Version english below.

Sudah lama saya tak menyapu daun kering di laman rumah, jadi saya sapu terasa dapat menikmati bertapa nyamanya berbumbungkan langit yang biru dan berkipas kan angin dan udara yang segar. 

Saya draft blog hari selepas Maulidur rasul  dimana paginya kami bangun dan bersarapan di luar. Hala pulang kami singgah di nursery tengok pokok-pokok. Memang geram tengok pokok bunga tetapi dibawa pulang hanya pokok cactus dan tanah compost sebab saya ada recycle projek yang bermain di pikiran. Kami juga ke groceries shop untuk restock berberapa baeang kerana rancang nak rehat di rumah selebih hari itu. Tetapi bertentangan apa yang dirancang, saya kumpulkan kertas, kotak untuk direcycle, cans, botol plastik cuma yang saya tahu jarang mereka recycle botol kaca. Oleh itu, saya sendiri recycle botol-botol kosong tu dengan pokok ditanam di dalam botol seperti dalam gambar ni.


Yang boleh recycle saya tukar dengan duit :) Memang lega melihat kawasan yang kosong dan bersih, terpaksa simpan recycle untuk selamatkan pokok, dan beg pladtik yang yang kehidupan laut ingat bole makan tapi plastik yang disanka jeli fish. 

Alhamdulillah Faiq suka ke sekolah, jumpa cikgu bercerita tentang lipas yang dia nampak di luar rumah. Suami buat pest control sendiri sejak dah berhenti contract dengan rentokil.



I started by cleaning the porch floor and sweep it clear and find act of gratefulness having a shelter...

Yesterday was Maulidur Rasul birthday, we woke up and went out to have breakfast and stopped at plants nursery and get some plants and soil for my green fresh environment project. We went for groceries as well as we planned to stay indoor and relax. Instead, I was grouping the recycle stuff to papers, plastic and cans categories, after I have done that, the best feeling I ever feel clean and to see empty space and wide view in the house.

I leave the stacks outside and ready to weigh them and trade them with MONEY. At yhe same time to save the trees and ocean lives from eating plastic bags which they think it is jelly fish.

Alhamdulillah, Faiq was happy to school, when he met his teacher, he told about cockcroach he saw and the porch. My hubby did pest control DIY now, before we have Rentokil  to do it for us.

kindness from,
Fair



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin